Penolong Pegawai Tadbir – Tugas dan Info Temuduga

Penolong Pegawai Tadbir

Penolong Pegawai Tadbir

Juga dipanggil EO, PPT…

Penolong Pegawai Tadbir

 

Penolong pegawai tadbir, satu jawatan di sektor kerja kerajaan yang memerlukan kakitangan yang ramai pada 2011 ini. Memang ramai yang memohon jawatan temuduga Penolong Pegawai Tadbir ini adalah dari mereka yang berkelayakan diploma/STPM. Memang ramai yang berminat dengan jawatan hebat dalam sektor kerja kerajaan ini. Jom lihat statistik sedikit..

 

>>KLIK SINI Untuk Rujukan TERBAIK Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Semua Temuduga Jawatan Kerajaan<<

Pada 2011, statistik menunjukkkan..

 

-          62, 028 pemohon

-          4,028 yang dipanggil temuduga

-          100 kekosongan jawatan

-          300 calon simpanan

 

Wow, ramai juga yang dipanggil temuduga pada 25/5/2011 – 23/6/2011 ini. Seramai 4028 calon di seluruh Malaysia.

 

Saya ucapkan selamat maju jaya buat mereka yang dipanggil menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir ini. Memandangkan ramai yang menanyakan tips kepada saya, saya berikan sedikit tips ini. Mungkin sedikit membantu.

 

Untuk calon yang bakal menghadirinya, apa yang perlu diFOKUSkan adalah:

 

  • Tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir – skop kerja, bidang tugas, tanggungjawab
  • Gred jawatan, gaji, kementerian
  • Soalan-soalan umum STANDARD dari SPA untuk uji kelayakan, kejujuran, keikhlasan, integrity, pengetahuan am dan semasa, pertuturan, adab, kebolehan menyelesaikan masalah dll (dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ada diterangkan dengan lengkap)

 

Untuk makluman, bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir info ringkas di bawah bleh dirujuk:

 

Jenis Kumpulan: Sokongan (pembantu kepada pegawai)

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Kementerian Pertahanan

Jadual Gaji:

P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10

P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25

P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26

 

 

 

Syarat Lantikan:

STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1 RM1204.55]; atau

Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5 RM1470.75]; atau

Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6 RM1537.30]; dan

kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

a)         i.          mempunyai kelayakan di atas; atau

ii.          lulus Peperiksaan Khas; dan

b)       berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Kerja Penolong Pegawai Tadbir ini merangkumi 4 aspek utama iaitu POLC (planning, organizing, controlling and leading)

Itu maklumat yang dirujuk dari laman web SPA…

 

>>KLIK SINI Untuk Rujukan TERBAIK Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Semua Temuduga Jawatan Kerajaan<<

 

 

Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit info lagi berkenaan jawatan Penolong Pegawai Tadbir seperti yang tertera di bawah:

 

 

 

Pengurusan

 

  1. Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
  2. Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
  3. Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

 

Aspek Pentadbiran Pejabat

 

  1. Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
  2. Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk
  3. Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat
  4. Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  5. Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  6. Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan

 

Hal-Hal Kewangan

  1. Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
  2. Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
  3. Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  4. Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..

 

Hal Teknologi Maklumat

i)              Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll

ii)             Penggunaan internet

iii)            Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

 

Itulah antara yang berkaitan dengan tugas penolong pegawai tadbir N27 ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.

 

i)              Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll

ii)             Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan

iii)            Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak

iv)           Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain

v)            Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab

vi)           Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan

vii)          Dll

 

Apapun, nasihat saya, buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Penolong Pegawai Tadbir yang bakal anda hadiri.

 

Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.

