Temuduga Latihan Separa Perubatan

 

Latihan Separa perubatan

Kini sesi temuduga bagi Latihan Separa Perubatan kembali lagi dan ia merupakan peluang bagi mereka yang telah memohon serta untuk layak bagi mengikuti program ini. Buat mereka yang telah lama menanti serta terpilih untuk ditemuduga, ini merupakan peluang keemasan buat mereka untuk menceburi bidang tersebut.

Mudah-mudahan mereka yang ditemuduga nanti akan berjaya dan dipilih untuk mengikut latihan ini. Justeru itu kami sertakan di sini informasi serta panduan bagi mereka yang akan mengikuti temuduga ini dengan harapan ianya bermanfaat buat anda.

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali, apa itu latihan separa perubatan?


Latihan Separa Perubatan merupakan di antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan ianya perlu melepasi peperiksaan ataupun temuduga bagi tujuan itu.

Bila pengambilan kalau lulus peperiksaan atau temuduga ni ya…?
Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bagi mereka yang telah lulus adalah sebanyak 2 kali dalam setahun pada tiap-tiap tahun iaitu pada bulan Januari dan juga Julai.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)Untuk mengetahui apakah jenis-jenis latihan yang ditawarkan kali ini, Jom kita lihat senarai 4 latihan separa perubatan di bawah ini :

a) Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
b) Latihan Jururawat Masyarakat
c) Latihan Pembantu Kesihatan Awam
d) Latihan Jururawat

 

Hanya Latihan Jururawat sahaja bertaraf DIPLOMA manakala untuk Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian, Latihan Jururawat Masyarakat, dan juga Latihan Pembantu Kesihatan Awam pula bertarap SIJIL.

Hanya LATIHAN JURURAWAT yang bertaraf Diploma sahaja yang mempunyai ujian bertulis dan sesi temuduga “face to face” manakala untuk 3 latihan yang lain hanya mempunyai sesi temuduga sahaja.

Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan 3 tahun, manakala 2 tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian.

Selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bagi calon yang layak akan diberi surat untuk menduduki ujian atau boleh semak di Portal SPA.

Tempoh sahlaku permohonan calon yang telah memohon melalui Internet (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Untuk calon Kenaikan Pangkat Secara Latihan(KPSL), boleh melanjutkan tempoh permohonan dengan hanya menulis surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan menyatakan No. Kad Pengenalan dan nama bagi tujuan perlanjutan tersebut.
Sekiranya calon mempunyai pertanyaan atau sebarang masalah, bolehlah menyalurkannya ke:

Alamat Surat-Menyurat:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
Tel: 03 – 8885 6000

 

 

Kita akan melihat perincian yang lebih mendalam bagi setiap latihan separa perubatan yang ditawarkan untuk pengambilan pada kali ini.

 

LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

Terdapat tiga panggilan untuk Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

 

Statistik untuk pengambilan pada 11/3/2012 sehingga16/3/2012


Statistik untuk pengambilan pada 26/3/2012 sehingga 29/3/2012


Statistik untuk pengambilan pada 02/4/2012 sehingga 05/4/2012


 

 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian:

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U4-1.

 

 

LATIHAN JURURAWAT MASYARAKAT

Terdapat tiga panggilan untuk Latihan Jururawat Masyarakat ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

 

Statistik untuk pengambilan pada 12/3/2012 sehingga 21/3/2012


 

 

Statistik untuk pengambilan pada 18/3/2012 sehingga 30/3/2012


 

Statistik untuk pengambilan pada 19/3/2012 sehingga 23/3/2012


 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Jururawat Masyarakat :

Jantina: Perempuan sahaja

Tempoh Latihan: 2 tahun 6 bulan

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U4-2.

 

 

LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM

Terdapat dua panggilan untuk Latihan Pembantu Kesihatan Awam ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

 

Statistik untuk pengambilan pada 09/3/2012 sehingga 09/3/2012


 

 

Statistik untuk pengambilan pada 02/4/2012 sehingga 04/4/2012


 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Pembantu Kesihatan Awam:

Jantina: Lelaki sahaja

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
Kolej Latihan Pembantu Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U4-1.

