Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Kali ini saya ingin memberitahu anda tentang satu isu yang agak menarik, iaitu “Salah Anggapan Calon-Calon Penemuduga..”semasa temuduga.

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:

1534008
———————————————————————————————————
1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma mahupun Sijil
———————————————————————————————————-
Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “perform” semasa sesi temuduga [anda juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah saya dulu..heheheh.

————————————————————————————————————
2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap SemasaTemuduga
————————————————————————————————————
Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh
panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

————————————————————————————————————
3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk Lulus Temuduga
————————————————————————————————————
Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya jika akan lulus temuduga tersebut jika kita ditemuduga dalam 30-45 minit. Semuanya bergantung kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri
kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

———————————————————————————————————-
4. Ada Surat Sokongan/Kabel
———————————————————————————————————
Sekiranya kita memiliki kabel taupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan
hati panel penemuduga.Daripada pemerhatian saya, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang saya tahu, melalui temuduga SPA, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita
mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

————————————————————————————————————
5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.
———————————————————————————————————–
Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yan g ditanya kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya.. Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Seri Najib Razak? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab yang sesuai…

———————————————————————————————————–
6. Panel Penemuduga Sukakan Saya
———————————————————————————————————-
Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu…Ini semua taktik je..Hehehhe Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria.
Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat yer…

Kesimpulan saya:
Tidak salah kita beranggapan kita akan berjaya berdasarkan dengan anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berfikiran positif selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak jika keputusan yang keluar adalah mengecewakan frust menonggeng pula kita kan..Jadi walauapapun, kita hendaklah
membuat yang terbaik untuk sesi temuduga tersebut dan jangan lupa berdoa kepada tuhan semoga kita akan memeperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.

Sekian saja informasi dari saya. Terima kasih.

Sekian,
Admin Kerja-kerajaan.com
http://www.kerja-kerajaan.com
(ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan)

Comments

  1. Semoga membawa manfaat kepada anda semua.

  2. ooo patut r aku dpt keje gomen.. time mula2 interview aku mmg igt dh x dpt.. coz sumer saingan aku hebat2 belaka.. aku juc ckp x lebih 10 min berbanding calon2 lain..

    mmg btl tip yg di beri. x semestinya panel suka bercakap dgn kita tandanya kita akan dpt keje tu…

    yg ptg kita kena jujur…

    • Betul tu saudara…Kisah saudara sendiri adalah buktinya bukan?

      Apapun tahniah buat saudara kerana sudah berjaya mendapat kerja di sektor awam:)

      Bravo!

    • kekadang apabila terlampau banayk bercakap pemuduga tak suka,, nampak seolah over dan melampau lampau pulak.. ini pernah berlaku kepada kawan saya yang belajat kat australia kemudia balik ke Malaysia dan temuduga cikgu BI,, tapi tak dapat,, last2 dia dapat tahu penemuduga tak suka kepada dia kerana nampak seolah2 menunjuk-nunjuk

  3. Ahmad Safari bin Tauran says:

    salam,selagi kita bernama manusia perlukan panduan untuk membuat sesuatu,ini sebagai panduan samaada temuduga kerajaan atau swasta,kepada calon-calon teruskan usaha.saya ni tengah tunggu keputusan temuduga ni,tunggu jelah.

  4. salam..tips yang diberikan sgt bguna..
    terima kasih saudara pengarang..
    semoga lebih byk lagi panduan diberikan utk kami yg mmerlukan 🙂

  5. haslinejamil says:

    salam… ni kali ke-5 saya dpt interview kerajaan… Skrg tgh tggu result.. hopefully ni rezeki saya kali niii…

  6. esok saya akan interview jawatan j29..sebelum ni dah 3 kali saya interview jawatan ni…saingan amat sengit kerana kekosongan jawatan yang hendak dipenuhi 1 jer..
    harap2 saya berjaya…walaupun saya dah bekerja dengan kerajaan saya tetap mahu memajukan karier saya ke peringkat yang lebih tinggi mengikut kelayakan saya..harap saya akan berjaya..

  7. wan mohd qazim says:

    salam…sy akan interview 10/09 nie..bolah sy tahu…kelayakan jawatan itu hanyalah spm ada patut sy terus terang yang sy mempunyai diploma.

  8. norfarhana says:

    salam..
    sy da pegi interview 3 july lpas..
    result intrview announce 7 sept..
    insyaAllah semua b’jln lncar..
    sy hanya bykkn b’doa smntare mnunggu kptsan..
    sy akn frust skit kalau ggal..tp xpe..
    that was my 1st intrview for spa..
    wish me luck k!

