Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan?

Cuba lihat tajuk post di atas? Anda pasti sering ditanya soalan sebegitu bukan?

Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri temuduga bagi sektor awam.
k0292609
Adakah jawapan anda seperti ini?

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya
terjamin berbanding kerja swasta.”

atau

” Saya minat kerja kerjaan ini sebab ayah saya
juga kerja di sektor awam”

atau

” Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini,
manatahu ada rezeki”

atau

”Banyak kelebihan jika saya dapat kerja
kerajaan ini. Cuti banyak!”

atau

” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja
swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor
awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepuemas ini. Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau kurang sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?

Tunggu ye:) Saya bagi jawapan yang sesuai untuk anda ketahui. Sebenarnya, untuk soalan ini, bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh anda. Contoh – contoh jawapan yang disyorkan adalah seperti berikut:

”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:”

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam
adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya
kerana saya dapat berbakti kepada negara,
bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan
yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan
minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan
lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari
keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang
amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di
sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat
diterima sebagai seorang penjawat awam dan
seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga
akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan
ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang
kerja yang diceburi dengan adanya seminar,
bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak
lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang
tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal
menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan
saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu
pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari
kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan
dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat
menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di
sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat
saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata
”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi
bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang
kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang
berlaku di sektor swasta kini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan
kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam
semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan –
kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti
tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan
lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya
untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang saya syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika
anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan sebelum ini.

Comments (82)

 

  1. Sha says:

    sy pernah beberapa kali menghadiri temuduga disektor kerajaan..mmg setiap kali temuduga sy akan ditanya “mengapa sy berminat dgn kerja kerajaan”..tp sukar untuk memberikan jawapan yg tepat..setelah membaca segala tips yg berada di blog ini..sy bersetuju dgn semua tips2 ni…& sy juge dapat ilmu br dr sini..terima kasih… ;o)

  2. Masnizah says:

    saya baru gi interview dan mmg ada soalan ni..nasib baik dh baca tips dari jamal, so dgn confidentnya saya jwb soalan tu..thanx jamal ;)

  3. riana says:

    saya belum pernah lg pergi mana2 temuduga kerajaan.. tp sy berharap sgt akn mndapat peluang 2… dan sy amat berpuas hati dgn saranan jawapan di atas… ianya padat, ringkas dan mudah 2k d fahami… thx alot to Blog Kerja Kerajaan… thx Jamal.. :)

  4. fikah says:

    Baru2 ni saya ada pergi interview,dia tanya,kenapa kita nak kerja dengan kerajaan.So,jawab la,dapat berbakti kepada negara, bangsa dan negara, then panel tu tanya lagi,sekarang ni pun awak kerja, dapat berbakti kepada negara,huh,pening dah,camner tu?sebelum ni saya ada kerja sebagai kerani dengan security guard n sebelum tu gak,kerja sebagai lab technician di bahagian R&D department…camner ye nak jawab?

  5. fara says:

    Salam dan selamat berpuasa!

    Saya pernah ditanya soalan begitu oleh KP , dan menjawab dengan tenang. Saya berminat kerana saya inginkan ilmu pengetahuan yg luas dan pengalaman2x superior yg lain melalui kursus2x dan seminar2x yg diberikan olh kerajaan. Namun demikian saya disangkal giler2x oleh KP tersebut! Saya nk cuba jawab yg lain selepas ini kalu diberi peluang lg, insyaALLAH. mungkin jawapan yg lebih relevant adalah terjamin masa depan..

  6. Jamila says:

    thanks for the tip!

  7. syda syakilla says:

    salam…
    arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

    rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….

  8. che kamal says:

    salam dan slmt berposa

    sy xpernh lg interview kerajaan, tp sy rasa jwpn tersebut amatlah terbaik. isi yang padat dan ringkas.thanx

  9. ct says:

    salam.. slamat berpuasa.. saya skang dalam proses tunggu kptsn intvw.. x taula camne.. hopeful dapat la eh.. doa-doakan la…

  10. azue says:

    salam..
    saya dh 3 kali interview kerja kerajaan tapi still belum ada rezeki..
    soalan ni selalu ditanya bila saya ditemuduga. jawapan yang diberi bagus untuk saya praktikkan bila ada temuduga nanti..thanks coz bagi tip2 berguna ini :)