 

 

LATIHAN JURURAWAT


Terdapat hanya satu panggilan untuk Latihan Jururawat ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

Statistik untuk pengambilan pada 09/3/2012 sehingga 09/3/2012

 

 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Jururawat :


Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Kejururawatan Melaka
Kolej Kejururawatan Muar, Johor
Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U2-1.

 

 

SOALAN RAMALAN SPESIFIK MENGIKUT LATIHAN

1- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
a) Apa yang anda tahu tentang Pembantu Pembedahan Pergigian
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Pembantu Pembedahan Pergigian

2- Latihan Jururawat Masyarakat
a) Apa yang anda tahu tentang Jururawat Masyarakat
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Jururawat Masyarakat

3- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
a) Apa yang anda tahu tentang Pembantu Kesihatan Awam
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Pembantu Kesihatan Awam

4- Latihan Jururawat
a) Apa yang anda tahu tentang Jururawat
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Jururawat
c) Sebutkan beberapa etika sebagai seorang Jururawat?

 

 

SOALAN RAMALAN UMUM UNTUK LATIHAN SEPARA PERUBATAN


1. Boleh perkenalkan diri anda?
2. Mengapa anda memohon jawatan ini?
3. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
4. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu   anda mengatasi kelemahan tersebut?
5. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?
6. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?
7. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
8. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
9. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
10. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
11. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
12. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
13. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?
14. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
15. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?
16. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
17. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?
18. Apakah tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini?
19. Siapakah Menteri Kesihatan?
20.Kempen apa yang menteri kesihatan pernah buat?
21.Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
22. Boleh ceritakan serba sedikit penyakit yang anda tahu?
23. Bagaimana kita boleh mencegah Denggi?
24. Apakah faktor yang boleh menghindarkan kita dari terkena keracunan makanan?
26. Siapakah Menteri Kewangan ke-2
27. Apa itu integriti?
28. Apa yang anda faham mengenai konsep 1 Malaysia?
29. Apakah nama klinik rakyat yang disedikan oleh kerajaan?
30. Bagaimana cara yang betul mencuci tangan?
31. Apa itu selsema burung?
32. Bagimana cara untuk kita menambah kesedaran kepada orang ramai tentang cara bagi menhindarkan sesuatu         penyakit?
33. Apa yang anda faham tentang bidang tugas yang anda mohon?
34. Adakah anda bersedia sekiranya dihantar bertugas ke sabah sarawak (bagi mereka yang dari semenanjung) / ke semenanjung (bagi mereka yang dari sabah sarawak)?
35. Ada apa-apa lagi yang anda ingin tanya?

 

Buat para calon yang bakal menghadapi temuduga serta yang sedang menunggu keputusan bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan ini, kami mendoakan mudah-mudahan anda berjaya serta tercapai segala apa yang diinginkan. Semoga Berjaya…!

 

Untuk lebih bersedia dalam menghadapi temuduga ini, anda disyorkan membeli dan membaca ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Comments (81)

 

  1. anas says:

    tq diatas maklumat yang sungguh bermakna

  2. sue says:

    terima kasih..

  3. khai says:

    maklumat yang sangat bguna

  4. anies miaa says:

    tgh study tuk interview 29/04 NNT HEHEHE

  5. dickson says:

    thanxx 4 information. . :D
    interview next week. .23/4. .
    wish we luck!!

  6. Tan says:

    saya dpt msg yg myatakan saya dpt temu duga utk latihan jururawat.apa yg saya perlu buat sedia?