  9. ok good luck farhana:)

  10. salam,baru2 ni pg inteview suara 2nd inteview 17 july so pas rya ni tau result.tgh bdebar tggu result..kali ni dh 3x su pg interview….hopefully dptlah..insyaallah..berkat petua2 yang diberikan dalam blog ni..sumer su dh pkai..

  11. assalamualikum…

    en.jamal sy ingin bertanya mengenai intervw spp, adakah sme ngan spa ataupun intervw spp ni lebih kepada pendidikan dan pelajaran??

    sy akan g intvw 2 sept ni utk jawatn pembantu tadbir pengkeranian dan opreasi N17.sy dah pernah g intvw untuk jwatn yg sme oleh badan berkanun tp gagal..

    • hi hayati..me too.intervw on 11/9 nih..nerv gak 1st time ngn SPP…anybody yg dah intw post pembantu tadbir N17..pls advice?thx

    • hi aida n hayati…sy pun dapat gak interview jawatan yang sama kat spp 2..sy interview 21 aug ri 2.nerv giler time intr 2…dia tanya kutub utara ada negeri ape,soalan 2 yang aku x leh jwb.klu ada jawapan utk soalan 2 reply ya…en.jamal bagi jawapan ya…result x kua g.hope dapat jawatan ni..korang gak.

  12. Kepada rakan-rakan yang pertama kali mendapat temuduga di Putrajaya dan bercadang bawa kereta sendiri, anda akan berhadapan dengan masalah parking yang sungguh-sungguh-sungguh extrim. Kalau dah penuh, parking saja di tempat yang jauh sikit asalkan parking yang sah. Sebab, saya pernah kena dulu, parking penuh, saya naikkan kereta parking atas devider. Ingat selesai lah masalah, “ha ha, pandainya aku parking.” Mulanya fikir begitu. Habis temuduga (dah la temuduga tu gagal), dah dapat surat dari Perbadanan Putrajaya terselit kat wiper. Kena kompaun RM100 kerana parking atas rumput, kes saya di bawah pertuduhan Akta Vandalisme. Jadi nasihat saya, bila temuduga di putrajaya, jangan buat pasal dengan rumput-rumput di sana. Anda jalan atas rumput pun silap-silap dijeritkan dari pembesar suara bangunan.

  13. syda syakilla says:

    salam…
    arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

    rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….

  14. tips-tips yg pihak anda bagi sgt bernas dan banyak manfaat kpd calon-calon yg memerlukannya tmasuk saya.

  15. alhamdullilah..berjaya gak dlm 2nd interview tuk spa…
    tq admin…

  16. da kuar da result n sy x dpt..
    btol2 frust ni..
    tension..

  17. salam…
    july aritu sy da g intvu SPA…result kuar 7 sept…
    xdpt..sedihnya….
    ogos aritu lak..intvu SPP..lom kuar result lg…
    doa2kan sy yer….
    tp sy nk tanya la….
    betol ke org kate klu da berkeluarga (da kawen n da ade ank) lg ssh nk dpt kj kerajaan nih….????

  18. entah la dana,
    sy rasa kalu berkeluarga lg murah rezeki kita bak dapat kerja kot

    ada info bg tahu la admin

  19. inilah yg wat saya tension nih…
    siap gelak huhahuha dalam bilik temuduga…
    nak wat camna.nk nak tergelak..
    dah kuar blik..
    dah pkir..
    abislah aku…gelak x ingat dunia…
    result jumaat nih..
    as town planning officer..
    agak2 kalau gelak cam sy dapat x r…
    khamis td orang spa call .
    kul 9 sy x jawab..then kul 2.30 dia call lg..
    suruh fax kan trnscrip degree n ic n sjil lahir…
    hai berbunga da..tp pkir dua kali.. yg bwa dulu hilang kot…skang tngu je la..
    2 hari lg..
    symemang x confident dr stat nk g interview..
    adeih…

  20. sungguh bagus dan berguna tips2 ini……kalo dulu saya sering berputih mata setelah ditemuduga tapi sekarang tidak lagi….tq

  21. salam..
    tu laa ani..
    sy hrp bile da kawen n da ade ank ni..moge2 dmurahkan rezki kite..
    umo sy baru 23..sy da ade ank sorang berumo 1 tahun 6 bulan..abes study,terus kawen n lom kj2 g….
    tp tu la..risau jgk bile org ckp..yg msh bujang pon ssh nk dapat kj kerajaan,inikan plak yg da kawen…
    btol ke admin??
    bleh jwb soalan sy…

  22. Haritu last minit baru tau web kerja kjaan, x sempat nak beli rahsia kerja kjaan En. Jamal punya. Result tmuduga N27 saya dah kluar 2 hari sebelum raya. Mula2 x berjaya, pastu bila check kali ke 2 Spa kata akan dtmuduga kali ke 2 pada tarikh yg. akan dtetapkan. Mcmna tu En. Jamal?

