Juruteknik Komputer Gred FT17

Juruteknik Komputer Gred FT17

 

Pihak SPA telah pun mengumumkan seisi temuduga bagi jawatan kerajaan Juruteknik Komputer Gred FT17 akan dilangsungkan pada 03-06-2013 hingga 07-06-2013. Semakan calon layak di link berikut :

 

=>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php

 

Syarat Kelayakan Memohon Juruteknik Komputer Gred FT17

 

Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM952.66 ] atau

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,010.77 ] atau

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,068.89 ] atau

sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,243.24 ] atau

sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,417.59 ] dan

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Juruteknik Komputer Gred FT17

 

Mengikut statistik dari Portal SPA [www.spa.gov.my] seramai 44,246 permohonan telah diterima bagi jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17. Pihak SPA telah memanggil seramai 1062 calon untuk seisi temuduga bagi mengisi 85 kekosongan jawatan. Manakala calon simpanan pula adalah seramai 100 orang.

 

 

Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer Gred FT17

 

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

 

 

Soalan-Soalan Temuduga Yang Lazimnya Ditanya Oleh Panel Penemuduga

 

=>Soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon.

=>Soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

=>Soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan

=>Soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan isu semasa

 

 

Berikut adalah 10 soalan berkaitan tugas / skop kerja yang pernah ditanya semasa seisi temuduga jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17 :

 

1-Bagaimanakah cara untuk membersihkan RAM?

2-Apabila awak membuka casing, apakah yang awak nampak? Senaraikan komponen yang ada serta fungsi-fungsinya?

3-Apakah langkah-langkah penyelenggaran komputer?

4-Apa yang anda faham tentang rangkaian komputer?

5-Senaraikan jenis-jenis komputer?

6-Apakah langkah-langkah keselamatan semasa membaiki komputer?

7-Apa itu Operating System (OS)? Senaraikan jenis-jenis OS.

8-Senaraikan versi Windows yang anda tahu?

9-Apa itu LINUX? Apa yang awak tahu tentang LINUX?

10-Bagaimanakah paparan LINUX.

 

Juruteknik Komputer Gred FT17

Comments (12)

 

  1. rosmaidah binti samat says:

    asalamualaikum..tuan/puan..saya berharap saya akan diterima bekerja dalam kerajaan bagi jawatan juruteknik komputer ft17.. saya telah menduduki temuduga pada 7 jun lepas.. saya dah 7 kali di paggil temuduga tapi tidak pernah berjaya.. saya harap kali ini pihak spa akan meluluskan saya.. saya berharap sangat.. segala jasa baik tuan/amat saya hargai.. semoga Allah. memberkati hidup tuan/puan

  2. Good day very nice site!! Man .. Beautiful .. Amazing .. I will bookmark your blog and take the feeds additionally…I’m happy to seek out so many helpful information here in the put up, we need develop more strategies in this regard, thanks for sharing.

  3. Im thankful for the blog article.Really thank you! Want more.

  4. I like the efforts you have put in this, welcome it for all the great content.

  5. Hurrah, that’s what I was exploring for, what a data! present here at this blog, thanks admin of this web site.

  6. rosnani says:

    salam..kalau blh saya tahu vacancy ni utk jabatan apa yer? trima ksh

  7. adam says:

    ni untuk jabatan apa?

  8. amira alia says:

    Assalam..Boleh Tak Kalau Senaraikan Pengetahuan Dan Kemahiran Yang Perlu Ada Nagi Seorang Juru teknik Komputer FT17..tolonglah..Dah Puas Cari Nie…

  9. leesa says:

    as salam…actually quite confusing about the selection of the job title….what actually SPA look forward in order to call for an inteview? coz i dont understand and i believe i met the min requirement which i heard cgpa is 3.5 and above. do i have to have someone inside in order to get for the inteview????? at least i hope SPA could do something about that coz not all of us have that kind of connection inside…really dissapointed

  10. dewi says:

    slaluny klu interview tu kena speaking or ckp malay je

Leave a Reply