Menjawab Soalan Exam PTD Bahagian Esei

Soalan Exam PTD

 Soalan Exam PTD

Assalmmualaikum dan salam sejahtera, sebelum kita terus kepada isi penting tentang bagaimana untuk menjawab soalan exam ptd untuk artikel kali ini, kami dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca blog ini kerana begitu setia mengikuti perkembangan semasa dari kami.

Dengan itu, kami lebih bersemangat untuk memberikan perkongsian yang mana dengan itu mudah-mudahan insyaALLAH memudahkan anda dalam pada membuat persiapan menghadapi exam ptd pada mei 2012 ini.

Untuk post kali ini, kami akan memberi perkongsian tentang bagaimana untuk menjawab soalan exam ptd bahagian esei. kalau sebelum ini, kami telah post mengeai tips menjawab soalan exam ptd bahagian matematik, jadi kali ini kita akan memahami bahagian esei pula.

Bagaimana nak menjawab soalan exam ptd bahagian esei? mungkin itu yang bermain difikiran para calon bukan…

Sejujurnya ianya tidak lah sesusah yang disangka. Asalkan anda tahu apa yang ditanya iaitu isu berkaitan, tiada masalah untuk anda.Apa yang perlu sekarang penuhkan pengetahuan anda.

Tentang isi penting, cukup sekadar 3-4 isi, dan anda kembangkan setiap isi di setiap perenggan. Jadinya nanti rangka esei anda akan dalam 5-6 perenggan, 1 perenggan pendahuluan, 1 penutup dan lain perenggan ialah untuk isi dan kembangan isi. Kalau boleh buat satu lagi perenggan ‘counter-argument’ atau satu perenggan kontra.

Anda harus ingat, apa yang dinilai bukan sekadar kepekaan anda terhadap isu semasa, tetapi juga kematangan anda dalam melontar pendapat sebab anda bakal menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Jadi berfikir dan bertindak secara rasional dalam penulisan anda ketika menjawab soalan exam ptd nanti.

Bagaimana mengembangkan isi, anda boleh gunakan teknik ’5 Wives, 1 Husband’ iaitu What, Why, Where, Who, When, dan How. Saya perincikan ianya seperti di bawah;

Contoh soalan;
Bagaimana anda melihat isu penderaan pembantu rumah yang hangat diperkatakan pertengahan tahun ini yang melibatkan hubungan Malaysia-Indonesia? Bincangkan.

What : Apakah masalah sebenarnya, contoh kes (Nirmala Bonat etc)
Where: Di mana ianya berlaku?
When: Bila masalah ini berbangkit?
Who: Melibatkan siapa? Menteri luar?
Why: Punca Masalah penderaan ini, salah agensi? majikan?
How: Penyelesaian Masalah penderaan ini, perlu kepada akta baru?

Peruntukkan 10 minit awal untuk merangka esei anda supaya ianya kemas dan teratur. Tunjukkan kematangan anda semasa melontarkan idea dalam perenggan ‘counter-argument’ dalam perenggan khas sebelum penutup yang menunjukkan anda terbuka untuk perbincangan dan rasional dalam menerima pendapat.

Nantikan entri seterusnya selepas ini…!!! mudah-mudahan post kali ini membantu anda untuk menjawab soalan exam ptd nanti. Apapun tidak guna hanya memahami tips, tetapi tiada sebarang usaha untuk memperlengkapkan diri lagi. Oleh itu…usaha sebaik mungkin kerana masih ada peluang…! Kejayaan terbentang luas di depan….pilihan di tangan anda…! Selamat Maju Jaya..!

Soalan Exam PTD

Soalan Exam PTD

Comments

  1. Hey, you used to write fantastic, but the last several posts have been kinda boring¡K I miss your tremendous writings. Past several posts are just a little out of track! come on!

  2. I have recently started a blog, the info you provide on this site has helped me tremendously. Thank you for all of your time & work.

Speak Your Mind

*