Penolong Pegawai Penerangan

shutterstock_59294644

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan untuk tahun 2015 akan diadakan pada 15 April ini mengikut pengumuman piahk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Untuk makluman anda, peperiksaan jawatan S27 ini tidak dijalankan pada tahun 2014 yang lalu.

Jika anda tak pasti sama ada anda dipanggil atau tidak, boleh buat semakan di sini;

penolong pegawai penerangan

Format Peperiksaan Online S27

Soalan exam penolong pegawai penerangan gred S27 ini sedikit ‘ringan’ berbanding gred S41. Untuk sesi ini mengikut hebahan rasmi yang dikeluarkan, ianya terbahagi kepada 3 seksyen penilaian;

  • Seksyen A: Pengetahuan Am (30 minit)
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah (35 minit)
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik (20 minit)

Contoh Soalan Seksyen A

Seksyen A sepenarnya mempunyai skop yang sangat luas. Kadang ada soalan yang mencakupi pengetahuan am yang menguji sama ada anda tahu atau tidak tahu. Itu yang membuatkan ramai calon peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 ini kecundang.

Abaikan perkara itu. Fokus persediaan sebaik mungkin. Berikut adalah contoh soalan Seksyen A;

1. Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia berfungsi menyebarluaskan
maklumat kesihatan kepada masyarakat. Portal rasminya adalah di;

A. www.infosihat.gov.my

B. www.kkm.gov.my
C. www.bpskkm.gov.my
D. www.kesihatanawam.gov.my

2. Jika ‘Keranamu Malaysia’ dan ‘Janji ditepati’ sinonim dengan hari kemerdekaan Malaysia,
apakah frasa yang sinonim dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Kelaurga Negara?:

A. Utamakan Keluarga

B. Hanya Untukmu
C. Bersatu Membina Negara
D. Negara Bangsa Nusa

3. Antara berikut, siapakah yang tidak pernah menjawat jawatan Menteri Kesihatan Malaysia?

A. Datuk Chua Jui Ming

B. Datuk Amar Dr Sulaiman Daud
C. Datuk Seri S Subramaniam
D. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

4. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diwujudkan dengan misi dan visi yang jelas
mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta
menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat je arah peningkatan
mutu kehidupan. Berikut adalah Misi KKM melainkan;

A. Meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak untuk mengutamakan

perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi
B. Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan rakyat
C. Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi
menikmati kehidupan yang bermutu
D. Memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya kesihatan

 

Contoh Soalan Seksyen B

Untuk seksyen ini, ianya bakal menguji 3 kemahiran iaitu;

  • Kemahiran Matematik
  • Penyelesaian Masalah
  • Daya menginterpretasi data
  • Kemahiran logik

Ini antara contoh soalan untuk persediaan anda;

1. Pecutan sebiji bola yang dilepaskan daripada keadaan rehat ialah 9.8 ms-1 sesaat.
Pertambahan laju batu itu, dalam ms-1 selepas 2.1 saat dilepaskan ialah
A 20.58
B 26.46
C 21.32
D 27.9

2. John memandu keretanya dengan kelajuan 110 km/jam. Kirakan anggaran masa yang
digunakan John untuk bergerak 380 km.
A 3 jam 45 minit
B 3 jam 27 minit
C 3 jam 20 minit
D 3 jam 14 minit

3. Sebuah set meja makan dijual dengan harga RM 1940 selepas diskaun 20% diberi. Apakah
harga asal set meja makan itu?
A RM 2540
B RM 2350
C RM 2425
D RM 2285

4. Bilangan telur ayam dalam sebuah reban ternakan ayam ditambah daripada 700 biji kepada
1330 biji. Berapakah peratus tambahan telur ayam itu?
A 90.3%
B 90%
C 91%
D 91.5%

Soalan Pegawai Penerangan

Contoh Soalan Seksyen C

Seksyen ini bakal menggembirakan anda. Soalannya tidak memerlukan anda berfikir. Tetapi ada jerat dalam seksyen ini. Anda perlu menonjolkan nilai positif anda dan sembunyikan nilai negatif anda.

1. Saya tidak akan berpura‐pura untuk setuju apabila ada perkara yang saya tidak setuju.
A. Setuju B. Tidak setuju

2. Orang akan memandang rendah pada mereka yang bersifat angkuh.
A. Setuju B. Tidak setuju

3. Jika saya bersikap rendah diri, orang akan menghormati saya.
A. Setuju B. Tidak setuju

4. Mematuhi peraturan dan budaya kerja merupakan falsafah hidup saya.
A. Setuju B. Tidak setuju

5. Untuk menyelesaikan kerja‐kerja yang dimulakan oleh saya maka saya sanggup untuk tidur lewat.
A. Ya B. Tidak

 

Kita tak berikan jawapan untuk 5 soalan Seksyen C ini. Cuba anda jawab dengan tip yang dikongsikan tadi 🙂

 

Jika anda dipanggil ke sesi peperiksaan penolong pegawai penerangan ini, buat sehabis baik. Gunakan RUJUKAN INI sebagai bantuan peperiksaan anda. Salam sukses untuk anda!

 

Penolong Pegawai Penerangan

Trackbacks

  1. […] peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan boleh terus klik link […]

  2. […] Untuk peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan boleh terus klik link ini Sumber rujukan : […]

  3. […] peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan boleh terus klik link […]

  4. […] peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan boleh terus klik link […]

Speak Your Mind

*