 

Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:

 

  1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga. Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
  2. Cuba tanya rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.
  3. Cuba search di google berkenaan jawatan tersebut.
  4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog saya di kerja-kerajaan.com/blog
  5. Berbincang di ruangan komen di post ini

 

Bahan rujukan yang boleh dirujuk

 

Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam

i.          Arahan Keselamatan

ii.         Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

iii.        Perintah-Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan

iv.        Peraturan Kewangan dan Perakaunan

v.         Panduan dan Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan

 

 

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

i.           PKPA Bil. 4/91

Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

 

ii.          PKPA Bil. 6/91

Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

 

iii.         PKPA Bil. 7/91

Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

iv.         PKPA Bil. 8/91

Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja

 

v.         PKPA Bil. 1/92

Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam

vi.         PKPA Bil. 4/92

Pengendalian Pengaduan Awam

 

vii.        PKPA Bil. 3/93

Panduan Mengenai Piagam Pelanggan

 

viii.       PKPA Bil. 2/96

Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam

ix.         PKPA Bil. 1/97

Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Persijilan Sistem Kualiti oleh Agensi Kerajaan

xii.        PKPA yang lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa

Sekian saja perkongsian tak seberapa dari saya. Anda ada pengalaman temuduga Penolong Pegawai Tadbir untuk dikongsikan jom kongsi!

 

 

 

Penolong Pegawai Tadbir

Comments (416)

 

  1. maya says:

    thanks en. Jamal..mmg sy dipanggil temuduga utk jawatan ni.. bln 6 ni. all the informations are very useful for me…wish me luck! thanks again…

  2. 5zal says:

    Terima Kasih En Jamal..

    Berdebar rasanya nak tgu 6.8 nie.. saya dipanggil tmuduga untuk jawatan PPT N27 dan pada bulan 4 lepas saya tmuduga untuk jawatan yg sama di SUK Terengganu… Pengalaman lepas harap dapat membantu ditambah info dari En. Jamal

    TQ

  3. mamarayyan says:

    as slm…thanks 4 the info.sgt2 membantu. insyaalh sy juge dpanggil interview utk jawatan ini…

  4. Nurull says:

    Salam..tQ en.jamal ats info yg b`kenaan..
    utk mkluman, sy d pgil tmuduga utk jwtn ini pd 15.6 nnt..
    wt mse ni sy sntiase mcari mklumat n dlm mse yg sme mngikuti info2 dr pihak en jgak..
    ini adalah 1st time sy d tmuduga..arap2 dgn tips2 n info dr en.jamal sdikit sbyk mbntu sy kelak..
    sy jge sdg kmpul $ utk mlgan e-book sbg plaburan yg b`manfaat kpd sy pd ms akn dtg..
    Tq again..

  5. sidah21 says:

    thanks en. Jamal…. sy turut dipanggil untuk interview bulan 6 jwtn nie… doakan kami berjaya ye…. aminn..

  6. kicah says:

    gudluck kat korang sume…susah jugak nak dapat keje ni sebab sy interview pun byk kali…..tapi skang saya da dapat jwtn ni…Alhamdulillah….

    • Salleh says:

      Tahniah…bolehlah berkongsi info dengan saya , kerna saya bakal mghadiri temuduga ujian bertulis PKNNS hari Rabu ni

  7. jenna says:

    thanks En. Jamal sbb beri info yg berguna..
    semoga tuhan merahmati anda sekeluarga… ^^

  8. ikin says:

    as-salam en.jamal..

    terima kasih atas info yg diberikan..disaat sy sedang mencari ilmu2 tentang jwtn,email en sedikit sebanyak melegakan hati sy memandangkan sy dipanggil interview pd 2/6 ni..terima kasih atas info yg diberikan..

  9. ciklala says:

    saya tak dipanggil pon :(
    korang2 yang dipanggil ni isi form tahun ni ke tahun lepas??

  10. radzian says:

    tq maklumat yg diberikan dapat memberikan sya sedikit ilmu ttg jawtan ni….sy harap dgn info ni sya akan lebih bersedia untuk temuduga jawatan ni….insyallah

  11. khairul says:

    salam..en.kamal sya dpt tawaran interview tk jawatan nie pada 14/6…bleh en.kamal bg tips selain dri yg atas tu… nie 1st time sye dipanggil tok interview…berdebar la jgk..sye graduan dlm bidang hotel n catering management..

  12. mahani says:

    slm..thank u so much for sharing the information given!!really appreciate it!!

