Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

 

 

Salam Ramadhan. Untuk entri kali ini, admin akan membincangkan perihal 1 jawatan yang berada dalam Kategori Sokongan II skim perkhidmatan awam dan memerlukan kelayakan minimum SPM. Jawatan yang dimaksudkan adalah jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17.

 

 

Seisi temuduga bagi jawatan kerja kerajaan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 bakal dilangsungkan bermula 18 Ogos – 30 Ogos 2013 mengikut jadual terkini yang terdapat dalam Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [www.spa.gov.my]. Buat rakan-rakan yang memohon jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 semasa mengisi borang permohonan SPA8i online, bolehlah membuat semakan calon layak temuduga.

 

 

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA

 

Masukkan no kad pengenalan seperti diminta & klik butang HANTAR.

 

 

 

Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

 

 

Jika nama anda tersenarai sebagai calon temuduga, tahniah dari kami. Bagi yang tidak tersenarai, usah kecewa. Teruskan usaha untuk mencapai impian bergelar penjawat awam suatu hari nanti.

 

 

Bagi yang dicalonkan sebagai calon temuduga Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17, gunakanlah masa yang ada untuk melakukan persediaan sebaik mungkin agar dapat melangkah yakin ke bilik temuduga & menampilkan prestasi diri terbaik di depan panel penemuduga.

 

 

Untuk entri kali ini, jom kita bincangkan tentang jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17. Jawatan yang memerlukan kelayakan SPM & tergolong dalam kategori Kumpulan Sokongan II dalam skim perkhidmatan awam.

 

 

 

Jadual Gaji Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

 

 

Gaji Minimum : RM 927.03
Gaji Maksimum : RM 3,089.68
Kenaikan Gaji Tahunan : 95.00

 

 

Syarat Lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

 

 

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] atau

 

Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] dan

 

LULUS Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam, adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan seperti di atas kecuali Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; atau
LULUS Peperiksaan Khas.

 

 

Deskripsi Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

 

Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Penyelidikan Aqidah dalam membantu mengumpul bahan-bahan/kitab/dokumen berkaitan dengan perkara aqidah untuk pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Syariah.

 

 

Statistik Pengambilan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

 

Untuk seisi temuduga kali ini, pihak SPA mengeluarkan data statistik seperti berikut bagi pengambilan jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 :

 

BILANGAN PERMOHONAN : 81,375
JUMLAH CALON TEMUDUGA : 2,965
JUMLAH KEKOSONGAN : 100
JUMLAH CALON SIMPANAN : 100

 

 

Mengikut statistik ini, hampir 3,000 calon temuduga dipanggil untuk bersaing merebut sebanyak 100 kekosongan bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17. Saingan yang cukup sengit. Oleh itu calon yang serius menjawat jawatan yang ditawarkan ini haruslah melakukan persediaan rapi. Usaha & tawakal pada-NYA. Yang penting lakukan usaha-usaha persediaan menjelang hari temuduga nanti.

 

 

Calon yang berjaya dalam seisi saringan ini bakal berkhidmat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

 

Persediaan Menjelang Hari Temuduga Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

 

 

1-Tingkatkan pengetahuan & kemahiran berkaitan tugas

2-Baca akhbar harian atau akhbar online untuk mengetahui isu-isu semasa di dalam & di luar negara.

3-Untuk meningkatkan tahap pengetahuan am, boleh juga tonton siaran berita atau radio.

4-Layari internet untuk info semasa & info berkaitan JAKIM.

5-Kenali diri & personaliti anda.

6-Ketahui Soalan-Soalan Jangkaan Semasa Seisi Temuduga

 

 

Pemilihan Pakaian Seisi Peperiksaan & Temuduga

 

 

Lain-Lain Keperluan Persediaan Seisi Temuduga

 

1-Cuti
2-Dokumen
3-Nota Rujukan
4-Restu Ibu-Bapa
5-Rehat Yang Cukup
6-Doa Mohon Kejayaan

 

 

Bagi calon temuduga Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 yang serius menginginkan jawatan kerajaan ini, admin syorkan Pakej Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK) yang telah membantu ramai calon lulus temuduga & kini menjawat jawatan di sektor awam. Pakej RLTKK ini mula dilancarkan kepada umum sejak 2009. Anda boleh baca ulasan tentang pakej yang mengandungi 5 modul berkaitan temuduga kerja kerajaan di link berikut :

 

–>http://www.kerja-kerajaan.com/blog/motivasi/rltkk-kunci-utama-kejayaan-calon-temuduga-kerja-kerajaan/

 

 

ATAU

 

 

Boleh terus layari laman web  WWW.KERJA-KERAJAAN.COM

 

 

Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Comments

  1. MIOR NAZRIL AFSHAN BIN MIOR ISMAIL says:

    Saya berminat untuk memohon jawatan ini. Boleh hubungi jika terdapat kekosongan di emel yg diberikan

  2. sy sangat berminat bagi jawatan kosong di atas

Speak Your Mind

*