Penolong Pegawai Tadbir – Tugas dan Info Temuduga

Penolong Pegawai Tadbir

Penolong Pegawai Tadbir

Juga dipanggil EO, PPT…

Penolong Pegawai Tadbir

 

Penolong pegawai tadbir, satu jawatan di sektor kerja kerajaan yang memerlukan kakitangan yang ramai pada 2011 ini. Memang ramai yang memohon jawatan temuduga Penolong Pegawai Tadbir ini adalah dari mereka yang berkelayakan diploma/STPM. Memang ramai yang berminat dengan jawatan hebat dalam sektor kerja kerajaan ini. Jom lihat statistik sedikit..

 

>>KLIK SINI Untuk Rujukan TERBAIK Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Semua Temuduga Jawatan Kerajaan<<

Pada 2011, statistik menunjukkkan..

 

-          62, 028 pemohon

-          4,028 yang dipanggil temuduga

-          100 kekosongan jawatan

-          300 calon simpanan

 

Wow, ramai juga yang dipanggil temuduga pada 25/5/2011 – 23/6/2011 ini. Seramai 4028 calon di seluruh Malaysia.

 

Saya ucapkan selamat maju jaya buat mereka yang dipanggil menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir ini. Memandangkan ramai yang menanyakan tips kepada saya, saya berikan sedikit tips ini. Mungkin sedikit membantu.

 

Untuk calon yang bakal menghadirinya, apa yang perlu diFOKUSkan adalah:

 

  • Tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir – skop kerja, bidang tugas, tanggungjawab
  • Gred jawatan, gaji, kementerian
  • Soalan-soalan umum STANDARD dari SPA untuk uji kelayakan, kejujuran, keikhlasan, integrity, pengetahuan am dan semasa, pertuturan, adab, kebolehan menyelesaikan masalah dll (dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ada diterangkan dengan lengkap)

 

Untuk makluman, bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir info ringkas di bawah bleh dirujuk:

 

Jenis Kumpulan: Sokongan (pembantu kepada pegawai)

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Kementerian Pertahanan

Jadual Gaji:

P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10

P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25

P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26

 

 

 

Syarat Lantikan:

STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1 RM1204.55]; atau

Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5 RM1470.75]; atau

Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6 RM1537.30]; dan

kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

a)         i.          mempunyai kelayakan di atas; atau

ii.          lulus Peperiksaan Khas; dan

b)       berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Kerja Penolong Pegawai Tadbir ini merangkumi 4 aspek utama iaitu POLC (planning, organizing, controlling and leading)

Itu maklumat yang dirujuk dari laman web SPA…

 

>>KLIK SINI Untuk Rujukan TERBAIK Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Semua Temuduga Jawatan Kerajaan<<

 

 

Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit info lagi berkenaan jawatan Penolong Pegawai Tadbir seperti yang tertera di bawah:

 

 

 

Pengurusan

 

  1. Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
  2. Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
  3. Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

 

Aspek Pentadbiran Pejabat

 

  1. Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
  2. Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk
  3. Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat
  4. Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  5. Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  6. Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan

 

Hal-Hal Kewangan

  1. Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
  2. Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
  3. Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  4. Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..

 

Hal Teknologi Maklumat

i)              Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll

ii)             Penggunaan internet

iii)            Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

 

Itulah antara yang berkaitan dengan tugas penolong pegawai tadbir N27 ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.

 

i)              Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll

ii)             Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan

iii)            Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak

iv)           Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain

v)            Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab

vi)           Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan

vii)          Dll

 

Apapun, nasihat saya, buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Penolong Pegawai Tadbir yang bakal anda hadiri.

 

Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.

