Penolong Pegawai Tadbir – Tugas dan Info Temuduga

Penolong Pegawai Tadbir

Penolong Pegawai Tadbir

Juga dipanggil EO, PPT…

Penolong Pegawai Tadbir

 

Penolong pegawai tadbir, satu jawatan di sektor kerja kerajaan yang memerlukan kakitangan yang ramai pada 2011 ini. Memang ramai yang memohon jawatan temuduga Penolong Pegawai Tadbir ini adalah dari mereka yang berkelayakan diploma/STPM. Memang ramai yang berminat dengan jawatan hebat dalam sektor kerja kerajaan ini. Jom lihat statistik sedikit..

 

>>KLIK SINI Untuk Rujukan TERBAIK Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Semua Temuduga Jawatan Kerajaan<<

Pada 2011, statistik menunjukkkan..

 

-          62, 028 pemohon

-          4,028 yang dipanggil temuduga

-          100 kekosongan jawatan

-          300 calon simpanan

 

Wow, ramai juga yang dipanggil temuduga pada 25/5/2011 – 23/6/2011 ini. Seramai 4028 calon di seluruh Malaysia.

 

Saya ucapkan selamat maju jaya buat mereka yang dipanggil menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir ini. Memandangkan ramai yang menanyakan tips kepada saya, saya berikan sedikit tips ini. Mungkin sedikit membantu.

 

Untuk calon yang bakal menghadirinya, apa yang perlu diFOKUSkan adalah:

 

  • Tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir – skop kerja, bidang tugas, tanggungjawab
  • Gred jawatan, gaji, kementerian
  • Soalan-soalan umum STANDARD dari SPA untuk uji kelayakan, kejujuran, keikhlasan, integrity, pengetahuan am dan semasa, pertuturan, adab, kebolehan menyelesaikan masalah dll (dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ada diterangkan dengan lengkap)

 

Untuk makluman, bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir info ringkas di bawah bleh dirujuk:

 

Jenis Kumpulan: Sokongan (pembantu kepada pegawai)

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Kementerian Pertahanan

Jadual Gaji:

P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10

P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25

P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26

 

 

 

Syarat Lantikan:

STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1 RM1204.55]; atau

Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5 RM1470.75]; atau

Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6 RM1537.30]; dan

kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

a)         i.          mempunyai kelayakan di atas; atau

ii.          lulus Peperiksaan Khas; dan

b)       berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Kerja Penolong Pegawai Tadbir ini merangkumi 4 aspek utama iaitu POLC (planning, organizing, controlling and leading)

Itu maklumat yang dirujuk dari laman web SPA…

 

>>KLIK SINI Untuk Rujukan TERBAIK Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Semua Temuduga Jawatan Kerajaan<<

 

 

Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit info lagi berkenaan jawatan Penolong Pegawai Tadbir seperti yang tertera di bawah:

 

 

 

Pengurusan

 

  1. Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
  2. Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
  3. Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

 

Aspek Pentadbiran Pejabat

 

  1. Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
  2. Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk
  3. Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat
  4. Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  5. Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  6. Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan

 

Hal-Hal Kewangan

  1. Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
  2. Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
  3. Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  4. Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..

 

Hal Teknologi Maklumat

i)              Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll

ii)             Penggunaan internet

iii)            Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

 

Itulah antara yang berkaitan dengan tugas penolong pegawai tadbir N27 ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.

 

i)              Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll

ii)             Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan

iii)            Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak

iv)           Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain

v)            Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab

vi)           Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan

vii)          Dll

 

Apapun, nasihat saya, buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Penolong Pegawai Tadbir yang bakal anda hadiri.

 

Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.

