PTD 2010: Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Assalamualaikum dan salam hormat semua..

Temuduga PTD 2010 dan 2011.


Bermula 4/1/2011 – 14/1/2011 (10 hari) temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 bakal diadakan. Setelah exam PTD berlangsung pada 26 Okt lalu, kini tibalah masanya untuk ditemuduga pula. Jawatan favoroute di sektor kerajaan! Almaklumlah, PTD ni cepat naik pangkat, gaji pun lumayan, dipandang tinggi oleh umum, dan banyak lagi kelebihannya. Sebab itu ramai orang yang berebut-rebut untuk mendapatkan kerjaya sebagai Pegawai Pembantu Tadbir Diplomatik ini.

Untuk makluman anda, pada Januari 2011 ini, sebanyak 656 calon yang akan dipanggil temuduga di seluruh Negara bagi mengisi kekosongan jawatan sebanyak 300 orang. Maknanya, dari 656 calon yang dipanggil temuduga, 300 orang saja akan berjaya. Dan calon simpanan pula akan diambil seramai 100 orang. Calon simpanan, biasalah, valid dalam setahun. Jika dalam setahun masih tak dipanggil melapor diri, mereka memang tak berjaya .


Dalam temuduga PTD ni biasalah, seperti temuduga kerja kerajaan yang biasa. Tapi ianya lebih mencabar! Kewibawaan calon yang bakal menggalas jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini akan diuji sepenuhnya! Untuk calon-calon yang terlibat, buatlah persediaan secukupnya. Bukan calang-calang orang saingan anda nanti. Semua mahu membuktikan yang terhebat.

Buat pembaca/pelawat yang pernah menghadiri temuduga PTD ini, bolehlah berkongsikan pengalaman anda di ruangan komen ini supaya dapat dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Kongsikan pandangan dan pengalaman anda melalui ruangan komen di bawah.

Comments

  1. Assalamualaikum…Thanx for information…Alhamdulillah saya lulus dlm peperiksaan dulu dan rs sgt teruja utk pergi interview…interview selalunya akan dibuat di satu tempat aje k?kepada sesapa yang da maklumat tuk dikongsi, bantu2lah ek..salam perkenalan

  2. Result tuk sesi temuduga ni dh pun keluar…. (4jan-14jan 2011). Alhmdlh, akhirnya setelah 4 thn berstatus kontrak, akhirnya sy berjaya lalui temuduga ni… rezeki anak org kate.. 😉
    kpd yg belum berjaya, jgn putus asa k? ckp mmg mudah, tp sy sendiri pernah berada d tpt yg kecundang.. cuba dan terus mencuba.. percaya lah, Tuhan ada perancangan yg terbaik tuk kita… 😉 Senyum sll….

  3. kak naz says:

    asssalamualaikum..

    Akak seorang PTD dan telah berkhidmat genap 10 tahun.. Memang best jadi PTD..so..akak boleh share tips how to win panels heart..
    Kena confident,,dan beri jawapan penuh dengan diplomasi.. sentiasa senyum dan berpersonaliti cun hari tu..
    Tapi kena baca dan tahu pasal PTD..dan isu-isu semasa..

    soalan mungkin tanya dlm BI ..so be prepare..okay..

    good luck..

  4. Sy pernah hadir untuk exam PTD masa mula2 abis blajar, tapi tak lepas, memang patut pun cz sy tak prepare…skarang saya kerja swasta, sy berkhidmat kepada negara dengan cara sy…kepada semua PTD, teruskan berkhidmat kepada negara dengan cemerlang!!!

  5. assalamualaikum…

    citer pasal PTD ni saya ada kisah saya tersendiri. dalam tahun 2002 saya telah lulus exam dan assessment. sampai ke peringkat final interview, gagal. saya rasa saya dah buat yg terbaik tapi takde rezeki. then tahun 2003 dipanggil utk special interview dan tak perlu lalui exam dan assessment yang memenatkan. preparation makan masa sebulan. siap kajian mendalam tentang isu2 semasa negara dan dunia.

    sampai turn, ditanya soalan Perlembagaan Persekutuan. memang tak prepare sebab tak jangka langsung. siap ditanya sekian2 fasal dalam perlembagaan sambil panel memegang buku perlembagaan. masa tu nak pitam hanya Allah yang tahu. so dah tahu lah resultnya…

    masa saya dulu assessment 4 hari 3 malam. complete diuji dari segala segi. dengar citer sekarang cuma sehari je.

    so nasihat saya, kalau dah lepas assessment tu, buatlah kajian menyeluruh bukan hanya tertumpu pada isu2 semasa saja. ambik tahu ttg peranan kakitangan kerajaan khususnya PTD of course.

    for me its a great experience to have this kind of interview…good luck.

  6. You are my inspiration, I have few blogs and infrequently run out from brand 🙂 . “Truth springs from argument amongst friends.” by David Hume.

  7. I do like the way you have presented this particular problem and it does supply me personally some fodder for thought. Nevertheless, from what I have observed, I simply just hope as the actual responses pile on that men and women keep on point and in no way get started on a tirade of the news of the day. Still, thank you for this fantastic point and even though I can not really concur with it in totality, I value your viewpoint.

  8. Hi there would you mind letting me know which web host you’re working with? I’ve loaded your blog

  9. Nicely, that is unquestionably very good, nonetheless how about further alternatives we’ve here? Are you able to mind composing however a different post relating to them all moreover? Appreciate it! Obat Sipilis Yang Dijual Di Apotik

Speak Your Mind

*