  13. Nik says:

    ayoyo…tgk stat 100 kekosongan..yg dipanggil ribu ribu..aduyaiii…kecut perut weiii..nk tunggu 23 hb nih..hari yang terakhirrrr sekali..InsyaAllah..kalo dipanjangkan umo dan ado rezeki kita sumer..ambo doakan geng sumer dan ambo sekali termasuk dlm golongan yang 100 tu..hehehe..koya..untuk en.jamal..tima kasih..e-book en.jamal baru separuh saya baca..siap binding lagi

  14. haslina says:

    thanx byk2 en.kamal utk sume information ni..wish me luck ya!

  15. haslina says:

    sorry..en.jamal..

  16. cyclone says:

    thnx a lots mr. Jamal 4 d in4mation..=)

  17. 5zal says:

    Ada sesape yg dah intview… boleh lar share kat cni.

  18. anum says:

    thanks en. jamal…info yg sgt2 berguna…sy interview 31/5 nie….doakan ye kwn2….insyallah nnt sy sharekan interview 2 nnt yup…..wish me luck!!!

  19. siti says:

    thanx for the info mr. Jamal..harap sy dapat lepas interview yg ketiga kalinya..amin

  20. elia says:

    assalam en jamal…sy interview 14.06 nie…pd anum nnt share info yer…slmt berjaya

  21. anum says:

    alhamdulillah kwn2…da selesai pun interview hari ni sbg PPT(31/5)..gud luck sume…arap2 rezeki berpihak pada saya….=))

    kat cni sy nak share ckit pengalaman 1st time interview gov..sy smp pukul 7.50pagi dan terus daftar..sy merupakan calon keenam dipanggil temuduga…wahhh gerun jgk b4 kene panggil 2…masuk je bilik temuduga ade 2panel seorg lelaki dan seorg ppuan…yg lelaki asyik belek resume yg ppuan perhatikan je cara kite bercakap..

    1st die tny dtg ngn sape?mak ayah keje pe?blaja kat mna dlu?keje kat mane skng?yg pasal dri kite ckit2 je tny 2pn xberape formal…

    pas2 die tny harga brg nek, gaji xnaik..itu isu semasa..
    then die tny, deskripsi tugas PPT…klu awk dpt keje ni kat mane awk nak berkhidmat/jbtn mane??

    dan yg pntg die byk bg situasi then cmne kite slesai kan maslah 2..cth: klu kwn awk minum kul 10 cmne awk nak tgur?ad kwn mtk tlg punch card cmner awk nak elak?? isu semasa die tny, pasal harga brg nek n gaji xnek…pndgn kitela…

    tp nie sume depend juga pd panel2 msg..len owg len cara soalan..

    okla 2 je yg dpt sy share kt cni…ade pe2 nak tny..tnya jela yee…insyallah.GOOD LUCK SEMUA=))

  22. Cik Naa says:

    TQVM En. Jamal,

    saya akan hadiri temu duga PPT pada 3/6/2011.. Doakan saya berjaya ya..Kali ni dah masuk TIGA KALI saya hadirinya.. Semoga disebalik kesukaran itu akan ada kesenangan..amin

  23. Sizuka says:

    anum…
    boleh saya tau tak… susunan sijil dlm fail..
    saya dah 3 kali pegi interview kerajaan.. tp dah lupa cara susunan…
    setahu saya.. dlm fail tuh.. kena letak IC kat depan skali kan?

    • mazia says:

      tolong jwb..hihi

      susunan dlm fail; ic, surat beranak, sijil2 akdmik (spm,stpm,dip,ijzh) dan salinan2 sijil ko-k (ikt turutan dr sek-uni)…

      • hanini says:

        salam ‘alaik .tumpang tanya .hehe .tentang susunan dalam fail :) .kan semua ni nak sijil asal dan salinan kan ? yang asal kita letak dalam 1 sijil ,yang salinan pulak letak macam mana ya sebab yang salinan penemuduga akan ambil kan ?