 

Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:

 

  1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga. Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
  2. Cuba tanya rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.
  3. Cuba search di google berkenaan jawatan tersebut.
  4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog saya di kerja-kerajaan.com/blog
  5. Berbincang di ruangan komen di post ini

 

Bahan rujukan yang boleh dirujuk

 

Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam

i.          Arahan Keselamatan

ii.         Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

iii.        Perintah-Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan

iv.        Peraturan Kewangan dan Perakaunan

v.         Panduan dan Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan

 

 

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

i.           PKPA Bil. 4/91

Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

 

ii.          PKPA Bil. 6/91

Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

 

iii.         PKPA Bil. 7/91

Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

iv.         PKPA Bil. 8/91

Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja

 

v.         PKPA Bil. 1/92

Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam

vi.         PKPA Bil. 4/92

Pengendalian Pengaduan Awam

 

vii.        PKPA Bil. 3/93

Panduan Mengenai Piagam Pelanggan

 

viii.       PKPA Bil. 2/96

Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam

ix.         PKPA Bil. 1/97

Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Persijilan Sistem Kualiti oleh Agensi Kerajaan

xii.        PKPA yang lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa

Sekian saja perkongsian tak seberapa dari saya. Anda ada pengalaman temuduga Penolong Pegawai Tadbir untuk dikongsikan jom kongsi!

 

 

 

Penolong Pegawai Tadbir

Comments (417)

 

  1. shiemz says:

    Sape yg akan pegi interview Dalam mase terdekat nie?

    Peringkat Pertama – Jadual temu duga bagi tarikh 2/5 – 11/5 boleh disemak mulai 29/4/2013
    Peringkat Kedua – Jadual temu duga bagi tarikh 12/5 – 14/6 boleh disemak mulai 7/5/2013

    Sila share pengalaman interview. Dan soalan2 yg ditanya. TQ

  2. surahim says:

    saya telahpun menghadiri temuduga PPT hari ni…nervous gak walaupun bukan pertama kali…apa yg aku baca..satupun tak de..cuma berkisar tentang kerja aku..Kini, cuma berdoa jelah…kalu ada rezeki..adalah..berserah jelah….

    • eija says:

      Surahin..awk intvw dkt mne? Panel bpe org?soalan ape yg diorg tye..share blh..sy nye intrvw hr selasa nie 7/5

  3. maziah says:

    surahim.. panel tanye soalan apa? awak dr kpsl ke

  4. Jue says:

    Assalamualaikum wwt…

    Terima kasih atas panduan kpd admin yg budiman… jasa anda Allah saja yg dpt membalasnya.

    Semoga berjaya kpd semua yang ada temuduga ppt N27 minggu ni hingga minggu depan… kuatkan semangat dan yg penting ikhlaskan diri.

    #Sy pun pegi temuduga 8/5/2013 (Rabu) depan, In Shaa Allah.

  5. surahim says:

    Maziah dan eija…saya interview di N9 ,, wisma persekutuan, ye saya dari KPSl…panel ada 2 orang. seorang lelaki dan seorang perempuan…dia banyak bertanya soalan kerja2 saya sekarang.

  6. Amalis80 says:

    Sya nk tnya…ada x sesiapa yg prnah g intrvw tme tgh sarat pregy….ble ke pegi 2..

  7. Amalis80 says:

    tahniah Surahim krna tlh selesai menghadiri tmduga PPT…
    sya ni tgu bsok br ble tau bla tarikh nk tmuguda…dahla tgh mengandung…rsa takut & malu pn ada..tp klu x pg rsa syg pla trlepas…bla lg nk kna pgil intrvw….

  8. adda says:

    Assalamualaikum…

    kawan2 saya baru dapat surat 3 hari lepas.. dapat i/view PPT.. 1st time i/view under SPA.. please!! sangat risau tak tahu nak prepare ape..

