Anda perlu beringat bila nak pergi temuduga!

Sekarang saya sudah agak kurang sibuk. Jadi, kali ini dapatlah saya berkongsi satu rahsia baru.

Mungkin anda tahu rahsia ni kot?

Jika belum tahu, saya teruskan…

Anda perasan tak, banyak iklan kekosongan jawatan di sektor awam diiklankan baru-baru ini.

Contohnya, iklan temuduga terbuka, temuduga untuk jabatan-jabatan ataupun kementerian – kementerian dll. Dan temuduga SPA seperti biasa, pasti ada.

Mengapa begitu banyak kekosongan jawatan pada masa ini? Jawapannya adalah Pakej
Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang khusus
untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di zaman kemelesetan ekonomi ini.

Dengan pengumuman oleh PM ini, ianya telah membuka peluang pekerjaan yang besar di sektor swasta dan juga kerajaan. Dan peluang ini diharapkan dapat membantu para penganggur / graduan universiti/mereka yang telah diberhentikan kerja untuk menyara hidup mereka.

Bagi kekosongan jawatan di sektor awam, banyak calon telah dipanggil temuduga. Yang dipanggil temuduga memanglah amat ramai jika dibandingkan dengan kekosongan yang ada. Walaupun jawatan yang ditawarkan bersifat kontrak atau sementara, tetapi ramai yang menghadiri temuduga tersebut. Tidak kiralah mereka penganggur ke, pekerja yang diberhenti ke, malah mereka yang sudah bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan(kontrak) tetap datang ke temuduga tersebut.

Tetapi adakah mereka berjaya? Hanya panel penemuduga yang tahu…

Pssst…saya ada rahsia sebenarnya nak bagitahu anda pasal kriteria pemilihan calon temuduga yang akan berjaya dipilih bagi pakej rangsangan ekonomi ini.
bld062849
Yang mereka nilai adalah…..

1. Status kerja calon
————————————
Di bawah pakej rangsangan ekonomi ini,calon-calon yang tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding mereka yang telah bekerja. Mengapa? Kerana tujuan pakej rangsangan ekonomi ini sendiri bertujuan membantu mereka yang hilang/tiada sumber pendapatan mendapatkan sumber mata pencarian mereka.

Tetapi adakah 100% golongan yang tiada kerja ini diambil? Tidak sama sekali. Seperti yang saya beritahu tadi, golongan ini adalah yang diutamakan! Mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.

Bagi yang memang penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudahnya akan berjaya dalam temuduga tersebut. Persaingan di kalangan mereka juga sangat tinggi. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya.

2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan….
———————————————————-
Sudah pasti sifat inilah yang dicari-cari oleh penemuduga. Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan
minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka, penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.

Berkeyakinan? Apa yang dimaksudkan dengannya?
Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.

Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan
yang ditanya.

3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai
—————————————————————–
Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang
ada SPM saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja kerajaan, betul tak?

Saya bukannya melarang anda berbuat sebegitu. Tapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai.

Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM, hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidak adilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh apply jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.

Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah, dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan..Ada caranya,
iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara ini, cuma berkongsi cerita sedikit. Tipsnya:

1.Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda

2.Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita

3.Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga

Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Jika saya, saya lebih suka berterus-terang. Supaya hati saya lebih tenang dan yakin semasa menjawab soalan temuduga. Saya rasakan ianya adalah lebih baik dari ”berbohong”.

Jika ada rezeki, adalah. Jika tidak, saya redha menerimanya.