  24. Sizuka says:

    salam en jamal..
    boleh tak en jamal bagi tips mcm mane nak jawab soalan kes?

  25. Sizuka says:

    thanks mazia..
    mazia pon dipanggil interview PPT nih ke?
    boleh share pglmn tak?

  26. Nurull says:

    anum>>tQ2…insyaAllah mst b`jye…wish me de luck jg k…

  27. Nurull says:

    to alls…gud luck k…
    smkin dkat ngn ari int`view ni…
    mkin byk psoalnnye…tp dgn bntuan e-book n komen u all sdkit sbyk mbntu…smoge kjayaan b`pihk pd kte smue…chayok2 wt yg t`bek k…

  28. mek says:

    gud luck pada semua..buat yang TERBAIEKK. tengkiu kt anum ada bg info psl i.view aritu..insyaAllah..ada rezki tk ke mana..turn saya kna i.view pd 23/6…hari last…

  29. jannah says:

    sy pn kna i.view ari last tu 23/6…..tak th la cm ner???

  30. norazlina says:

    Assalamualaikum…
    Saya ada pengalaman masa interview PPT ni, pd saya jgn tnjuk belagak pandai sangt espcially yg penah keje PT kat mana2 jbtn, sbb dia akan tanya pasal pekeliling gov, sistem perlembagaan bagai…(sy kecundang ms interview 1 coz confident sgt masa jwb)
    Lagi bagus yg xpengalamn lnsung dlm gov, coz soklan die byk ke arah isu semasa yg boleh goreng ikut pendapat kita…

    Interview 2- pen juruaudit…alhamdulillah sy berjaya, berbekalkan ilmu yg diberika oleh en. jamal, saya jumpe sendiri org2 yg berkerja dg jawatan tu..amek pengalam doirang, ilmu diaorg…

    Pada yg islam jgn lupa doa, solat dhuha n mintak sungguh2…supaya dipermudahkan utk berjaya

    Bila saya tanya balik kawan2 yg berjaya dlm interview, soklan femes :-

    1.Kenapa nak keje gov…
    2.Apa lebihnya awak dari org lain
    3. bersedia jika nak ditempatkan dimana2

  31. cik naa says:

    saya dah hadiri temu duga tu.. tapi saya tak dapat berikan jawapan yang dikehendaki..fikiran tengah blur, dicampur pulak dengan badan yang tengah demam, batuk dan selsema. sedihnya..tawakal padaNYA

    • ayeen says:

      cik naa xnak kongsi ke apa yg disoal..

      • Cik Naa says:

        ayeen..saya baru baca mesej awak..
        dia tanya pasal integriti (tengok kita menyelesaikan sesuatu kes dengan cara yang menunjukkan kita berintegriti ke tidak)
        Kes tui depa akan tanya yang berkaitan permasalah rutin di tempat kerja kita.. itu saja yang dapat dikongsi..walaupun dah terlambat..saya doakan semoga kita semua berjaya menjawat jawatan PPT tersebut.

  32. didie says:

    pd 25/5 saya dipanggil temuduga kerajaan..dah tak sabar tunggu result 27/6 ni..insyaallah harap2 dapat la kerja yg saya pohon tu…amin.

  33. 5zal says:

    Tahun lpas time intview AADK, pnmudga tanya, warna apa tie yg awak pakai hari nie.. kelakar pun ada, sbb tu x pass kot..
    Harap 8 Jun nie semua soalan yng ditanya dapat dijawab dengan yakin, lancar dan bernas. INSYAALLAH.

  34. amane says:

    Assalamualaikum, sy just nk share pengalaman sy ditemuduga baru sebentar td pukul 9.35am- 10.10am..
    pusat temuduga sy di kangar.
    apa yg dtanya td..:

    1.nama, no ic, mak ayah asal mana, alamat semasa, tahun bila amik spm n kena sebut result spm satu persatu..yg ni ada yg sy tlupa sbb dh 8 taun tinggl kn..

