Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya olehpanel penemuduga?

Semoga anda berada dalam keadaan sihat‘sokmo’. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi tips berguna untuk anda mengenai ”apakah yang akan ditanya oleh penemuduga” bagi temuduga kerja kerajaan.

Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga kelak? Tidak boleh! Tidak, anda sebenarnya boleh meramalkan soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini saya memberikan beberapa tips khusus bagaimana untuk meneka soalan yang ditanya oleh penemuduga.
cb108044
Tips 1 – Ketahui dan fahami apakah bidang kerja anda.
===============================================================
Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yangditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga.

Tips 2 – Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am.
===============================================================
Ini adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

Tips 3 – Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan.
===============================================================
Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda Manatahu soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.

Tips 4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga.
===============================================================
Haha, tips ni agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain. Ini boleh anda bayangkan…

Tips 5 – Baca ebook Temuduga Kerja Kerajaan lah,
===============================================================
Sambil bagi tips sambil promot. Ebook ini akan membantu anda meramalkan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Terdapat 70 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga. Juga ebook Teknik Menjawab Soalan Temuduga, ianya amat bagus untuk anda baca. Sudah banyak yang menghantar email kepada saya bahawa hampir 50 – 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini.

Ok, sekian saja tips saya kali ini. Kepada sesiapa yang bakal menghadiri temuduga tu, saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan saya berdoa agar anda berjaya.

Comments (163)

 

  1. kish says:

    i like thiz…!keep it up…

  2. umie says:

    I dah byk kali g intrview post kerajaan…tapi semue gagal!!syukur skrg kerja kerajaan tp jawatan tak ikut kelayakan sepatutnya.kebykan soalan dpt dijwb tapi selalu dapat soalan yg takde kaitan dgn kerja…camne?

    • admin says:

      Biasala tu soalan yang tidak berkaitan dengan kerja..ianya bertujuan menguji anda samada peka terhadap isu semasa ke, peribadi diri, kemampuan diri dan lain-lain.

  3. din says:

    it’s help me a lot… thanks

  4. yan says:

    thanks….
    saya nk tanya, selalu penemuduga ambik markah pada soalan yg kite jwb dgn btl or tgk keyakinan kite wpn jwb salah tp yakin

  5. admin says:

    Kedua-duanya ada. Jika jawapan banyak salah – teruk juga tu. Jika ada jawapan salah tu tak banyak, tapi kita menjawab dengan yakin atau menggunakan trick tertentu, memang ada dikira markah dari segi kejujuran, keyakinan jawapan yang diberikan.

  6. YanBen says:

    Info yang sangat berguna. Thanks…

  7. syawal says:

    sy dah 4 tahun jd guru sandaran …lepas raya nih ada lagi interview untuk diserap ke jawatan tetapi selalu gagal huhuhu…dalam sektor kerajaan apakah point penting dalam menduduki sesi tersebut???

  8. Naza says:

    Salam, En. Jamaluddin, thanxs a lot utk sume tips2 yg berguna dan saya amat menghargainya.

  9. wanie says:

    Salam.. Sy ni da bnyk kali g interview kerajaan dlm 10 kali.. tp syg waktu tu x jupa lagi dgn panduan RLTKK.. tp sy arap next month dgn adanya e-book yg baru sy beli ni dpt mmbntu sy pd interview kerja kerajaan kali yg ke 11.. :-)

  10. antara tektik yang ampuh ialah kita tanya mereka-mereka yang telah masuk temuduga sebelum kita.. sudah tentu soalannya berkisar kepada soalan yang hampir sama

  11. admin says:

    Saya sokong apa yang dikata oleh malaysiancareer..Memang amat membantu

    p/s: Siapa nak cari kerja kosong, klik je ke malaysiancareer.com

  12. mrsfarid says:

    salam en jamal,

    thanks for the precious info…mggu lps br p intw, x tau la ada rezeki ke tak..tp at least saya puas hati dgn performance saya…every single questions, saya jwb dgn yakin dan teratur…xmcm sblm ni huhuhu

    alhamdulillah gak panel nye x garang mcm yg dulu2…soklan byk isu semasa…mcm pndgn tentang org dalam (sy ckp la dr segi intergriti, 8 nilai dlm 1Malaysia) background details, tugas2 jwtn yg saya pohon…dia bg kes berkaitan dgn jwtn sy, mcmana nak solve…

    terima kasih bebyk pd en jamal..doakan la sy berjaya ditempatkan di klgn penjwat awam slps ni ye:)