Comments (82)

 

  1. nursunarti binti shafie says:

    salam, bagaimana nak tau jawatan yang kita pilih tu bersesuaian dengan course kita???kwn baik saya smpai skrg xpnh dpt intebiu..mcm mna???blh tlg??bg tips

  2. syda syakilla says:

    salam..
    bulan lepas sy ada pergi intwv sbg pembantu perangkaan.. so sy gne sijil spm sy pada hal sy diploma holder…
    sy apply jawatan tsbt gne spm jer..
    nk di jadikan cerita adalah panel sorang ne suruh cerita background pndidikan sy…
    sy pn ceritala pndidikan tertinggi sy.. sy cakapla ada spm jer coz sy apply gne kelulusan spm and kat resume pn tls de spm jer…

    tup2 panel 2 cam tau jer sy de diploma(coz die bawak lektop time 2.. xtaula die cari mane n tau sy nie diploma holder… die tanye “betol awk xder smbg belajar mane2??”…
    nak x nak sy pn jawab camneh” honestly tuan saya memang diploma holder.. coz last yer sy apply spa gne diploma x dapat so kali neh sy gne spm.. 2 jer cara yg saya de…” pas2 panel 2 senyum jer…

    dalam hati saya” mak ai kan da kantoi” huuuuu

    arrrrggghhhh!!!!

    next week kuar result pembantu perangkaan xtau la dapat ke x??? hope dapat la.. Amin…

    • PERANTAU says:

      sy pn pernah terkantoi mcm awk…bulan lepas..n resultnya..mmg mengecewakan..kita berada pada situasi yg sama n jwpn yg sama…kl ada rezki awak…insyaallah..bnyakkn sembhyg hajat n bc al quran..

    • zety says:

      so mcm ne? awk dapat tak jawatan tu?? mmg la dia taw.. skg ni zaman googling aje… awk try taip nama penuh awk, dia akan naik sume website yg ada nama awk. kadang2 dia naik nama yg mcm awk.. mcm saya, saya ni lepasan matrikulasi n da wat dgree. tapi baru sem 1 la. tapi saya ni mmg nak bhenti cuma tak bhenti2 agy, saya dapat interview disember ni , guna spm gak.. (mmg kena guna spm aje kan, matrik mana leh guna). cuma saya risau gak kalo dia ty apa saya buat lepas saya abis spm. nak2 plak kalo say cite saya lepasan matrik, takot dia suh sambung blaja aje…) tapi saya betul2 nak dapat keje ni.

  3. norqiss says:

    bulan november ni,saya bakal menghadiri satu temuduga..ni kali yang kedua la saya pegi temuduga untuk jawatan yang sama…di tempat yang sama juga mcm dulu..jawatan pembantu tadbir kewangan…so,saya nak tahu apa tips yang perlu saya bawa untuk temuduga akan datang…saya nak kali ni saya pegi berbekalkan ilmu2 dari bang jamal…

  4. ummie says:

    salam..

    Ada sedikit kemusykilan nih..saya isi form spa guna kelayakan sijil politeknik sahaja untuk mohon jawatan bertaraf sijil sahaja..sedangkan saya mempunyai diploma..
    adakah panel temuduga dapat detect yang saya nih ada kelayakan lain?kalo pergi interbiu spa pun saya tak attach saya punyer diploma…

  5. lynnda says:

    saya da 4x g interview tp failed jak..kdg2 mcm da putus asa tp saya still trying..

    • PERANTAU says:

      sama la kt…sy lebih lg dr awk…skrg keja kontrk..dkt jbtn kerajaan…n stilll tak putus asa…cri keja dlm sektor awam ni…dlu pn penah give up skali…tensiooon…sngt2..sampai boleh hilang kwln berat bdn turun bab pk soal keja ni..

  6. syda syakilla says:

    salam…
    arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

    rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….

    • zety says:

      sabarla syda,… ada rezeki kat mana2 tetap ada, cuma lambat atau cepat aje… maybe sebab syda tak terus terang kot yg syida ada dip… tambah2 lak dia bawak laptop. tapi takpe. jgn give up. banyakkan berdoa , usaha dan tawakal. amin

  7. zaza says:

    salam…
    tq 4 all ur info… alhamdullilah berkat bulan ramadhan nie sy dh pn berjaya dlm intrview spa.. tgh tgu surat jer… dan ikut tips encik, terpaksala sy bbohong sunat.. sbb sy diploma holder, apply tuk spm…pandai2 la reka cita..
    tq sekali lagi…

    • saya kuciwa sedikit says:

      salam…zaza…apa yg zaza reka cerita ek?nk tahu gak…nk cakap ape?

