Penolong Pegawai Tadbir – Tugas dan Info Temuduga

Penolong Pegawai Tadbir

Penolong Pegawai Tadbir

Juga dipanggil EO, PPT…

Penolong Pegawai Tadbir

 

Penolong pegawai tadbir, satu jawatan di sektor kerja kerajaan yang memerlukan kakitangan yang ramai pada 2011 ini. Memang ramai yang memohon jawatan temuduga Penolong Pegawai Tadbir ini adalah dari mereka yang berkelayakan diploma/STPM. Memang ramai yang berminat dengan jawatan hebat dalam sektor kerja kerajaan ini. Jom lihat statistik sedikit..

 

>>KLIK SINI Untuk Rujukan TERBAIK Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Semua Temuduga Jawatan Kerajaan<<

Pada 2011, statistik menunjukkkan..

 

-          62, 028 pemohon

-          4,028 yang dipanggil temuduga

-          100 kekosongan jawatan

-          300 calon simpanan

 

Wow, ramai juga yang dipanggil temuduga pada 25/5/2011 – 23/6/2011 ini. Seramai 4028 calon di seluruh Malaysia.

 

Saya ucapkan selamat maju jaya buat mereka yang dipanggil menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir ini. Memandangkan ramai yang menanyakan tips kepada saya, saya berikan sedikit tips ini. Mungkin sedikit membantu.

 

Untuk calon yang bakal menghadirinya, apa yang perlu diFOKUSkan adalah:

 

  • Tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir – skop kerja, bidang tugas, tanggungjawab
  • Gred jawatan, gaji, kementerian
  • Soalan-soalan umum STANDARD dari SPA untuk uji kelayakan, kejujuran, keikhlasan, integrity, pengetahuan am dan semasa, pertuturan, adab, kebolehan menyelesaikan masalah dll (dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ada diterangkan dengan lengkap)

 

Untuk makluman, bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir info ringkas di bawah bleh dirujuk:

 

Jenis Kumpulan: Sokongan (pembantu kepada pegawai)

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Kementerian Pertahanan

Jadual Gaji:

P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10

P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25

P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26

 

 

 

Syarat Lantikan:

STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1 RM1204.55]; atau

Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5 RM1470.75]; atau

Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6 RM1537.30]; dan

kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

a)         i.          mempunyai kelayakan di atas; atau

ii.          lulus Peperiksaan Khas; dan

b)       berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Kerja Penolong Pegawai Tadbir ini merangkumi 4 aspek utama iaitu POLC (planning, organizing, controlling and leading)

Itu maklumat yang dirujuk dari laman web SPA…

 

>>KLIK SINI Untuk Rujukan TERBAIK Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Semua Temuduga Jawatan Kerajaan<<

 

 

Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit info lagi berkenaan jawatan Penolong Pegawai Tadbir seperti yang tertera di bawah:

 

 

 

Pengurusan

 

  1. Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
  2. Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
  3. Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

 

Aspek Pentadbiran Pejabat

 

  1. Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
  2. Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk
  3. Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat
  4. Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  5. Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  6. Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan

 

Hal-Hal Kewangan

  1. Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
  2. Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
  3. Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  4. Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..

 

Hal Teknologi Maklumat

i)              Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll

ii)             Penggunaan internet

iii)            Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

 

Itulah antara yang berkaitan dengan tugas penolong pegawai tadbir N27 ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.

 

i)              Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll

ii)             Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan

iii)            Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak

iv)           Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain

v)            Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab

vi)           Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan

vii)          Dll

 

Apapun, nasihat saya, buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Penolong Pegawai Tadbir yang bakal anda hadiri.

 

Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.

