Pengajar (Jururawat) Gred U41

Pengajar (Jururawat) Gred U41

 

 

Tarikh Temuduga : 06/9/2013-19/9/2013

 

 

Link Semakan Calon Layak Temuduga

 

 

http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

 

Info Ringkas Jawatan Pengajar (Jururawat) Gred U41

 

 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

 

 

 

Jadual Gaji Jawatan Pengajar (Jururawat) Gred U41

 

 

Gaji Minimum : RM2,259.08
Gaji Maksimum : RM6,909.25
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

 

 

 

Syarat Kelayakan Jawatan Pengajar (Jururawat) Gred U41      

 

 

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,259.08 ]

Telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan); dan

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Jawatan Pengajar (Jururawat) Gred U41

 

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pengajar Jururawat Gred U41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

Mempunyai kelayakan di atas; dan

Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Bidang-Bidang Yang Dipertimbangkan:

Nursing
Sarjana Muda Sains Kejururawatan
Sarjana Muda Kejururawatan

 

 

 

Statistik Pengambilan Pengajar (Jururawat) Gred U41

 

 

 

Jumlah Permohonan : 1609
Calon Temuduga : 785
Jumlah Kekosongan : 112
Calon Simpanan : 40

 

 

 

 

Deskripsi Tugas Pengajar (Jururawat) Gred U41     

 

 

 

Aktiviti Latihan

Bertanggungjawab dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang dipertanggungjawabkan di unit berkaitan dengan melaksanakan tugas seperti berikut:

Menyampaikan syarahan.
Menyelia pelatih/pengajar di bawah tanggungjawab.
Memantau buku log.
Menyediakan kemudahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
Memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelatih yang dirujuk dari semasa ke semasa.

 

 

 

Pembangunan dan Perkembangan Akademik

Bertanggungjawab dalam aspek pembangunan dan penyelarasan subjek yang berkaitan dengan melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:

Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kandungan subjek berkaitan.
Menjalankan kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan merancang program dan menganalisa keperluan subjek di unit berkaitan.
Menyediakan soalan-soalan berkaitan dari hasil pengajaran dan pembelajaran untuk membuat penilaian.
Memastikan pembelajaran berterusan di kalangan pengajar dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.

 

 

 

Urusan Latihan Amali di Kawasan Klinikal

Bertanggungjawab memastikan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan.

Menguruskan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
Memastikan penempatan pelatih memenuhi keperluan harian.
Melaksanakan penilaian terhadap pelatih semasa berada di kawasan klinikal.
Memantau aktiviti latihan pelatih.
Memantau buku log.

 

 

 

Pengurusan Pentadbiran

 

Bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia seperti berikut:

Menyelaras semua hal berkaitan cuti pelatih.
Menyelaras dan menyediakan laporan prestasi akademik pelatih.
Menguruskan segala urusan peperiksaan yang berkaitan.

Lain-lain skop tugas yang ditentukan dari semasa ke semasa.

 

Speak Your Mind

*