Pembekuan Kerja Kosong di Sektor Kerajaan.

Info terdahulu berkenaan pembekuan pengambilan kerja kosong di sektor kerajaan.

Pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam menyatakan yang semua Kerja Kosong Kerajaan yang telah ditawarkan di semua kementerian dan jabatan persekutuan, pejabat setiausaha kerajaan negeri, dan badan berkanun negeri/persekutuan dibekukan sehingga Ogos ini.

Boleh baca keseluruhan pekeliling di laman JPA melalui link ini (KLIK DI SINI)

Mengikut kefahaman kami, ianya melibatkan pengambilan terus oleh jabatan/agensi tanpa melalui SPA (MyRecruitment) (SPA tidak terbabit)  kerana dalam pekeliling tersebut menyatakan;

agensi dinasihatkan supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut..

Ujian bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik yang diadakan pada 16 Julai ini menunjukkan pengambilan masih dibuat oleh SPA, cuma kemasukan pada bulan May – Ogos dibekukan. Selepas Ogos, kemasukan akan dibuka kembali.

Adakah ini berkaitan dengan proses pengstrukturan kembali jabatan/kementerian dalam kerajaan? Adakah ianya berkaitan dengan pilihanraya akan datang? Apapun, usah risau! Pembekuan hanya bersifat sementara sahaja. Saya dimaklumkan bahawa pembekuan ini disebabkanoleh penyusunan semula jawatan dalam jabatan/kementerian kerajaan supaya menjadi lebih produktif, teratur dan efisien.

Apa pandangan anda tentang pekeliling ini?

Speak Your Mind

*