KISAH-KISAH TEMUDUGA UNTUK RENUNGAN..
Kali ni saya ingin berkongsi kisah-kisah temuduga yang diemailkan oleh rakan-rakan kita untuk dimanfaatkan
bersama.

————————————————————
Kisah temuduga 1
————————————————————
assalamualaikum…
Nama saya Amy (nama sebenar dirahsiakan). Saya merupakan
pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan
sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Walaupun
begitu, saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan
telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak.
Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya
ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan
tersebut.
Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti
biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan
tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan
keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh
dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan
yang tinggi. Saya telah diterima untuk menyambung pelajaran
ke program matrikulasi panggilan kedua selama setahun.
Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan
dengan mendapat CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk
mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya
berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut
sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat
surat panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir
Kewangan.Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin
minggu yang berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.
Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin
meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya
tidak pernah menghadiri temuduga.
Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.
Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung
putih serta berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar
sesuai dengan imej saya. Dengan hanya membawa sebuah fail,
saya duduk menunggu giliran untuk ditemuduga sambil
ditemani arwah ayah. Sebaik sahaja nama saya dipanggil,
saya masuk dengan perasaan berdebar-debar sambil memberi
salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah
saya melangkah untuk duduk.
penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.
Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya
—-> nama penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan
ibu bapa, tempat asal, taraf pendidikan.
penemuduga: Sebutkan rukunegara.
alhamdulillah saya dapat menghafalnya. penemuduga bertanya
kepada saya,
“dah ada org bgtau yer…” saya hanya menjawab ringkas,
“kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di
televisyen…” mereka hanya tersenyum dgn jawapan saya.
penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?
Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa
itu ialah Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya
tidak dapat menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.
Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan
dalam akaun, tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah
mendengar kerana saya tidak mengambil subjek akaun.
penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara
masa kini?
Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan
pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian
di negara kita. Saya hanya manjawab ala kadar berdasarkan
pembacaan saya dan saya juga mendengar pendapat mereka
tentang isu ini. Saya juga tudak membangkang pendapat
mereka sebaliknya hanya mengangguk dan mendengar pendapat mereka.
Saya hanya bersuara apabila ditanya.
Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya
hanya berkata,”saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi,
saya amat berharap saya akan diterima untuk jawatan ini.
Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas walaupun saya
tiada pengalaman untuk menguruskan akaun. saya akan
bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya saya dapat
menjalankan tugas dengan baik. terima kasih.”
Itu sahaja yang saya ucapkan.
————————————————————
Kisah temuduga 2
————————————————————
Salam hormat.
Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas.
grad pada 2002 , start pada tu tiap2 tahun saya renew
permohonan dalam perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam
tujuh tahun ni saya berhempas pulas mendapatkan kerja yang
bersesuaian tapi tak berjaya. Impian saya nak berkhidmat
dalam perkhidmatan awam. Tapi sampai sekarang belum dapat
,saya sabar dan mencuba lagi. Selama ni memohon hanya dua
kali ditawarkan temuduga . Jawatan Pegawai Tadbir dan
Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk setiap
temuduga.. tapi kat mana silapnya ,, saya tak tau… saya
sedih , keluarga susah mak dan ayah cuma pesawah padi, dah
uzur…
Duit dah banyak habis,,, beli borang, setem, fotostat
sijil2 , dan macam2 lagi….setiap iklan dalam paper saya
mohon … hanya tuhan yang tahun penderitaan emosi, saya
selama 7 tahun ni.. sekarang ni saya menganggur kerana
tiada pekerjaan,, sempat bekerja sebagai kerani di kedai kecil
…pendapatan pun cukup2 makan adalah dalam RM500. 00 sebulan.
Bila gagal dua kali temuduga , ianya merupakan kesan yang
besar bagi saya,, seminggu saya macam diawang-awangan…
stress,,,,tak dapat menerima hakikat ni… walhal semua
saya dah study apa yang akan ditemuduga nanti..
saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki.
Encik, sejak saya study lagi cita2 saya nak berkhidmat
dalam sektor awam…kerana persaingan yang sungguh sengit
dikalangan lulusan ijazah untuk mendapatkan kerja.. saya
juga memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM…
Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon
dalam perkhidmatan awam …
Sayu dihati ni ,emak saya menangis melihat keadaan saya
kerana sejak dari sekolah lagi saya berhempas pulas belajar
,sanggup bersusah payah demi pelajaran bila berjaya nanti
nak tolong keluarga … tapi sampai sekarang ni saya tak
mampu ….
Jadi untuk pengetahuan cik, saya adalah diantara lulusan
ijazah yang merasai betapa perit dan maungnya bila gagal
dalam temuduga,,,,,
moga encik dapat memberi dorongan atau kata nasihat yang
perlu saya lakukan sekarang,,,,
terima kasih
Amma
————————————————————
Kisah Temuduga 3
————————————————————
Kepada saudara Jamal.