    2.datuk abdul rahman (panel spa) tnya sy kenapa x sambung ijazah sedangkan keputusan diploma cemerlang..sy jwb memandangkan sy anak sulung, sy nk tunggu dpt keje tetap dulu baru sambung blaja..huhu

    3. jwatan skrg, apa tugas yg sy buat.
    sy skg bekerja, tp kontrak SPS je di satu jabatn kerajaan ni..(bwh kpkk) melaksanakan tugas PR di samping tu menjadi pegawai projek utk program setiap bln..datuk tnya jugak apa jwtnkuasa yg telah sy wujudkan utk melaksanakn program tersebut,,sy jwbla ada jwtnkuasa persiapan tmpt, hebahan dan publisiti, jwtnkuasa teknikal etc..

    4. sorang lg panel tu..namanya en bakhtiar, dia ni wakil jpa. dia tnya psl t&t..(tuntutan perjalanan).dia tanya..jika kamu nk luluskan tuntutan perjalanan org bawah kamu..macamana kamu nk tau sama ada dia tipu atau x?
    terdiam gk sy, sbb sy xda pengalaman langsung dlm bab-bab ni. then dia bg situasi..dia ckp kalau staf kita bertolak dr perlis ke penang pukul 7 pagi dan sampai penang pukul 5 petang, adakah kamu nk luluskan tuntutan staf kamu tu? sy jwb: kalau ikut logik, perjalanan ke penang hanya memakan masa 2-3 jam shj, jd sudah terang lagi bersuluh yg pegawai sy ni menipu..sbb amik masa hingga 10 jam :p sy xkan luluskan t&t dia,,

    5. datuk minta sy explain senarai tugas pen peg tadbir..yg ni sy leh jwb sbb mmg sy dh hafal pn.hehe..

    6. part ni..mencabar sikit..datuk tnya pasal perolehan. dia bagi situasi..dia ckp jabatan kamu ada buat conference.then, tiba2 stationary utk conference tu x cukup ie kertas, pen etc..how u solve this? as a pen peg tadbir.
    haha yg ni..sy mmg blur kejap..tp sy jwb jgkla..sy ckp sy akn keluarkn duit sendiri utk beli smua kelengkapan tu :p pastu datuk ckp cukup ke duit awak nk beli smua peralatan sbb kos dia ribu2..? sy ckp minta kerjasama staf utk sama2 kumpul duit..n mcm2 lg jwpn merapu :D , mmg datuk ni byk pusing soalan n sy pn byk kelentong jwpn.dh sy xde jwpn tepat utk soalan ni..huhu.last sy jwb sy akan cuba minta bantuan jabatan lain di bwh organisasi sy tu utk tlg…datuk angguk n dia tmbh sikit.dia ckp di samping tu kita kena bgtau pihak atasan tntg masalah ni n cari jalan utk solve kekurangan tu..

    7. datuk minta senaraikan rukunegara malaysia.
    sy diam kejap (sbb cuba ingat 5 rukunegara kita. dlm keadaan neves camtu, benda yg kita tau pn boleh lupa kn..) sy jwb satu persatu..then datuk minta sy pilih satu daripa 5 rukunegara tu dan kaitkan dgn tugas sebagai pen pegawai tadbir..sy pilih kepercayaan kepada tuhan.. sy jwb mana2 agama sekalipun menuntut kita utk berbuat baik tanpa mengira masa, situasi dan tempat. sbg seorang islam, kita mesti melaksanakan tugas yg diamanahkn dengan berpegang kepada prinsip Islam, jujur dalam segala perbuatan dalam pekerjaan, menjaga hubungan dengan Allah (hablu minallah) kerana jika kita menjaga hubungan dengan Allah sudah pasti hablu minannas (hubungan sesama manusia) antara pegawai atasan dan bawahan berjalan dgn baik..n sy ada kaitkan sikit dgn integriti dlm pekerjaan..

