Setiausaha Pejabat Gred N27

Setiausaha Pejabat Gred N27

 

Dipanggil sebagai calon temuduga kerja kerajaan sebagai Setiausaha Pejabat Gred N27 yang bakal berlangsung pada 03 Jun 2013 – 05 Jun 2013? Untuk perbincangan kali ini, admin kongsikan beberapa info berkaitan jawatan Setiausaha Pejabat Gred N27.

 

Boleh buat semakan calon layak temuduga di link di bawah ini :

 

=>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pg.php

 

Berikut adalah statistik bagi pengambilan jawatan Setiausaha Pejabat Gred N27 yang dikeluarkan oleh pihak SPA.

 

Setiausaha Pejabat Gred N27

Seramai 34059 jumlah permohonan diterima untuk jawatan ini. Untuk seisi temuduga pula 315 calon telah dipanggil untuk bersaing merebut 2 kekosongan. Manakala calon simpanan pula berjumlah 5.

 

Calon yang LULUS temuduga ini bakal mengisi jawatan Setiausaha Pejabat Gred N27 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

 

Info Berkaitan Jawatan Setiausaha Pejabat Gred N27

 

Kumpulan: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji:

Gaji Minimum – RM1,361.14
Gaji Maksimum – RM4,427.94
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan – RM145.00

 

Syarat Lantikan Jawatan Setiausaha Pejabat Gred N27

 

Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

Deskripsi Tugas Setiausaha Pejabat Gred N27 

 

Setiausaha Pejabat Gred N27 bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.


Setiausaha Pejabat Gred N27

Comments

  1. What a stuff of un-ambiguity and preserveness of precious familiarity regarding unpredicted feelings.

  2. At this time it looks like Movable Type is the preferred blogging platform available right now. (from what I’ve read) Is that what you are using on your blog?

Trackbacks

  1. […] Setiausaha Pejabat Gred N27 (Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan) Tarikh Temu Duga: 03 Jun 2013 – 05 Jun 2013 […]

Speak Your Mind

*