Disini saya ingin menceritakan pengalaman dan kejayaan saya
Tentang temuduga yang saya hadiri tempoh hari… Mungkin
kisah ini terlalu panjang tapi ia bermakna buat saya..
Sejak saya memiliki line internet dirumah,,memang saya
gemar melayari internet..tp…bab yang positif la.. Selepas
Saya tamat exam stpm,hati saya terpanggil untuk mencari
pekerjaan di internet.. Lalu saya cari lah laman web kerja
Kerajaan ..manalah tau ada jawatan kosong yang
ditawarkan,,sebab saya memang inginkan kerja di Sektor
Awam.. Cari punya cari,,saya terpandang satu tajuk yang
Saya kira sangat menarik iaitu e-book rahsia lulus
Temuduga Kerja Kerajaan. Saya berkata, wah! Ini sudah
bagus,Mengenangkan saya pun tidak ada pengalaman dan
pengetahuan tentang interwiew dalam sektor awam..maka saya
pun klik pada tajuk tersebut..bila dikaji ,saya nak
memiliki e-book 2 untuk dibuat rujukan..saya pun membelinya dengan
melalui beberapa proses..
Setelah saya memiliki e-book tersebut ,,saya baca dari awal
hingga abis, sehingga paham ..oh.lupe pulak ,satu hal
lagi,,sebelum ini saya dah banyak send resume di tempat2
keje samada sektor awam dan swasta… Selang 3minggu
Kemudian,, saya dapat panggilan dari Regency Specialist
Hospital..mereka menawarkan jawatan Data Entry Clerk kepada
saya.. Saya pun apa lagi terus setuju la.. Esok nya saya
pergi interview di hospital tersebut.. Pakaian saya,,gaya
Saya,,cara percakapan saya semua nya saya ikut daripada
E-book lulus temuduga spa tersebut.. Kiranya saya da
bersedia dari awal,,ini semua berkat dari saya membaca
E-book tersebut..
Semasa di interview..saya disoal dlm bahasa Inggeris..
antaranya seperti please introduce your personal
in English,what you can do if you get this job ..ar lebih
Kurang cam 2 la soalan nye,,pulak tu saya tak boleh
berbahasa Inggeris dgn cekap..tp saya cuba menjawab soalan
Mereka dengan tenang,senyuman dan yakin.. Kadang2 kene
gelak juga dengan mereka..mungkin salah kot bahasa inggeris
Saya..tapi x pe lah asalkan saya tak diam membisu..
Masa selesai interview 2 saya ckp la..thanks,,hope we can
Meet again at other time..hehe hentam saja lah..
Selang 3 hari,,saya dapat panggilan sekali lagi dari
Regency Specialist Hospital.. Akhirnya jawatan Data Entry
Clerk jatuh di tangan saya.. Berjaya juga akhirnya..opss..
lupa nak cakap..masa saya pergi interview ade 4 orang calon
lain masa 2..
Emm..saya sekarang ni dalam opis,,kebetulan ada masa
terluang..kerja pun dapat diselesaikan awal…so saya ambil
Peluang ini untuk menceritakan pengalaman saya ..
Kalau e-book ini saya tak baca atau tak ada..mungkin saya
Tak dapat pekerjaan sekarang ini..yelaa…mungkin pakaian
Saya ikut suka hati..tak tau adab2 sebelum ,semasa dan
Selepas interview.. Btol tak??
So,,saya nak ucapkan terima kasih kepada en.Jamal kerana
menyediakan e-book ini..saya rasa semua orang yang belum
dapat pekerjaan tapi kelulusan bagus patut memiliki e-book
Ini untuk dibuat rujukan ..
Sekian terima kasih..dan selamat maju jaya untuk en.jamal
Dan sesiapa yang membaca kisah ini.. Tapi dengan
syarat..setelah memiliki e-book ini,,anda perlu baca bnyk
Kali sehingga paham. Tak de maknanya kalau beli tapi tak
Baca..tak paham..dan tak praktikkan..
K bye..
————————————————————
Kisah Temuduga 4
————————————————————
Saya turut bersimpati dan harap cik Amma bersabar mungkin
itu ada dugaan hidup kerana ada orang yang lebih susah
daripada kita.Seperti saya, saya juga seorang yang
diketegorikan orang miskin.Saya terpaksa menanggung
pembelajaran sendiri dengan kerja sambilan dan hanya cukup
untuk menampung kehidupan apatah lagi dengan kehidupan di
bandar KL.
Ayah saya hanya penoreh getah dan tidak mampu menampung
adik-beradik kami yang ramai. Hanya saya seorang yang
merantau ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dan
berusaha berkerja sambilan untuk menampung kehidupan
sendiri dengan harapan mendapat perkerjaan yang lebih baik selepas
tamat pengajian kelak.
Saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada
di Sabah. Walaupun ayah saya tidak dapat mengirim duit
untuk perbelanjaan saya tetap kuat dan tabah untuk mencari rezeki
disini. Tapi saya tidak pernah salahkan ibubapa saya malah
harapan saya suatu hari nanti saya dapat memberikan mereka
kehidupan yang lebih baik.
Saya juga berasa tertekan bila saya tamat pengajian nanti
adakah nasib saya sama dengan garaduan2 lain apatah lagi
saya hanya taraf diploma landscape sahaja. Tapi dengan
adanya nasihat dan panduan daripada Jamal saya rasa saya lebih
tenang menghadapi kemungkinan dan sentiasa berdoaa kpa Tuhan.
Sueri..
————————————————————
Kisah Temuduga 5
————————————————————
Dari seorang peguam syarie (nama dirahsiakan)
salam…
hai cik jamal…
terima kasih ya atas email yg berguna tu…
saya pun ada satu pengalaman temuduga yang nak dikongsi
ni…
ok…citernya mcm ni…..
Pada tahun 2006, bulan 10 saya baru jer habis praktikal kat
Penjara Pengkalan Chepa…pada bulan tersebut juga saya
kehilangan ibu tersayang…al-fatihah- habis praktikal…
saya kahwin dan ikut suami ke Kuala
Terengganu…
Dalam bulan 12.2006 saya di panggil temuduga untuk jawatan
Penolong Pegawai Syariah. Tempat temuduga di Kelantan. SUK
Kota Bharu…hari ditemuduga tu saya pakai baju kurung
Warna kuning lembut, tudung warna hitam dan kasut penuh.
Saya dtg temuduga ni xder persiapan langsung…masa tgh
menunggu giliran tu, adala saya tengok ciri2 islam
hadhari…samapai giliran saya di panggil, Ya
Allah…berdebarnya…tp masih cool lg…
Soalan yang pertama di tanya mcm biasa…background
kita…lepas tu masuk isu semasa…bab hal keluarga…isu
kahwin dan bercerai…
lastnyer bila penemuduga bertanya” mcm mana nak masuk kerja
kerajaan sedangkan BI saya x lulus dlm SPM…lantas saya
menjawab la…mmg dalam sijil saya x lulus…tp saya blh
bercakap BI…lantas mereka menyuruh saya bercakap dlm
BI….so…saya tunjukla kebolehan saya…
Selepas daripada itu, siap la sessi temuduga saya…antara
ramai2 yang ditemuduga…sayalah yang paling lama
ditemuduga.
Alhamdulillah bulan 4.2007 saya dipanggil untuk jawatan
tersebut. Sekarang saya bekerja sebagai peguam syarie.
Itulah pengalaman saya semasa ditemuduga. apa yang penting
kita mesti berani mempertahankan hujah kita
————————————————————
Kisah Temuduga 6 (versi asal dikekalkan – versi dialek
SABAH)
————————————————————
helo encik jamal,,,
Selamat petang..saya orang Sabah. tinggal pedalaman dan
kebanyakaan anak kampung saya mungkin tima saya tu
bilangan anak kampung saya jarang dpt sambung belajar smpai
degree.Mungkin saya salah seorang yg bertuah.Ini pengalaman
saya ketika di interview.
Selepas sahaja saya tamat pengajian di UMS Kota Kinabalu
dalam degree akaun selama 4 thn..saya menjalani pratikal
ketika semester terakhir..saya pratikal selama 3 bln dan
diserapkan sebagai permanent staff di audit firm sebagai
tax consultant sebab saya senang dgn kerja ni.lagi pun
semasa semester break ketika d ums pun saya selalu buat
part time di company ni jadi saya rasa mereka terus
mangambil saya.Saya suka dan senang dgn kerja ni.Senior
manager yg bagus dan partner (big boss) yg concern dgn
welfare pekerja.
Saya juga aada memohon jawatan kerajaan gred 41..dgn rezeki
Tuhan saya di panggil exam utk memasuki skim 14 jawatan gred
41.Saya seorang sahaja yg lulus dari antara coursemate saya
yg sama2 apply jawatan berkaitan. Tidak lama kemudian saya
dipanggil unttk first temuduga jawatan penguasa kastam
w41..sya memang excited dan buat persiapan rapi seperti
cari carta organisasi jabatan, cara kerja kastam, apa yg
kastam buat, tugas2 kastam..
awal pagi saya dtg interview ketika itu saya msh kerja dgn
audit firm swasta.Time interview tu..sya org pertama
diinterview dan saya sgt nervous sebab sya punya fizikal
adalah yg pling kecil sebab anggapan saya kastam hanya mau
mereka yg tegap, tinggi, kuat..
dalam hati sya berbisik, tak apalah sya sudah sampai baik
teruskan sahaja.
