Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan

Ketahui punca KEGAGALAN calon temuduga kerja kerajaan sebagai pengajaran buat sahabat-sahabat yang bakal menghadiri seisi temuduga jawatan kerajaan 2014.

 

Ketahui apakah punca kegagalan calon dalam temuduga SPA. Jadikannya sebagai pengajaran dan panduan untuk diri anda berjaya mencapai impian bergelar penjawat awam, Insya-allah..

 

Gagal Temuduga SPA 1 : Tidak Membuat Persiapan / Persediaan Secukupnya

Ramai calon temuduga tidak mengambil serius persediaan menghadapi temuduga. Persediaan yang dibuat ala-kadar dan tidak komited. Tanpa persediaan dan persiapan yang bijak, anda bakal menemui titik kegagalan dalam temuduga. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa calon yang membuat persediaan/persiapan yang rapi sebelum temuduga mempunyai peratusan yang tinggi untuk berjaya. Mereka berusaha keras membuat persediaan dan tidak bergantung kepada nasib.

 

Gagal Temuduga SPA 2 : Bersifat Pasif Semasa Temuduga

Terdapat calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga berjalan. Tidak wujud elemen interaksi dan komunikasi dalam diri calon. Ibarat sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab.

 

Gagal Temuduga SPA 3 : Dokumen Tidak Lengkap

Calon tidak membawa dokumen sebagai bukti kelayakan yang dinyatakan di dalam borang permohonan. Jika dokumen tersebut hilang, calon seharusnya mendapatkan dokumen sementara sebagai sokongan pada dokumen yang hilang itu.

 

Gagal Temuduga SPA 4 : Lewat Menghadiri Temuduga

Terdapat calon yang hadir lewat ke seisi temuduga SPA. Walaupun calon mampu menjawab soalan yang ditanya oleh panel penemuduga, akan terdapat komen negatif kepada calon. Pertama, calon tidak komited terhadap jawatan yang dipohon. Kedua, mungkin calon akan bersifat sedemikian apabila berkerja nanti.

 

Gagal Temuduga SPA 5 : Tidak Tahu Tentang Isu Semasa

Terdapat calon yang tidak tahu langsung tentang isu-isu semasa dan tahap pengetahuan am amat rendah. Seperti ‘katak di bawah tempurung’. Hanya tahu tentang dunianya sahaja.

 

Gagal Temuduga SPA 6 : Tidak Jujur Dalam Menjawab Soalan

Aspek penting yang perlu diberi perhatian. Panel penemuduga akan menilai aspek kejujuran dalam diri calon. Aspek kejujuran di sini adalah melibatkan perkara-perkara baik, bukan jujur mendedahkan sesuatu yang negatif. Kejujuran anda untuk berkhidmat sebagai penjawat awam dinilai.

 

Gagal Temuduga SPA 7 : Tidak Tahu Mengenai Temuduga Yang Dihadiri

Terdapat calon yang menghadiri temuduga tanpa mengetahui perihal temuduga yang dijalankan. Ini adalah salah satu kesilapan besar yang perlu anda elakkan. Situasi seperti ini akan menunjukkan calon tidak serius dan tidak komited dengan apa yang dipohon.

 

Gagal Temuduga SPA 8 : Pemakaian Yang Tidak Sesuai

Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda. Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.

 

Gagal Temuduga SPA 9 : Tidur Lewat Pada Malam Sebelum Temuduga

Terdapat calon yang tidur lewat atau berjaga sehingga pagi menjelang hari temuduga. Situasi ini pastinya memberi kesan kepada kesegaran dan kecergasan diri calon. Rehat dan tidur yang tidak cukup boleh memberikan kesan negatif. Anda akan gagal menampilkan prestasi terbaik semasa temuduga akibat dari rehat dan tidur yang tidak cukup. Juga memberi kesan kepada tahap kecerdasan minda anda. Tanpa minda yang cerdas, anda bakal ‘bergelut’ menahan ‘asakan’ soalan dari penemuduga.

Comments

  1. Selamat pagi tuan,

    Saya mahu bertanya tentang status ebook yang saya beli pada 12/05. Saya ada mendapat pengesahan pembayaran dari pihak tuan, namun sampai sekarang ebook tersebut belum saya perolehi. Diharap tuan dapat membantu saya memandangkan tarikh temuduga saya semakin hampir. terima kasih.

  2. Salam tuan,sy dah oder ebook rlttk pada 20.05 tapi sampai sekarang belum dapat lg ebook.temuduga pun dah sangat hampir dan sy sgt perlukan ebook tu.

  3. BOLEH BLAH LA…skrg ni bca la buku tips interview sekilo skali pun..xdapat nyer…semua pakai kabel,sia2 jer..wat syarat hebahan kuata cr pekerja ja…KABEL DASAR KERAJAAN

  4. sy ada juga baca ebook ni. hmm sekrang tak ada kabel susah lahh. hmm sedih sedihh

  5. Assalam…..rezeki di tangan Allah….saya &adik saya dapat menjadi kakitangan awam tak de pun pakai kabel….saya tawakal kepada Allah…yang penting kelulusan ada…yakin untuk menjawab segala soalan, berpenampilan….dan tidak pasif…insyallah!