  11. sy nak bg pandangan sy kat sni..ermm yg pnting sijil2 kelulusan korg tu smblm dtg interview kna la teratur rapi, jgan lupa sarapan tau..huhu..ermm..time tmuduga tu klu ada soalan pnemuduga tu korg xdpt jwb, ckp scara jujur yg kmu tidak tahu..dan korg kna yakin msa jwb soalan tu..bahasa badan dan mimik muka tu pnting msa temuduga tersebut..anggaplah temuduga yg bakal korg pergi tu mjadi peluang terakhir bagi diri korg..supaya korg ada semangat yg kuat untuk menjadi salah seorang calon terbaik dl interview itu…jgan lupa byk2kan berdoa k..klu tak berjaya dalam temuduga tersebut..jangan rasa putus asa..jadikan kegagalan itu sbgai dorongan kamu utk berjaya…apa2 pun good luck k..

    1. masa sy ditemuduga dulu soalan yg ditanya seperti ini :
    1.apa kelebihan yg ada pada diri kamu.
    2.kenapa kmi perlu mengambil kamu untuk berkhidmat bersama kami
    3.apakah perbezaan cergas den cerdas?
    4. senaraikan 5 kementerian dan nama menteri tersebut
    5.berapa warna pada bendera malaysia.
    6.seandainya kamu dapat jawatan ini,adakah kamu sanggup bekerja di lular bandar ataupun pendalaman sabah sarawak?
    hah..jawapan tu korag fikir2 la k..heheh..ni mmg soalan yg sy kna tanya masa interview dulu..alhamdulilah lulus…mybe sy ada kyakinan dan sentiasa memberikan senyuman kpd penemuduga itu..hehe

  12. Dwan says:

    Assalamualikum…

    saya ada interview spa bulan puasa lepas..
    dia ada tanya soalan tu…
    saya jawab je ape yg terkeluar dr otak…hehe
    jumaat nih kuar result..adeh…
    x confident la plak..
    nyesal x buat betul2…
    yela… siap bley gelak2 time sembang ngan panel 2 orang…
    harap2 dapat la…
    amin….

  13. ren says:

    hello…
    ni dah kali ke4 datang intervw…tiap kali buat persediaan untk intrvw memang tak tahu bagaimana untuk mengatur strategi…but…berterima kasih la adanya ruangan ini…thx jamal..u ar the best…kekuatan untk menghadapi temuduga akan dtg bertambah…chayo2… :)

  14. izzati says:

    salam.. saya belum pernah mghadiri mana2 temuduga gov.. tp, sdg mnunggu di pggil interview.. tips yang dikongsi di blog ni sgt b’guna buat sya.. thanks jamal atas tips dan ilmu ni.. ^_^

  15. Assalamualakum..en.jamal sy nak ucapkan terima kasih untuk tips2 yg encik emailkan pada sy…
    Utk interview kali kedua ni sy akan cuba sedaya upaya saya dan gunakan tips2 yg en.bagi..

  16. fiezaoscura says:

    Sy dpt g interview ujian bertulis utk jwtn peg tadbir 6hb ni…spe2 leh membantu sy ape soalan2 yg mgkn di tnya…email fiez_matrix_87@yahoo.com

  17. nurul says:

    sy dpt interview jawatan penolong jurutera…25nov ni….cuaknyer…bermacam2 persoalan kat minda….dengan ada nye blog en jamal ni…sedikit sebanyak ia dpt membantu….lagi2 orang seperti saya yg tdk pernah hadiri mana2 interview,,,but dengan pengalaman masa study…time presentation final projek dpt membantu keyakinan diri,…

  18. wahida says:

    tima kasih byk2 ats tips2 yg diberi…saya ada interview 17hb Dec ni untuk jawatan juruaudit…mmg harap dapat tapi tak nak la berharap sgt2…yg penting pergi interview tu dgn persediaan yang cukup..kalo tak nanti malukan diri sendiri jgk kalo sume yang ditanya tak dpt jawab

  19. Miesha-Png says:

    nervous!!!

  20. yam says:

    cik jamal..cmne sy nk bli ebook 2..sy dok area pdalaman gak r..bank yg de kat cni juz agrobank jew..klu nk g bank len,kne kuar r..mik mse lme sket r..kne tgu free n de hal,br sy kuar..sb skg,sy wat 2 job..gr kafa gn 4time kat mini market.ltih da wat 2 job..arap pat r beli ngn cpt..tp cmne??sy de dftr…tp cam xpasti je cre nk patkn ebook 2…

  21. kiambang says:

    sy baru mohon tuk pem. tadbir di lem. per. peladang..ade ape2 tips tuk jabatan itu??