    8. last sekali..datuk minta sy pulak tnya soalan kt diorg..peluang ni mmg sy tunggu :p.. sy tnya berapa ramai yg dipanggil temuduga.. (soalan ni pura2 xtau hehe padahal dh cek) datuk pn explain..seramai 4000 org yg dipanggil tapi hnya 100 yg akan terpilih..dia ckp lg kiranya nisbah 1:40..daripada 40 yg ditemuduga hnya 1 yg terpilih..then sy tnya lg, kriteria bagaimana yg dipili? datuk ckp……kita tgk penampilan dia..peribadi..kemahiran berkomunikasi..pendapat calon dlm menyelesaikan sesuatu masalah.yg dtg ni semuanya layak..tetapi yg membezakan calon adalah dr segi yg sy sebutkn td..pastu sy tnya lg kt datuk..datuk, kalau sy gemuruh dlm inteview, adakah mempengaruhi penilaian datuk terhadap sy? datuk abdul rahman ckp, tak..gemuruh tu biasala semua org akn rasa gemuruh tp kita tgk mcmana dia bijak kawal gemuruh tu,.pastu sy ckp: oo..terima kasih datuk.hehe. datuk tnya lg..ada apa2 lg tak? sy ckp…takde soalan dah datuk, tp sy nk ucapkan terima kasih kpd datuk dan tuan kerana sudi menemuduga sy pada pg ini.sy amat berharap sy diberi peluang utk menjadi sebahagian dr penjawat awam.dan jika sy berjaya, sy akan berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmtn terbaik kpd rakyat.(ini mmg sy ckp dgn penuh yakin sambil senyum) diorg pn senyum kembali kpd sy..n datuk ckp insyaAllah..

    ini je yg sy ingat buat msa ni..hehe.tp mmg puas hati sbb dia bg peuang utk kita berckp..n dgn diorg ni sy rasa selesa..mungkin sbb datuk tu very friendly n en bakhtiar tu pn ok..skrg benda dh buat jd berdoa n bertawakal.. :) moga sesuatu yg baik menanti kita smua. kpd en jamal, sy nk ucapkn berbanyak trima kasih ats perkongsian tips yg sgt berguna..sy rasa sy dh aplikasikan utk temuduga kali ni.ni temuduga kali-3..

    • anie says:

      terima kasih share pengalaman temuduga jawatan nie…

      sy temuduga 11.6 nie…insyaAllah, mudah2an saya dapat menjawab soalan2 panel…nervous pn ade…

  35. ros says:

    amane
    saye nak tanya awak inteview dlm bi atau bi

  36. ros says:

    sory., dalam bm atau bi

  37. mek says:

    waalaikumussalam amane..tima kasih atas informasi yg diberikan..saya yang baca ni pun berdebar debar…wow..kira cik amane jwb tu klu saya la…tk terjawab kot sbb tk tau apa benda tuntutan elaun perjalanan..psl perolehan..ayo..ayama ayapak..berpeluh ketiak weiii

    apapun selamat maju jaya utk cik amane..InsyaAllah..ada rezki tk kemana..

  38. amane says:

    ros:dlm bm,,sy tertunggu-tunggu gk utk ditanya dlm bi..tp xde.hehe.tp panel spa tu dia ada ckp campo in bm bi,tp sy jwb dlm bm je.

    mek:sy mula2 berdebar..tp bila dh masuk x ingat ape dh..bila kuar tgk jam 40 minit rupanya.huhu..mmg susah gk post ni..sbb kita kena tau smua kn..sy dhla lemah bab kewangan ni..kenalak soalan yg mcm tu..gud luck juga utk mek, xpela awk sempat lg prepare pe yg patut, jauh lg masanya tu.hehe.

  39. amane says:

    oh ya upa nk gtau, pg td calon yg dipanggil 17 org kt tmpt sy tu, tp yg hadir cuma 9 org..3 org dr 9 org tu calon kpsl..