  23. Salam,

    Saya nak berkongsi pengalaman saya ditemuduga. Alhamdulillah sekali dipanggil temuduga SPA saya terus berjaya untuk jawatan S41 (Tetap). Skrg saya dapat 2 tawaran Tetap Kerajaan sekaligus di Kerajaan Persektuan dan Berkanun (N41). Tip2 yang dapat saya kongsikan di sini berdasarkan pengalaman saya menghadiri temuduga ialah:
    a) Setiap sesi temuduga yg saya hadiri memang lama, antara 35-45 minit. Calon2 yang lain sekejap sahaja, kesimpulannya calon hendaklah pandai menarik minat penemuduga dengan cara yang kreatif;
    b) Pastikan anda menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Peluang untuk berjaya amat cerah;
    c) Pastikan anda menjawab dengan lancar, yakin, berkemahiran dan mahir, jangan sekali-kali menjawab dengan tergagap-gagap;
    d) Pastikan anda mengetahui segala perkara/ isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran anda;
    e) Pastikan bahasa Melayu anda lancar dan fasih;
    f) Jika anda tidak tahu menjawab soalan penemuduga, pastikan anda cuba menjawab juga dengan menggunakan kreativiti anda tetapi jangan tonjolkan anda terlalu yakin, tetapi mestilah menjawab dengan kreatif, susah saya hendak jelaskan, tetapi begitulah teknik menjawabnya, memang berbaloi;
    g) Pastikan anda memakai pakaian terbaik masa temuduga dan bagi lelaki seboleh2nya memakai kot;
    h) PNGK yang cemerlang sememangnya membantu anda. Jika anda memperolehi PNGK 3.30 ke atas, peluang anda lebih cerah;
    i) Saya berjaya ditawarkan jawatan kerajaan semuanya adalah hasil usaha saya dan tawakal kepada Allah, tiada istilah kabel- mabel, anda mestilah yakin anda mampu menjawab dengan baik dan buat seberapa banyak persediaan secukupnya;Oleh itu, jangan sekali-sekali mudah membuat kesimpulan yang calon yang berjaya menggunakan kabel, padahal prestasi diri anda semasa ditemuduga sendiri yang tidak perform.

    Sekian, salam

  24. salam..
    24/8 hr2 sya dh p tmdga spa tp xdpat…frust sgt..msa 2 sya dh dpt tips tmdga en.jamal ni tp x sempat nk bca sbbnyer sya bru je blik ke kg shri sblm trkh tmdga 2 dri jhr ke klntan…mmg dh penat sgt nk bka email pon…dh bkn rzki nmanya nk uat cmner…2gu intvw 11/11 ni la plak..nk praktik tips intvw en.jmal ,,..tgk dpt ke x…

  25. hr2 msa 1st tmdga yg sya xdpt 2 pnmdga cba belitkan soalan dia…
    dia tya sape timbalan pengarah kesihatan ngri kelantan…so sya jwb ler dr.ismal merican..pas2 dia tya,ismail merican tggl kt mana skrg..so, sya jwb kurg pasti…then dia tya apa yg awk pasti..last2,sya pon dop trsengih je kt dia…pnmdga 2 dua2 pompuan..so,cerewet sket la..so sya nk tya kt en.jamal cmne nk jwb soalan dia klu kta btul2 x tau..xlma lg 2nd intvw lak..

  26. salam..10 nov ni sy ada temuduga di uitm. ni first time sy di temuduga. neves sgt..sy dah beli ebook ni utk prepare ape yg patut..tp sy xfasih speaking bi laa..tu yg bertambah risau..en.jamal, biasanya uitm temuduganya bm or bi??