  22. leen says:

    esok pg saya ade interview ngan gov..bile bace tip kat sini harap sikit sebanyak dapat tlong saya.thanks

  23. mawar says:

    hai…salam 1 Malaysia..
    ahad mggu dpn abg sy ade tmdge polis…
    bg yg ade pngalaman bleh tlg sy…..
    ape soalan yg sering ditye oleh panel pnemudge dan ape nshat anda?
    leh emel pd sye….gemer8_10@yahoo.com.my

    • Saya Dah Dapat Kerja Kerajaan says:

      Salam hormat kepada semua rakan-rakan…
      Rakan-rakan yang belum di panggil temuduga, harap banyakkan bersabar dan terus berusaha.
      Tahniah di ucapkan kepada yang telah di panggil sesi temuduga.
      Ingat, buat persiapan rapi sebelum menghadir sesi tersebut kerana masih ramai calon menunggu untuk jawatan tersebut. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa andalah calon yang di cari-cari.

  24. mizz_yna says:

    boleh x bgtau sy pasal interview untuk penolong akauntan??? kat RISDA
    please urgent sgt sok nk interview tp x ada persediaan lg..

    mizz_yna88@yahoo.com.my

  25. shida says:

    kawan2, selalunye kalau soalan untuk post pegawai, dalam english or bm yek???

  26. lina says:

    thanks 4 da tips…..

  27. jaz says:

    Hi, this becoming June i will have to attend interview sebagai pegawai khidmat pelanggan??ada tips tak?thanks.
    =))

  28. aleeza says:

    7 july ni ade interview sbg penguasa kastam selepas 3thn sy jd simpanan. boleh bg sedikit tips tak sbb sy takde idea keje di mcm mane selain dr cek brg2 kat airport, port2 & sempadan.

    email:shogunzack@yahoo.com

  29. fieda says:

    salam…sape2 ade tips utk soalan intervw spp?urgent sngt2 ..ade intervw 14hb nie..rase cm x yakin jer..intervw 1st time lak tu…

  30. cik timah says:

    thanks…this info helps me a lot….mekaseh…XD

  31. ila says:

    ade sape2 x ktcini penah pg interview pegawai pendidikan pengajian tinggi???share la pngalaman 2…..nnt sy kne g intrvw 2 pd 1/9..tktnye…xtau nk prepare ape…

  32. cik jue says:

    saya ada interview pada 01/09/2010 d JB.doakan saya b’jaya untuk jawatan ini. Moga rezeki kerja ini ntok baby yang sdg sy kandung nie..thax ntok tips n info n pengalaman yang ada…byk membantu ntok sy membuat persediaan awl..agk nervous ntok g interview in coz ni 1st time dpt interview ntok post nie…last year punya experience gagal ntok post f41..frust sgt msa tue coz sy rs da try yang terbaik tp fail gak…hope thn nie de rezeki ntok baby…doakan sy berjaya dpt yang terbaik dan lulus…aminnnnn

  33. Luna says:

    saya sudah grad dr 2002 dan masih belum ada rezeki menempatkan diri dlm sektor kerajaan. setiap tahun saya tidak putus asa dan terus menghadiri exam,PAC,AGAC (utk jwtn akauntan) dan juga intw.saya pernah dpt intw kpli,penguasa kastam&ptd (2kali) tetapi gagal.

    esok saya akan menghadapi intw Akauntan di majlis perbandaran. sy harap ini temuduga terakhir yg saya perlu lalui dan memperoleh pekerjaan di majlis perbandaran tersebut.

  34. sofia says:

    Tq kpd abg jamal yg bg tips utk intervie gov. tp sy masih takut utk g interview pd 26/10/10 nie sbg penolong pegawai tanah dan galian…. saya harap ade sesiapa yg akan bg tips lg kpd sy. tolong ye, nie email sy sofiasofia88@yahoo.com harap2 b’jy dlm t’mdga nnt.. doakan sy.

  35. ain says:

    terima kasih abg jamal sbb sudi berkongsi tips temuduga ni.. berdebar jgk saya utk mengetahui apa yg akan ditanya dan dijawab oleh sy pd penemuduga tu…sy akan menggunakan tips2 ni sbb persediaan utk menghadapi temuduga pada 30hb Nov 2010 utk jawatan Pembantu Tadbir Kewangan di SUK PAHANG… TERIMA KASIH & DOAKAN KEJAYAAN UTK MENDPT JAWATAN TERSEBUT.. INSYAALLAH..