 

Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:

 

  1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga. Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
  2. Cuba tanya rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.
  3. Cuba search di google berkenaan jawatan tersebut.
  4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog saya di kerja-kerajaan.com/blog
  5. Berbincang di ruangan komen di post ini

 

Bahan rujukan yang boleh dirujuk

 

Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam

i.          Arahan Keselamatan

ii.         Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

iii.        Perintah-Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan

iv.        Peraturan Kewangan dan Perakaunan

v.         Panduan dan Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan

 

 

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

i.           PKPA Bil. 4/91

Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

 

ii.          PKPA Bil. 6/91

Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

 

iii.         PKPA Bil. 7/91

Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

iv.         PKPA Bil. 8/91

Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja

 

v.         PKPA Bil. 1/92

Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam

vi.         PKPA Bil. 4/92

Pengendalian Pengaduan Awam

 

vii.        PKPA Bil. 3/93

Panduan Mengenai Piagam Pelanggan

 

viii.       PKPA Bil. 2/96

Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam

ix.         PKPA Bil. 1/97

Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Persijilan Sistem Kualiti oleh Agensi Kerajaan

xii.        PKPA yang lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa

Sekian saja perkongsian tak seberapa dari saya. Anda ada pengalaman temuduga Penolong Pegawai Tadbir untuk dikongsikan jom kongsi!

 

 

 

Penolong Pegawai Tadbir

Comments (416)

 

  1. ayeen says:

    5zal: semua soalan dlm bm ye? sy tgk kalau kita n penemuduga ada isu yg dibincangkan soalan2 lain seperti (nama menteri, isu semasa) tidak ditanyakan sbb asyik dgn isu yg dibincangkan itu adalah petanda baik. apabila kita seakan berbual dan melontarkan buah fikiran sesama kita..so kesimpulannya kita kena pandai merangka jwpan yg bernas dan padat utk semua soalan supaya mereka kagum n minat dgn kita..hehe..berdebar la plk..

  2. ros says:

    bedebar plak rasenye mnanti nak temuduga……..

  3. Rehan says:

    salam semua…..bila sy baca komen2 di atas,debaran sy mula terasa…intrview PPT pada 22.06 bt sy tak snang duduk…tp time intrvw tu la yg plg sy berdebar…padahal sy dh berkhmt dgn gov skrg..Masa intrvw PT N17,xde la berdebar sgt..mgkin ini PPt yg bt sy takut…

  4. Yana says:

    salam semua….
    saya terpilih utk menghadiri interview pada 16/6/11 ni…
    alhamdulillah saya mendapat byk info dr kamu semua….
    cuma 1 saja masalah yg membelenggu saya tika ini…
    apa jawapan yg sesuai tuk menjawab pertanyaan dr panel ” kamu telah bekerja swasta selama 3thn…kenapa kamu nak masuk keje gov pulak?”
    tolong ye semua….jasa kalian amat dihargai…

    • Nurull says:

      salam yana..sy pn de t`pk nk jwp pe kalu soalan ni an..
      situasi sy,mse kje swasta sy lom smbung blaja lg..sbb ikutkn keinginan nk smbung blaja sy tgalkn kje 2..abis blaja alhmdulillah dpt pgil intview gov lak..kalu sy myb sy akn jwp..ni impian sy sbb sy nk b`jse pd agama,bgsa n ngara..sy b`mint dgn kje gov spt sdia mklum kn byk klebihan..lgpn mk abh nk sgt tgk ank2 b`jye..ni mse sy lak nk bls jasa diorg..kje kt mne2 pn leh tp b`bakti pd gov kn kte rse kte lbih dkat dgn krjn ngara kte..2 pndpt sy..x tau la kwn2 len cmne lak..

  5. Az says:

    Yana: Ya, ini adalah peluang yang paling terbaik untuk saya kembangkan kemahiran saya serta pengalaman saya bekerja di sektor swasta beralih ke sektor awam, sejak dari bangku sekolah lagi saya telah bercita-cita untuk bekerja di sektor awam demi untuk memastikan segala kemahiran selama 3 tahun saya berkhidmat di sektor swasta dapat diadaptasikan dalam sektor awam, di samping itu dorongan dan minat yang mendalam dalam sektor awam hasil dari dorongan keluarga untuk membantu mentranformasikan bangsa dan negara kearah wawasan 2020.

