Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27

Takwim terkini yang dikeluarkan oleh pihak SPA, antara jawatan kerja kerajaan yang memerlukan pengambilan baru adalah Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27. Tarikh temuduga untuk jawatan ini telah ditetapkan berlangsung dari 3/9/2-13 hingga 12/9/2013.

 

Adakah anda ada memohon jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27 ?

 

KLIK SINI Untuk Semakan Calon Layak Temuduga

 

 

 

 

Statistik Pengambilan Untuk Jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27

 

  • Jumlah Permohonan : 12,859
  • Calon Temuduga : 713
  • Jumlah Kekosongan : 111
  • Calon Simpanan :    20

 

 

 

Info Ringkas Jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27

 

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan

 

 

Jadual Gaji Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27

 

 

Gaji Minimum : RM1,373.11
Gaji Maksimum : RM4,451.85
Kenaikan Gaji Tahunan :    RM145.00

 
Syarat Lantikan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27    

 

 

i.Diploma dalam bidang institutional catering and management yang diiktiraf oleh kerajaan

daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,673.91 ]

 

 

ii.Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27    

 

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penyelia Asrama adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i.Mempunyai kelayakan di atas ; atau
ii.Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii.Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27    

 

 

Bertanggungjawab membuat pesanan, pembelian alatan dapur dan bahan-bahan makanan supaya

memenuhi spesifikasi kualiti dan kuantiti, mengurus pembayaran bil-bil, menyimpan dan

mengemaskini rekod-rekod inventori, menyelia pengeluaran barang-barang dari stor simpanan dan

memberi nasihat dalam rancangan pembangunan perkhidmatan makanan pesakit.

 

Comments

  1. Hasliza binti Ismail says:

    Diploma Teknologi Makanan.

  2. klu SKM thp3 boleh ke mohon Gred c27

Speak Your Mind

*