    • sonyeasy says:

      haah zaza tlg gtau ckit cane nk reja cerita 2. sya pon ada interview spp november ni. saya degree holder tp apply utk spm…saya dh give up nk aplly jwtn degree suma mengecewakan ja. hope yang ini berjaya sbb umur makin meningkatkan so kena cepat grap peluang yang ada.

  8. raja nurulazan bt raja jusoh says:

    saya bakal menghadiri satu temuduga..ni kali yang pertama saya pegi temuduga untuk jawatan pembantu tadbir kewangan…so,saya nak tahu apa tips yang perlu saya bawa untuk temuduga akan datang…saya nak pegi berbekalkan ilmu2 dari bang jamal…

    Reply

    • wanie says:

      psiapkan diri dgn ilmu, keterampilan, relax, pastikan sijil2 sprt yg diminta dlm surat di bawa. kalau utk tmduga pt biasanya soalan sy rasa x susah sgt. biasa akan minta @ tnya:
      - perkenalkan diri anda
      - pnglmn keja
      - bdg tgs jwtn pt (kewangan) kalau blh senaraikan bia pnjg lama ckit hehe
      - menteri2
      - 5 prinsip rukun negara
      - rukun islam pon ada jgk kekadang
      - siapa pm, tpm, mb (ikut negeri), ahli parlimen kwsn ke
      - isu isu semasa

      apa pon kena relax jgn takut wat biasa ja.. bila da mula tmuduga dlm 5min kita da mula selesa ok je.. gud luck

  9. Dwan says:

    Time saya interview bulan lepas…
    antara solan yg ditanya:

    - apa isu semasa yang saya tahu?
    - sangup ke saya furter stdy kalau saya diterima..datz mean kalau dapat keja pegwai kwangan sgup x sabng master tuk dalami pekara tuh…
    - sangup ke ditempatkan dimana-mana kawasan?
    - sangup ke kalau ditukarkan ke deparment lain yg mana keja tuh x berkaitan dengan ape yg sedang keja sekarang..(kalau dah diterima r)
    - apa nk disumbangkan kalau diterima untuk jawatan tuh…

    so prepare la jawapan tuk soalan tuh tuk sape nk diinterview…gud luck

  10. PERANTAU says:

    sy pn kn gak tny soln cam2…n ckp sumer snggup…last2 jd calon simpanan…sampai cukup setahun…hbs…n kn tggu tuk interview ln…mngkn bukan rezki n ada hikmahny…

  11. norliza says:

    salam……alah x pe perantau,nti,kalau awak g interview lagi,awak cuba selitkan surat sbg calon simpanan kat dalam sijil2 2.mana tau bila penemudga tgok,mugkin dia ada sifat unutk membantu agar awak dapat jawatan yg di pohon.aper2 pn,don’t give up….

  12. ain says:

    salam…saya plk…pg interview gred27…tapi dioffer gred 17….dah 4 thn khidmat dalam kerajaaan ni… dapt interview gred41 dan 27 …tapi tak pi..tak sempat nak dapatkan surat dari ketua jabatn.. and…now..nak appy lain tuk jawatan 41..tapi tu la…nak daptkan laoporan perkhidmatan untuk pegawai berkhidmat kerajaan lambat ja diorang nak bagi….nthlah..

  13. rohaiza says:

    sebaenarnya semasa temuduga kita kena releks, kita xperlu berharap sangat jawatan tu, yang penting berdoa n mempertingankat lagi potensi yang ada dengan membaca buku2 ilmiah yang berkaitan untuk dengan temuduga.jangan sedih,tuhan xsuka orang yang putus asa.