 

Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:

 

  1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga. Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
  2. Cuba tanya rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.
  3. Cuba search di google berkenaan jawatan tersebut.
  4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog saya di kerja-kerajaan.com/blog
  5. Berbincang di ruangan komen di post ini

 

Bahan rujukan yang boleh dirujuk

 

Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam

i.          Arahan Keselamatan

ii.         Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

iii.        Perintah-Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan

iv.        Peraturan Kewangan dan Perakaunan

v.         Panduan dan Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan

 

 

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

i.           PKPA Bil. 4/91

Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

 

ii.          PKPA Bil. 6/91

Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

 

iii.         PKPA Bil. 7/91

Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

iv.         PKPA Bil. 8/91

Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja

 

v.         PKPA Bil. 1/92

Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam

vi.         PKPA Bil. 4/92

Pengendalian Pengaduan Awam

 

vii.        PKPA Bil. 3/93

Panduan Mengenai Piagam Pelanggan

 

viii.       PKPA Bil. 2/96

Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam

ix.         PKPA Bil. 1/97

Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Persijilan Sistem Kualiti oleh Agensi Kerajaan

xii.        PKPA yang lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa

Sekian saja perkongsian tak seberapa dari saya. Anda ada pengalaman temuduga Penolong Pegawai Tadbir untuk dikongsikan jom kongsi!

 

 

 

Penolong Pegawai Tadbir

Comments (417)

 

  1. 5zal says:

    Tahniah!!! kepada yang berjaya.. tapi result saya dukacita…

  2. diah says:

    sy gagal jugk..de sape2 berjaya

  3. ros says:

    alhamdulillah… saya bejaya… thanks atas info dari kwn2 semua

  4. 5Zal says:

    Tahniah Ros…..meningkat lagi kerjaya awk… try call JPA bila posting..

  5. ros says:

    5zal..
    thanks a lot sbab saya ambil pngalaman awak mase temuduga…. mungkin rezeki awak blum ada lg… ni kali pertama saya dipanggil temuduga stlh 6 thun mencuba… buat kwn2 semua yg tdk bjaya, jgn putus asa. usaha dan usaha lagi

  6. farel says:

    rezut dh de..tp :-(

  7. farel says:

    tahniah kpd sape2 yg bjaya tu..rezeki Ramadhan..slmt brpuasa..

  8. 5Zal says:

    Nik dapat jgak ke.. TAHNIAH!!!

    • Nik says:

      Alhamdulillah..dpt..aminnn..syukur..tima kasih atas ucapan..5zal..cuba dan cuba lagi..jangan putus asa..akan ada rezki kita nanti..

  9. azizi says:

    salam semua….saya dah dapat keputusan temuduga PPT N27……saya cuma dapat keputusan sebagai calon simpanan….apa pun saya tetap bersyukur pada Allah…..5zal apa cerita….berjaya ker awk…..

  10. 5Zal says:

    Azizi: Saya tak berjaya. Tahniah, cba cek SPA simpanan tu ranking ke berapa.

  11. Eza Sunflower says:

    Salam kawan2 semua…
    Alhamdulillah saya dapat calon simpanan…
    Tahniah kepada yang berjaya…

    5zal: macam mana nak check ranking?

  12. nilza says:

    salam..sape2 lg yg berjaya?saya pn dapat..alhamdulillah..

  13. ros says:

    nilza
    tahniah…
    awak calon kpsl ke biasa

    • Nik says:

      ros dan nilza..tahniah ya..sy juga dpt..cuma skrg kita masing2 tggu surat ….rasanya surat setuju terima tawaran ker? or surat yg mcm mana ek? sejak 3hb ogos haritu..balik aja keja..hari2 sy bukak peti surat kt umh..selagi tk dpt surat slagi itula mkn tk kenyang tido tk lena mandi tk basah

      • Eza Sunflower says:

        salam nik… tahniah ye sbb berjaya dlm interview… sy dpt calon simpanan je.. masih kena teruskan berdoa agar dibukakan pintu rezeki nak masuk kerja government ni… huhu…

  14. ros says:

    saya pun same gak…. dulu saya lantik bwh spp… xtahu la prosedur bwh spa… agak2 brape lame ye kite kena tunggu

    • Nik says:

      hehe..dulu sy mintak n17 dlm polis close dept mcm jab pendidikan. dulu pakai borang ja..tak dak on9..tak pa..nanti kita check lg peti surat. rasanya dlm masa terdekat ni paling lama pun 3 mggu dr tarikh result kuar kt portal..btl ke tk tak tau lh..mcm kita ni sbg lantikan baru..kna la pulak sah jwtn dn amik exam utk sah jwtn EO..tk pa lahhh..yg penting dpt keja ni kita pulun lah..