  13. Sha says:

    Salam..hye..sy pun br je pas interview pada minggu lepas di sektor kerajaan di subang jaya..alhamdulillah..setelah membaca segala tips2 dalam ni..sy leh berjaya menjalani temuduga dgn sempurna..x de la mcm interview sebelum ni..selalu je gugup..hehehhe..sy lihat apa yg sy bace disini mmg amat berguna..sebelum2 ni pun pnh interview gov..tp selalu sgt x dpt nk tau apa yg bakal ditanya oleh panel..at least pas bace info2 kt cni..byk yg sy tau..x pe..yg penting usaha sungguh2..mane tau ade rezki keje kt sektor kerajaan ni…syukur la…apa2 pun tima kasih atas info yg amat berguna ni encik..

  14. alex says:

    boleh bagi tak tips nak p interview spa bg calon2 yg memohon jawatan pelatih dalam separa perubatan??

  15. fairuz says:

    sya akan pg interview kerja kerajaan pada 03.09.2009 di SPP, doakan saya berjaya..TQ

  16. zura says:

    Memang bagus ada website camni..memang banyak membantu !! Bagus dan syabas!!

  17. AR!EL says:

    sy pn baru pegi tmduga di Perlis walhal xpnh mntak pn kat sna..mungkin SPA yg anta nama ke sana kot….tp pe2 pn harap2 dapat la..

  18. syda syakilla says:

    salam…
    arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

    rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….

  19. MiZZ AiZeN says:

    sy dah 3 kali p temuduga SPA p x bjaya. recently, sy surf internet n jumpa iklan dr pihak kamu org. rasa bangga jgk lh krn dah beli Ebook Rahsia Lulus Temuduga SPA. hrp buku ni dpt mningkatkn kyakinan sy masa d temuduga klk. doakan sy bjaya… leh share buku ni dgn adik ke?

    • admin says:

      Share je ngan adik:) Ngan kawan jangan…

      Kepada rakan – rakan semua, anda boleh berkongsi maklumat yang berguna dengan rakan – rakan lain di sini:)
      silalah ye

  20. wanie says:

    salam utk semua..
    smlm sy ada interview under spp.. sy org pertama yg ditemuduga.. alhamdulillah utk kali ini sy rasa tenang sedikit, pape pon tgu keputusan je..

  21. Fizah says:

    saya dah g intbiu spa pd 3.7.09 utk ppt, b4 raya ada kuar result, masa tu result saya appear as ‘dukacita, anda gagal..’, masa tu mmg saya teramatla sedihnya..tapi last week, saje je cek lagi skali, tp kali ni result yg appear ‘anda dipilih utk temuduga kali kedua pd tarikh yg akan diberitahu kelak’.., so saya nak tanya kalau2 ada sapa2 yg ada experince @ knowledge utk temuduga kali kedua, is it still d same like d 1st intbiu @ how?

  22. sue says:

    salammm
    hai fizah…sue pun mcm fizah jgk dapt result dukacita anda gagal,lps 2 cek blk anda akan dipanggil temuduga kali ke-2..
    mcm mana 2 eik…N27…
    nak tahu jgk kalu sapa2 tahu mcmana 2

    • Fizah says:

      tu la sue…masalahnyer x tahu yg mna satu btol..memang x brjaya ke..mmg btol selected utk 2nd intebiu ke..sue intebiu dulu kt mana? saya kat KOMTAR, penang..so kita tunggu je la ek..mudah2an rezki berpihak pd kita..so sapa2 yg ada info..tlg bg tahu ye..thanks..

  23. emily says:

    de sape2 yg penah g intview akauntan W41 x??

  24. emily says:

    salam..sy risau sgt intview akauntan W41 nxt week..
    hope dpt wat yg tbaik..

  25. MOhamad ikram says:

    ader sape2 leh tlg…nanti nk pg interview tuk pembantu kesihatan awam pelatih…sape yang tahu soalan familiar sila tolong yer…askum

  26. muzeer says:

    takut giler temuduga polis besok!!!

  27. muzeer says:

    first time temuduga nie!!!!!aduhh…Kat balai polis anak bukit!!!!

    • wanie says:

      camne muzeer ok ke interview hehe..
      sy ada pnglmn interview polis tp nak tlg pon da terlepas tarikh pulak nampaknya.. pape pon mg berjaya.