  27. nad..awk intvw kt uitm kos pe?sy ada dpat tmdga uitm hr2 tp msa tu sy p mkn angin kbtln abg sy tggl kt penang so sy pi la kt lgkwi sbb dkt je…so,sy tlepas la intvw tu…dlu pon sy dpt uitm kt arau tp mlepas gak..sy x check…sy pon pning skrg ni nk cri buku tips tmdga kt kdai buku coz trkh tmdga sy dh dkt utk mgkuti lthan separa medic kt spa….nk bli e-book bang jamal ni pon tkut dh x sempat wlpn online je…so,bca tips free dia je…psal tmdga kt uitm mybe dlm bi…sbb uitm kan pntgkan bi…kwn2 sy yg dop uitm skrg ni yg amik asasi ada ckp cm2…tp bgntg pd kos la jgk..

  28. salam..thanks 2 admin..akhirnya sya berjaya dlm tmdga yg ke 2 ni..btul la admin..sume yg ada dlm e-book 2 dia tnya..mcm knape awk rasa awk lyak utk jwtan ini..& byk lg r dia tnya..nsib baek ade e-book 2..thanks again iya..

  29. akumm.saya kdg2 keliru pasal isi borng permohonan kerja..setiap kali nak isi borang msti ada kelulusan paling tinggi..sedang nk pohon adalah jawatan SPM..rasa ptt nk tulis diploma

  30. better tulis dip..

  31. Miesha-Png says:

    i’m so epiiiiii

  32. salam,

    sy dh 2 kali temuduga gomen dua2 xdpt. frust giler. 2 minggu lepas tu kuar pulak result exam ptd. Bertambah hancur nya hati aku exam tu pun gagal. x tau lah nk wat cm ne. rasanya sblm temuduga n exam tu dah buat preparation yg terbaik dah dgn pakaian boleh dikatakan paling lengkap dan kemas kalau nk dibanding dgn calon lain hari tu.

    Mungkin cara jawab soklan x betul kot. Mungkin buku en. Jamal ni leh bantu kot.

  33. salam…

    hehe~~ bile dok baca n baca n baca makin tajot plak hua~~ interbiu 4feb ni… walaupon rasa peluang amat tipissss….. tapi nak jugak cuba… wish me luck!! amek masa nak mengkhatamkan ebook ni… mmg da xsempat korek2 info kat tempat len da… ni lah cara paling mudah yg ada… thanks en jamal…

    doakan saya!! GAMBATE!!

  34. salam..

    10 Feb ni saya akan hadiri interviu..ni masuk kali ke2.dulu jawatan pembantu pegawai latihan vokasional.3 tahun lepas, bukan rezeki saya..saya x berjaya.!!sekarang hanya ada semangat dan tawakal..saya tak mengharap sgt..cuba buat yang terbaik berbekalkan sedikit infor2 tentang jawatn tersebut…moga2 interviu kali ini tidak menghampakan saya..insyaAllah..

  35. slm, sy amt perlukn pendpt saudara, sy ada kelulusn dip dlm kewngn dn perbnkn, sleps itu habis belajr sy mengikuti skim latihan graduan, kemudian sy dpt pengalaman jd guru tadika sementr shj, pengalamn keje lain jd pembantu kedai.dan selepas sy berumh tgga sy ajr tuisyen di rumh. persoalnya skrg sy sedg tunggu panggiln untuk bhgian kewngn, namun pengalamn berkerjy sy kurang dlm bidg tersebut, kalau di lihat keputusn SPM dn dip sy lyk. mcmn untuk sy menykin sy mmpu pegg jwtn tersebut.

  36. salam..hangpa kira beruntungla dpt panggil interview spa….
    orang kt luar sana…xpenah skali pun…isi berpuluh kali dah.

  37. boleh x bgtau sy pasal interview untuk penolong akauntan??? kat RISDA
    please urgent sgt sok nk interview tp x ada persediaan lg..

    mizz_yna88@yahoo.com.my

  38. sabrina says:

    kalu kt dah kwin n ada ank memang xde pluang ke nak dpt keje kat gov? rasa menyesal pun ada coz bhenti keje kat sourthernbank..kalu tau nak dpt job dgn gov ni susah memang sy x resign ari 2..

  39. hm.. rasanya takde beza sgt pun dah kawin ke tidak.. bab kabel tu kadang2 itu sebab kita leh dapat kerja.. kawan sy interview untuk jawatan penolong pegawai teknologi maklumat.. masa interview, orang tu mintak contoh storage sekunder.. dier takleh jawab.. but, dapat jugak kerja.. sebab apa? ada kabel la .. apa lagi.. sbnrnya gini.. kalau dier tak suka awak.. awak tak dapat kerja tu.. kalau dier suka pun belum tentu dapat.. byk jer berdoa pada Allah lepas sembahyang.. kalau takat baca e-book ker.. hafal akta2 lah.. kalau bukan rezeki kita lagi.. nak buat cemana.. satu lagi.. pada yg susah nak dapat interview tu.. dinasihatkan 3 bulan sekali isi balik borang tu.. moga dapat membantu..