  14. rohaiza says:

    buat kawan-kawan yang gagal dalam temuduga jagan bersedih… insyallah ada rezkinya, cuma xtahu bila akan dapat. pada kawan2 yang berjaya tu, tahniah jangan sombong diri plak bila ada jawatan besar dalam kerajaan. xsume orang begitu just sesetengah2 orang je dapat keja tetap bangga diri. saya walaupun keja kontrak dengan kerajaan tetap bersyukur. sedih tu tetap ada, kita ada pengalaman tetapi tetap tidak berjaya menjawat jawatan tetap. tapi xpe la, rezki allah bagi, kalo kita tahu mensykuri nikmat alalh, insyaalah, rezki kita akan melimpah2 ruah. percaya la cakap saya.

  15. rohaiza says:

    kepada ain… kalo nak seribu daya. rugi la awak ada deg keja gred 17. so usha la dapatkan laporan perkhidmatan dari pegawai. kena tegas n bersungguh dengan pegawai2 nie. semoga awak berjaya.

  16. nurul says:

    adakah ketika temuduga nanti penilai akan tanya hal2 berkaitan menteri2….yang berkaitan dengan malaysia?…selalunya brapa lama kte berhadapan dgn penilai..

  17. noor says:

    cmne ek, sy apply spa gn diploma n ada jugak tselit aply post n17.. next week sy da intbw utk post n17, psoalannya..mcm mane nk jwb klu panel ptikaikan yg sy diploma holder tp apply spm punye post….??? klu panel tnya, knape x apply n27??? xda idea la……..

  18. noor says:

    en.Jamal, klu ppuan, color bj apa yg plg bgs utk pg intw??

  19. noor says:

    ade sape2 x tlg jwb bg pihak en Jamal……….??

    • Miesha-Png says:

      masa interview aritu sy pkai baju kurong warna hitam, bunga2 coklat n tudong coklat n kasot hitam…dan sy bjaya lam interview tu n bakal mendaftar d putrajaya 04/03 neyh….jd….pk2 kn lh… = )

      • zety says:

        ye saya stuju ngan misya.. dlu ad agak penah saya study bab2 ni masa kat matrik.. sebagai satu nilai tambah, elakkan memakai baju2 yang terang2. kalo leh pakai baju yg gelap.dan kasut bertutup, seeloknya warna hitam. jangan lupa, kalo leh jangan pakai minyak wnagi. saya ada terbaca, kalo memakai minyak wangi terutamanya yg berlebihan, markah akan ditolak utk penampilan diri.

  20. yus says:

    saya akan menghadiri temuduga Setiausaha di SPA. Apakah tip-tip dan rahsia untuk berjaya dalam temuduga ini?

  21. zura says:

    yus..

    temuduga setiausaha gred berapa tu?

  22. mizz_yna says:

    boleh x bgtau sy pasal interview untuk penolong akauntan??? kat RISDA
    please urgent sgt sok nk interview tp x ada persediaan lg..

    mizz_yna88@yahoo.com.my

  23. nursitiey says:

    salam…mcmmane plk klu pengalaman kerja kurang sebab selalu lompat-lompat kerja..adakah diterima untuk masuk bidang kerajaan?

  24. wenn says:

    Next week dah nak intw Pembantu Tadbir kewangan w17 … hmm tengah nervous ni … takut tak dapat nak jawab soalan penemuduga … berikan lah tip2 @ soalan2 yang mungkin bakal keluar dari mulut penemuduga tu nanti

  25. kak ct says:

    alhamdulillah..dah tua2 ni pon ada rezki terpilih utk pi temuduga mgu dpan sbg pt(kewangan)..mslahnnya sijil spm akak hilang maklumlaa dah 20 tahun tk guna benda tu..dah request kt kl tp mmg belum pasti siap utk guna temuduga..ade sesiapa yg pernah hilang sijil..dan ade sesiapa bleh bg tips? akak dengar klu x de sijil asal..buta2 jerr tk bleh masuk intebiu..