  6. blog ini amat berguna kepada saya. banyak info yang saya dapat melalui blog ni. sekarang ini cuma boleh tawakal dan banyak2 berdoa kepada yang maha esa. bukan sekadar membuat tohmahan melulu. sebagai contoh ”pakai kabel”. semuanya atas rezeki masing2 dan jika anda berusaha untuk sesuatu perkara, saya yakin apa yang dihajati itu akan menjadi milik anda. Insyaallah 🙂

  7. Aah.. betul tu. Sokong dengan elya. Sebab kita tak boleh nak buat tuduhan melulu, ade je yang tak pakai kabel dpt masuk goverment. Mungkin rezeki belum berpihak pada kita.

    Btw, saya cuma nak kongsi pengalaman interview temuduga smlm. Penguasa kastam W41. Malang rasenye bg saye sbb dapat panel yg suke provokasi. Huhuhu.. Yg lebih malang sbb saya ni tak minat sgt politik, tetapi ambil tahu gitu je laahh.. Smlm tanye hal isu semasa itu yang paling mncabar bg saye. Hahahahaha…

    Alhamdulillah ade yg boleh jawap, ade yang tak. Bila yg xboleh tu, jawap je la kate tak pasti. Hehe..

    Antara soalan2 yang ditanya, berkenaan bajet 2015, kabinet2, berapa jumlah menteri, dan TIADA langsung hal berkenaan KASTAM.. Adoiiiii… Study bagai nak rak kastam ngan gst.. Tak per laaahh..

    Next month tgok macammane result. hanye mampu berdoa dan bertawakal je. dan cuma TERKILAN sedikit, pasal time interview, di surat jam 10.30 pagi. Tapi interview saya dekat pukul 7pm.. :'(

    Bayangkaaan saya dtg jam 8 lebih, tunggu punye lama. Daru calon2 ramai, sampailah tinggal brape kerat je.. Cuma nak cakap, sebab dah tunggu terlalu lama, itu membuatkan otak tepu dan pening kepala sangaatt.. bayangkan interview nak dekat maghrib 🙁

    Itu je lah.. Pengalaman PERTAMA pulak interview dengan SPA.. mencabar betul .. huhuhuhuhu…

    Btw, good luck untuk calon PTD (online exam 1/11) niii.. Hope dpt lakukan yg terbaik juge.. ^_^

  8. saya setuju dgn NOR n eyla… cepat @ lambat, sdkit @ byk,.. rezeki kita dh ditentukan oleh Allah swt. yg penting kite usaha bersungguh2…..

    last week, sy pun ad p iv penguasa kastam w41… samalah dgn Nor,, kena tunggu smpai ptg baru dpt turn utk iv.. alhamdulillah soalan yg dtye bley la… ad 1 je mmg x tau.. tentang had maksimum duit yg dibnrkan dibawa keluar ngr,,, dan perlu kelulusan siapa… mmg blur time soalan tu… kedua- dua panel peg. kastam.. so, semua soalan related to kastam… lpas 15 minit kot… iv tamat.. alhamdulillah… lega… nervous dh ilang….

    skrg berserah pada Sang Pencipta, Allah maha esa… if ditakdir kan rezeki saya kat situ, maka dpt la kerja kastam…jika rezeki sya belum sampai lgi, dan bukan di situ, maka redhalah dgn ketentuan Allah swt…. mungkin rezeki kita d tmpat lain @ belum tiba waktunye lagi… yg penting berusaha, sabar dan tawakkal kpd Allah swt….

    :- bgi yg ad kabel, mgkin 1 kelebihan bgi die,,… mgkin ujian die dlm bentuk… so, syukurlah dgn ape yg ada…

  9. Memang guna kuasa kabel sekarang,wlaupun x semua. Pengalaman anak kawan, larian 12min utk ujian kecergasan. Badan mcm bulldozer, semput, berpenyakit, disebbkan ada kabel lulus jugak. Pujuk hati sendiri, itu adalah rezeki dia atau kebetulan. Disebabkan ekonomi x menentu, ditambah usia persaraan dianjak ke 60, semakin sukar generasi sekarang dak mendpt pekerjaan dlm PA.

  10. Temuduga kerja kerajaan BUKAN mudah seperti dahulu. Dengan perubahan masa yang mana penggunaan BAHASA INGGERIS lebih meluas maka calon temuduga WAJIB bersiap sedia dengan kemahiran komunikasi dalam bahasa inggeris terutama jawatan gred 27-41.

    Lengkapkan diri dengan asas komunikasi dalam bahasa inggeris.

  11. helleh. senang je sayang

Speak Your Mind

*