Ketika masuk saya ketuk pintu bagi salam selamat pagi..sya
tak duduk terus..selagi dia tak benarkan sya duduk sya
tidak duduk..pastu dia bagi duduk and suruh perkenalkan
diri dlm bahasa inggeris.Saya jwab dgn senyuman..ketika
wakil jabtan kastam tanya sya soalan2 yg pelik2..sya jawb
berdasarkan apa yg saya kaji sahaja.Dan dgn sya tak sangka2
panel tu soal saya dan dia pula yg jawab sendiri. Saya just
menangguk sahaja dan seolah2 sesi temuduga tu macam jadi
berbual antara kawan tapi sya tak lebih2. Sebab saya juga
ingin tahu bidang tugas kastam. Bila sya habis interview,
kawan selepas saya bagitahu saya berada di dlm bilik
interview dekat 45 minit..
Selepas interview tu sya selalu pigi church and bawa dlm
doa semoga disitu rezeki sya..syukur Tuhan..sya di pgl utk
lapor diri di akademi akmal melaka pada 27 julai 2008..dgn
dgn secara kasarnya sya sdh berkhidmat di jabatan kastam
diraja malaysia hampir 8 bulan dan bertugas sebagai
penguasa kastam w41 di stesen Sandakan.
Biarlah kita jauh di pedlaman sekalipun..kalau kita
berusaha dan tekad pasti disitu rezeki kita.Saya bersyukur
sangat2. even fizikal kita kecil jgn lah kita rendah
diri,mesti kita ada kekuatan dalaman lain yg org tegap atau
kuat ada. Mungkin kita pandai membawa diri ketika interview,
mudah terima nasihat dan pandangn ketika panel memebri
soalan yg kita tahu nak jawab.
semoga penglaman ni memberi motivasi kpa yg lain utk masuk
jawtan kerajaan. sya minta maaf jika bahasa saya lebih ke
SABAH an..
sekian..



Salam..
2 june ni saya dapat temuduga jawatan pegawai khidmat pelanggan n17..saya ada diploma patut kew saya bagi tahu saya ada diploma..
satu lagi ada tak sape2 yang ada pengalaman dalam temuduga jawatan ni?
salam..mia..citerla apa yg di tanya..masa temuduga pt kewangan..n awak intervw kat mana?
iqien:awak plak ader intervw pt kewangan ke?bile?n kat mana?
alhamdulilah syukur kepada tuhan kerana inilah pertama kali sy akan di interview bagi jawatan pegawai khidmat pelanggan n17..pada 4/6/2010 di suk ipoh…ade x sape2 pnh g temuduga bg jwtn ni?leh x bagi tip soaln pe yg dorang selalu tnye…bantuan anda amat sy hargai ..terima kasih
salam..
yela..faizi..u share la ckit dgn kite yg nk kn ntbiu jwtan tu.. nebes la.. hanalee87..apa kate u pun same share pengalaman ni..i kena isnin ni..ni kali yg ke-6 dah..mcm da putus smgt nk ntview.. share la..
ai…sye dpt intrbiu jurutknik awam17…
bule x sape2 bantu ksi nasihat dan tips n cte pngalaman mngenai jawatan nie…help me kwn2…
pada 11.5.2010 sy menghadiri temuduga pen.juruaudit gred w27. ini ialah 1st time interview yg sy hadiri under SPA.wlaupn memiliki Dgree (tp not yet konvo @ that time) sy try je mnta goverment sbb sy mmg nk sgt kje under gov.
mse interview sy the 1st candidate, so mmg tlalu nervous la.seriously sy mmg xstdy aper pn, sbb at that moment sy tgh kje dlm audit firm swasta as audit assisstant.
msk dlm blik tu, ad 2 person yang akan interview sy. (gul and guy).
that guy asked me the following question:
1. Nama cik ….
2. Ape nilai2 murni yang patut ada dlm mnjalankan audit? (since sy belajar kt uitm and in English, sy mnta izin mereka untuk menjawab dlm english, diaorg izinkan. sy jwb la, honest, independent, do not have any conflict of interest, etc)
3. pstu that gu tnye ape ader dlm knci kira2… ( sy tau tu balance sheet, tp sy tpksa jwb dlm english sbb tkut slh term klu translate nnt. yg pasti dlm nervous tu, tertinggl iterm current liabilities.)
4.pstu dia tau sy kje dlm audit firm, so dia mnta sy terangakn secara detail cara sy wt audit A-Z.(sy pn terangkan lah, surely dlm english…sbb working paper, report pn slama ni dlm english)
5. klu awk berdepan dgn keadaan dimana transaction ader dl GL tp xde documentation, ape yg awk lakukan?