  9. NURUL says:

    salam..ade sape2 dapat intervw eo bln mei/jun 2013????
    sape yang dah kene intervw bleh share x soalan yang panel tnya…nervous sngt

  10. jaznita says:

    sy pn dpt interview ppt 9mei nih..sape2 yg dh pg interview tu leh share…leh bantu2 sedikit sebanyak…

  11. Amalis80 says:

    da sesiapa yg tau ke tuk wat ringkasan kenyataan pekhidmatan…

  12. dayah says:

    as salam..
    saya dapat juga interview ppt27.. ada sape2 yang dapat interview bawah jbtn perkhidmatan awam x?? boleh share maklumat x? blur rasa. hehe

  13. Hana says:

    ohh ye, lupa nak tnya de x kat sini penjawat awam yg dpt pgln intrview ni utk sesi Mei 2013? Mohon share sdkit pglmn intrview boleh tak? thanks :)

  14. rose says:

    As salam,
    saya semalam baru pergi interview, mtk2 ada rezeki. Amin.

  15. asha says:

    saya pun bakal kena interview.. risau teramat sangat.. leh bagi tips tuk confident kan diri..
    selalu soalan per ditanya yek?

    • dayah says:

      sy pernah borak dgn sorg pakcik ni.. dia ada bgtau tips macamana kita nak pancing minat panel.. satu soalan dia lontar dkat kita. kita bg point dan huraian yg panjang. jangan bg masa untuk panel tu utk tnya soalan yang merepek.. pakcik tu ckp lagi panel klo tnya soalan menteri2 jabatan.. sbb dia dah tau calon mesti xboleh nak jawab.. mcm tula dia bagitahu dkat saya.. awak berapa aribulan interview?

      • rose says:

        dayah: 2 org. kena banyak tahu pasal negara dan dia bagi masalah kita kena selesaikan.

        asha: tenang jawab soalan, kalau terlampau risau nanti blank..

        • dayah says:

          err. tu la.. takut gak ni.. kang terabur cerita pasal negara.. kena banyak baca utusan nampaknya.. hehhe..

  16. shiemz says:

    So ape soklan2 yg derang tanya pada kawan2 semua? boleh share? saye 13 mei nie. Insha ALlah

    • CIK NUR says:

      gud luck ye…

    • tie says:

      dapat interview kat mana? komtar penang k? saya pun 13 mei juga tapi saya dah dpt krja lain under spa jga, 13 mei tu sya kna prgi lapor diri kat putrajaya… jadi kurang la sorang calon.hi2x

      • dayah says:

        wahh best la awak dah dapat keje. hukhuk..

        • tie says:

          in sha Allah rzki ni kita xthu kan..apa yg pnting time jawab interview tu jwapan kita msti ada kena mngena dgn jawatan yg kita mohon… brcakap dgn contoh..hi..hi.. saya doakan awak jawab dgn baik nanti.amin :)

  17. CIK NUR says:

    trime kasih en.admin krne m’beri info2 yg b’guna..
    sy akn intrview pde 14/5 nie..agk gemeruh jgk bila bce cmmnt2 d’ats..tp sy p’cya klu rzki sy ade..sy akn dpt jwtn nie..jikalau tiada..sy akn usaha lg n aply…

  18. siti says:

    sy mempnyai kklulusan stpm dan ijazah.sekiranya sy mmohon jwtn n27 ni,perlu ke sy maklumkan maklumat ijazah sy dlm resume n perlu ke sy mghntr sjil2 ijazah sy dlm brg prmhonan?buat pgthuan,ijazah sy mmg relate jwtn n27.bac of office system mngment.hrp sape2 yg taw,dpt bntu bg info.tq

    • tie says:

      xapa aje… klu ada ijazah… tapi prepare dgn jwpn biasanya dia akn tnya sanggup ke keja gred rendah sedangkn ada ijazah…

      jgn bgi jwpn nk mula dari bwh, dah biasa yg tu..

      stu lgi waktu apply ni awak mention dlm borang shingga degree or stpm saje? klu degree xboleh tipu ar dia thu.

      Apa yg pnting niat kita kerja ini… in sha Allah dia nampak ksungguhn kita.. hari tu saya mohon yg s27 tapi last2x dpt s41.. kbtulan serentak interview.. rzki kita xnmpak kan…usaha taw

      • dayah says:

        ohh yeke? rezeki awak dapat gred 41.. huhu.. tp kan klo kita ada degree nak kena sertakn ke sijil tu? klo xsertakan xpe kan.. tp bila dia tnya kita ckp je la ada.. boleh ke mcm tu?

