Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat

Salam hormat semua, especially buat calon peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang bakal berlangsung pada 15 Sept 2012 ini.

 

Dalam seminggu ni, banyak admin terima emel berkenaan soalan-soalan dan jawapan bagi Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat ini. Dari kajian dan pemerhatian admin, dijangka kali ini pengambilan besar-besaran akan diambil bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat. Ini kerana, peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat  yang terakhir dibuat adalah pada tahun 2010 yang lalu.

 

Ramai calon yang terlibat kali menanyakan admin soalan-soalan seperti ini:

” Apa contoh soalan ramalan bagi Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat ?”

” Apa perlu baca untuk exam S41 ini?”

” Boleh bagi tips bagi  Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat ini ?”

” Ada tak pakej rujukan  Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat ini?”

 

Maka oleh itu, admin pun cubalah dapatkan mana-mana info berkaitan  Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat ini. Ikuti Contoh Soalan Dan Jawapan bagi  Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat di bawah ini.

 

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

 

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Peperiksaan ini melibatkan 2 bahagian berasingan. Setiap bahagian adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua bahagian. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua bahagian sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap bahagian, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja.

 

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berserta lulus dalam bahagian ini akan di panggil untuk temu duga.

 

 

 

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41

 

ARAHAN KEPADA CALON

1.   Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:

 

a.  Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan

b.  Kad Pengenalan

c.  Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang

difikirkan perlu.

 

2.   Calon mesti berada di pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit sebelum Peperiksaan

dimulakan.

 

3.   Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.

 

4.   Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau

pertanyaan.

 

5.   Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas

peperiksaan dimulakan.

 

6.   Calon mesti kenal pasti pusat peperiksaan sehari sebelum hari peperiksaan.

 

7.   Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

 

8.   Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua

Pengawas.

 

PANDUAN UMUM KEPADA CALON

 

Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:

 

BAHAGIAN I –   KECENDERUNGAN

 

Seksyen A –  Pengetahuan Am

 

Seksyen B –  Daya Menyelesaikan Masalah

 

Seksyen C –  Esei Bahasa Melayu

 

Seksyen D –  Esei Bahasa Inggeris3

 

Seksyen A – Pengetahuan Am

 

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja

sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan

komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan

semasa didalam dan luar negara.

 

Masa : 40 minit

Bilangan Soalan : 50 soalan

Markah : 30

 

CONTOH SOALAN :

 

1.  Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali

 

A      menjana sinergi multisektor.

B      berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.

C      membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

D      memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan

Sosial.

 

Jawapan : B

 

2.  Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan

yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

 

I      pengurusan menopaus.

II     saringan kanser reproduktif.

III    ujian makmal yang komprehensif.

IV    perkhidmatan perancang keluarga.

 

A      I, II dan III

B      I, II dan IV

C      I, III dan IV

D     I, II, III dan IV

 

Jawapan : D4

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

 

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan

menggunakan pendekatan seperti berikut:

 

(i)     Kemahiran Logik

(ii)    Kemahiran Menginterpretasikan Data

(iii)   Konsep Matematik

 

(i)      Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran  logik untuk memilih

jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

 

(ii)     Kemahiran Menginterpretasikan Data

Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon

dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi

memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

 

(iii)   Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif

untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan

untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai

Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan

pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap

tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

 

 

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 40 soalan

Markah : 30

 

 

 

 

 

 

 

 

CONTOH SOALAN :

 

1.    30, 32, 36 , X , 60, 92

Apakah X?

 

A.  38

B.  40

C.  44

D.  48

 

Jawapan : C

 

2.   Rajah di atas menunjukkan satu nombor perpuluhan. Berapakah hasil tambah digit 3

dan 7 dalam nombor di atas?

 

A.  300.7

B.  30.7

C.  3.07

D.  3.7

 

Jawapan : C

 

 

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

 

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur  daya kreativiti dan kebolehan calon dalam

penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang

disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

 

Soalan             :    Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

Masa               :    1 jam

Markah           :    20

Panjang Esei  :     Bebas

 

 

 

 

CONTOH SOALAN :

 

1.        Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.

Bincangkan.

 

2.       Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda

dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.

 

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

 

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur  daya kreativiti dan kebolehan calon dalam

penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang

disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

 

Soalan            :   Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

Masa              :   1 jam

Markah          :   20

Panjang Esei :   Bebas

 

CONTOH SOALAN :

 

1.   Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.

 

2.   What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than

face-to-face contact for its main means of communication?

Saya juga syorkan anda untuk dapatkan ebook Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini sebagai rujukan.

 

Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat

Comments

  1. Assalam tuan, sila buka email tuan kerana saya ada email pertanyaan tentang produk tuan…

  2. cnyzshrch hjlae goxyuem lecx ckvmxudlsmbzmjn

  3. thanks for share!

  4. just what a brilliant web site i prefer the information the style plus the reviews, will there be anywhere i’ll offer towards site? Continue the good work guys, im an everyday visitor and relish the testimonials plus content articles, but this has got to the ideal until now! taking advantage of it as a constantly!

  5. lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.

  6. Fantastic glance at, I emphatically accepted this onto a friend who was doing a insufficiently examine taking place that. Plus he actually bought me dine as I establish it for him smile As a result allow me rephrase that: Thanks for lunch!

  7. Hurrah, that’s what I was exploring for, what a data! present here at this blog, thanks admin of this web site.

    • Subject: Panggilan Spa 1 Mac 2014

      SPA dah umumkan calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis Kemasukan sebagai Pegawai Penerangan S41 pada 1 MAC ini.

      Anda boleh buat semakan melalui link ini;

      http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

      Jika anda dipanggil, jangan hadir tanpa persediaan, peluang untuk anda gagal besar jika anda buat begitu.

      Rujukan ini wajib anda baca. Ianya oleh Tim Infokerjaya yang telah bantu ribuan calon lulus sejak tahun 2009 lagi.
      Terus ke–>> http://goo.gl/5H1Aga

      Sekadar nak berkongsi

      Serius, demi kejayaan anda!

  8. korang semua xpandai meanaguknn akal yang tuhan bg . at least, if da adajawapan tu korang bole buat as guidance pikir lah ckt if jawapan lain source bole cari kat internet ni .senang aqu buat 2jam je soalan statistic.. frm mrsm student

Trackbacks

  1. […] Untuk menempatkan diri dalam kumpulan penjawat awam bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, anda perlu peringkat saringan pemilihan pertama iaitu peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat. […]

Speak Your Mind

*