Lepasan SPM – Info Buat Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya
menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010  dengan jayanya dan kini sudah
semestinya ramai kalangan remaja lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau
belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?
Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan
bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian
yang lebih tinggi nanti.
Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar
lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti
bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi apakata sebelum mereka mendapat keputusan
SPM 2010 nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan diri mereka dengan
maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya.
Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang
pengajian? Prosedur permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan  apa kata anda
baca sedikit mengenai pemilihan kursus pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat
yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka utamanya pelajar
lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM 2010 kelak.
PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA
Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM
memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Hal ini akan  memfokuskan kepada proses
pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif utama  kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk
mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu
dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk
para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup.
Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan
dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu
bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.
Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan
maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal
ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang
diperoleh.
Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya
melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian
tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah,buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI
serta sumber-sumber yang lain.
Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang
ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains atau sebagainya?
Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang
dimiliki oleh seseorang pelajar itu.
Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan
tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil
membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.
Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam,
pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun
Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI. Keputusan ujian tersebut
mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri
pelajar.
Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali
diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.
Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan
menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti. Namun, kursus
pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan
kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.
Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf
oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima
setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.
Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM 2010 khususnya,aspek ini perlu diberikan penekanan
dahulu iaitu mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.
MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA
Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.
Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips
lagi yang terdapat, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya.
Keputusan SPM 2010 bakal keluar dan kita akan berjumpa lagi untuk bertanya mengenai
keputusan SPM pelajar-pelajar kita nanti.
Dapatkan informasi selanjutnya di sini
KLIK

Comments (11)

 

  1. huda says:

    aq baru lepas spm..
    da dapat result pums..
    tataw nux buad ape sekarang..
    haishh !!

  2. You did a great work writing and revealing the hidden beneficial features.

  3. Do you require any html coding knowledge to make your own blog?

  4. a good web hosting provider at a honest price? Cheers, I appreciate

  5. I really enjoy looking at on this web site , it holds great posts .

  6. you are really a excellent webmaster. The web site loading speed is amazing.

  7. They are really convincing and will certainly work. Nonetheless, the posts

  8. are too quick for beginners. May just you please

  9. You’ve made some good points there. I checked on the web for more information about the issue and found most individuals will go along with your views on this site.

Leave a Reply