Peperiksaan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41

Peperiksaan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41

 

Seisi peperiksaan bertulis bagi jawatan kerajaan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41 dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos 2013 mengikut info yang diterbitkan di laman web rasmi SPA [www.spa.gov.my]. Jawatan ini berada dalam kategori Kumpulan Pengurusan & Profesional dalam skim perkhidmatan awam yang memerlukan kelulusan ijazah / sarjana muda.

 

 

Peperiksaan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41

 

 

 

Jika anda ada memohon jawatan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41 semasa mengisi permohonan jawatan kerajaan secara online, boleh lah membuat semakan di link berikut :

 

 

Klik SINI Untuk Link Semakan Layak Peperiksaan Bertulis

 

 

Jawatan ini akan bernaung di bawah Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan.

 

P/S : Jualan pakej rujukan ini akan ditutup pada jam 11.59 pm 27 OGOS 2013.

Cepat dapatkannya sebelum jualannya ditutup.

 

Jadual Gaji Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41

 

Gaji Minimum : RM1,908.45
Gaji Maksimum : RM6,797.73
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

 

 

Syarat Lantikan Jawatan Kerajaan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,908.45 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau

Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan

Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi].

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Jawatan Kerajaan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41

 

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

Mempunyai kelayakan di atas; atau

 

Lulus Peperiksaan Khas; dan

 

Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

Deskripsi Tugas Jawatan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41

 

Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

 

 

 

 

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI PENERANGAN (PELAJARAN KESIHATAN) GRED S41

 

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN : PEGAWAI PENERANGAN (PELAJARAN KESIHATAN) S41

 

P/S : Jualan pakej rujukan ini akan ditutup pada jam 11.59 pm 27 OGOS 2013.

Cepat dapatkannya sebelum jualannya ditutup.

 

ARAHAN KEPADA CALON

 

 

1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:

 

a. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
b. Kad Pengenalan
c. Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang difikirkan perlu.

 

2. Calon mesti berada di pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit sebelum Peperiksaan dimulakan.

 

3. Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.

 

4. Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

 

5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.

 

6. Calon mesti kenal pasti pusat peperiksaan sehari sebelum hari peperiksaan.

 

7. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

 

8. Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.

 

 

PANDUAN UMUM KEPADA CALON

 

Peperiksaan ini mengandungi empat (4) seksyen seperti berikut :-

 

BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN

 

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

 

 

Seksyen A – Pengetahuan Am

 

 

Seksyen ini menguji pengetahuan calon terhadap tanggungjawab Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dalam merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan serta menilai penggunaan media untuk tujuan promosi pendidikan kesihatan.

 

Dalam seksyen ini juga calon dikehendaki untuk mengetahui secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar awam, teknologi maklumat dan komunikasi.

 

Masa : 40 minit

Bilangan Soalan : 50

Markah : 30

 

 

CONTOH SOALAN :

 

Apakah laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia?

 

A www.moh.gov.my
B www.kkm.gov.my
C www.kesihatan.gov.my
D www.mygovernment.gov.my

 

Jawapan : A

 

 

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

 

 

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Logik untuk Menyelesaikan Masalah; dan
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

 

 

(i)Dalam seksyen ini calon akan diberikan permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan acara, pengurusan media dan perhubungan awam. Calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untuk menyelesaikan permasalahan yang diberikan.

 

 

Logik untuk Menyelesaikan Masalah

 

(ii)Calon akan diberikan data atau jadual yang menggunakan pelbagai perangkaan. Daripada perangkaan ini calon dikehendaki menganalisis data atau jadual yang diberikan dengan menggunakan kaedah seperti carta pai, carta bar atau graf.

 

 

Kemahiran Menginterpretasikan Data

 

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 40 soalan

Markah : 30

 

 

CONTOH SOALAN :

 

Piktograf berikut menunjukkan pendapatan yang diperolehi oleh sebuah kafeteria. Sekiranya pendapatan yang diperolehi pada hari Rabu adalah sebanyak RM480.

 

1. Apakah nilai yang diwakili oleh RM X?

 

 

$ mewakili RM X

 

 

A RM 20
B RM 40
C RM 60
D RM 80

 

Jawapan : C

 

 

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

 

 

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

 

 

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

 

 

Masa : 1 jam

Markah : 20

 

Panjang Esei : Bebas

 

 

CONTOH SOALAN :

 

Golongan warga emas telah menabur bakti kepada kemajuan negara. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan hidup mereka terbela.

 

 

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

 

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

 

 

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

 

Masa : 1 jam

Markah : 20

Panjang Esei : Bebas

 

 

CONTOH SOALAN :

Education comes not from books but from practical experience. Discuss.

 

P/S : Jualan pakej rujukan ini akan ditutup pada jam 11.59 pm 27 OGOS 2013.

Cepat dapatkannya sebelum jualannya ditutup.

 

Peperiksaan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41

Comments

  1. Dapat panggilan exam Pegawai Penerangan S41? Jika dapat, jangan lupa buat persediaan. Khabarnya jumlah calon tahun ini hanya 4,000 orang. Tak seramai PTD lah kan? Jika perlu rujukan, boleh rujuk di sini

    http://jvsecurepay.com/access/28py/1206?camp_id=401

  2. I am not certain the place you are getting your info, but good topic. I must spend a while studying much more or figuring out more. Thanks for magnificent information I used to be in search of this information for my mission.

Trackbacks

  1. […] ucapkan SALAM SUKSES buat calon exam Pegawai Penerangan Gred S41 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mac […]

Speak Your Mind

*