Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Pembantu Penguatkuasa Gred N17

 

Jika anda calon temuduga bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 yang bakal menghadiri seisi temuduga pada 18-08-2013 hingga 22-08-2013, admin sediakan artikel ringkas berkaitan jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17. Diharap ianya dapat membantu sedikit sebanyak sebagai persediaan untuk menghadiri seisi temuduga.

 

KLIK SINI Untuk Semakan Calon Temuduga Jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17

 

Jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 tergolong dalam kategori Kumpulan Sokongan II dalam skim perkhidmatan awam yang memerlukan kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jawatan ini juga memerlukan calon melepasi Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan sebelum layak menduduki seisi temuduga pada hari yang sama.

 

Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Mengikut info di Portal SPA, calon yang berjaya dalam seisi temuduga Pembantu Penguatkuasa Gred N17 bakal berkhidmat di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

 

 

Syarat Lantikan Bagi Jawatan Kerja Kerajaan Pembantu Penguatkuasa Gred N17

 

a) i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] atau

 

a) ii)     bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ]

 

b)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

 

i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii)Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii)Mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

iv)Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

v)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vi)Diakui sihat sesuai oleh Pegawai perubatan kerajaan; dan

 

c)Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau keluulsan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred N17

 

Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pembantu Penguatkuasa Gred N17

 

 

Calon temuduga jawatan kerajaan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 bakal melalui seisi pemeriksaan fizikal, pancaindera & kecergasan seperti berikut :

 

i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii)Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii)Mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

iv)Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

v)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vi)Diakui sihat sesuai oleh Pegawai perubatan kerajaan

 

 

Jika calon melepasi seisi pemeriksaan ini, barulah calon layak untuk ke seisi temuduga. Untuk menjalani seisi pemeriksaan ini, calon dinasihatkan memakai pakaian sukan & perlu menyediakan pakaian yang menepati etika pakaian temuduga SPA untuk seisi temuduga.

 

 

 

Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Comments (245)

 

  1. [...] Pembantu Penguatkuasa Gred N17 tergolong dalam kategori Kumpulan Sokongan II dalam skim perkhidmatan awam yang memerlukan [...]

  2. is says:

    nak tanya..pemeriksaan fizikal ad melibatkan aktiviti larian 2.4km ke? atau seperti keliling padang ke?

    • awe says:

      biasanye kalo srt twrn ade mnyatakn pemeriksaan fzkl, pacaindera dan kecegasan mmg ade 2.4 tp itu berpandu pada jabatn…mcm aq thn lepas pembantu kslmtn kp17 xde larian 2.4

  3. lala peace says:

    saya dapat telah dipanggil untuk temuduga pembantu penguatkuasa MPSP . ada sapa2 tw xsoalan apa yg bakal ditanya ?

  4. Ayun Khirul says:

    Aku dpt 21/8 ni kat penjara kajang.. Tp tula aku ni pkai spek kalu bukak confirm masuk longkang pnye kalu bejalan.. Tp tringin gak nk g.. Cmne tu

    • awe says:

      ayun…kalo ko nk rasa pglmn g la…tp better xg sbb kompem2 di riject coz kai spek…bkn nk downkn ko just dr pglmn aku sblm ni…pe pon try your best

    • DiniaLini says:

      Pergi je la,cari pengalaman..aku pn pakai spek,aku pergi jugak..lagipn kt surat tu dorang tak tulis pn ‘org yg bcermin mata tidak dlayakkn’..

      • ayn says:

        tula kn..g jela ye x..mmg xde pn tulis kt blkg tu speky xleh join cume kate ade test mate je kn..nk test jela tgk..cuti pn dh apply ni..haha

    • iza says:

      ayun….
      sye pn dpat kat penjara kajang 21/8 nie….hurmmm tkutttt
      berat xcukupp

      • ayn says:

        kamu pn dpt jgk ek..hmm takut jgkla bmi ni xlepas..so far check ok la dlm 24 cmtu..just mate ni la masalahnye..yg lain ok je kot..