  6. Az says:

    Yana : biar panjang bercakap asal ada isinya dan jangan pandang kat tempat lain …pandanglah pada penemuduga sambil bercakap dengan yakin insyaallah penemuduga terasa bangga dgn jawapan kita walaupun tak betul sbb penemuduga hanya nak tengo kesungguhan kita menjawab dan keikhlasan kita menjawab serta kelancaran pertuturan dengan jelas dan terang kepada penemuduga…biasanya peluang yang sangat kuat kepada yang ada pengalaman bekerja di sektor swasta…perlu banyak bercakap yang apa ditanya sekurang2nya selama 2 minit setiap satu soalan yang memerlukan pendapat atau fakta….insyaallah lulus tu….

  7. Az says:

    Sama2lah kita berdoa agar pada yang bersungguh2 dan berminat bekerja di sektor awam Allah SWT memudahkan segala kerumitan dan yakin hanya Allah SWT saja yang boleh membantu kita untuk lulus….berdoalah sebanyak2 …..ya….

  8. Az says:

    Rehan: Awak dah ada pengalaman kerja gov sudah pastinya soalan yang akan ditanya bertubi2 dari spa …..cthnya: siapa pengarah suruhanjaya perkhidmatan awam? apa tugas2 PPT? Bagaimana kamu menguruskan masa anjal masuk kerja dan masa rehat serta masa balik?

  9. 5zal says:

    Saya tidak beranggapan diri saya sebagaimana yang panel anggap. Panel kadang-kadang sajer je nak tengok thp keseriusan kita. Saya masih banyak kelemahan yang perlu dibaki, mbe sebelum ni saya pernah hadir tmuduga untuk jawatan yg sama di SUK Trg pada bulan 4, so skill tu masih segar lagi. Result yg SUK pun belum terima lagi samada saya BERJAYA atau GAGAL.

    Eza Sunflower, sure… result keluar nti saya bgitau ok ke kantoi. Semoga Allah membuka pintu reezeki utk kita semua.

    • eza sunflower says:

      InsyaAllah.. kalau lulus, Alhamdulillah.. kalau gagal, anggap saja temuduga itu sebagai platform untuk kita memperbaiki kemahiran kita menghadapi temuduga… Setiap perkara yg DIA bagi tak kira baik atau buruk, sebenarnya tersembunyi rahmat besar dariNya..

      Saya akan interview esok 10.6 di Putrajaya.. Doakan saya tenang dan yakin menjawab semua pertanyaan dari panel ya. @_@

  10. 5zal says:

    Ayeen: Semua soalan dalam BM, tiada sepatah pun perkataan BI keluar dari panel. Tapi kita should be prepare, jgn pula ambil mudah. Memang benar, sesi bertukar-tukar fikiran lebih ‘SELAMAT’ dari pertanyaan yang memerlukan fakta yang tepat, jelas dan relevan. Kita jangan syok sendiri pula bila melontarkan buah fikiran, pandang mata panel.. dan dari situ kita dapat lihat reaksi mereka dengan isu yang dibincangkan.

    SELAMAT MAJU JAYA.

  11. NANANAna says:

    CUMA NAK SHARE INFO.
    MASA SAYA INTERVIEW W17 DLU, PENEMUDUGA TANYA KENAPA NAK KERJA KERAJAAN. SAYA JAWAB : SAYA NAK MENGUBAH PERSEPSI ORANG AWAM YANG SUKA CAKAP ORANG KERJA KERAJAAN NI SUKA BUAT KERJA LAMBAT, MALAS DAN CURI TULANG. DAN SAYA AKAN BUKTIKAN YANG SAYA BUKANLAH PENJAWAT AWAM YANG SEBEGITU. PENEMUDUGA TERSENYUM SINIS MASA TU. AKHIRNYA SAYA DAPAT KERJA TU. TADI SAYA INTERVIEW N27, PENEMUDUGA TANYA TENTANG BELIA HARI NI. SAYA BOLEH JAWAB TAPI RASA TAK KONFIDEN DAPAT. SEBAB TENGOK DIORG TAK MINAT TANYA BANYAK2 SOALAN. SAYA RASA PENEMUDUGA PUN PATUT PREPARE SOALAN APA NAK TANYA. SEBAB TADI DIORNG MACAM TAK DE SOALAN JE.