(dgn experience yg ade, sy ckp la, sy akn tanye person incharge account tsebut, try wat test2 lain mcm substantive test, reasonable test, refer prior year working paper audit, detect bank statement k, smpi la sy satistfy…andai cmua nyer xdpt, sy akan noted dlm working paper sy and htr confirmation pd pihak ktiga)
6. that guy tnye, knp sy ad dgree mnta penolong? knp sy nk kje dlm goverment?(sy jwb yg sy mmg mnt sgt nk kje under goverment, wlaupn memiliki dgree, tp sy nk mula dr bawah supaya sy fhm kerja yng sy lakukan)
pstu gul tu lak tnyer;
1. since awk ni selalu dekan, ape accounting concept yg awk tahu? ( sy jwb la nk detect items df receipt to GL transacton is matching concept, pstu ader la 2,3 cncept lg)
tp klu tersilap ckp ke, xphm ke, dgn tersenyum sy mnta dia ulang semula soalan. yela nervous,tkt slh phm lg teruk jwpa tu. jd lbh baik mnta dia repeat question tu.
sy keluar dgn sedikit relief sbb nsib bek diaorg xtnye isu semasa, sy dh la xstdy lnsg. nsib bek tnye ttg ilmu account….
mse check result 25.6.2010 aritu dkt portal spa, alhamdulillah sy berjaya. surat tawaran akan di hantar dr jabatan audit negara. msalahnyer, smpi arini tgk peti srt, xsmpi2 lg…
ader sesape blh kongsi dgn sy sbnrnyer procedure surat tawaran n seterusnyer.. klu srt xsmpi2 nk call spe? SPA of jab. Audit Negara?
email sy: keichiegurlz86@yahoo.com
hye sume,,saya ade pertanyaan untuk sesiapa yg ade pengalaman diinterview untuk jwtn penolong pegawai keselamatan kp 27..semasa ujian di peringkat fizikal saya telah lulus dan sekarang dipanggil untuk interview,,ade tip2 yg boleh kongsi bersama??saya harap sangat2 klau ade yg sudi membantu..sila la email saya ape2 saja tips ke alamat email saya nurulhayat88@gmail.com
ade sape2 x yg ade pngalaman intrview pegawai pendidikan pengajian tinggi gred 41???tlg la share pglmn 2…
Salam,sy nk temuduga pembantu makmal mrsm, nerves la..
Tkt dorg tnya soalan killer..
nk tye nie kalo dpt interview keje pembantu am pejabat di jabatan penilaian dan perkhidmatan harta cmne ek..xtau laa cmne soalan akan ditanya nanti….21hb nie nk kena g interview..ader sape2 blh tolong x…tolong doakan saya dpt keje tuh ek hehe
amcm tmdga tmpohri
fairgurl>>
awk pnye interview 2 same mcm sy la…awk kne kat melaka ker…peh sy pn naek bengang ngan owg yg temuduga 2..huhu..ape yg sy stdy lean lak dy tnye…dh la lame dok kat dlm bilik 2..ape kan daya sy tak dpt job 2 coz sy mg tak sesuai kot jawatn 2.huhu salma n fairygurl dpt ke jawatan 2..
Assalamualaikum…
Apa yg saya nk ceritakan ni pula adalah sebaliknya yang terjadi pada diri saya. Memang saya tak tolak ini semua takdir dari Allah. Cuma nk kongsi pengalaman. Saya merupakan seorang lelaki (nama tak perlulah sya sebutkan). Saya dah grad dari IPTA dah dekat 7 tahun. Dah bnyak temuduga kerja saya hadiri termasuklah sektor kerajaan dan swasta. Yg banyak sektor kerajaan, kira-kira dh dekat 10 kali lah saya dapat temuduga kerajaan. Ada yg bertaraf tetap, kontrak & sambilan dan bermacam gred, ada gred spm, diploma & ijazah.
Last sekali saya dapat temuduga SPA pada awal tahun 2010, gred 41. Sya begitu seronok krn mungkin ini peluag saya. Sya buat persediaan yg rapi krn sya tak mahu gagal lagi. Sya buat rujukan kat internet mengenai jawatan & jabatan yang sya akan ditemuduga termasuklah pengetahuan am. Sya juga pergi ke jabatan berkenaan untuk dapatkan maklumat.
Saya telah membuat semua persediaan termasuklah merujuk E-book rahsia lulus temuduga kerajaan. Saya dapati ada kesilapan yg saya lakukan semasa temuduga lepas. Sya terfikir sbb itulah saya gagal.
Saya bertekad tidak akan gagal lagi. Saya pergi temuduga dengan keyakinan yg penuh dan mengikut apa yang saya baca dalam e-book tersebut.
Semasa temuduga saya jawab semua soalan yg ditanya dengan baik. Adab semasa temuduga juga sya jaga dan berpandukan e-book yg saya baca.