        • iza says:

          ala xpe try jerk ayun…mmber sye pn da pegi semlam dy pn rabun..tp alhmdulilah lepas jerk arinie da g temuduga plak…xpe lau de rezki kan xkmane y pnting tawakal n usaha…gudluck untuk esok yeah….

    • qudin says:

      aku pun rabun jgk.. tapi aku hafal je… seb baek lepas… nga tgu interview je ni…

      E
      F P
      T O Z
      L P E D
      P E C F D
      E D F C Z P
      F E L O P Z D

      da 2 kali aku g, dia pkai yg sama je…
      Gudluck

  5. mohd taufik says:

    Aku dapat temuduga di penjara marang 21/8 nie. tapi x de plak mention pemeriksaan fizikal & kecergasan. kat surat tu tulis ‘temuduga’ sahaja
    email yang ak dapat pon ada tulis ‘pengambilan khas’

  6. awe says:

    ermm aq tmdga 20 / 8 di penjra sg udang…huhuh nebes.. 1st kita akn ade ujian fizikal lulus ujian fzikal bru tmdga …so better dtg trus kai pkaian sukan n bwa pakain formal tok dtmdga nt…untuk n17 kli ni terdiri dr pekbagai jabatn ..jpj,kdn dan ermm lupe huhuh hope kite sumer succes

    • ekin says:

      gud luck..sy pn dpt interview kt sg,udang..tp 19/8 sy rase kne pkai bju formal dlu..bru tukar bju kurung..sbb firstly kte kne ujian bertulis

    • Miza says:

      owh setahu saye..first day pkai baju sukan dlu..dah lulus bru esoknye dtg balik pakai formal pejabat kan?

      • ekin says:

        yeke..sy xtahu la..tp mase temuduga polis bu0lan lepas..dy marah pkai bju0 s0ukan..sbb dlm surat kne pkai bju sopan..tp try je la kn..sy pn tak tah0u..dpt kt sg.0udang 0ju0gak ke?

        • Miza says:

          saye penah g gk fizikal test polis..kite kena pakai sopan sebab dlm dewan kan pakai short. so xkn nk dtg pkai short terus. hehehe. mcm imigresen,dtg jer terus pkai pkaian sukan..klu xcaye,awak refer kt home portal spa. ade die gtau..

  7. awe says:

    bagi yang mndapat surat tawaran dr SPA ,ujian fizikal& tmdga pbntu penguatkuasa n17 bg tarikh 18 hgga 22 ogos 2013 kekosongan adlh di 2 jabatn >>JPJ & KPDNKK SO stndby k…good luck 4 all

  8. ryna says:

    Sy dpt tmdga 19/8 d penjara tapah.pasal resume 2 sy xpaham sngt,mcm mane nak tulis.korang thu xmcm mana nak buat resume 2,an dlm resume 2 dorang n sumbngn n keistemewaan kebolehan maksudnya ape ye,bole bn2 saya x?

  9. Chyntia says:

    sy pn dapat jga…
    dekat Ibu Pejabat Penjara Kota Kinabalu…
    Hopefully, can successes a bit nerves… Good Luck all :)

  10. Tisha Amzar says:

    Assalam..
    Sha dapat interview dan ujian fizikal sekali on 19/8 di jabatan penjara miri,sarawak.Baru dapat tau harini tadi.
    semoga dipermudahkan segala urusan kita semua..

  11. siti sha says:

    salam.
    sy pn dpt jgk.18hbln ni kt penjara pengkalan chepa.korang?cmne nk tau surat tawaran kita ni akan berkhidmat di jpj atau kpdnkk?..tgok kod dia ke?.huhu..lau dh tau jabatn mane kita akan di interview,leh la kita fokus tuk satu je.

  12. siti sha says:

    kod kt surat tawaran sy 3369..maknanya under jpj kn?

    • Firyal says:

      Ahli panel temuduga adalah jpj..jabatan..pelbagai…yg mna satu pun x tau…nk study bab pmbntu pguatkuasa jpj ka…
      Bmi saya pun sama..lbh dr 26…risau gak tkut x lps…saya kena kt penjara kok kelang mata ayer perlis…22/8 ni…larian tu pun sama…kena buat gak ka?lama x excersice…jg bdn…adui….riau sgt….

