Penolong Penguasa Kastam

Temuduga Penolong Penguasa Kastam bakal diadakan oleh SPA 14 Feb – 24 Feb 2012 ini. Memang ramai calon yang dipanggil menghadiri temuduga Penolong Penguasa Kastam WK3-1 ini. Dalam seminggu dua ini, ramai bertanyakan pihak admin berkenaan soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam ini.

Sedikit info berkenaan pengambilan calonyang memohon bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam ini.

Dari info di atas, didapati memang ramai calon yang memohon jawatan ini, iaitu seramai 52,672 calon. Calon yang dipanggil hadiri temuduga adalah seramai 1149 orang. Manakala bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 101 kekosongan saja, Dan calon simpanan sebanyak 100 tempat.

Memang ramai yang dipanggil, tapi kekosongan hanya 10% dari jumlah calon yang hadir temuduga bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam ini.

Calon yang membuat persiapan awal, insyallah akan lebih bersedia dalam temuduga ini dan mampu menyumbang kejayaan kepada mereka.

Di bawah, sedikit tips dari admin untuk calon yang bakal menghadiri temuduga ini.

Anda baca saja info berkenaan jawatan ini di bawah:

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
GRED GAJI/JAWATAN :
WK3-1
JADUAL GAJI :
T1:RM1410.00 – T20:RM4185.00
SYARAT LANTIKAN 1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK3-1: T1); atau
(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK3-1: T1); atau
(c) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK3-1: T2).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN
3.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK3-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
DESKRIPSI TUGAS 4.
(a) Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
(b) Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
(c) Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
(d) Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
(e) Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
(f) Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Info sebegini mampu membantu anda dalam sessi temuduga nanti.

Seterusnya, saya syorkan anda baca tips-tips yang terdapat dalam blog ini, antaranya:

Soalan Yang Bakal Ditanya Dalam Temuduga Kerja Kerajaan

Kisah-Kisah dan Pengalaman Temuduga Calon Sebelum Ini

Soalan – Mengapa Nak Kerja Kerajaan?

 

Anda baca saja apa yang admin share di atas tu! Insyallah akan membantu! Baca artikel dan juga komen-komen dari pembaca di blog ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang bakal anda terima.

 

Sekian saja. dari admin.

 

Jika anda mahu komen, berikan pendapat, kongsikan pengalaman untuk info temuduga Penolong Penguasa Kastam ini, silakan!

 

 

 

 

 

 

 

Comments (24)

 

  1. nysa says:

    sy akan pegi interview ni, tp xbole target soalan die la..mcm mana sy nk jwb, ilmu blum ada ni…

  2. zairina says:

    21.2 tarikh saya interview..sape2 yg dah pegi kongsi2 laa..hehe.. wish me luck guys xD

  3. Hawk says:

    yup tarikh interview saya 24.2 nanti. hari last temuduga.

  4. markstewon says:

    salam semua..sy nk tnya ckip pasal pen.pnguatkuasa kastam ni..utk thun ni bila plak utk pengambilan sterusnya?bleh sesiapa respons?

  5. Downloading information from this web site is as simple |as clicking the mouse rather than other web sites which shift me here and there on the web pages.

  6. This blog was… how do you say it? Relevant!! Finally I’ve found something that helped me. Many thanks!

  7. ikhwan says:

    Terima kasih atas makluman, rujukan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ada di sini :
    –>http://bit.ly/penolongpenguasakastam

  8. Zuhaida says:

    Salam pda rakan sy rase bersyukur di jemput ambk exam online position penolong penguasa kastam W27. First time sy dpt temuduga utk gov selama tidk pnh pgil mhu pon surt ke tawaran ke..mungkin rezki thun mne thu hrp dpt gov x kisah la kja mula dr bwh dlu ke..sy nk.mtk pandangan rakan kt mne sy nk dpt tips dn soaln online mengenai jwtn tersebut..tq hrp dpt bntu sy..