        • tie says:

          seingat saya swaktu interview hari tu dia xnak sijil2x bagai… bawa yg asal aje…lagipun mereka dah print out sgala maklumat kita…jadi jujurla itu lbih baik.

          bagi pndapat sayalah, lbih baik sertakan skali sijil u tu, time saya interview mrk xada prsoalkn pun cma diaorg tnya saya sanggup@ tidak ambik gred rendah. jwpn saya, sya krja krn niat saya krn Allah, jka saya dpt krja pngkat tinggi pun saya xikhlas xboleh juga… sya dah biasa dgn krja2x biasa contohnya….. ; yakinkan mrk…bhwasa awak btul xkisah & nak jwtan ini.

  19. miera says:

    sy pon akan i/view untuk ppt pd 28 mei ni di Pusat Temu Duga Jln Cenderasari.. 1st time i/view under spa.. sgt nervous…

  20. wanie says:

    Assalam..
    Sesi i/view saya esok di Pusat Temuduga Jln Cenderasari.. bile baca komen2 anda semua mcm bertambah risau plak saya..this is my 1st i/view utk jawatan kerja kerajaan.. betol2 x prepare ape2..lagi2 tgh pregnant..dh last minute sgt nk baca ape yg perlu..

  21. Amalis80 says:

    wanie…sma la kita..sya pn tgh pregnant ni…tgh sarat jg la..klu ikutkn nnt wktu intrvw dh msuk 36 mgu…klu x pegi rsa rugi…awak wanie msuk brp mgu…

  22. nurrul says:

    sy de intview PPT jumaat nie.. de x sape2 yg boleh share pe yg di tnye.. wsau sgt2

  23. ati says:

    Salam..alhmdllh sy dpt twrn tmdg ppt 29/5/13 nie….ade sape2 yg dpt trkh sme dgn sy?ape soaln yg biasa ditny? Blh kongsikn x? Tq ;)

  24. Nurul says:

    Salam semua :)

    ramai nmpknya yg dah ada experience interview PPT ni.. mcm mana guys dgn interview tu?

    blh bg tips sikit x? sy bru nk interview next thursday.. 1st time interview dgn government ni.. so tak tahu nk buat apa..

    resume tu kena prepare dlm BI atau BM?

    kalau ada ijazah, perlu sertakan sekali ke?

    tq :)

  25. genius q says:

    Ramai jgk membe2 saya kat pejabat ni yg dpt intrvw jwatan PPT ni…semua tengah berkhidmad as pembantu tadbir…soalan tak byk sgt kata diaorg,just sembang2 jer…
    panel : 1 orang jer

    • dayah says:

      ooh ya ka? awak kena interview jugak ke? takut la.. msti yg pembantu tadbir tu ada peluang besar dri org luar ni.. hukhuk

  26. asyraf says:

    salam….boleyh saya tanya….saya mendapat juga tawaran untuk jawatan pen pen tadbir…masalahnya saya baru graduate..dan tidak pernah pergi mana2 interview…dan saya ada sedikit pengalaman kerja 6 bulan semasa L.I dan ada kaitanya dengan jawatan ini… ..soalanyaaa mungkin peluang saya rendah kan berbanding pemohon lain yang telah ada pengalam kerja selama bertahun2…ini membuatkan saya rasa susah dan resah untuk pergi interview..takot soalan yang dituju tidak dapat dijawab..huhu…berikan pandangan plss…

  27. genius q says:

    pihak SPA adakan kuota tertentu…ada kuota untuk yg dah pernah berkhidmad,untuk yg tidak pernah kerja kerajaan,untuk yang fresh graduate dan untuk yg bukan bumiputra…ikut nasib la, yg penting buat yg terbaik…

