Penolong Juruaudit Gred W27

Seisi temuduga jawatan kerja kerajaan Penolong Juruaudit Gred W27 bakal berlangsung pada 10/9/2013-20/9/2013. Bagi yang berkelayakan dan memilih jawatan Penolong Juruaudit Gred W27 sebagai salah satu permohonan jawatan semasa mengisi permohonan perjawatan sektor awam SPA8i bolehlah membuat semakan layak temuduga di link berikut :

 

->http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

Sekalung tahniah dari admin untuk anda. Semoga peluang yang diberikan ini digunakan sebaik mungkin agar terpilih untuk mengisi jawatan Penolong Juruaudit Gred W27.

 

 

 

 

Sedikit info tentang jawatan Penolong Juruaudit Gred W27

 

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Audit Negara

 

 

Jadual Gaji Penolong Juruaudit Gred W27

 

 

Gaji Minimum : 1,366.27
Gaji Maksimum : 4,433.07
Kenaikan Gaji Tahunan : 145.00

 

 

Syarat Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W27

 

 

Diploma dalam bidang pengajian perakaunan, pengajian bank atau pengajian perdagangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]

 

 

Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji Permulaan: RM1,892.68 ]

 

 

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Jawatan Penolong Juruaudit Gred W27

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Juruaudit adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

i.Mempunyai kelayakan di atas; atau
ii.Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii.Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

Statistik Pengambilan Penolong Juruaudit Gred W27

 

 

 

Jumlah Permohonan : 28,470
Calon Temuduga : 470
Jumlah Kekosongan : 33
Calon Simpanan : 50

 

 
Deskripsi Tugas Penolong Juruaudit Gred W27 

 

 

Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Comments

  1. NOOR HANNAN BINTI KHAIRUDDIN says:

    saya berminat dengan jawatan penolong juruaudit ini

  2. muhamad ikram afiq bin roslin says:

    saya berminat dgn jawaran penolong juruaudit

  3. wan nur fazira bt wan hamizul says:

    saya berminat dengan jawatan penolong juruaudit ini

  4. MOHAMAD NUR HIDAYAT BIN MOHAMAD SALLEH says:

    THINK OK

Speak Your Mind

*