  13. preeti says:

    ya setahu saya kod 3369 tu jpj…
    kalau berat badan lebih cam mana tu…
    bmi saya lebih dari 26… ?

  14. mamaprincess says:

    ak pun dpt gak 22/08 ni kat penjara kajang…good luck for me and u allsss…
    ntah dpt ke x nih….adehhh gisauuu…

  15. Mat Shah says:

    Saya pown dpt tawaran pem.penguatkuasa n17..18/8/13 di penjara Marang, trg.skrg dh bkerj di jbtn kerajaan jugk..tp tawaran ni jawatan yg saya minat ni..hope success..kpd yg sama tmudug dgn saya tmpt dan wwaktu yg sama selmt bkenaln..;-) tegur2 le sy k

  16. Mat Shah says:

    Saya pun dpt temuduga pem. Penguatkuasa n17 di penjara marang, trg-18/8/13..skrg dh pun kerj kerajaan namun tawaran kerj tmuduga ni yg saya minat sngt2..ada sape2 yg sama tmpt dan waktu dgn saya? Leh sual knal dlu snlm ke sana..xde ar kt sana nanti sumbat xde gu..;-)slamt bkenaln semua..nant tegur2 lah yew..

  17. azira says:

    Salam sume..sy pn dpt surat intrview 21/08 ni..next week..tp kt pnjara reman jB la..sy pnye 3369 gak tp yg temuduga peg.KPDNKK..so kalu sy nk study utk stndby intrview utk kpdnkk la ye@mcm u all ckp under jpj…?-mintak bntuan-*^▁^*

  18. azira says:

    Mudah2an sesi ujian fizikal n intrview sy 21/08 ni brjln dgn lancar..aminn…hope sgt brjaya sbb ni dh kali ke-3 intrview gov..klu kata ni rezeki sy,sy jela dlm fmly yg bkrja under gov..i2 yg nk kna wt tol2 sbb mak abh mghrapkn yg trbaik dri sy….

  19. don says:

    kenape semua interview kat penjara?
    aku kat penajara seremban

  20. tina says:

    saya pon dpt jgk 21.08 nie kt penjara kajang.. ade sespe tau ape yg akan dorg tnya time intvw nanti?

  21. AWA says:

    saya pun dapt 21.8 nie kat penjara tapah…
    YA ALLAH ANDAI INI REZEKI MILIK KAMI…KAU PERMUDAHKAN LAH…..AMIN….

    SO NAK SIAP2 PAKAI BAJU SUKAN KER APE?

  22. Azie says:

    wahh ramainya dpt kt penjara maran..sy kt penjara jawi penang..nk tnya, korang wat resume in english atau melayu? All the best ya untuk emua yg akn g interview nti.. :)

  23. tina says:

    bhsa melayu sbb keje gov kn..

  24. Azie says:

    oh..okay tina..terima kasih.. :)

  25. CAHAYA ZIEYLA says:

    SALAM LEBARAN. hi guys. SY ZIELA DARI SELATAN TANAH AIR. saya baru dapat tahu harini tu pun sebab SPA bg mesej penukaran tempat intebiu. SAPE YANG G UJIAN KCERGASAN KAT KLUANG? add facebuk sy, cahaya zieyla. tak la takut bile ade kawan.

  26. nur hidayah binti baharuddin says:

    Salam aidilfitri.. saya pun dpt temuduga kat penjara kajang..sapa yg dpt kat sana pada 22/8/2013 khamis mggu depan.. sapa yg sama tmpt dgn saya kt penjara kajang , ni cntact no saya 0176675926..bole kita together2.. ^_^.. salam ukhuwah..semoga Allah permudahkan segala urusan kita..

  27. Norizan Mohdamir says:

    Salam semua, sy bru dapt surat ptg td…ya allah nerbes nyer, selalu x mcm ni.sy kena di penjara kajang, sesiapa dapat kt sana jom pm kt fb izdianafan norizan..