  15. nilza says:

    ros..kpsl tu ape ek?hehe..sy apply through spa je..dpt intrview trus g then dapat..

  16. ros says:

    nik
    ye lah… kite kena stat smula.. dah lame ke nik service
    nilza
    kpsl tu utk sesiapa yg dah berkhidmat ngan gov

    • Nik says:

      11 thn ros..dan ros pulak da brapa thn servis kt SPP? mcm sy ni ros klu posting ke kementerian lain selain drp pdrm adlh merupakan sesuatu yg baru dn bnyk kna blajar.ayo..apapun bersedia berkhidmat..hehe

  17. nilza says:

    owh..yeke..ok..thanx for d info..:)

  18. Nik says:

    lupa pulak..nanti terima surat kita jwb dulu surat setuju terima sama ada jwpn secara on9 or pos ke SPA

  19. ros says:

    nik
    saya lantik bwah spp, tapi khidmat kat skolah… dah 6 thun service…thanks d info… nanti kalu dah dpt srat inform ye

  20. rey says:

    sedih sgt :(

  21. ros says:

    nik
    dah dpt x srat tawaran……

  22. ros says:

    xtahu la bile…. slalunya dlm 2 minggu dah dpt dah…. keja kat opis pun tgh byk…. wat nye dpt mengejut….. nahas kawe..

    • Nik says:

      hihi..tak po tak po..kito tggu..samolah kito..semangat kijo tu kureng lah sikit tamboh2 nk kelik kg nk beraya..Ros ado fb dop? klu ado leh k.nik add. leh kito bertukar tukar pdpt n pdgn nanti lh posting mana2 n bkaitan keja baru

  23. ros says:

    Boleh…. ni fb ros kak nik ad deh…. gune email lailizalatif@yahoo.com.my…. bleh kito btkar-tkar pdapat…

  24. SAYA INGIN KERJA KERAJAAN ..KERANA AKAN MENJANA MASA DEPAN SY…..HARAP2 DAPAT LA

  25. fara says:

    syukur sapa yg dpt, fara calon bg oku, walaupon xdpt, tp dh di pgl sdh memadai amin syukur sgt2

  26. Johann says:

    Salam 1Msia kepada semua sahabat,

    Dengar kata Peperiksaan untuk N27 KPSL kemasukan 2012 kene ‘Freeze’ disebabkan SBPA dan Penambaikan SSM nie….Betul ker?…

  27. aidas says:

    SALAM. apabila melihat komen2 dari kawan2 disini, membuatkan saya rasa tertarik untuk share experience dgn semua…
    sekarang sya telah pun menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir (stor) di kementerian kesihatan. yg bracket stor tu KKM yg bagi, padahal masa mohon keje kt SPA xde pun bracket tu, ble da dimasukkan ke KKM, saya di bracketkan, so, bukan gunasama lagi la, xpe la, yang penting, keje, sbb dulu ms interview mmg tujuannya nak keja kan, so, ble da dapat, xpayah la nak merungut sgt, syukur alhamdulillah….

    pengalaman saya semasa ditemuduga adalah…. soalan banyak yang menjurus ke arah kehidupan kita seharian, banyak tanya isu2 semasa saja. seingat saya, soalan ttg deskripsi tugas xda langsung ditanya (tapi depends jugak pada panel) padahal seblm g interview mcm2 saya hafal, (nama2 menteri2, sejarah malaysia, tugas2 PPT, dll) tapi tak ditanya pun ;(.

    saya merupakan calon ke tiga yang ditemuduga, slps selesai calon yang pertama di temuduga, sya ada bertanya kpd beliau, soalan apa yg ditya, beliau menyatakan soalan biasa2 je, pastu panel tu bgtau kt dia yg kelayakan akademik dia x layak coz ada dgree, so, dlm hal ni sya tak tau nak komen cos sy mmg blaja smpai diploma je, tu pun diploma pentadbiran awam, n panel ada bgtau juga yg skim PPT ni mmg memerlukan ramai graduan yang memiliki Dip Pentadbiran Awam. mungkin ini salah 1 sebab saya dapat jawatan tu, wallahualam….