  28. nurul says:

    sesiapa yang da interview boleh bgtau tak panel ade bape org? ade tips tak? sye interview 13may ni . neves sngt …

  29. hani says:

    sy br selesai temuduga hari ni.. untuk graduan yg ada ijazah panel maybe akan tnya..knapa memilih jwatan n27 tidak n41..then dia tnya lagi tidak kah ini akan menutup peluang pekerjaan bg pemohon yg mempunyai diploma sahaja…skop kerja ppt kna tahu jugak then dia ada bg satu situasi kita kena selesaikan…panel ada 2 org..lelaki n perempuan..prepare utk bi juga..sebab panel akan test kemahiran bahasa inggeris kita..yg penting kena yakin.. gud luck pada semua..usaha, yakin + tawakal..in sha Allah dapt

    • neena says:

      alhmdllh.da setel.sy nk tmpng tny.resume awk bt dlm bm ke bi?n awk serta kn skli degree ke..neves nye nk g intebiu ni.

      • hani says:

        buat dlm bm..xsertakan sekali ijazah tp dia nmpak kat dlm resume tu ada dgree..lupa nak edit huhu…jgn neves2..rilek je k

  30. ameii says:

    salam
    ada sape2 x kena interview 16 mai 2012 dekat bangunan spa cenderasari..
    sy kena time tu
    n kepada sesiapa yg dh kena interview,
    leh tolong share korg pnya experiences

  31. ameii says:

    salam
    ada sape2 x kena interview 16 mei 2013 dekat bangunan spa cenderasari..
    sy kena time tu
    n kepada sesiapa yg dh kena interview,
    leh tolong share korg pnya experiences
    kena sokaln mcm mne
    sy x tau nk prepare ape

  32. norhayati says:

    salam, terima kasih kepada semua yg berkongsi maklumat yg amat berguna ini. saya juga akan menghadiri temuduga PPT d SPA jalan cenderasari pada 27.5.13 ni. semoga anda semua akan berjaya.inshaallah.tenang itu adalah iman..

  33. norhayati says:

    hani..tqs a lot 4 your information. saya hanya pemegang diploma pengurusan saja dan pernah d tawarkan 2 kali untuk jawatan ini. ini baru kali pertama jawatan ini tidak perlu melalui peperiksaan setahu saya lah. dulu saya kene ambik pereksa baru akan di panggil temuduga. saya tak past sebb dapat ambik 1 paper je then masuk spital sbb ependix huhuhu

    • hani says:

      kalo awk tgah bekerja skg..panel akan tnya knapa nak tukar kerja…dia suruh critakan ckit skop tugas kerja awak .. kalo isu semasa skg pasal pru13..semua soalan boleh jawab punya la..tapi cara menjawab tu yg penting..dan mesti yakin k..gudluck

  34. norhayati says:

    semoga berjaya. saya ingin mencuba walaupun saya sudah pun bekerja sebagai pembantu makmal C17..

    • dayah says:

      kawan saya dah pegi inteview.. dia kena soalan biasa2 jer..tnya sbb apa pilih kerja kerajaan,skop tugas ppt,cerita pasal keje skrg,. calon dpan dia kena tnya pasal isu pilihanraya.. dia kata dalam 20 minit gak masuk bilik interview tu

  35. Amalis80 says:

    terima kasih hani 4 da info…sya lg brdebar cz intrvw tme tgh sarat pregnnt ni…

  36. dayah says:

    bila baca komen2 diatas.. rasa mcm tertekan dengan takut.. hukhuk

    • hani says:

      dayah skrg ni tgah bekerja atau br abis blajar? kalo tgah kerja, panel akan tnya berkaitan dgn kerja skrg ni…kalo br abis belajar..dia minta ceritakan pengalaman n diri je..soalan lain dia akan tnya skop tugas ppt n kaitkan ngan masalah..cth: macamana kita nak bg teguran dgn pekerja yang lebih tua atas kesalahan sering dtg lewat ke pejabat..semua soalan blh fikir..tp jgn neves la..nti blank hehe yg penting kena taw skop tugas..in sha Allah bleh jwb

      • dayah says:

        dah keje.. tu la.. bila panik dia jadi ckp terabur. hani awak dah pegi interview erk? ok2.. sy dah cri maklumat tp xmembaca sgt.. hehe.. sy 28hb ni.. dekat alor star.. dekat sini xde ke yg kena dekat alor star?