  26. niz says:

    wenn, u intervw dekat mana? bp haribulan? saya pon sama pt kewangan..nerves sgt..8/6 ni..kat ipoh..u?

  27. aneem says:

    saya minggu dpn nak interview pembantu tadbir kewangan n17….saya ada diploma tapi mintak jwtn spm…
    saya tak tahu nak letak pengalaman kerja……….
    tolong saya……..nanti penemuduga tue tanya 3 tahun wat per????tolong saya…tolong bagi idea….saya nak cakap apa?????
    tlg email aneem_libra87@yahoo.com.my

  28. nurul says:

    esk ade interview at putrajaya….pt w17….takuuuttttttt……

  29. aini says:

    saya ada pengalaman g interview SPA nie…
    soalan yg ditnye mcm…
    1.perkenalkn diri anda
    2.knp apply jwtn PT..???
    3. ceritakn 1 story yg menunjukkn anda amanah???
    4. nama lain bg 1 malaysia??
    5.klu dihntar ke sabah & sarawak,nk x???
    6.mcm ne nk menunjukkn yg anda ini menyokong 1 malaysia????
    7. mcm mne anda nk meyakinkn saya bahawa anda adalah org yg sy perlu ambil utk jwtn ini???
    8.isu semasa???

  30. atiey says:

    salam..sy mtak izin nk amik soklan2 y bese dtanye oleh penemuduga..tq spe2 y kongsi eh kat komen2 y diatas.
    sy akn interview spa nxt week..s27.pen pgwi pembangunan masyarakat ..ad x spe2 y da g inteview jwatan ni??bleh x kgsi tip ngn sye..ni first time interview bg trf dip n sye plak br bes study bln 12 tuan lpas..da stat nervous skg ni..n rse cm byk plak xtau bende penting tuk interview..erm..nk tye wane pe sesuai tuk pempuan ypki bju kurung g interview?? n klau xpki kot cne?? xy xde la..huhu
    arp ad y sudi tlg sye..plez..mga ALLAH SWT akn tolong kalian pula..
    jus email sy:
    atieyaqua@yahoo.com/ sms sy 014 8275076 tq

  31. Fadzil says:

    asslamulaikum..

    blan dpan,sye ade interbiu kat jb,gred 17..
    pe tg perlu sye prepare untuk hadapi interbiu nie ea..
    harp2 yg ade xperience leh kongc2 pengalamn anda..

    terima kasih..

    Ahmad Fadzil

  32. mohd arif says:

    asalamualaikum semua…sy nak tnyer la,awal bulan depan sy dapat pergi temuduga untuk jwtan J17(Juruteknik),ade tak tips2 persiapan diri tuk temuduga ni,tolong la…nevers ni,,ape soalan2 yg akn dtujukan ya…?pakaian plak mcm mane?ape yg perlu bersedia n ape yg perlu dsedia kan?sebbnyer ni frst time dapat p intiview la…tlong la bg pendapat…

  33. mohd arif says:

    asalamualaikum semua…sy nak tnyer la,awal bulan depan sy dapat pergi temuduga untuk jwtan J17(Juruteknik),ade tak tips2 persiapan diri tuk temuduga ni,tolong la…nevers ni,,ape soalan2 yg akn dtujukan ya…?pakaian plak mcm mane?ape yg perlu bersedia n ape yg perlu dsedia kan?sebbnyer ni frst time dapat p intiview la…tlong la bg pendapat…

  34. nik mat says:

    ore qlate ko demo riff haaaa skali nga kawe 2.. skalo fok2 spa ni suh nyanyi jah banyok

  35. nik mat says:

    tips untk brjaya
    D U I T

    DOA
    USAHA
    IKHTIAR
    TAWAKAL

    NAK JOIN PELABURAN (AMLIFE ,AMBANKGROUP)
    PLEASE HALOW…HALOW… ME

  36. rama-rama says:

    hai sume..ari 2 saya g intervw spa jawatan pmbantu tdbir kwgan n status calon simpanan..tp btol ke spa akan amek kita gak wlupon skrg ni just calon simpanan..??takkan nak ttgu je ekk..lau tak dapat mganggur la ekk..susah gak ekk..sape2 tolgla explain….