Tiba tarikh yg dinyatakan dalam surat temuduga, saya membuat semakan di laman web SPA. Apa yg saya dapati saya gagal dalam temuduga tersebut. Saya tak tahu nak kata apa pada masa tu, hanya pasrah. Saya rasakan masa depan saya tiba-tiba menjadi gelap. Tapi itu semua takdir Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kadang-kadang terfikir juga sampai bila hidup saya terus begini, umur pun dah nak masuk 30. Apa2 pun saya berserah kpd Allah agar ditetapkan keimanan dan kesabaran…
salam,,,aku gemuruh sgt skunk nih…next month ader interbiu la,,,aduh,,,ape yg aku harus lakukan skunk yer,,,bg la tips skit kwn2
sgt berdebar esok pagi adelah hr temuduga yg ke 4 bg sye…xtau di mana kesilapan sebelum ni maybe saye ni kurang konfiden depan juri..
my prev itebiu dorg tnye ape mknn bes kat tmpt awk…
hate of dis…dorg ni ape la…pastu mcm calon yg ade xde pon xpe…
esok sye nak buktikan saye wujud dan perlu jwb soklan dorg….
doakn saye….
salam
saya ingin meminta tip temuduga untuk jawatan pembantu tadbir gred n17..saya mmg xada pengalaman dlm bidang ni.. boleh email sy di isuzan85@yahoo.com
salam semua..
saya nak luahkan rs debaran saya bab 03 dis 2010 ni tarikh temuduga sya. saya xtau apa yang bakal d tanya nanti. boleh tak kongsi dgn saya soalan-soalan yg biasa tuk pem.tadbir perkeranian & operasi? 1st time ni nak pergi temuduga kerajaaan… tq..
temuduga sy pd bulan depan…apakah soalan2 yg akan tnya mengenai penkeranian/operasi…
ada sapa2 yg penah pergi interviu mengenai bidang ini…
salam kawan2… sy pun ngah nervous n coz nk g interview 15hb n. saya dpt tawaran untuk pembantu tadbir. harap ada y dpt bg tips2 untuk pembantu tadbir plak k…terima kasihbyk2 pd yg sudi membantu.
saya akan ditemuduga utk jawatan peg pertanian pd 3 hb 12 2010…Boleh tak sesaper syer dgn sy soalan2 serta tips yg bernas…Rasa gementar sgt…
salam.
boleh kongsikan soalan temuduga peg pertanian ni?
cryptic_nd90@yahoo.com
saam sume…baru2 ni sy mdpat kptsn yg sy lulus dalam tmdga LJM…pd 8.11.10..surat tawaran belum smpai lagi…sape2 yang tahu bila surat tawaran akan dikeluarkan?
assalamualaikum…
esok adala ari tmdga bg sy…
tok jwtan pmbntu pguasa kastam…
ni kali ptama sy na hdiri…
gmentarnya….
ta prepare lgsg…
apa yg sy na wat ni…
tggal bbrapa jam lg….
salam..saya masih dalam calon simpanan jururawat masyarakat..adakah saya ada peluang cerah?
saya akan hadir interview pembantu makmal 20.4 nie..ada saper2 leh tlg gtau soalan ape yg biasa ditanya oleh SPP.
miza:awk temuduga dekat mna?
Salam…sy baru jer gi intvw pembantu makmal pd 7.4 hri tu kat wisma negeri sembilan. masa tu ramai sgt ada 3 bilik 1 bilik dlm 30 org utk di intvw. so nak jimatkan masa di panggil 5 org msk n intvw ramai2. mcm biasa mula2 perkenalkan diri…pastu kena tahu tugas pembantu makmal, cara nak rawat luka kat makmal, alat yg ada kat makmal n tengtang isu semasa sekarang. mcm sy kena tengtang tsunami kat jepun. tp sy rasa mcm tak adil pula, bila dia tanya org yg tak dpt jwb dia pas soalan kat sy. bl saya dpt jwb dia tanya kat kwn org sebelah sy. dgn yakin pula org tu jwb..pada hal klu dia tak tahu bl dgr jawapan kita dia tiru jer…rasa tak puas hati jer….so good luck utk awak…buat persiapan awl2 bc paper n ikut perkembangan semasa.
waalaikumsalam nana. . nak tnya. . mcm tugas2 pembantu makmal slalunya penemuduga nak braper jawapan?. .kat mana nak cari info tugas2 pembantu makmal,slalunya sy cari kuar yg merepek2. .
klu nak cari info..cari kat dlm internet taip jer tugas pembantu makmal..atau peraturan makmal sekolah..ada satu pdf tu kuar…elyn blh klik kat situ…masa sy tu dia tak minta berapa pun sy bg sampai dia puas hati. 2 jer yg sy bagi pastu dia dah nak soal soalan lain palak, hanya 2 jer saya berikn. elyn kenalah study lebih sikit coz tkt tempat sy lain..tempat elyn lain plak yg dia nak tanya. gunalah tip2 yg En Jamaludin tu bg. ia amat berkesan…lg satu isu semasa kena byk tahu..dr nama agong hingga ke pm n menteri…smga berjaya…
thankz nana sbb sudi kongsi info dengan saya. . harap2 semuanya berjalan dengan lancar nanti. . insya_Allah. . tips2 dari En Jamal berikan pun sy akan gunakan semasa temuduga nanti. . doa2 kan sy berjaya yer kwn2 semua. . amin. .