  28. Sy pernah gagal untuk interview kali pertama utk jwatan pen pgwai tadbir..sy gagal mungkin sbb terkantoi ckp smbung bljar ataupun kurang preparation…tp sy dipanggil utk interview kali kedua utk jwtn yg same disember ni..harap tips2 dri En.Jamal dapat sy gunakan..THank you…

  29. Mista Fadzli says:

    Nak tanya admin if jawatan kita pohon tu untuk SPM tapi dalam kurungan ada menyatakan siswazah menganggur dialu2kan memohon….adakah jawatan tersebut hanya jawatan singkat…kira sementaralah..?mcm saya mohon pembantu kesihatan Di Majlis perbandaran Pasir Gdang…Besok, kira ari ni saya intiview…arap2 dptlah..bnyk ilmu sy dpt dr blog saudara…..

  30. liza says:

    fizah, sy ari tu bln 7 dah interview utk n27..same mcm awk gak..memule kate fail..pas2 cek lg skali dpt 2nd interview..smlm bru dpt surat.. interview on dis 5th nov..

  31. damea says:

    liza, fizah..saya pun dapat 2nd interview jgk..8/12/09..utk n27..mudah-mudahan kita sume berjaya..InsyaAllah

  32. wanie says:

    biasanya penemuduga akan tanya tentang background, if ada pnglmn keja dorang akan tnya jgk cam bdg tgs kita, then tnya pasal tmduga yg kita g aritu la serta bdg2 tgs.. jwb je ng tenang insyaAllah.. nak tau camne beli ebook..

  33. liza says:

    Salam saya bulan 11 nti ada intvw kali ke 2 utk post gred N27, under SPA federal..sya nervous la gak utk intvw kali ke2 nie..bln 7 ari 2 dh kena pegi..bila cek sy xdpt intvw..so spa pgil utk ke 2 kali…bgi sy sms intvw kali pertama sy dh buat yg terbaik tpi rezeki xmemihak kpd sya..saya sndri pn xtau cmna nkmanipulasi kegagalan ini..utk yg kedua sy akan bua yg terbaik..insyallah. saya mtk pendangan dan nasihta dr pihak tuan utk beri apa2 sja pdngan terhadap sya…

  34. Arniesya says:

    salam…saya pu terpilih utk temudga N27 julai lepas..so bila result kuar…sy terpilih sbgai calon simpanan…mmg balik2 saya cek calon simpanan je..tapi yg heran ye napa SPA buat dua kali interview for ppt..habis apalah nasib sy sbgai calon simpanan…saya rasa sedih juga…sbb ade yg kna panggil utk 2nd interview..saya rasa saya perlu call spa utk confirmkan yg adaka sy ni calon simpanan..surat tak terima lagi..sy pula lupa nak print masa result kuar tu..sy heran ckp keputusan kuar berperingkat2..pening2..ada sapa leh bantu n bg pndapat?

  35. sue says:

    salam…….saya pun dapat intv kali-2 N27?05 nov ni intv.
    ada sapa2 tahu x knp ada intv kali 2.. takut la, hr 2 takut sgt coz first time intv jwtn ni…
    kali ni insyaAllah nk bt yg terbaik…
    en.Jamal bg la tips untuk jawatan ni.

    • Arniesya says:

      salam sue, hari tu interview julai, result temuduga tu dpt x?

    • aniees says:

      salam…
      hye…, sue pon dapat interview kali kedua ekk?
      mcm mane interview 5nov aritu?
      sy dapat gak intvw kali kedua tapi 23 hb ni…
      ape soalan y ditanye ek? takot laaa….
      any tips to share?
      waiting for ur reply…

  36. sue says:

    Salam Arniesya,intv julai hr 2,result hr 2 xdpt tp cek kali ke 2 dapt result temuduga kali ke-2… dah tel spa ke mcmana result yg calon simpanan awak?

  37. Arniesya says:

    sue, sy dah try kol spa..tpi xde yg angkat fon..heran juga..nak minta kepastian apalah nasib sy yg jd clon simpanan ni…intrvw julai tu,mmg ade yg dpt kan..tulah sy heran np ada intrvw yg ke2…mgkin ada hikmah sy xterpilh intrvw ke2 ni kot…mgkin sal sy clon simpanan…ade x yg awak tau intrvw julai tu dpt clon simpanan tp still kna panggil intrview ke2 gak?

    • farah says:

      salam arniesya..sy pun dpt simpanan jgk la..sy confius
      aper sbnrnyer yg di mksudkan dgn simpanan???
      awk thu x?