  12. NANANAna says:

    SETUJU DGN 5ZAL!!!!

  13. Mek says:

    wow..5zal..ada can tu..saya doakan awok terpilih. aminnn..oh ya nk tanya la..awok musti tgh berkhidmat dlm perkhidmatan gomen skrg ni sbb awk bawa LPP..panel tk da tanya ka psl PKPA..SKT..arahan2 perkhd..tonggak 12..atau cth kes yg berkaitan dgn tugas EO dsb? tlg syer sikit leh? tengkiu..

  14. faRid says:

    Tq cik 5zal,menarik sgt.byk info2 yg sy boleh dpt.nk dpt post PPT nibukan senag.masuk ni dh 3 kali sy interview.sy interview 15/6 ni kat MLK…berdebar2 gasenye..

  15. aku's says:

    salam..kawan2 ap lg persediaan kena buat ek..ni kali ke 2 sy interview bwh spa ni…takutnye…kgsi ler ckit…

  16. azzureenali says:

    ros,,,sy pon intrview kt mlke gak,,14/6 ni….nevesssnye….
    to amane n 5zal thanks 4 de info..hehehe

  17. Az says:

    aku’s: rasanya baik kita prepare 1. Resume. 2. susunan sijil2 yg telah di sahkan. 3. Pakaian yang sesuai. 4. Cara2 bagai mana nak masuk bilik temuduga. 5. Menjawab dan berdiskusi pada penemuduga dgn baik. 6. Dao ,Tawakkal dan seahkan pada ALLAH SWT.

  18. Nik says:

    en. 5zal..ada tak panel tanya psl nama menteri2 ker…ksn ker..ksu ker..nk hafal nama sumer menteri jenuh le nih..otak dah berkarat dah nih..banyak mkn kepala ikan bilis

    • Nik, kalau nak menghafal memang susah. Tetapi kalau membiasakan diri menonton berita dan membaca surat khabar mengenai isu2 ekonomi dan dasar negara, InsyaALLAH secara tak langsung nama menteri alan mudah kita ingat. Mostly ada Datuk Seri di depan nama. Then, ingat Ketua Menteri saja, timbalan tak perlu, kecuali TPM. Semoga berjaya. @_@

  19. Salam Jumaat. Syukur Alhamdulillah saya dah selesai temuduga PPT pagi tadi di Putrajaya..

    Saya merupakan calon pertama yang ditemuduga. Keluar rumah (dari shah alam) pukul 6.15pagi, tiba satu jam kemudian.. Semasa sijil2 diperiksa saya sempat bertanya kepada urusetia siapa panel yang akan menemuduga saya, supaya mudah kita memanggil gelaran beliau. Mana tahu kalau2 panel mempunyai gelaran Datuk, mungkin beliau akan rasa lebih dihormati jika kita memanggil gelaran tersebut.

    Semasa di dalam bilik temuduga, sebaik menyerahkan dokumen, saya diarahkan duduk dan mengucapkan terima kasih. Apa yang saya hairan adalah hanya seorang panel sahaja di dalam bilik tersebut. Semasa bertanya urusetia, saya diberitahu akan ditemuduga oleh pegawai SPA dan pegawai wakil jabatan (Jabatan Perkhidmatan Awam), tetapi hanya wakil SPA sahaja yang ada. Walau bagaimanapun, saya anggap ini sebagai satu kelebihan kerana saya lebih tenang jika tidak ramai panel yang ada.

    Perkara pertama yg disoal, describe yourself. Saya mulakan menceritakan tentang diri saya tetapi dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan bercerita dengan penuh yakin. Sebaik sahaja selesai, panel memuji, “Very good.” Tips yg saya mahu berkongsi dengan rakan2 ialah semasa bercerita mengenai diri kita, highlight kejayaan besar kita semasa di sekolah dan universiti. Sbg contoh saya ada mewakili negeri di peringkat kebangsaan.