  40. sabrina says:

    susah la kalu kena ada kabel..merujuk hal kabel ni,sy dah 3x alami situasi org yg ada kabel..1x,sblum intebiu 2 penemuduga suh dia msuk blk intebiu..dia ckp ayh dia penah keje kat tmpt 2..kwn ayh dia yg bw dia msuk blk..
    dia kluar sambil tsenyum2..dpt la agaknya….
    2x,sy dtg awl n xde sape2 dtg lg tp kat senarai kdatangan 2 dah tersedia nom giliran bdk yg ada kabel..sy dah abis intebiu pun dia lum sampai lg..3x,sy dtg awal gak n sy yg 1 dtg..duk x sapai 10min dtg yg ke-2,3,4,5 n 7..yg spatutnya nom 7 dpt giliran ke-6 tp puan yg ambil kdtgan kami dah siap2 tanda nom 6 jd tpaksa la dia jd yg ke-7..siap bising2 lg dia dgn kwn yg ke-5 ‘mana adil mcm ni,kt dah dtg dpt nom yg lwat sdgkan yg lum dtg dah siap btanda nom.nya’..sy diam je la…mak bdk 2 kenal rapat dgn datuk yg intebiu kami ms 2..lps kluar intebiu,sy kira org yg ada kat luar 2..dah ada 14org tp kerusi 6 lum gak dtg lg..mrh sgt bdk no7 bila sy tanya bdk yg ke-6 dah sampai lum..
    kadang2 mnyakitkan hati je g intebiu ni tp bila ngenangkan parents mharapkan ptolongan kwangan dr kt jd serba slh lak..sy ni ank ke-2 n adk-bradik sy 13org..adk2 kat bwh msih ramai lg yg bsekolah jd sy terpksa la niaga kecil2an tuk tambah pdptan suami n tuk tlg parents sy..
    sampai bila sy nak kena niaga nasi lemak yg xde jaminan ms dpn tuk ank2 sy.
    suami sy pun masih terikat dgn komitmen parents dia jd susah la kan??
    mcmne malaysia nak mbangun kalu rakyatnya msih terikat dgn “KABEL” yg diamalkan sejak dulu lg..
    yg xlayak dpt job coz ada kabel..yg spatutnya dpt terpinggir coz xde kabel..

  41. saya betul2 terkilan n myesal sgt2 menolak tawaran uitm tahun lepas as a ASO ats faktor2 yg difkirkn balik spatutynya boleh disettlekn..yg diterkilankan sudahlah nk di select interview pn susah..tp senang2 je sy tolak:(..nasihat sy pd yg dpt offer keje..terima jek jgn di fikir byk2!biarkan Allah saja yg tunjuk jalannye..

  42. salam…
    saya bersimpati dengan sabrina..sbb saya pernah melalui perkara yang sama terutamanya dalam profesyen perguruan nih, terlalu banyak kabel sampai berselirat…sampai naik muak nak mintak jd cikgu…tapi nak buat mcmana dah minat. tp dorg tak panggil kabel..kononnya kuota plak. isk..isk…same je la..
    klu benar ckp riduan…lega la sikit hati saya nak gi temuduga spa nih.. sesapa ada tips utk jawatan pegawai latihan vokasional..dgr kata klu bwh mara siap ada praktikal kena ikat bata la bagai..klu bwh spa mcmana plak ek??

  43. ari tue aku interview spa jawatan penolong jurutera j29.. dalam interview punya la best bual… siap nasihat aku lagi kalau dapat keje nie nanti pi sambung degree balik ek.. sebab pointer dip awak sangat ok (3.5 above)… aku pun mengharap la.. sebab dah macam memberi harapan… lagipun calon lain aku tanya sume nyer pointer bawah 3… sume soalan pasal jabatan… bidang keje sume aku leh jawab… tapi bila tengok result kluar… hancur sunguh hati nie.. aku cume dapat calon simpanan jer… belum tentu dapat.. rasa macam da x de harapan jer dapat… dah la aku datang family susah.. mak ayah sakit… adik nak duit sambung belajar… nak makan pun kene jimat… sume aku dah cite time interview… aku x tau ape lagi.. yang salah
    p/s nasihat aku kepada calon laen.. jangan jadi cam aku… mengharap giler… walau pun orang yang intervie kita dah bagi harapan macam dia nak ambik kita… belakon jer sume tueh…