kat penang…
good luck yer miza. . sy interviu mggu dpn. . 13 hrbln di ipoh. . jawatan yg sama dgn awk. .
good luck utk u jugak…kena tahu isu semasa n segala tugas tentang jawatan yg kita pohon. alat di makmal n cara rawatan seandainya ada pelajar tercedera…so cari byk info lg…itu yg ditanya kay saya. tak tahu awk mcm mana. so buatla persiapan dr awal k…..
same le…saya 14hb nie…gerun
elyn jgn lupa yea nanti share la soklan yg di tanya nanti..gud luck elyn..
miza:awak pon pembantu makmal juga ke dapat interview??
miza & fieyza:lepas interviu nanti sy akan share soalan kat sni ye. .
time kasih elyn
jgn lupe share soalan t taw…
good lack..ely..sh pum intebiu jwatan tuh..tp 16.05. so bleh lah bc2 apa yg patut..nnti elyn bgtau sha nnti ape soalan di tanye yer..
sha:esok sy akan kongsikan soalan kat sni yer. .guod luck untuk sha jgak. .
saya interview kt epo 14haribulan nie kt epo jgk
saya nk tye pendapat anda semua…saya pelajar lagi kt poli….salah ker saya bgthu saya masih belajar….bukan ape saya takut die terus reject sebab die dah tahu saya nie pelajar….
tak ada ke kwn2 yg interviu kat p.u.o hari rabu ni. . lau ada,sekurang2 nya sy ada la kawan. . x der la segan duduk sorang2. .
elyn kite ari je bbeza….tempat je same….eyln study or keje?
fieyza ada fb x?
ada…. fieyzaini@yahoo.com.nick name Fieyza Zaini…
add le taw elyn….bleh kite bkenalan kt situ…. facebook.com/fieyzaini
dah add dh fieyza
fieyza:x boleh la fieyza. . x kuar pun nama awk. .
cube email nie plak…fieyzaziera@gmail.com
fieyza zaini(fiza) tu ye?. . kalau betol yg itu,sy dah add dah.
assalammualaikum. .
dah selesai temuduga pg td utk jawatan PEMBANTU MAKMAL C17. .
masuk bilik interviu 5 org sekali. . mula2 sesi perkenalkan diri dulu,taraf pendidikan dan pengalaman bekerja.tugas2 pembantu makmal,jenis2 logam,negara2 asean.pasal isu semasa kna ambil thu dari a-z.sy kna tentang tsunami di jepun. .kebanyakan soalan diluar jangkaan,apa yang dibaca byk yg tak ditanya. .
kepada rakan2 yang akan pergi temuduga untuk jawatan yang sama,semoga berjaya. . tips2 dari Encik Jamaluddin jgn lupa ambil untuk dijadikan panduan. .
good luck ye. . kalau ada rezeki,ada la. . lau x ada. . sy terima dengan hati yang terbuka. .
terima kasih. .
salam…saya juga ada interview utk jawatan pembantu makmal c17 pada 11 mei ni… nervous sgt..makin byk crk info makin byk yg sy xtaw… betulla kate orang, ilmu Allah tu luas, makin kita belajar makin banyak kita xtaw…
Wsalam . . good luck haida. . tips2 dari Encik Jamal jgn lupa ambil tau untuk jadikan panduan msa temuduga nnti. . semoga berjaya. .
salam….
ellooo frenz….sy nie akan g intrvw pembantu makmal c17…so de sape2 pgalaman x dlm tugas nie n penah g intrvw SPP (pembantu makmal)…plzzz help me….kongsi kn tips kwn2 kat sy yea….
plzz email me…. dilannas@gmail.com
thanks…..
Assalamualikum en.Jamal?
hari sabtu 18/6/2011 nanti saya akan menghadiri ujian pra kelayakan pegawai tadbir di uum en.Jamal tlg berikan panduan dan tips agar saya lulus ujian tersebut coz saya benar2 berharap dapat menjawat jawatan tersebut. apa yg perlu saya prepare,apa yg perlu sy tahu.please………..
emm bestnye..sekurang2nye dpt gak temuduga kerajaan..sy ni x tau la bila nak dptnye..coz sy mintak jawatan jururawat gred u29…dan sy plak lepasan kolej swasta…
bila la nak dpt…
Alhamdulillah..lepas beberapa interview gov yg dh sy tmpuhi akhirnya saya berjaya jg mndpt jwtn sbg pmbantu pnyelidik..hmm thank kat en.jamal for your e-book sgt membantu sy wat preparation utk intvw2 sy…
salam… hai, ada sapa x bleh bagi tip nak g interview LHDN untuk jawatan pen. peg eks penaksiran (G31) ??
