Pegawai Penyelidik Gred Q41 : Tugas & Info Temuduga

Pegawai Penyelidik Gred Q41
(Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar)

 

[ Tarikh Temu Duga: 29 Julai 2013 – 21 Ogos 2013 ]

 

Link semakan layak temuduga :

–>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pg.php

 

 

 

Syarat Lantikan Pegawai Penyelidik Gred Q41    

 

Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,145.88 ] atau

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,249.66 ] atau

 

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau

 

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,561.00 ] atau

 

Ijazah Sarjana dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau

 

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan

 

LULUS B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai Penyelidik Gred Q41    

 

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

Mempunyai kelayakan di atas; dan

 

Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

 

Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41   

 

 

Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.

 

Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.

 

Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

 

 

Info-Info Berkaitan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

 

–>Tahun penubuhan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

–>Gabungan jabatan-jabatan dalam pembentukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

–>Bidang-bidang utama NRE.

–>Visi, misi, objektif kementerian, fungsi kementerian, strategi & kod etika kementerian.

–>Pengurusan atasan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) seperti Menteri & Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

–>Program Pengajian Masters & PHD RMK 9 Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE)

–>Bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara

–>Isu jerebu yang berlaku melibatkan Malaysia, Indonesia & Singapura.

–>Projek pengurusan & pencegahan kebakaran tanah gambut.

–>Bidang-bidang utama dalam NRE iaitu Tanah, Mineral dan Geosains, Hutan, Biodiversiti, Alam Sekitar & Air.

–>Aspek-aspek berkaitan seperti isu beting, akuifer, kesalahan hutan, Akta Perlindungan Hidupan liar, hakisan pantai & pencemaran sungai dan eko-pelancongan.

–>Lain-lain maklumat boleh layari laman web rasmi Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar di www.nre.gov.my

 

 

 

Etika Pemakaian Seisi Temuduga SPA

 

 

Apabila menghadiri seisi temuduga & peperiksaan, aspek pemakaian perlu diberi perhatian. Bukan hanya persiapan mempertingkat IQ dan kemahiran sahaja. Persediaan untuk pemilihan pakaian juga perlu diutamakan.

Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri seisi peperiksaan dan temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri peperiksan dan temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda.

Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.


Lain-Lain Tips Menghadiri Temuduga SPA

 

 

–>http://www.kerja-kerajaan.com/blog/category/motivasi/

Comments

  1. Your penning method is pleasing and the way you managed the topic with grace is commendable. I am intrigued, I presume you are an expert on this topic. I just sign up for the RSS feed. 🙂

  2. in 3 completely different web browsers and I must say this

  3. lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.

  4. lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.

  5. I wish to express appreciation to the writer for rescuing me from this type of matter. As a result of looking out through the world-wide-web and obtaining tricks which were not beneficial, I thought my entire life was over. Being alive minus the answers to the problems you’ve sorted out by means of your entire write-up is a critical case, as well as the ones which may have in a negative way affected my entire career if I had not noticed your web site. Your knowledge and kindness in playing with all the stuff was vital. I don’t know what I would’ve done if I hadn’t come upon such a thing like this. I can also at this time look ahead to my future. Thanks a lot so much for your professional and result oriented help. I won’t hesitate to propose your web site to anyone who desires guidelines on this subject.

Speak Your Mind

*