      • ismi says:

        sis hani..sy nak tye ni,sy interview 21hb ni..sy skrg pelajar tahun akhir untuk degree tp hanya tinggal praktikel sahaja bulan 9 nanti..cmna sy nak jwb kalau dia tnya nanti ye.?perlu ke bgtau sy skrg belajar degree tp hya tggl untuk LI sahaja.btl2 blank xtau nk jawab ape kalau ditanya solan tu..andai soalan dia ” kalau awk diterima jwtan ni mcm mana dgn praktikel awk bln 9 nanti?.huuu ape sy nak jwb?ade sape2 blh bg pndangan?

  37. makutin says:

    11/6 sy pun nak menghadiri, semoga dipermudahkn dan ada rezeki.amin.

  38. zuraida says:

    assalammualaikum semua.
    Sy g interview 8/5 lepas…soalan nya perkenalkan diri.ceritakan pekerjaan skrg sbb sy Ppm n17.pastu bidang tugas PPTN27.dia nak kita terangkan secara details.sy dah berkahwin. Dia tanya klu hantar ke SABAH SERAWAK sanggup ke?…kenapa nak kerja krjn sbb sy dulu kerja bank islam….tp sy bertawakal je sbb dia ada tanya soalan yg menyebbabkan emosi.sy br kehilangan bapa mentua 7/5.sehari sblm sy g temuduga.sy trssebak dan penemuduga ucapkan takziah dan saya habis setakat itu shj.sekali sblm kuar dia ada ckp klu dapat nnt diaorg bgtau….sy pasrah….

  39. nurul says:

    thanks bagi yang sudi bagi info . doakan sye for this 13may2013 interview kat jpa putrajaya . mintak dipermudahkan . amin ..

  40. ieka says:

    tq pd y sudi bg info n share pglaman..sya plk frst time nk g intrvw ppt ni pd 23 may 2013!ada sapa2 y sama dgn sya tak..:)sgt2 neves..mcm2 prsoalan dlm kpla ni..:)

  41. intan says:

    temuduga tu di tanya dlm bhsa melayu or english

    • hani says:

      depend pada panel rasanya..panel sy ada tnya soalan dlm bi..dia nak test kemahiran bahasa..tp 1 soalan je, berkaitan ngan pengalaman mengundi hari tu

  42. neena says:

    hani nk tmpng tny.awk nye reseume awk bt dlm or bi?n awk sertakn skli degree ke?

  43. makutin says:

    11/6…risau,moga Allah kuatkan semangat

  44. hayati says:

    risau dan gementar nak pergi interview namun percaya kepada rezeki dari Allah…nak tanya kpd kakitangan kerajaan buku servic x perlu bawa kan…

  45. ALMUSAINA; says:

    saya pun kena temuduga juga pd 06/06….bimbang nya

  46. shud says:

    salam..tq so much 4 ur info….sy akn inteview mggu dpn jwtn ppt n27..wish me luck…

  47. norhayati says:

    berapa ramai ye yg suruhanjaya panggil n berapa kekosongan yg ada

  48. NURUL says:

    nevess plak rsenye nk intrview..wpon dh bkje dgn gov nk msuk 4 thn…sy 6/6 nnt di spa putrjya

  49. ema says:

    erm…nervosnya nak temuduga PPT…sapa dan g…bg tip??

  50. ziziey says:

    salam..sy pn interview pd 6/6 kat putrajaya.. moga urusan kita semua dpermudahkn :) in shaa Allah..

Leave a Reply