mcm mner nk daptkan tips temuduga (ebook) kerana saya bakal menghadapinya 19 oct ni…
12/10/11 ni aku interview pegawai penjara..berdebar rasenye..x pnh aku interview kerajaan ag..aku bru 19 tahun..tolg aku bg kate2 semangat n soklan akn ditujukan kpd aku nti..
ni email sy..kte chat je kt fb azhar_boyzz92@yahoo.com
muhd zul khairul azhar.. kerja sama tuan puan amat dhargai..thnx
salam…selasa nie 18/10 sy dpat intrvw spa utk spa…sy brharap sgt dpat…kwn2 doakn sy dpat ye…dlu da pnh dpat tp ggal…dpt clon smpanan tp xdpt prgi…sdih sgt..skrg pluang yg sy nanti2kn…skrg msti dah xsmpat nk beli ebook en jamal kn…kwn2 bntu sy ape prsediaan yg prlu ade???tq..
emm saya 1st iterview fres graduate untuk pembantu akaun..sy nak taw jer tips2 yg kwn2 boleh berikan…klu ade tips toling emel mat_arie89@yahoo.com
saya penah 2 kali int kerajaan… tp dua2 x bjaya… huhu… cedeynya… tp yg paling best… 1st int saya sdg pregnant ank ke 2… 2nd int saya tgh pregnant anak ke 3 plak… dgn sarat saya masuk int… masa nak kuo dr room tu… pegawai yg int siap pesan… baik2 jalan ya puan… hah3… dh le pegawai tu muda2 belaka… hensome plak… huahhahah..
Salam,nk tnya..resume bi ke bm ye?
Salam..Saya akan menghadari temuduga ijazah sarjana muda pendidikan fizik..Ada tak sape2 berpengalam dalam temuduga seperti ini dana apakah soalan yang biasa tanya?harap Korang dapat share..tq
Heloo.. saya dari Sabah. Rasa2 nya sy pun mcm da nak brputus asa dengan menghadiri interview yang tak penah sangkut. Dah 6 kali sy interview Jururawat masyarakat..tapi tak penah dapat2 pun..last skali interview Oktober 2011.. result kluar jadi calon simpanan sj..kecewa teramat sgt msa tu…Tuhan je yg tau… So, skrg ni saya berharap sgt keajaiban akan berlaku dimana saya akan menerima surat lapor diri tuk jawatan tu… Tuk yang lain tu jgn la berputus asa yea..cuba lagi..
hyee .. nk tnyaa nhe .. pnglaman kmu intvew ntk jwtn jm nhe , soalan kerap d’tnyaa apaa ea .. ??
saya nk interview jawatan pembantu veterinar 29hb nnt.. nie interview yg ke4 saya..rasa malas pun ada..sbb dah byk kali tapi xpenah dapat…slalunya lain yg dihafal lain yg dtanya..
tambahan skrg saya tgh mengandung 6 bulan…adakah saya layak diambil berkerja?
Alhamdulillah sy dah selesai temuduga jawatan Pembantu Pendaftaran semalam kat SPA Putrajaya. Semuanya berjalan dgn lancar. Ni kali ke-3 sy ditemuduga di SPA. dan semuanya bertanyakan soalan yg hampir sama shj.
Soalan2 lazim:
1) Kenalkan diri (kalau tya dlm BI, jwb dlm BI juga)
2) Awk mohon jawatan apa, gred, tangga gaji dan juga tugas2 jwtn yg dipohon
3) Soalan yg berkaitan dgn jabatan berkenaan. (Smlm sy ditanya apa kelebihan MyKad)
4) Kalau ditempatkan di kwsan pendalaman adakah anda sanggup?
5) Apa kelebihan berbanding calon2 lain?
6) Soalan-soalan isu semasa
Kali pertama ditemuduga untuk jawatan pembantu tadbir(ptpo) mmg puas hati sbb dpt semua soalan dgn tenang dan tepat tp kptsan keluar sy hanya calon simpanan dan bulan dpn tamat la tempoh sah calon simpanan sy…
Kali kedua ditemuduga untuk jawatan pembantu perangkaan. Sy mmg tak sempat nak baca apa2 ttg jabatan perangkaan dan sy mmg dh tau sy xkn dpt. keputusan keluar sy tak berjaya..
Kali ke-3 adalah smlm. sy puas hati sbb dpt jwb semua soalan dgn tepat smp panel tya mcm mana sy jwb semua tepat je.. Mudahan2 kali ni adalah kali terakhir sy ditemuduga dan seterusnya diterima.. Result keluar 6/2/2012 nanti..
Doakan kejayaan sy
salam en.saya ade mendaftar untuk mendapatkan preview bagi pakej bertulis penguasa kasatam dan bercadang untuk membelinya.masalah nye saya tidak berjaya untuk download preview tersebut.saya betul2 perlukan bantuan encik.
Nadia, sy pun dpt i/view pmbantu pendaftaran bulan 1 tempoh hari. Berdebar-debar rasanya tunggu result kuar.. harap-harap ada luck..