Peperiksaan Online Pereka

Peperiksaan Online Pereka dan Jurufotografi telah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 14 Julai untuk sesi peperiksaan 29 Julai 2015. Pengumuman ini telah menggembirakan ramai graduan. Mana tidaknya pada awal tahun yang lalu telah diumumkan yang kerajaan membekukan pengambilan kakitangan kerajaan.

Tetapi agak mengejutkan kerana pengumuman yang dibuat memaklumkan yang pada 29 Julai ini akan ada 3 jawatan yang akan berjalan pada hari yang sama. Jawatan-jawatan tersebut adalah;

Kemungkinan pihak SPA mahu mencuba kebolehan dan kecekapan sistem peperiksaan online pada skala yang lebih besar. Kita di Tim Infokerjaya gembira dengan perkembangan ini dan mendoakan output yang positif kepada sistem peperiksaan online SPA. Sistem online ini telah terbukti mampu menjima dan memudahkan SPA dan calon itu sendiri dari segi masa dan ketidakperluan untuk ambil cuti bagi menduduki peperiksaan.

Format Peperiksaan Pereka

Sebenarnya peperiksaan tapisan Pereka sebelum ini melibatkan ujian amali yang memerlukan calon hadir ke pusat peperiksaan. Ada banyak penilaian termasuk kemahiran melukis diuji. Tetapi buat kali pertamanya peperiksaan ini ditransformasikan penilaiannya. Soalan peperiksaan Pereka akan dibahagikan kepada dua kali penilaian;

  • Penilaian ONLINE
    • Seksyen A: Pengetahuan Am sahaja
    • Calon akan menduduki peperiksaan pereka secara online untuk dinilai bahagian pengetahuan am dan yang berkaitan jawatan. Anda akan diberikan 40 minit bagi menjawab soalan. Itu sahaja penilaian online!

 

  • Penilaian OFFLINE
    • Selepas selesai menduduki peperiksaan online, calon akan dipanggil ke sesi Amali pada tarikh yang akan diumumkan
    • Hanya calon yang menduduki peperiksaan online sahaja yang akan dipanggil ke sesi Amali. Siapa yang ponteng maka anda akan terlepas peluang ini

2 Peringkat Tapisan Awal

Sedikit menyukarkan proses tapisan ini. Tetapi ini yang terbaik dari segi masa dan kos. Calon yang tidak serius akan terus digugurkan dari dipanggil ke sesi Amali. Jika and adipanggil ke sesi peperiksaan Pereka secara online, ambil serius dan hadir untuk dipanggil ke sesi seterusnya.

Cara ini belum pernah dilakukan (sepanjang pengetahuan Tim Infokerjaya) dan ini merupakan kali pertama diadakan sistem peperiksaan ‘hybrid’ ini. Menarik bukan?

Soalan Exam Pereka

Untuk anda yang serius untuk berjaya, kami sarankan anda memanfaatkan ebook ini. Ianya khusus untuk membantu anda sukses bagi Seksyen A soalan Pereka. Format dan contoh soalan serta jawapan diberikan untuk membantu anda sukses untuk menjawat jawatan Pereka.

soalan pereka

Ianya telah disusun beserta 30 Nota Ringka suntuk rujukan pantas anda. Untuk maklumat lanjut terus ke sini

 

Comments

  1. mohd azamie bin othman says:

    aslmkm bagaimana cara untuk memohon jawatan ini ? jawatan pegawai imigresen kp 17 ? saya lepasan spmv 2013

Speak Your Mind

*