  36. nurul says:

    1hb 12 ni sy da itbiu PT N17.agk2 soklan pa yg bkal dtanya eh? neves2

  37. Iranilis says:

    bdebar2 tggu intvw 20hb dec ni..ni 1st time dpt,5thn tggu bru skrg d pggl..alhmdllh syukur.dpt@x belakang kira,jji ni lah msnya wt yg tbaik.kna ykn n bsemangat nt!!! tksh byk en jamal ats tips2 yg bguna ni…sy hargai sgt.doakn sy ye….

  38. wanted says:

    kepada saudara jamal, saya ada interview tuk besok 8/12/2010……..neves teramat sgt, dah berlatih pun lidah masih mcm rasa gagap…..keluarga pula meletak kan harapan yang tinggi terhadap saya berjaya dalam temuduga ini, agak memberi tekanan juga….sy ingin bertanya kepada suadara jamal, sekiranya soalan dia berbentuk mcm ni, jwapan apakah yg sesuai untuk sy jwab?? soalan: Kenapa anda layak untuk jwatan ini??

    p/s sy akan menghadiri temuduga untuk pembantu tadbir N17

  39. basirah says:

    assalamualaikum… saya nak minta tolong ni… esok saya ada temuduga sbg pembantu tadbir n17.. boleh saya tahu soalan yang sering mereka tanya? tlng bantu saya… thanks

  40. hurairah says:

    Saya ada interview penolong penguasa bomba pada 6/1/2011. Ada tips tak apa soalan yang nak ditanye. Harap harap dapatla. Tolong doakan untuk saya ye. Saya doakan semoga berjaya dalam interview pada diri saya dan sesiapa yang bakal menghadapi temuduga. Buat yang terbaik, solat jangan tinggal, solat hajat jangan lupa. Doa banyak banyak.

    • farra says:

      salam..
      hi hurairah..just nk share. i br jer terbaca post u nie..
      i pon ader interview utk jwtan yg sama. So cmner ng interview u? Ape yg ditya..n ssh x? leh share klu tak keberatan..?

  41. zull says:

    asalamualaikum..
    saya skrg nk kna standby for intrview 11.1 niie sbgai penoLong penguasa bomba KB29…
    mcam mana arrr…
    first time nie nie…
    gementar gak ler….

  42. Shaila says:

    Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N 17.

    Soalan jenis/level apakah yang biasa ditanya untuk jawatan ini? Nervous sangat ni.. Ape yang i kene study?

  43. nurul says:

    salam..saya ade intervw 21hb ni J41 jurutera awam..sape2 ade pengalamn leh crita..soaln yg ditanya..

  44. wany says:

    saya der interview pnolong pguatkuasa jpj…18/3….sape2 yang ada pengalaman leh la crita….takut sgt2

  45. Shila says:

    Salam

    Selasa ni saya akan menghadiri UJIAN BERTULIS di Majlis Perbandaran, apakah sebenarnya UJIAN BERTULIS dan selalunya soalan berbentuk apa?

    Ujian bertulis tersebut untuk jawatan Pembantu Tadbir N17.

    Saya tidak pernah lihat atau dengar tentang Ujian Bertulis kerana kakak saya yang bertugas sebagai N17 selama 8tahun di sektor kerajaan juga tidak pernah menghadiri Ujian Bertulis semasa dia menghadiri temuduga dulu.

    Diharap tuan dapat membantu memberi tips.

    Shila

  46. yaty says:

    sy pernah ditanya masa tmuduga dgn spa maksud rahsia besar dan rahsia kecil..mcm mana saya nk jwb soalan di dgn jawapan yg tepat.

  47. alawiyah says:

    encik jamal sy dpt tmdg….pembantu makmal, sy betul2 takut.ini tmdg sy kali ke3..blh bg tips2 soalan yg biasa untk pembantu makmal…C17

  48. anis says:

    sy akan menghadiri temuduga utk jawatan pembantu makmal c17.. ni adelah first time interviu.. takut sangat2.. biasanya ape soalan yg di tanya utk jawatan tersebut..

  49. elyn says:

    alawiyah & anis. . sy pun dpt tmuduga pembantu makmal C17. . awk berdua interviu dekat mana?

  50. ZAHARINA says:

    SALAM…

    BNYK TIPS YG MENARIK..BUT ADA SAPER2 BOLE BANTU X? SOALAN APE YG DOWG AKAN TNYE TUK TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR UNDANG2?.. 1ST TIME INTVW GOV…

Leave a Reply