    Pujian dari panel membuatkan saya lebih yakin untuk menjawab soalan seterusnya. Jadi, adalah penting pada permulaan temuduga kita menjawab sebaik mungkin.

    Antara soalan lain yang ditanya,

    - ceritakan dasar kerajaan yang anda tahu
    - kamu masih muda dan bagaimana mahu menegur orang bawahan yang melakukan kesilapan.
    - pengalaman bekerja
    - apa masalah yang pernah kamu hadapi dengan rakan sekerja (saya bagi situasi dan cerita bagaimana saya menyelesaikan masalah tersebut)
    - apa tugas PPT? (saya jawab penuh yakin dan menghuraikan SEMUA tugas2 PPT.Alhamdulillah panel kagum dan beliau tanya mana kamu dapat tahu tugas2 ni? saya jawab,” saya mencari maklumat di internet dan mencari sesiapa saja yang memegang jwtn ini walaupun tak kenal. Alhamdulillah beliau banyak membantu saya untuk memahami bidang tugas sebagai PPT ini.”
    - Anda nampak yakin. Pernah menghadiri temuduga sebelum ini?
    - Akhir sekali, saya diberi peluang bertanya. Saya tanya “Saya sedia maklum jawatan ini terhad kepada 100 orang tetapi bilangan yang dpanggil temuduga adalah seramai 4,028 orang di seluruh Malaysia. Saya ingin bertanya, berapakah kekosongan di Putrajaya?”

    Selepas selesai, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi menemuduga saya dan meminta maaf sekiranya ada tersalah kata sepanjangproses temuduga.

    Itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama kawan-kawan sekalian. Saya harap anda semua berjaya untuk temuduga yang akan datang. Apa yang penting, usaha sebaik mungkin, JANGAN LUPA BERDOA.. Selamat maju jaya.

    p/s : Jemput singgah : ezbungamatahari.blogspot.com

    • aku's says:

      salm..trema kash eza…awk bgtu confident n amt berpegthuan..slme sy bce kmen n pngalam yg dikgsi oleh stiaap org di blog ini…korg smua…teramat bgs..sy rs takut sgt…coz sy tk shebt korg…ap2pn tolong doakan sy…

  20. Nik says:

    tengkiu ezasunflower..nk tanya sikit leh..hehe..masa panel suruh describe yourself..eze trus speaking london eh? kalu mcm ni gaya..truk la..saya ni lemah betul dalam b.i..sy pun akan gi i.view kt p/jaya jugak. isu semasa apa yg ditanya? apapun..semoga eza maju jaya..ada rezki tk ke mana..amin.

    • Nik, saya pun lemah bahasa inggeris. UPSR, PMR dan SPM semua dapat C untuk BI. Tapi semua tu hanya sejarah. Tak relevan. Kita harus pandang ke depan, berusaha perbaiki kelemahan diri. Saya juga ada masalah dari segi bercakap bahasa inggeris, apa yang saya lakukan ialah merancang apa yang saya nak cakap. saya tulis semua dlm kertas mengenai diri saya, ambil point yang penting dan yg terbaik mengenai diri kita, susun ayat betul2 dan bca ulang2 di depan cermin. Saya lakukan selama 5 hari berturut2 sebelum temuduga. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha, pagi tadi saya mampu bertutur dengan baik.
      Ya, selepas panel suruh describe yourself, saya mulakan dengan Bismillah dan terus bercerita.
      Tips untuk Nik, jgn tunjuk kelemahan dan yakin. Semoga berjaya.

  21. ros says:

    azzureenali….. inteview kat mlake kat ane…. nanti leh x sharing pengalaman wak inteview……..