  7. asma says:

    23/4 ney sye interview .. sy tkod lha .. sy ta brape thu hal-2 politik ney … tlggggg

  8. Aina says:

    trima kasih… esok sy temuduga :)

  9. dickson says:

    da interview. .nsib bek soalan dia senang2. .ehehhe
    tp tk tau plk klu dpt. . :P

  10. adah says:

    semakkin berdebar2….untungla spe yg dpt soaln senang2 =)

  11. Amiela says:

    Selalu s0alan senang ape je ?
    s0alan susah pulak ape ?
    kpd y da g interview nie , share2 .. ^^

  12. amin says:

    takOtnye nk interview.. hope soAlan senang jew.. amin

  13. fia says:

    esk intrvw..hope diprmudahkan sgla2nya terutama sms sesi intrvw face to face…kali kedua ni…tp still ada rasa mcm2..huhuhu..arap sgt kali ni berjaya…

  14. aidas says:

    saja nak share….
    saya dapat latihan separa perubatan pada tahun 2007. dapat kat kolej kejururawatan pulau pinang (jururawat).
    tapi terpaksa tolak coz da tahun akhir diploma di IPTA..
    so, nama kena black list 3 tahun utk jawatan yg sama… hehehe;)

    • sue says:

      macam mane dy tahu kamu da tahun akhir??

      • aidas says:

        once bila kita da reject jawatan yang ditawarkan kt kita, automatik akan di black list 3 tahun. sebab saya tolak adalah watu tu saya di tahun akhir diploma… dorang tak tau pun sbb pe sy tolak….

  15. aidil says:

    skarang ak tnggah bljar kolej pergigian kanak2 pulau ping…mggu dpan dah nk exam..mintak2 lulus exam untuk praticel

  16. jeri says:

    utk pnlng pgwai prubatan ape soalan slalu di tanye ye??pliz help

  17. maman says:

    29/10 nie interview pembantu kesihatan awam..hope dapat..(^^)”

  18. ain says:

    30.10 nie ada tak sesiapa yang dapat interview latihan jururawat di HSA jb?
    kalau ada add la saya … nervous la xde kawan.. :)

  19. emah hadi says:

    Saya dapat jururawat. Temuduga pada 8.10 nnty :)
    Agak2 soalan apa eh yg diorg tnya?
    Doa2kan saya ya ;)
    Hopefully yg saya dapat.

  20. tuty says:

    lusa nk pergi interviu pembantu pembedahan pergigian..20/2 /2013 ….agak2 soalan ape ek di org tanye ?

  21. yayie says:

    assalammulaikum dn selamat pagi dn salam 1 malaysia…22 hari bulan ne sya intviu latihan jururawat bertaraf diploma….hrap2 sya lepas temuduga ne…amin….

  22. tuyang says:

    hai, salam sejahtera :D 17/04 ni interview PPP.. and ni masuk kali yang ke-4 dah.. help me :’(

  23. anna says:

    hai..salam 1 malaysia..10 mei ni sy kena pegi interview utk latihan jururawat..tgh mencari2 maklumat untuk d guna pakai msa tmuduga…yg dh pegi tu,share lah ape soalan dia?…untuk mghlangkan rasa nervous ckt..huhuhu

  24. WONDERFUL Post.thanks for share..more wait .. …

  25. obat wasir says:

    Thank you for your entire labor on this web page. Betty really likes working on investigation and it’s simple to grasp why. A lot of people learn all regarding the lively mode you give useful tips through your web blog and therefore encourage contribution from website visitors on that idea while our own girl is certainly being taught a lot of things. Have fun with the rest of the new year. You’re conducting a glorious job.

  26. lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.

  27. erma says:

    kalau dah dapat tawaran latihan pastu nak buat apa?

  28. emah says:

    tkut la.esk kne tmu duge

  29. emah says:

    pening la fkir sume ni.arap dapat la

  30. haja says:

    terima kasih atas informasi yang sgt berguna…..
    hrp2 dpt membatu….(tgh studi
    )

  31. nurain says:

    baru2 ni saya dapat keputusan temuduga dalam spa sebagai latihan pembantu perubatan. spa email, kata anda dikategorikan sebagai calon simpanan. boleh saya tau apa maknanya tu ya?