    • sha says:

      btul ker klau kita ader degree,kita susah nak memohon jawatan penolong tdbir

    • Rin says:

      Salam. nak tny, klu Penolong Pegawai Tadbir (stor) ditempatkan di kementerian kesihatan, jadi klu penolong peqawai tadbir xde bracket kebiasaannya ditempatkan d jabatan mna ek?

  28. Cik Naa says:

    As salam kawan2 sume..

    Alhamdulilah, setelah hampir setahun menunggu sebagai calon simpanan..akhirnya pada 8/5/2012 aritu cik naa dapat tawaran sbg Lantikan Tetap sbg PPT N27.. syukur, Allah makbulkan doa saya. Untuk kawan-kawan yg lain cik naa doakan agar berjaya dlm apa jua kerjaya yg diceburi..yg penting jgn cepat putus asa, bykkan bersabar dan paling penting selalu berdoa dan mengingatiNYA sama ada kita susah mahupun senang.. gud lucks.

  29. azizi says:

    tahniah cik naa…….saya masih belum ada rezeki lagi…..masih lagi berstatus calon simpanan…..sampai bila ler agaknya……tempoh valid calon simpanan pun dah semakin hampir iaitu hujung bulan julai nanti…….mcm tak ada peluang jer gamaknya……..apa pun saya tetap berdoa supaya dipilih untuk lantikan kalau Allah izinkan…..

  30. ros says:

    azizi..
    InsyaAllah… bulan Julai nanti ade lg intake….JPA yg mklumkan…..

  31. puteri kayangan says:

    salam..sya dpt intrview PPT on next week..nervousla..tkut2 kantoi ngan soalan panel nti..bley x kwn2 yg penah pegi intrvw ne bgi tips skit 2k krgkan darah gmuruh sya?contoh soalan2 yg di ajukn?

  32. Azizi says:

    salam puteri kayangan,

    kalau ikutkan dalam laman web spa tiada temuduga ppt pada minggu depan….yang ada cuma temuduga pt sahaja….mungkin saya boleh tahu puteri kayangan nak temuduga ppt tu kat mana……apa pun semoga berjaya dalam temuduga nanti…..

  33. Azizi says:

    Salam Ros…….awk ppt kat kementerian mana tuh?……..betul ker ada intake ppt pada julai nanti……saya rasa mcm dah tak ada peluang lg jer…..mcm kena apply semula jawatan ppt tuh……calon simpanan nih cuma ada peluang 50-50 jer…..untung sabut timbul……untung batu tenggelam………

  34. AMF says:

    Salam. Nak tanya, kalo dah lulus KPSL N27 ada syarat servis berapa tahun ke baru layak dipanggil temuduga? Sebabnya,,saya isi SPA8 ada tulis kat ctu,,tidak memenuhi syarat2 semasa..

  35. IQA says:

    Tarikh Tutup Urusan :18/03/2011

    Status Urusan :LANTIKAN TETAP

    Anda Telah dikategorikan sebagai calon simpanan dalam masa 1 tahun

    sebelum ni di status pendaftaran tu tertera SIMPANAN LANTIKAN kan?

    mohon share sapa2 calon simpanan yang dah berjaya plz…

  36. eza says:

    IQA, maksudnya awak simpanan dan telah dapat lantikan tetap.. tggu surat dr spa je =)

    • IQA says:

      owh yeke klu dapat alhamdulillah…tapi dlm website tu still ada remarks bawah tu Anda Telah dikategorikan sebagai calon simpanan dalam masa 1 tahun..saya dah call spa then dia kata nama ada dlm senarai pelantikan cume bos xsign surat lagi..klu bos sign dapat la…klu x dia pon xberani kata dapat atau tak…
      eza dulu pun status urusan mcm saya gak ke?

  37. ina says:

    ada saper2 dapat interview kat pjbt prtanian sbgai pngawai tadbir? hari ni ada interview.. soalan dia tntg 1 malaysia jer banyak..pling hampeh sbb rata2 pkrja dia yg pngkt 27 minta…ramai2 dtg mcm utk prosedur jer…. akhirnya dpt kat kroni2 dia aje. kekosongan ada 2, tpi yg dtg 60 org, pkrja ttap tmpat tu dtg interview adalh dlm 6 0rg yg kontrak 3 0rg…yg mmg ada sdara mara kerja stu adalah dlm 8 org…. hah2… saper2 ada interview esok tak pyh prgi lah…buat frust korang aje.

