Peperiksaan Pegawai Antidadah gred S41

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI ANTIDADAH GRED S41

Peperiksaan Pegawai Antidadah Gred S41 bakal dilangsungkan pada 17 November ini. Ramai yang bertanya dan memohon agar Tipsptd membuka semula jualan untuk Pakej PTD kerana formatnya seakan sama. Mengikut pengalaman Tipsptd, pada April 2010, peperiksaan pegawai antidadah ini disekalikan dengan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik, tetapi tahun ini dipisahkan. Adakah formatnya sama?

Dengan jujur, format tahun ini sudah pasti berbeza dengan tahun sebelum ini, jika tidak banyak pun pasti ada perbezaannya. Team Tipsptd sempat menilai sedikit sebanyak format terbaru ini dan perbezaan ketara antara peperiksaan bertulis pegawai anti dadah dengan pegawai tadbidan diplomatik adalah pada Seksyen A yang mana pada edaran umum untuk peperiksaan 17 November ini, ada dimasukkan “perkara-perkara berhubungkait dengan antidadah dan sosial..” Itu komponen yang membezakan perjawatan ini.

Untuk seksyen lainnya, secara kasar ianya adalah sama. Daya menyelesaikan masalah yang mencakupi penggunaan logik, interpretasi data dan kemahiran Matematik dan dua seksyen esei iaitu untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam kata lain, anda boleh memanfaatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang dijual oleh Tipsptd.

Khas untuk peperiksaan Bertulis Pegawai Antidadah 2011, jualan pakej PTD yang ditutup sebelum ini, dibuka semula dan setiap pembelian Tipsptd akan sertakan komponen BONUS berkaitan dadah di Malaysia iaitu Statistik Dadah di Malaysia dan Artikel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berkaitan dadah untuk anda.

pegawaiantidadah 300x211 Peperiksaan Pegawai Antidadah S41

Anda boleh dapatkan Pakej PTD ini untuk persediaan peperiksaan Pegawai Antidadah S41 2011 di;

>>>>KLIK<<<<

Berikut adalah senarai edaran UMUM format terkini 2011 (berbeza dengan edaran umum sebelum ini)

Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan perkara berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan antidadah, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan, ekonomi, agama dan lain-lain perkembangan. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya khas untuk pegawai antidadah.

Masa : 40 minit
Soalan : 50

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut;
i. Kebolehan Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

ii. Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

iii. Konsep-konsep Matematik
Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asal-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). Walaupun ada antara calon mempunyai kelayakan dalam bidang matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada bentuk soalan logik.

Masa : 45 minit
Soalan : 40

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa : 1 jam
Soalan : Tiga (3) soalan, Pilih Satu (1)
Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa : 1 jam
Soalan : Tiga (3) soalan, Pilih Satu (1)
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Comments

  1. Thank you for helping out, good info. “It does not do to dwell on dreams and forget to live.” by J. K. Rowling.

  2. Having read this I thought it was really enlightening. I appreciate you spending some time and energy to put this informative article together. I once again find myself personally spending a significant amount of time both reading and leaving comments. But so what, it was still worthwhile!

  3. I really enjoy looking at on this web site , it holds great posts .

  4. There’s definately a lot to find out about this topic. I love all of the points you made.

  5. I really enjoy looking at on this web site , it holds great posts .

  6. They are really convincing and will certainly work. Nonetheless, the posts

Speak Your Mind

*