Soalan Exam PTD Bahagian Kira-kira…? Apa nak buat…???

Exam Ptd

exam ptd

Banyak persoalan dan luahan perasaan risau calon peperiksaan bertulis PTD yang bakal dilangsungkan 12 Mei 2012 ini tentang soalan exam ptd bahagian Matematik dan kami rasa sedikit terpanggil untuk buat satu posting pendek mengenainya. Sebenarnya ianya bukanlah sesukar yang disangka, cuma anda perlu tahu apa yang sepatutnya anda tahu dan lakukan sedikit latihan tentangnya. Itu sahaja.

Jadi apa sebenarnya soalan ptd yang akan ditanya? Begini….

ada 2 ‘clue’ besar yang diberi oleh pihak SPA sendiri yang ramai orang terlepas pandang mengenainya dan Team Tips PTD sudah nyatakan dalam ‘Diskripsi Prima’ mengenai perkara ini. Apakah ‘clue’ tersebut?

1-Calon tidak dibenarkan mengguna kalkulator
2-Soalan hanya sehingga silibus SPM

 

2 perkara besar ini kalau diperincikan akan menjadikan persediaan menjawab soalan exam ptd bahagian matematik anda untuk peperiksaan gred 41 nantinya
amat mudah dan kami terus terang yakin anda akan dapat jawab tanpa masalah besar. Jadi apa kesimpulan dari 2 perkara besar di atas;

soalan-soalan susah yang memerlukan kalkulator, konfem tak keluar soalan-soalan yang memerlukan lukisan seperti bab ‘Pelan dan Dongakan’ dalam silibus SPM, komfem tak keluar

 

Jadinya, apa yang perlu anda lakukan untuk persediaan Matematik dan skor bahagian ini?

1- Lihat semula buku rujukan Matematik SPM dan PMR
2- Singkirkan bab-bab yang memerlukan lukisan, kalkulator dan pengiraan yang sukar
3- Jawab soalan-soalan set matematik PMR dan SPM dan abaikan kesemua soalan-soalan yang susah
yang memerlukan kalkulator dan lukisan

Mudah bukan? Anda seorang graduan universiti dan anda lulus subjek Matematik zaman SPM dahulu dan melayakkan diri ke Universiti dan sudah semestinya anda ada asas kalau pun tidak kukuh tetapi asas Matematik itu ada dalam diri anda. Apa yang anda perlukan ialah asah kembali kemahiran itu dan buat persediaan yang tepat dengan 2 ‘clue’ yang dibincangkan di atas. Tak susah bukan?

Salam kejayaan untuk anda dari kami di blog kerjakerajaan. Kami mendoakan buat anda para calon yang akan menduduki exam pada pertengahan bulan ini merasa yakin serta bersedia untuk menghadapi soalan exam ptd yang bakal anda lalui kelak. semoga kejayaan bersama anda…!

Exam Ptd

Comments

  1. I would like to thank you for the efforts you have put in writing this blog. I’m hoping the same high-grade blog post from you in the future too. In fact your creative writing abilities has encouraged me to get my own web site going now. Actually blogging is spreading its wings and growing quickly. Your write up is a great example.

  2. I simply want to mention I am just very new to blogs and truly enjoyed you’re web page. Most likely I’m planning to bookmark your website . You amazingly come with remarkable articles and reviews. Many thanks for revealing your web-site.

Speak Your Mind

*