Renjer Hutan Gred G17

Renjer Hutan Gred G17 merupakan salah satu jawatan yang berada dalam kategori jawatan kerja kerajaan yang memerlukan kelayakan minimum SPM atau sijil. Mengikut info Portal SPA, seisi temuduga jawatan Renjer Hutan Gred G17 bakal berlangsung pada 05/07/2013.

–>KLIK SINI UNTUK SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA JAWATAN RENJER HUTAN GRED G17

Buat yang layak dipanggil ke seisi temuduga, sekalung tahniah admin ucapkan. Impian untuk berkhidmat dan menyumbangkan tenaga buat negara semakin dekat. Gunakanlah peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin agar terpilih untuk menjawat jawatan Renjer Hutan Gred G17.

Jom tengok statistik pengambilan jawatan Renjer Hutan Gred G17 untuk kali ini :

Jumlah permohonan yang diterima oleh pihak SPA adalah sebanyak 48,124 permohonan.

Jumlah calon yang disenaraikan untuk seisi temuduga adalah seramai 8 orang.

Jumlah kekosongan adalah sebanyak 2 kekosongan.

Jumlah calon simpanan pula adalah seramai 5 orang.

 

Info Tentang Jawatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27

Kumpulan: Sokongan

Kem./Jab.: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji:

–>Gaji Minimum : RM 932.15
–>Gaji Maksimum : RM 3,094.80
–>Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 95.00

Syarat Lantikan Renjer Hutan Gred G17   

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan kerajaan yang diiktiraf kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,101.34 ] atau

Sijil Perhutanan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,326.94 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Renjer Hutan Gred G17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

Mempunyai kelayakan di atas atau
Lulus Peperiksaan Khas dan
Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas Renjer Hutan Gred G17

Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.
Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.
Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.
Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.
Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.
Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.
Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.
Mengawal selia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.
Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.

Rujuk tips temuduga kerja kerajaan di link berikut :

–>http://www.kerja-kerajaan.com/blog/category/motivasi/

Untuk memantapkan lagi persediaan bagi menghadapi seisi temuduga jawatan Renjer Hutan Gred G17 boleh dapatkan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK). Klik banner di bawah untuk info lanjut Pakej RLTKK

Comments (2)

 

  1. [...] Renjer Hutan Gred G17 (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka) [ Tarikh Temu Duga: 05 Julai 2013 ] [...]

  2. MOHAMAD NIZAM BIN TOPIT says:

    Saye meminati tugas sebagai REnjer hutan kerana dapat mengenali pelbagai jenis habitat flora dan fauna.Selain itu,sye juga dapat memulihara tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam Hutan Simpan.

Leave a Reply