      • Arniesya says:

        wklsm farah…o awak pun dpt calon simpanan juga ke?samalh kita for 1 year kan..saya search kat intrnt..dorg kata calon simpanan ni calon menunggu…kalau ada org tarik diri or pencen kita akan dberi twaran tu..bgntung pada`rezeki masingkan suma ni..kita doa je..matau ade rezeki kita…insyallah kita akan dapat job ni…amin…awk tak dptkan 2nd intrview tu?

  38. sue says:

    insyaAllah ada la 2 rezeki awak coz dah jd calon simpanan…sue xtau la yg intv hr 2 ada yang dapt ke x…masa intv hr 2 soalan apa ye die tnye awak?

  39. Arniesya says:

    insyallah…mudah2an juga ada rezeki sy…1st time juga saya g intrview spa ni..ari tu msa tmduga tu saya irg 1st kna intrview…semua yg yg dtg intrview utk n27..suma org yang nak naik pangkat…pastu kira sya lama sgt kna itrview hampir 45 minit..bygkan..pnmdga tu pmpuan…mmg creweet sy tgk dr soalan yg dia tnya kat sya..mmg xda kna mgena lgsung dgn JPA..ttg isu semasa pun xda..dia tnya sya pasal perniagaan …apa bidang tugas N27,bidang tugas N41..suma yg xbkaitan lgsung dgn jpa..dlm hati sya, npalah soalan mcm ni..tpi sy alhamdulillah sy jawb je apa yg sya tau..sy hrp sgt dpt jwtn tu..amin..

  40. etie says:

    salam.. sy nk tya pasal intview… ader saper2 dpt intview nov ni x? PPT.. ermm sy dapat kali ke2.. fes ari tu x g intview..cmner yer saper3 leh kongsi soalan yg fes intake? especially kt kedah.. dalam bi ker bm?

  41. Arniesya says:

    wkslm etie…sy g dpt 1st intrview ari tu…awak ready je dalam dua2 bhasa..ikut pglaman sy, pnmdga suru sy pknalkan diri dlm BI…pastu dia tnya soalan gak dlm bi..tpi depends pada kitalah..kalau dia tgk kita xbrp fasih speaking…dia akan tanya dlm bm gak..

  42. sue says:

    salam….ada sapa2 yg dah lps intv kat pejabat SPA kota bharu… kongsi la soalan..BM or BI?

  43. man kepom says:

    terima kasih daun keladi
    lpas ni,saya akan cuba yang terbaik

  44. man kepom says:

    marilah kita sama berdoa,agar di murahkan rezeki
    apapun,yang penting hendaklah sentiasa bersyukur

  45. Aisyah says:

    Salam Admin..

    Saya nak tahu Ebook ni ada tak jual kat kedai buku ataupun hanya beli online shj? Saya sangat memerlukkannya utk temuduga akan dtg. Terima Kasih.

  46. etie says:

    salam arniesya.. jwtn PPT yg dah intview 2 arniesya dapat x? dah kuar result lum n intview kt negeri maner ri tu? tq yer bgtau.. risau gak ni…

  47. etie says:

    kira jwtn PPT ni kter bersaing dengan org yg da berpengalaman keja ker? saper pnh intview kt pjbt SPA KEDAH?

  48. Arniesya says:

    Wkslm etie…result dah kuar…terpilih sebagai calon simpanan dalam tempoh 1 tahun..tulah harap2 sgt dapt keja tu..sy intrview kat sbh..takpe, jgn risau..yg pnting jwb apa yg dtanya..jwb dgn yakin..biapun slh…awak intrview bila ek?kat mana?

  49. etie says:

    tahniah arniesya wlpn xdapt tp stiill ader harapan calon smpnan..sy intview kt kedah.. sy try cek sattus jawatan 2 ka.. yg dpggl intview hmpir 16 ribu org, kekosongan 600 n calon simpanan ader 500… risau sy… isu semasa 2 mksd nyer cmner? kain politik ke x? sy intview 24/11 ni

    • aniees says:

      salam…
      etie intervw 24/11 ni ek?
      sy 23/11 ni…kat kedah gak
      nervous giler ni…
      rasa macam gelabah je ni…
      ape nak prepare untuk second interview ni ek?
      any ideas?anyone?

  50. etie says:

    sy nk tya kalo pemakaian cmnerr ye sesuai bagi jawatan ni n bg seorg perempuan??

Leave a Reply