Peluang Kerja Kerajaan Di Agensi Kerajaan

Laluan Alternatif Jawatan Kerajaan Tanpa Perlu Melalui SPA

 

Tahukah anda terdapat banyak agensi kerajaan yang membuat pengambilan staf baru tanpa melibatkan pihak SPA. Rata-rata yang berjaya menjawat jawatan di agensi kerajaan dan pernah melalui beberapa kali temuduga SPA mengakui prosedur pengambilan staf baru di agensi kerajaan lebih mudah.

 

 

Rujuk data-data berikut yang diperolehi dari sumber SPA :

 

Jumlah permohonan SPA tahun 2010 adalah sebanyak 1,661,687 dan jumlah permohonan yang gagal sebanyak 1,626, 626.

Untuk tahun 2011 pula jumlah permohonan adalah sebanyak 1,123,692 dan jumlah permohonan yang gagal pula adalah sebanyak 1,086,882.

Tahun 2012 pihak SPA menerima 1,085,877 permohonan & jumlah permohonan yang gagal 1,038,542.

 

Berdasarkan data dari tahun 2010 hingga 2013, peratusan kegagalan melebihi 90% setiap tahun. Ini menunjukkan bahawa situasi yang sukar bagi ‘meloloskan’ diri menjawat jawatan dalam sektor perkhidmatan awam melalui pihak SPA.

 

 

Majoriti pemohon jawatan kerajaan tertumpu kepada permohonan secara online SPA8i di laman web SPA. Tidak ramai yang mengetahui terdapat laluan alternatif bergelar penjawat awam melalui agensi kerajaan.

 

 

Pernahkah anda membuat permohonan jawatan untuk agensi-agensi kerajaan seperti :

 

  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  • Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Yayasan Negeri Sembilan
  • Agensi Kelayakan Malaysia
  • Lembaga Pembangunan Langkawi

 

.. dan pelbagai lagi agensi kerajaan. Majoriti agensi kerajaan & badan berkanun menawarkan jawatan kosong tanpa melalui SPA. Pegawai di agensi kerajaan menikmati gaji & kemudahan yang setara dengan pegawai di sektor awam.

Apa yang disenaraikan di atas adalah sebilangan kecil agensi kerajaan. Terdapat lebih 200 agensi kerajaan di seluruh negara. Terdapat peluang alternative untuk anda mendapat jawatan kerajaan di agensi kerajaan.

Lengkapkan permohonan anda di laman SPA dan lengkapkan juga permohonan untuk agensi kerajaan.

 

Pakej Rujukan Kerjaya Kerajaan Saluran Alternatif

 

Jika anda serius untuk merebut peluang menjawat jawatan di agensi kerajaan, admin ingin syorkan pakej rujukan Laluan Alternatif Kerjaya Kerajaan yang diterbitkan oleh Tim Info Kerjaya (sebelum ini dikenali dengan nama Tim Tips PTD).

 

 

Pakej ini akan membantu anda bagi mengetahui selok-belok dan laluan alternative bagi kerja kerajaan di sektor awam. Turut disediakan strategi ‘rahsia’ yang dapat membantu anda menjawat jawatan di agensi kerajaan. Berikut adalah komponen yang terdapat dalam pakej ini :

 

Komponen 1 : Direktori Lengkap 241 Agensi

Komponen 2 : Action Plan – 7 Langkah Strategik

Komponen 3 : Template Resume

 

Admin yakin pakej rujukan ini amatlah berbaloi untuk membantu anda mencari pekerjaan di agensi kerajaan tanpa melalui peperiksaan atau temuduga pihak SPA.

 

Untuk tempahan Pakej Rujukan Kerjaya Kerajaan, klik SINI !

 

 

Comments

  1. Andrew Chong says:

    reply kerja kerajaan

  2. mohd.arun shah bin syazwan says:

    sudah puas saya telah memohon pekerjaan dengan kerajaan melalui spa8 tpi sehingga kini mereka mengkatakan bahawa tidak cukup syarat. saya tak faham maksud mereka sedangkan saya mempunyai spm kepujian 7 dan dua sabjek lulus spm 2009. saya aliran sains lagi pun tak dapat kerja. mohon beri bantuan.

  3. mohd.arun shah bin syazwan says:

    balik balik di apply masih juga begitu. apa masalahnya ya??? tak cukup cable barangkali kan

  4. pratama says:

    permisi nitip lapak gan…barangkali ada yang berminat silakan kunjungi site ini..

    http://www.kaskus.co.id/thread/53a3eb77118b46704a8b45c7/surabaya–lowongan-kerja-mt-pt-trijaya-pratama

  5. NUR FARHANI ZAKARIA says:

    boleh tlong trngkan tntg pembantu pendaftaran?

  6. vilviah yuneh says:

    selamat petang,saya telah apply dalam spa8 tp smpai sekarang saya masih belum mendapat apa-apa panggilan temuduga.keputusan stpm juga baik.

Speak Your Mind

*