    • azzureenali says:

      salam,,
      ros intrvw melaka kt sblh kompleks maim, memang dlm surat tls kt kompleks maim tp dye pndh tmpt cme masih lagi dkt jbtn agma islam melaka..

      sy org 1st diinterview hari 2…tp alhmdulillah sy dpt mnjlni sesi temuduga 2 dengan tenang wlupon neves ket..hee
      ermm ade 2 org panel,,antara soalan y ditanye adlah:

      1.pknlkan diri anda..
      2.apa prsediaan2 yg anda lakukn tok intrvw ini..
      3.isu2 semasa dlm dan luar negara..
      3.criterkan projek akhir semasa di bljar dahulu..
      4.slsaikn mslah,,,mcm mane nk tegur pkrja bwhn yg lebih senior dripada kita..hee

      erm itu sjla soalan y ditnye,,cume ape y perlu semasa mnjwb solan suara hndklah yakin,,kalau ade soaln yg xpat jawab pon tetapla jwab dgn yakin..heee

      sy doakan kite semua berjaya dptkn jwtan ni…amin=)

  22. [...] Tugas Penolong Pegawai Tadbir [...]

  23. aku's says:

    salam..terima kasih untuk semua pengalaman interview yg dikgsikan di sini..gerun pn ad..tp sy akn try yg terbaik…n akn jd dri sndri…

  24. 5Zal says:

    Nik; Tak ada pulak tanya, tapi ingat! kalau ditanya jgn sebut nama ajer, sebut pangkat, gelaran dengan penuh.
    Kalau kita sedang bekerja di sektor pertanian, seboleh-bolehnya kena ingatlah nama menteri, timb menteri dan ketua pengarah kementerian pertanian.

  25. farel says:

    tq sume yg dh citer pngalaman interview..sy interview 15/6 ni, 1st gak kt sibu, Sarawak..doakan sy jg k..

  26. ayeen says:

    xde sapa nak update psl intebiu terbaru ke..intebiu sy 22hb di menara angsar..ad sesapa yg sm tarikh n tempat ngn sy?

  27. tieh says:

    saya 15 jun ni interview…takotnyer…ada sesiapa yg dah pergi interview ppt?share la ckit2 kat cni..interview pukul 8..ambil nombor dulu ke?

  28. j says:

    kalau dalam satu tempat tu berapa org interview ea?ada 10 org atau lebih?

  29. ayeen says:

    nampaknya ada yg kena perkenalkan diri dlm bm shja & ada yg kena dlm bi jgak.. so kena prepair la..agak2 dlm berapa minit ye nak intro personal life ni..

  30. ayeen says:

    seminggu je lagi..berdebar rasanya..moga ada rezeki..

  31. j says:

    skang isu semasa apa ye?nak bagi isu semasa mengenai apa?politik?kesihatan?huhu..tak penah gi interview..

  32. Nurull says:

    sok je…aduyai b`debar lak…msih mcari info,,mbaca n prepare pe yg ptut…

  33. ayeen says:

    nurull; All the best…bt yg terbaik ok esok…pakai blazer tak??

    • Nurull says:

      tQ..dh lps dh akhirnye..sy x pkai pn blazer..bese je bj kurung,tdung bese n ksut b`tutup je..best nye panel 2-2 pmpuan..tye soaln isu semsa pnting 2..len bese2 je..tp b`syukur la bjln ngn lncar..doa2 je la smntare tggu result..huhuhu

  34. ros says:

    ye la…kena pakai blazer tak

  35. Mirza says:

    salam ada sesiapa lagi dak yang g temuduga pada 23 jun nie?saya da kerja as pembantu tadbir sekarang.nak tanya yang memang penjawat awam ni soklan susah dak?resume u all buat dalam bi ke bm ye

  36. Mirza says:

    huhu takutnya..resume pon x siap lagi…sijil2 kena sahkan ye

  37. Nik says:

    mirza..sya pun t duga 23 hb ni kt p/jaya. InsyaAllah. samalah kita dua la ni keja PT. saya kerani kt pdrm. tang soalan tu tk tau la mcm mana..just prepare lah apa yg encik jamal list ni pasal pkpa, arahan2 perintah am..isu2 semasa..soalan spot tu tk tau nk kata sbb lain panel lain soalan..utk mirza prepare salinan LPP 2010, resume dan sahkan sijil2 tu. isytihar harta, slip gaji asal terkini n stat servis kna prepare jugak sbb mirza sdg berkhidmat dlm gomen. selamat maju jaya.

