Temuduga Dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?

Hari ni saya nak cerita satu topik penting iaitu Dalam Temuduga Kena BM ke BI ye?

Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai kepada admin kerja-kerajaan.com..saya la…hehehe

Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes, no..je..hehehe” (gurau je)


Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 – 70 % BI akan digunakan.

 

Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam BI juga?,,kan dalam sektor awam BM amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan – urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan – urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam bangsa, bermacam – macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

“Adakah grammarnya?

“Adakah komunikasinya?

“Adakah pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah
“MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris…

Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya
“ What is your name?” anda jawab “name saye Joyah bt Abu…”.

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah
“Please Introduce Yourself”.
Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah anda mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat – ingatlah sikit ye…….

Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah lagi…Jika anda ditanya soalan seperti ini
“ What do you know about PIN (Pelan integriti Nasional)?
Please explain….
”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah…

Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pon pandai..

Kenapa kita ni lemah dalam BI ye? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggala ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak reti – reti cakap BI…Apa salahnya ye…

Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya…

Sistem pengajaran BI sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas..

Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan apa..takut kena “gam” pula..:)

So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah:

1. Baca paper BI setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok

2. tak faham makna buka je kamus…jangan malas

3. dengar lagu Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu..

4. tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI…syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap BI dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu..

6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni cara belajar juga ni..

7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pon dah cukup:)

8. Jangan baca buku BI yang tebal – tebal macam buku teks tu..takde gunanya..

9. dan bermacam – macam cara lagi..

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu
untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Saya ada membeli SATU PANDUAN UNIK UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP BAHASA INGGERIS dalam masa yang singkat dari internet…Ternyata kaedah – kaedah yang diajarkan dalam menguasai BI amat unik, PRAKTIKAL dan berkesan..

Ternyata berbeza dari buku – buku yang ada di pasaran yang sudah tentu malas nak membacanya..Saya amat yakin kaedah yang dipekenalkan ini membantu anda dalam menguasai bahasa Inggeris..
anda memang perlu tahu kaedah ini, ni webnya:

Sekian saja tips kali ni..jumpa lagi next week..see you soon:)

Daripada

JaMaL – Admin Kerja-kerajaan.com

p/s: dulu saya pernah beli panduan belajar cakap BI iaitu dari Linguaphone dekat RM2 ribu…last – last simpan dalam stor je..

p/s: Masih tercari – cari panduan lengkap untuk temuduga kerja kerajaan? Lawati www.kerja-kerajaan.com

Comments (14)

 

  1. MiesHa-Png says:

    Salam,

    Temuduga kedua sy bg jawatan n27 bru2 ney adalah 70% dalam english….susah…tp njoy

  2. etie says:

    bagusnyerr

  3. mahirEnglish says:

    Anda juga boleh memiliki ebook ini..ebook mahir bahasa inggeris.. Teknik terkini dan berkesan. Segala masalah anda mengenai bahasa inggeris akan selesai..yang penting kita berusaha..dan jangan putus asa. Terus belajar dan belajar. Ilmu ada di mana2..

  4. she says:

    hhmm.. bulan lepas saya pergi interview PTD di Putrajaya. tapi saya pelik kenapa panel interviewer hari tuh tak bertanyakan soalan dalam bahasa inggeris langsung kat saya? saya tunggu juga.. takut pulak nnt dia ingat saya x boleh berbahasa inggeris. Tp smp ke penghujung sesi interview tuh. TIADA soalan BI. kenapa eh agaknya?

    tp mengikut tips.. kalau ditanya dalam BM, jawab dalam BM. So, saya rasa bertuah sgt hari tuh. hihi..

  5. shayna says:

    last yr kot saye ad g itbiu PTD
    eng or BM tu x jd isu.sbb dye tye introduce urself je
    in eng yg laen malay.
    problemnyer die tanyer tau tak aper PTD tu.pastu bile sy citer ape yg sy tau dye kate tu bace ntenet ye.
    pastu dye terang bjela2 pasal PTD job decription dlm 10 menit.sy pon dengar dgn khusyuk lah xdelah interrup walau pon spatutnyer sy yg bciter bkn dye.then dye tgk sy ade degree in acctg so dye suggest sy pg jd akauntan
    mslhnye…maser tu xm akauntan x in-take lagi. sy rase frust lah jugak dahle byk stage nak g ptd pahtu FAIL plak.

  6. hairulamran says:

    Seingat saya, saya dah ntvu gov ne hampir 5 kali. tapi satu pun tak dapat. setelah saya kaji rupanya bi memang jadi kreteria penting dlm pemilihan peg kerajaan ni. maklumlah bi spm 7, so mungkin sbb tu la tak dpt.

    Alhamdulillah, skrg berada di swasta yang semua urusan menggunakan bi. nak try mintak gov semula la camni. dengan panduan dari abg jamal ni insyallah dpt menebus segala kesilapan lalu. rasanya terlalu banyak kesilapan masa g ntvu dulu.

    thanks abg jamal.

  7. Zil-el-Saif says:

    salam. teringat dulu masa interview pen. pegawai pendaftaran dulu. Bila interviewer suruh cerita pasal kelantan dalam bahasa inggeris, tergagap-gagap jadinya. bila dia cakap “tell me something else.. ni english …” lagi saya tergagap. pastu dia tengok kat resume aku tulis hobi tengok gusti dia suruh cakap pasal gusti, lancar pulak saya cerita..

    • JULIA AWANG.DIN says:

      salam..hihi..tyme2 ngantok dah ni berhabis cari informasi sal temuduga terbaca komen ni..hlang ngantok plak..hehehehehehehheeh…..

  8. nazain says:

    aduh.. BI aku nie lemah. leh x klau die soal bi, kita jawab campur2.
    hihi. klau campur2 tu aku leh lagi. klau full BI, mau tersekat2

  9. cik na says:

    haha. teringat dulu intervew PKP n17 dia suruh kita bercakap pasal anything in english. pastu muke bkn main konfiden. last2 ayt tunggang langgang. sampai kene gelak ngan interviewer..(wat malu jek)

  10. hanim says:

    br ni pegi interview pembantu tadbir n17. dah tnye itu ini, tiba2 penemuduga tu nk test b.i saya sbb ada diploma. soalan: introduce yourself. sbnrnya saya blh ckp b.i tp saya ni cpt panik so masa tu b.i jd tunggang langgang..

  11. Ada links utk latihan bahasa inggeris free kat blog http://jombelajarenglish.blogspot.com. Rasanya antara benda yang penting ialah confidence bila pegi temuduga:)

  12. fyn says:

    saya nk g intvw peg imigresen kp17 pd 7/2 ni..ade tips2 x..ni kali yg ke5 g intvw..harap sangkut la kali ni..

  13. 590078 794458Yay google is my world beater helped me to locate this excellent internet web site ! . 684687

Leave a Reply