  37. sofea says:

    Siapa2 yang PERNAH PERGI TEMUDUGA UNTUK JAWATAN “PENOLONG JURUTERA” , tolong kongsikan pengalaman anda ketika ditemuduga & kongsikan juga tentang dua bnda ni, leh an…?

    -soalan dari penemuduga.
    -jawapan yg sesuai.

  38. matspek says:

    nanti lepas interview utk jwtn pen jurutera tu saya bgtau eh soalan2 tu semua…sabar eh..

  39. yvone says:

    smekom,saya ada stpm,tp sye apply SPA guna spm??boleh ke macamtu?sebab guna stpm apply SPA xpernah dapat2..itulah nak cuba guna spm je..

  40. ct_miza says:

    salam.. minggu dpn sy ada interview pembantu tadbir kewangan tetapi spp pnya.. harap sapa2 ada pgalamna bolehlah kongsi dgn saya.. sy amat2 risau coz sy nk sgt keje dgn gov nie.. please help me.. ct_ramizah@yahoo.com.my

  41. chacha says:

    hi miza
    saya bru saja d temuduga pd 25hb yg lalu, saya cadangkan awk beli ebook RLTKK en jamal. sgt bbaloi taum x rugi anda dapatkannya. apapun saya cuba berikan soalan2 yg d tanya aritu
    1 terangkan latar belakang diri anda
    2 suda berapa kali d temuduga
    3 knapa anda gagal temuduga sebelumnya~tips saya jgn jwb x rezeki, cri alasan lain yg logik n munasabah
    4 apakah psediaan anda utk temuduga kali ini
    5 apakah tugas2 bg jawatan ini
    6 jika d tempatkkan d kaw pdalaman, adakah anda rela
    7 apakah yg sdg hangat d sabah ketika ni (isu semasa)- mmandangkan saya org sabah :)
    8 apa beza parlimen n D.U.N

    Apapun bgantung pd nasib jg, x semestinya soalan yg sama anda akan dapat.. Gud luck k, semoga kta sma2 bjaya !!

  42. iezah says:

    salam..miggu depan saya inteview pppt dh29…sapa2 ade pengalman plz share tip2, soalan2 yg dorg tanya,,,,=(

  43. eizah says:

    salam…sya ade intview mggu depan dgn SPP untuk jwtan PPPT dh29…spa2 yang de pglaman inteview 2 plz share dgn sya ttg tip2, soalan yg dorg tnya….? sbb sya x pnah inteview spp la…jdik 0 x tau pe2…!!!=(

  44. azie says:

    sabar la smua….pasty ade rezeki amin….

  45. azie says:

    tips…
    1. amal kan solat sunat dhuha….
    2. amal kan doa al-waqiyah
    3. masuk interview..kaki kanan, selawat 3 kali, baca al_fatihah, doa “wahiya lanna min amrina ra’sya da”

  46. anastasia says:

    saya baru menhadiri temuduga pt(w) 17 kat spp smlm. Candidate nya ramai dalam 80org tp ade gak yng xdtg. saya sampai kol8.30pagi, kol 3.30 ptg baru selesai. Hopefully dapatlah..aminnn. ada sape2 yang pergi interview smlm?

  47. nurul says:

    sok da itbiu….

  48. mas says:

    minta contoh soalan tmuduga utk pgwai pnddkn dh29,doakan saya ye 5 dis ni

  49. inju says:

    boleh tak rakan2 kongsikan soalan2 yang berkaitan dengan PT(K/O)n17 SPP…..boleh bgi ,soalan n jawapan yang sesuai…next week sy interview dah………

  50. nazain says:

    inju, awak pun de interview ke. sama la ngn saya
    ari khamis nie

Leave a Reply