Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan

 

Pada 21 Oktober ini, peperiksaan penolong akauntan bakal berlangsung di seluruh negara. Sedikit info buat mereka yang terlibat.

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan  yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar  sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan, Gred W27.  Peperiksaan ini melibatkan dua kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi  mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka  prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh  itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut.  Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

 

Panduan Umum

1.  Pada hari Peperiksaan calon hendaklah membawa

(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

(ii) Kad Pengenalan.

(iii)Pensil 2B, pen dan pemadam lembut.

(iv) Peralatan lain yang difikir perlu.

2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan  tiga puluh minit sebelum  peperiksaan dimulakan.

3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan  tiga puluh minit selepas peperiksaaan dimulakan.

6.  Jawapan hendaklah dibuat dalam

(i) Kertas OMR – bagi Seksyen A dan B

7. No. Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.

9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.

 

Sukatan Peperiksaan

 

Ujian ini mengadungi dua seksyen iaitu:

 

(i)   Seksyen A   – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii)  Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

 

Masa:  40 minit

Bilangan Soalan:     50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk  menjawab soalan-soalan ini.

 

Contoh Soalan  Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

 

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. penubuhan ASEAN.

B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.

C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.

D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

Jawapan: D

 

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

 

A. beragama Islam.

B. keturunan Melayu.

C. pernah menjadi Menteri Kabinet.

D. menjadi warganegara mengikut undang undang.

 

Jawapan: D 

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit

Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

 

(i) Kemahiran Logik

 

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

 

 

Contoh Soalan Kemahiran Logik

 

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

 

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

 

1. Jadual  berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.


 

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep  Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

 

Contoh Soalan Konsep Matematik

 

1. 8  pasukan bola  sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan  diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain)  berapakah  jumlah  permainan yang akan dilangsungkan   dalam pertandingan tersebut?

2. Terdapat 40 orang penuntut  dalam  sebuah kelas. 90%  daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus.  Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

 

A. 27

B. 30

C. 33

D. 36

Jawapan: A

 

Teknik menjawab

90% daripada 40 orang penuntut  = 36 orang

3/4 daripada 36 orang penuntut  = 27 orang

 

 

Panduan Menjawab Soalan

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

(a) Calon perlu   peka bahawa kesemua calon yang   menduduki peperiksaan  ini    adalah   dari   pelbagai bidang akademik.   Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan  yang  berkemungkinan  sukar   untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalansoalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut. 10

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja    yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini  dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Bagi  merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak  diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Penutup

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Akauntan adalah lebih baik.

“Selamat Maju Jaya”

 

 

Untuk membuat persediaan lebih lengkap, anda disarankan untuk mendapatkan Panduan Peperiksaan Penolong Akauntan di bawah ini.

 

Comments

  1. firdaus says:

    saya nak beli secara bersemuka..bole bg nombor telefon x?saya berada di kawasan lembah klang

  2. stefanie toh says:

    Adakah sini jual buku rujukan bagi pegawai Akauntan Kerajaan ?

Trackbacks

  1. […] FORMAT SOALAN Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 […]

Speak Your Mind

*