  38. Nik says:

    oh ya..tang resume tu sy wt dlm bm

  39. 5Zal says:

    Nak tanya ckit,
    Nik n Mirza calon KPSL kan? u all apply guna apa, Diploma,Dgree, or exam KPSL.

  40. ros says:

    saya pun risau gak… saya bkhidmat sbg pt kat skolah.. takut gak nati kena soal byk pasal keja

    5zal: saya mohon guna kpsl ngan diploma

  41. 5Zal says:

    Ros, x takut, kita sama saya pun PT kat Skolah, sbenarnya pengalaman PT kat skolah tu yg mahalnyer.. urusan kije kat skolah semua kita buat, perkhidmatan, kewangan, pentadbiran, aset, stok, dan banyak lagi lah.. semua tu kita dah mahir, cuma yg tgal lagi bagaimana kita nak aplikasikan tugas dan kemahiran kita dengan soalan penemuduga nnti.

  42. fafa says:

    baru selesai temuduga tadi kt jln cenderasari..huhu..bolehla..2 org je penemuduga..sume perempuan…tawakal jela..

  43. Nik says:

    en. 5zal..sya amik dip secara sambilan ja..tk amik exam kpsl..otak da karat..ngeh3..degree tk amik ah pitih tk dop dohh

  44. Nik says:

    fafa, cer citer

  45. ayeen says:

    a’ah la fafa kongsi la sikit apa soalan yg ditanya..

  46. fafa says:

    owrait..kt cni sy nk cerita pasal pengalaman temuduga td..n soklan2nyer..gi kol 7..then smpai kol 7.45am..ambek nombo dulu ..saya org ke 3..mula agak2 dalam kol 8.30 a.m..masa tu dah ramai dah yg datang..adala lebih kurang 11 org kot x silap saya..(sempat gak sy mengira)hak3….. sume org bawak note n ada yang menghafal2 lagi..huu dalam hati mesti bnyk persaingan ni…sume perempuan 1 je lelaki.ok..then tibala saya masuk..ketuk pintu bagi salam..bla bla..n duduk….ada 2 org penemuduga..sume perempuan..antara soalan yg ditanya..

    - nama..no i.c
    -introduce yourself(dlam b.i..sebab dah hapal..hak3)
    -awak dtg dengan siapa?(saya ckapla dengan ibu..pastu panel tu ckp oh ibu awak ada dekat bawahla ni?…dia ckp apa dengan awak?(saya ckapla dia bagi pesanan buat yg terbaik jgn gementar baca bismillah dulu..
    -then soalan lagi..adik bradik ada berapa?
    -abg keje ape?
    -then panel kedua cek2 sijil saya..dia tanya pasal sijil2 sukan saya time skolah dulu..dia tanya,awak masih aktif lagi dlm sukan pingpong dan bola baling ni?(sy ckpla aktif..kt kolej..kt kawasan saya ada pusat sukan slalu gi..bla bla…)pastu panel tu kata bagus..pastu dia tanya lagi awak ada terlibat dlm mana2 komuniti?apa2 persatuan atau yg berkaitan?(saya ckp ada..selalu join..sukan..seminar remaja..bla2)
    -pastu panel tu tanye lagi..awak wakil skola pingpong single ke double?(saya ckp double..)pastu dia tanya..boleh awak bagitau apa yg awak dpt pelajari dari main pingpong ni?….dalam hati saya napela dia asek tanya soklan ni je..tapi xpela jawabjela kan..hehe..(saya ckapla kerjasama..fokus..bla bla sume kan)
    -pastu dia ckap lagi…so kerjasama amatlah penting dalam apa jua kita lakukan kan..tidak kiralah sukan ke..kerja ke..saya angguk dan bersetuju dan tambah sikit pendapat gak la..haha..panel tanye..kalau awak diberi satu tugasan,then kena siapkan dalam tempoh yg singkat..dlm tempoh sehari je..kerja bnyk bagi ni..kena pulak bekerjasama dgn org bawahan..camne awak handle?
    -dah habes jawab tu panel 1 tanya saya..gred jwtn yg awak pohon ni gred ape?
    -berapa gaji pokok?
    -pencen umo bape?
    -beza swasta n gov
    -nape nk kerja kerajaan
    -panel bagi situasi..jikalau org bawahan saya adalah kakak saya..then kakak saya buat silap dan dikenakan tatatertib camne nak wat?xnak putus saudara ni(huhu..menjerat gak soklan ni dlm hati saya..)
    -pastu panel kedua tanya saya..hahaa..dia tanya awak ada boyfriend?(saya cakap xde..dia kata tipula..pastu saya cakap..kekasih mcm teman tapi mesra la baru nk mengenal hati budi masing2..(hahaha ayat cam artis la plak..malu siot tetibe cakap cam 2..)panel2 tu gelak je..hehee..saya pon senyum balik..hee
    -pastu panel tanye..kalau awak ditempatkan di sabah or sarawak awak nak ke?berjauhan dengan bf?nanti dia cari org lain baru tau..(saya cakap xpe xkesah..jodoh xkemana la ..bla bla….)haha..
    -n lastly dia tanya..ada pape soalan?(saya tanye berapa kekosongan jawatan dikawasan kl ni)