  44. Saya bersimpati dengan awak Helina.. Kadang-kadang harapan dan keyakinan perlu untuk kita memotivasikan diri kita.. tetapi pada masa yang sama kita perlu bersedia dengan kegagalan. Sikap penemuduga terlalu subjektif… walaupun dihujung intview panel memberi kita ‘Pembayang’ untuk kita sedapkan hati.. AWAS! jgn terpedaya.. mngkin pada masa tu mereka rasa kita the best, tapi calon2 lepas kita lagi power dan ini juga mempengaruhi laporan penilaian clon untuk dihantar kepada suruhanjaya pemilih.

    Helina, jgn bersedih… Calon Simpanan untuk gred J29 kebiasaanya akan mendapat tempat kerana post jawatan tersebut mempunyai permintaan yang tgi dalam gmen.
    Harap Berjaya..

  45. bet0lke tips atas ne?? sy br je lepas intervw 1 jwtn spa f41………mcm trkena smua je cam p0int2 kat atas ne……da la 1st time intervw g0verment..fresh graduate….isi b0rang buln 6 bulan 10 dpt surat…s gi intervw ad 10/13 rg yg hadir hari tu,,,,huhu,,,,,sume hebat2..ada pengalaman byk,,,da buat yg terbaik..tng0kla ada rezeki tak.,…..

    kalu ikutkan ‘Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga..’ semua sy alami cane ne?>????huahuahua

  46. sy bkn nk ftnah or ape2,tp sblm ni ad staf spa mntk duit dr sy lao sy nk ikt lthn spra prubatan.knp ad staf yg mcm tu ekk??

  47. huh???pelik2..bet0 ke????/aisheh….

  48. saya dah pergi interview Pegawai Khidmat Pelanggan hari tu. and sekarang tgh tggu result. masa tgh interview, lepas diorang tanya pasal kerja tu, diorang banyak tanya pasal family. macam, adik beradik berpa org, ayah mak kerja apa, hubungan dgn adik beradik rpt tak, abg kakak buat apa, ? lepas tu, saya siap bergelak ketawa dgn mereka. so sy jadi confuse. adakah dari pada cara pertanyaan diorang tu, sy akan lulus interview nie? sy mengharap sgt sebenarnya. hmmm

  49. 814535 221865This plot doesn

  50. lpas grad thun 2009…stakat no da 11x sy dtg intview…mostly krajaan..tp 1 pun xsangkut..dr bujan n lpas tu bkahwin keja asyk pg intvew je tp xdapat2..bru2 ni pun da p intvew tp result blum kluar..sysss sgt2 la mnghrp.da 4 thun mnganggur ni. sgt mnyiksa kn..dgn pndgn serong ahli klga n org kg…kna byr ptptn g..nasib hubby byarkn tp kesian kt dia kna tnggung. fmly sorng2 n gaji pun stkt spm..brg skng da naik..hrap2 kali ni sy dpt..nk dpt keja ni smmgny bgantung pd rezki..sy rasa sy da bt shabis baik tp mgkin da xda rzki..huhu..doa kn la sy ye…

  51. Hamba allah says:

    Assalamualaikum. Saya baru sahaja menyertai kerajaan pada Februari 2015. Untuk pengetahuan semua, saya telah melalui temuduga tanpa kabel mabel dan dari pembacaan saya, maklumat yang anda baca diatas tidak sama langsung dengan pengalaman saya. Panel penemuduga pada mulanya sangat serius menyoal saya tetapi berakhir dengan gelak ketawa apabila penemuduga membuat lawak tentang jawapan saya. Saya juga bercakap agak banyak kerana soalan diberi terus menerus dan temuduga dijalankan agak lama lebih kurang 45 minit. Saya menjangkakan panel penemuduga sukakan saya. Alhamdulillah…betul tekaan saya. Jika belum diterima mungkin rezeki anda belum sampai. Yakinlah dengan rezeki Allah dan diri anda sendiri. Tips dari saya, jadilah diri anda sendiri.

  52. Salam kak.. sy smlm iv tp smlm sy scra x sgja n prasan da gelar panel tu akak instead of puan sepanjang iv.. adkh prmhonan sy akn trus d tolak?

Speak Your Mind

*