  32. siti roslina bt mohd sopi says:

    bln sept 2013 dipanggil temudugo tetapi tahun ini 2014 tidak di panggil temudugo???

  33. azari says:

    Saya blom dpt interview lgi….sabar jak lh

  34. fiDa says:

    sya da lma hbis stdy nursing..tpi still xdpt twran tuk keja…da 4 years sya menganggur…huhu~

  35. Julieta says:

    Hey there would you mind letting me know which web host you’re working with?

    I’ve loaded your blog in 3 completely different browsers and I must sayy this
    blog loads a lot faster then most. Can you suggest a good web hosting provider at a reasonable price?

    Kudos, I appreciate it!

  36. rosna says:

    Sy adalah calon simpanan bg latihan jururawat masyarakat pd thun lalu namun shgga bulan julai sy masih blum di panggil mgikuti latihan. Adakah status sy sbgai calon simpanan masih kekal? Dan bilakah sy akn mgikuti latihan tersebut?

  37. lisa yana says:

    ermm sgt berguna harap boleh bagi detail lagi.. byak nk kene belajar ni.. tp baru nk exam je… semangat punya pasal kene hard gak

  38. NUR says:

    kalau boleh share , nk tahu antara cth soalan exam bg separuh perubatan tuu . pening jgk kalo nk stdy semua . tq

  39. ayu says:

    hai salam satu Malaysia…saya dah lulus exam separa perubatan nih tp takot la nk interview diaorang ckp interview bahasa igeris yer,,,hermmm x reti la bi,,,takot

  40. Bestnyerr baca cerita nie .. :)
    Wow tak sangka … korang memang best dlm bab2 nie ..

    Minta tumpang nak share kat fb…
    Minta tumpang nak kata hai.. Haiiii !!! :)
    Mak aku kata… blog nei memang terbaiklah..

  41. zuhairi says:

    dah lulus ujian on9 tpi na kena interview ke2 ni pula. sy skrg ni bkhidmat dlm jbtn bomba tpi sijil spm je.. sy xde diploma/ijazah. saya x berapa tahu sgt bidang perubatan ni,sy rasa takot sgt na hadir interview ke 2 ni nanti.. adakah kalau sy lulus interview ke2 ni pertukaran status kerja saya nanti sijil bertaraf diploma dan sy perlu smbung blaja untuk jawatan latihan jururawat ni? sy masih x pham lagi sbenarnya.

  42. farah says:

    yg lulus intrvw latihan jururawat kena belajar dulu aka kursus selama 3tahun…tp dlm tempoh kursus tu dpt elaun/biasiswa

  43. acap says:

    err..interview nt dlm bi ke? mohon pencerahan

  44. zamri says:

    doakan saya…..esok 22 oct sy iv…. nervousnyerrrrrrrrrr….

  45. izzati says:

    assalamualaikum. 6/11 ni saya ada interview untuk separa perubatan spa. saya dapat 6 bidang.admin tau tak interview tu berjalan 6 bidang serentak atau lepas satu bidang,satu bidang?
    kalau 6 bidang serentak macam mana nak interview?

  46. insan biasa says:

    assalamualaikum,sya interview 28/10 utk separa perubatan spa,sy dpt 8 bidng serentak masa dan tempat yg sama ,ada x kt sini dh pergi inverview bley share solan yg biasa ditanye sbb sy pilih MA ..tolong share …..plezzz…first time interview …hope everything be okey ,insya’Allah ..amin doakn sy semoga berjaya…

  47. yusni jaafar says:

    saya dapat 28.10 kat kl .

  48. syabil says:

    Sama ah kita

  49. Athilia Azman says:

    me either. Isnin ni. Kind of nervous, heuh

  50. nisa says:

    salam semua..
    saya pun interview tapi untuk 3 jawatan dan 7/11 ni kat melaka..
    doa sama2 moga berjalan lancar..

Leave a Reply