  38. Azizi says:

    salam semua…..saya dah dapat tawaran PPT N27…….kursus kat intan keluang 15 Julai nanti……lapor diri 20 Julai…….ada sesiapa yg lain dapat tawaran mcm saya ker…..

  39. IQA says:

    saya dah dapat gak..heheh

  40. IDA says:

    As-salam dan salam semua..saya dapt interview under KPSL..rasa nervous..sapa2 yg dh dpt tuh..blh tak share pengalaman…mudah2an usaha saya tidak sia-sia…hehehe

  41. AZAH says:

    AASALAMUALIKUM…
    saya nk hdir temuduge jumaat ni 3/5/13
    ape isu2 semasa skgr yg agak2 dorg tanyer ek?

  42. eija says:

    Salam..sy dpt interview 7/5/13 nie utk PPT..ade x sape2 yg blh share pgalaman intrview PPT cmne..ape soalan yg diorg akn tye..sy xthu ape yg nk kne baca nie..sy baru dpt surat intvw hrni..next week dh kne intrvw..blh x sape2 tlg sy..

  43. hafizah says:

    askum..azah..awak duk mane yer..emm bk yg panduan pembantu tadbir ni ade ker jual kt kdi???

  44. imza says:

    salam.. sy pn dpt intrview ppt 8/5 ni.ada saper2 x yg blh share soalan aper yg akan di tye…isaula..xtau nk bc ape

  45. surahim says:

    saya akan menghadiri temuduga mgu ini, risau jugak…pertama kali nak g temuduga bagi jawatan PPT 27 , boleh tak beri panduan..sape2 yg pernah..betul ke kena bercakap BI…saya tak fasih berbahasa BI ni..

  46. Faiz says:

    Terima kasih atau perkongsian maklumat dan pengalaman awak tu, sangat2 lah berguna.. Jd bingung sekejap jg pkirkn apa agaknya suasana interview tu nti.. Nah sekarang ada sikit gambaran dah..terima kasih

  47. nurul says:

    hai. to those yang nak interview ppt tue good luck . mohon share experience k.

  48. pengalaman says:

    result saya pun tak gempak… saya juga pun tak fasih berbahsa inggeris…. tapi bila kita brusaha in sha Allah dpt…
    Biasanya saya juga suka bagi perkataan macam ni jika mrk tanya mngenai boleh ke? layak ke? awak ada degree tpi mohon yg dploma…

    saya bgthu panel; stiap pkerjaan brgantung pada niat, bkn pangkat yg kita pndang tapi keikhlasan kita bkerja krn Allah s.w.t

    Kedua; bnyakkan baca mngnai masalah2x yg mngkin awak akn hadapi jika dapat position tu..

    Ketiga; hari tu kna speaking bab hobbies… pastikan hobbies ini ada kna mngena dgn diri…. contohnya; saya suka mmbaca buku motivasi krn sya suka cas2x positif agar lbih brsmngat.. @pun saya suka mngikuti kursus2x kmahiran cthnya; saya prnah mnjalani kursus pntadbiran , rekod… & sbagainya..

    Keempat; sentiasa brfikiran positif, wlupun dia kutuk awak kaw2x…mcm saya kna, tapi sya tetap brsmangat… spaya mrk thu kita ni kuat orgnya…

    Kadang2x kita xleh mnjangka masa dpn…. jadi buat yg trbaik… buat resume yg kreatif… cthnya; sdikit colourful drp org lain….supaya nampak resume kta ini hah… hi..hi….

  49. Siti says:

    Saya baru nk g interview PPT next week. Husband saya beria2 suruh saya pergi..hopefully everything go smooth..tq for the info. ;)

  50. nurul says:

    to mereka yang interview good luck. sbb sye pun nak interview ppt jugak next week . hehe . neves sngt . taktau nak bace ape.

Leave a Reply