  28. salam tahir says:

    assalam..siapa kena d penjara pokok sena??

  29. ijat says:

    eh,tshirt warna apa erkk/..?

  30. Dira says:

    Saya pun dpt kt penjara kajang..jom kite kenal2 kt FB add sy shariaclunk@yahoo.com..
    nerbes la plak takut bmi x lepas

  31. ida says:

    salam ,,, saya pun dapat d penjara kajang 19hb ne .. de sama gan saya x …

  32. nurulajeera says:

    salam…kawan2…syer pown dpt gk..20/8..kt pnjre kajang..der sp2y sme trkh n tmpt gn sye.. x..?

  33. yanti says:

    Saya pregnant 6 bln,tpi dpt twran jwtn pem.penguatkuasa n17..saya layak ker utk ujian fizikal dan kecerdasan…bingung..nk pg ker x..

    • awe says:

      Xslh kalo nk g tp…huhuhu jgn sedih kalo kn blik….mcm yg lps sy g yg mn prggy dorang suwoh blik.tp kalo nk rasa pglmn xsalh pon heeeee

  34. ummie says:

    Sye pon preggy 6 bln…ley ke join ujian kcergasan 2..atao dy akn disqualifiedkn je…

  35. Faa Fazira says:

    Sye unn kne at pnjre marang 18/8 nie…

  36. surya says:

    azira n cahaya zieyla…

    emm, xdpt jumpe lah kt..sb tarikhnyer lain2…

    sy 19hb..

    mcamane nk tau kt dbawah kementerian ape?

    JPJ or KPDNKK ? no kod 3369…

    • CAHAYA ZIEYLA says:

      surya n azira. entah yek. tp kalau ikut kOd, kite semua same. kalau ikut surat pulak, sy dapat KPDNKK. kOmpius jugak ni, u all pakai baju ape mase pergi tu? baju senam atau baju kurung dulu ye?

      • Miza says:

        dlm portal ckp pelbagai kementerian. setiap kmenterian de pembantu penguatkuasa ni..yg panel sy plak pegawai JPJ..maybe kena fokuskan sikit kt bhg JPJ. Cahaya zieyla,cmne nk tau KPDNKK tu? surat sy kt kg..yg emel je ade..

        • CAHAYA ZIEYLA says:

          kalau kat surat kan ade nOte pengerusi lembaga temuduga, pegawai KPDNKK, sO maybe kpdnkk la kOt. takkan KPDNKK nak tanye pasal jalan raye pulak aek. tp entah la. pening jugak ni. hihi. takpe la, 1st day just pemeriksaan fizikal je kan?

          • Miza says:

            hehhe..wsau gk..tapi xpe..wt yg tbaik ok..awk 20hb jgk ke kt kajang? yupp..first day jer..klu pass fizikal test,dptla dtg esok harinye..hehe

      • surya says:

        tu lah..rase2nyer ikut pegawai temuduga tu kot..
        xkan pegawai KPDNKK nk tanya pasal JPJ pulak kan?

        Sy pakai baju senam jer dulu..pas tu bawak je baju kurung..
        mesti terus wat pemeriksaan fizikal n lain2..

        • CAHAYA ZIEYLA says:

          Surya n zira bawak sekali ye resume dLL tu? Ok-2. almaklum, keje skrang ni tada pulak buat ujian fizikal bagai ni. sO laju pulak jantung ni.

          • azira says:

            Standby je trus resume n sijil2 sbb ms zira intrview pegawai imegresen dl pn ada wt ujian fizikal gak pas2 mn yg lepas ujian fizikal trus g intrview..tp xtau la yg kali ni cmne..prepare awl2 jela..

      • azira says:

        Zira pnye yg tmuduga peg.KPDNKK..mybe kte under jbtn KPDNKK..sbb 2 jbtn je kn utk jwtn ni…jpj n KPDNKK..

