Pegawai Psikologi Gred S41

Pegawai Psikologi Gred S41

 

Salah satu jawatan kerja kerajaan yang turut dilangsungkan seisi temuduga bagi memenuhi kekosongan jawatan ialah Pegawai Psikologi Gred S41. Seisi temuduga dijadualkan berlangsung pada 5 Jun 2013.

 

Semakan calon layak temuduga boleh dibuat di link berikut :
=>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

 

Info Umum Pegawai Psikologi Gred S41

 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji:

Gaji Minimum – RM1,908.45
Gaji Maksimum – RM6,797.73
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan – RM225.00

 

 

Syarat Lantikan Pegawai Psikologi Gred S41

 

 

 

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau

Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,521.70 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,828.32 ] dan

LULUS B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai Psikologi Gred S41

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

Mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
Lulus Peperiksaan Khas; dan
Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

Deskripsi Tugas Pegawai Psikologi Gred S41

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.

 

Statistik Pengambilan Pegawai Psikologi Gred S41 2013

 

Pegawai Psikologi Gred S41

 

Untuk tips persediaan menjalani seisi temuduga, anda boleh ke link berikut :

=>http://www.kerja-kerajaan.com/blog/category/motivasi/

Pegawai Psikologi Gred S41

Speak Your Mind

*