  9. profhariz says:

    InshaAllah tak sabar nak tunggu rujukan itu.

  10. fazdilah says:

    assalam..sye pown dpt jgk email pasal exam online position penolong penguasa kastam W27..tgh cri2 gk tips ni.. gd luck ye yg dpt gk tu..jom laa kongsi2..

  11. jue wawa says:

    Salam ,, kalau blh nk mnx tlg share cket pasal ujian online kastam gred w27 .. Pasal tips-2 ke cnth soalan ke .. Tq .. :)

  12. mohd says:

    bagus sekali

  13. munirah says:

    Assalamualaikum semua..

    Contoh soalan untuk EXAM 5 OGOS ini boleh didapati

    di sini —–> http://bit.ly/1s5Y3PR

  14. ain says:

    Salam,

    ada tak contoh soalan bagi yang sudah kerja di dalam sektor kerajaan?

    soalan macam lebih mencabar.

    contohnya:

    1) Sila perkenalkan diri puan, latar belakang, taraf pendidikan, jawatan sekarang serta berikan kelebihan yang ada pada puan sekiranya puan terpilih untuk menjawat jawatan ini.

    2) Sekarang puan berkhidmat di jabatan mana dan terangkan tugas-tugas puan.

    3) Terangkan mengenai Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2014. Senaraikan dua perkara dalam pekeliling tersebut.

    4) Apa yang puan tahu tentang GST? Bezakan cukai sekarang dengan GST. Berapakah peratus GST? Kepada siapa GST itu dibayar/ siapa yang memungut GST?

    5) Jabatan Akauntan Negara akan melaksanakan satu pelaksanaan dalam akaun dan kewangan Kerajaan Persekutuan, jelaskan pelaksanaan tersebut.

    6) Apakah yang dimaksudkan aset dipermodalkan?

    7) Dalam sistem terimaan, borang kew. berapakah yang digunakan untuk penerimaan pungutan?

    8) Semasa mengeluarkan L/O (pesanan tempatan) bagi bekalan atau perkhidmatan berapakah had maksimum yang dibenarkan? Sekiranya amaun telah melebihi had maksimum tersebut, apakah yang harus puan lakukan?

    9) Sekiranya puan ditawarkan jawatan ini, bersediakah puan ditempatkan di Sabah atau Sarawak?

  15. riduan says:

    skrip jawapan ada tak.. temuduga malam ni.. waduh.. short notice.. semlm baru dpt call..

  16. sheriena says:

    salam :) saye just nak share pngalaman temuduga kastam w27. mula2 mmg nervous la mula masok bilik interview. tapi nasibla interviewer tu baik die srh tenangkan diri skjp then bila dh ready die tnye soklan. soklan nyerr :)
    mcm biase, intro urslf
    then, apa etiqa pekerjaan awk sblm ni
    pastu tnye apa yg awk tahu tntg kastam? terangkan jenis2 cukai?
    apa cukai perkhidmatan? tu jerrr :)
    saya harap apa yg saya share ni sdikit sbanyak dpt bantu k. goodluck kpd ssiapa yg attend interview nnti. doa byk2, yg penting kita ada usaha pastu kita tawakal k. insyallahh~ smoga kita dpt rezeki dan tempat dlm sektok kerajaan

  17. Jamilah says:

    Terima kasih atas info..saya dapat interview minggu depan..hope ada lg sharing dari kawan2

  18. lan says:

    Biar betol soalan..yg dh kje pon blom tentu dpt jwap soalan nieh..hahaha

  19. Bella says:

    To buy tips for intetview “penolong penguasa kastam w27″ just whatsapp/sms 014-676 2925

  20. jamal says:

    sheriena interview w27 tu ada ujian fizikal erk n ujian bmi?? Asap me. . esok saya interview…

  21. Semoga berjaya buat calon2 temuduga kastam w27 tahun 2014.

    Beberapa tips kami kongsikan di blog, good luck!

Leave a Reply