        • Mirul says:

          kita dpt yg sama…harap2 x la ketat sgt ujian fizikal nya..sbb sy ni mcm2 x ckup..berat la..rabun la..lebar dada pon lpas x lpas ja..
          doakan yg terbaik…confius nk pe ke tak..hihi

  37. zara says:

    salam..
    hi..sy dpt ujian fizikal di penjara seremban..
    nebes sbb tk penh pegy mana2 ujian fizikal..

    anyone dpt tmpt yg sama?

  38. Faa Fazira says:

    A’aahh…ary ahad!!ntah nk pkai bju amnde??t0lg plisss yg ane penah g interview..

  39. nur hidayah binti baharuddin says:

    Utk pengetahuan perempuan..dtg pakai baju kurung dulu..nnti dia bg masa utk tukar pakaian sukan.. terima kasih…^_^

  40. nur hidayah binti baharuddin says:

    Pakaian sukan bg wanita , tshirt putih lengan pjg berkolar..seluar track warna hitam… ^_^

    • nurulajeera says:

      Klu pkai tshrt lengan pndek tp bkolar blh x?

      • farah says:

        salam buat semua kwn2 sy dh selesai tmuduga fizikal td pg…alhamdulillah lulus sumenye…..sok tmuduga dgn pgawai plak….untuk pgthuan kwn2 pkai bju sukan terus k….bwk suratr. dan kad pngenalan….sjil2 bw pd keesokan harinya sekiranya kalian berjaya melepasi semua ujian fizikal….gud luck ye……………………

  41. ida says:

    Kena pakai bju kurung dulu ye .. eem klu terus pakai baju sukan xbleh ….. hehehh

  42. zila says:

    salam.. sy dpt gak kat penjra pengkln chepa 21/8 nie.. sebenarnya kita kena pakai bju kurung dulu atau pakaian sukan terus ea??

  43. awe says:

    Salam… slm hari raya…kawan sekalian sy nk shre sket la sbb ni second intake dpggl tmdga jpj ni……untuk yg dh berjya ke prgkt tmdga siap la sbb antra soalan yg dtya nti mby introduce dri in english dn mngkin gak hobi…pastu soalan dtya mgapa jbtn perlu mimilh kita tok jwtn ni…ape kekutan kita n matlamat kita dlm tgs ni…mengapa kita minat kerja ngn kerajaan….fhmkn konsep 1msia…itu antara soalan yg sy ingt lg…. hope leh sket tolong korang…. 4 myself n u alzz smga succes k …. siapkn jg untuk fizikal…..smga kita sume brjya amiinnn

  44. awe says:

    Ermm trus pkai sukan pon xde mslh coz t kn slin gak …jgn mai telanjang suda hehehhe

  45. ila says:

    salam.. kengkwn sy dpt gk terviu kt pengkalan chepa..myb sy xpegi..

  46. Adib Akhir says:

    Sya dpt kt pnjara sg.udang, tp mintak transfer interview kt pnjara sndkn sbb cuti kt sini..ada sesapa x g interview 19/8 nih..

  47. ieja says:

    Azie: azie kna dkt pnjara jawi ek? Sy pn kna kat c2 jgk. Azie kna hari apa?

  48. Nina says:

    Saya agak rabun,,kne baca pun gune spec,rsa2 mcmne ye….tkt rugi je pegi…

    • nurulajeera says:

      Nina ble trkhny?

    • rasyid says:

      saya pon pakai spect…tadi member sorang sy call..dia kata siapa pakai spect dia suh balik je..oh god..sy esok ni ujian kcergasan n pancaindera jugak..klu xpakai spect memang meraba laa..so macam mana? siapa yang ada pngalaman please give opinion…

  49. pong86 says:

    assalam…
    sy dapat kat sg udang…
    nak tanye mmg kena berlari ke?
    da lama tak bersukan ni…
    ke tak payah pegi je?

  50. eha says:

    sy dpt kt jawi..apapn x ready..kna pakai kasut sukan ke?? x da…haha..mlm2 ni nak cari mana kasut sukan?…bru baca surat td, engatkan interview je…ada ke berlari tu 2.4km..

Leave a Reply