    hmmm..saya ada tertunggu2 jugak pasal isu semasa tapi xdepon…hee..adala dalam 25 minit kot saya dalam bilik interview tu..then balik..ckap terima kasih bagi salam..n salam ngn panel2 tu..panel yg kedua tu cakap..sejuk tangan awak..hak3..gementar campur econ la katekan..

    hee tu la yg boleh sy share..result 25 julai ni kan?semoga sama2 kita kat sini berjoya okk!yg penting kena cakap penuh yakin..sentiasa senyum jek..doa banyk2..mintak restu ayah mak..insyaALLAH..doakan saya gak k..gudluck sume!!(:

  47. ros says:

    5zal: harap2 bgitulah… memang kita dah buat sume… tapi camne awak bina keyakinan diri ye…. lg satu wak pkai blazer x masa tmuduga

  48. Nik says:

    fafa, InsyaAllah..ada rezki tk ke mana..doa banyak2. utk ros..pakai blazer lah sbb post yg kita apply utk i.view ni pakai kelulusan level dip/stpm. pegawai kategori B. mana tau pakai blazer dpt markah bonus 5 persen..hehehe..( mcm ambo pulak jdi panel )

  49. 5Zal says:

    ros:

    Penampilan — Pakai blazer ikut cutting wanita, jgn pakai yg besoor sngat x comel nnti. Pakai nametag, tdung jgn meghelip sgat… pakai yg sesui dgn temuduga. Pemilihan warna pakaian pentig gak, jgn pakai baju kaler trg sgt, corak yg serabut smgat. Pakai kaler yg sejuk mata mandang. Kasut pulak pastikan kaler itam bertutup, nak nampak smart bertumit skit, jgn tgi sngat nnti terpeleot.. susah, hu..hu.

    Bina Keyakinan Diri
    Tentunya, banyakkan doa, solat hajat. Jgn terlalu confident dan jgn pula terlalu stress. Semasa tgu kat luar sbelum masuk tu.. banyakkan bercakap, tukar-tukar pandangan tapi jgn pula sampai hilang fokus.(FOKUS PENTING)

    Kalau rasa nak buang air tu.. elok lah lunaskan dlu nnti tak selesa plak time tmuduga.

    Masa nak masuk bilik tu setkan dlm mind kita yg panel nik kawan-kawan ajer bukan aper pun. setkan IM THE BEST, AKU BOLEH!! dan jgn lupa ingat siapa diri kita dan ingat org yg tersayang… semua pkra ni akan membantu kita utk lebih yakin.

    INSYAALLAH…

  50. ros says:

    5fzal:
    tq… InsyaAllah rezeki bphak kpd kite…

Leave a Reply