  40. mek says:

    hehe..40 minit tu..mmg lama..apapun sy tabik ah cik amane leh jwb. tk blur.owh..dr 17 org..yg dtg just 9 org ja..aha..mintak2 la ada can utk cik amane ya..aminnn..sy lak i.view kt p/jaya pd 23 hb ni..tpi ni tgh batuk n demam selsema..da 3 hari tk gi keja. thn 2007 pnah dpgl i.view tpi tk sampai 10 minit..mulanya panel bukak LPP sy then ckp..96 markah..tinggi tu..pernah dpt APC?..sy ckp la tk pernah.pastu trus d tanya..kalu sy hantar awk ke sabak bernam..nk tk? sy jwb..klu buleh nk keja area kl n p/ja sbb hby keja sini…panel tu beriya iya ckp biarla suami awak berulang..bknnya jauh pun sabak bernam. dan sya ttp tk mau..hahaha..terus habih takat tu ja..tk sampai 10 minit. las2 tk dapat..tpi kawan sy dpt keja tu dan di tempatkan di jab.penjara kajang! bukan sabak bernam..sy ada baca ebook en.jamal..kalu ditanya sggp ke d tempatkan di mana saja..katakan YA..sanggup..

  41. mek says:

    oh ya..kawan satu opis dgn sy ( dia ni lelaki ) da 2 kali d panggil i.view utk post PPT..yg di tanya..mengenai setuju tk kalau malaysia pinjam duit IMF? pastu panel tu suruh kawan saya tu baca Al-Fatihah berlagu..ha apa lagi..mengaji la kawan tu dgn lenggok lagu..mcm org nk musabaqah Al-Quran..gelak berguling2 saya bila kwn saya tu citer..kelakor…sbb dia tu lelaki so tk leh nk xcuse lah..klu ppuan..ada hari2nya tk leh baca Quran. ya tak.

  42. farel says:

    thanks 4 infrmation..sy intrview 15/6 ni,ade spe2 dr swak x? nk tnye yg dh intrview ni bpe sesi?

  43. Nurull says:

    tQ amane…best bc cte awk…dlm mse yg sme bdebar2 tggu ari sy lak…pe la yg d tye nnt ek???pe2 pn amane dh lps tgal tggu result je…smoge b`jye…
    -mnant n trus mnant-huhuhuhuhu

  44. ros says:

    saye inteview 22/6 ni kat melaka, ada x sesiapa yg tahu inteview kat melaka brape ari

  45. ayeen says:

    ada sesapa yg intebiu 22.6 ni tak kat jb, manara ansar?? risau la..sbb sy ni 3 thn dh jd full housewife sejak kawen..ni baru nk cr2 keje smula..intebiu ni kira pembuka jalan la..pada yg bekerja mgkin byk tanya psl keje..bg yg penganggur terhormat mcm sy ni apa solanya ye…share any idea….

  46. ayeen says:

    amane: awak intebiu kat mana?

  47. NANANA says:

    AYEEN-KALO YANG TAK BEKERJA OR KERJA SWASTA, KDG2 DIORG AKAN TANYA KENAPA NAK KERJA KERAJAAN, SANGGUP KE BERTUKAR KE SABAH SARAWAK, NAMA-NAMA MENTERI DAN ISU-ISU SEMASA.

  48. 5zal says:

    Saya nak kongsi citer saya dtemudga pd hari ni.

    Tempat: SPN Trg
    Giliran :12/13 (3 Calon KPSL termasuk saya)
    Jantina : 8P/4L
    Waktu Masuk:12.20 T.hari
    Waktu Keluar : 12.50 T.Hari
    Masa : 30 minit

    Selesai sja calon ke 11 loceng berbunyi (berdebar…. giliran saya ni ) saya mengetuk pintu 2 hingga 3 kali, membuka pintu dgn perlahan, dan memberi salam, saya melangkah masuk dengan penuh sopan menuju ke meja penemuduga. fail disuruhnya letak atas meja dan saya dijemput duduk. Maka bermulalah sesi tamudga.

    1) Sila perkenalkan diri, saya pun memperkenalkan diri saya dengan ringkas dan padat. Dalam resume saya, saya tulis hobi berkebun… apa lagi penemuduga tanya lah berkaitan hobi saya, panjang lebar juga (Dlm hati kenapa pulak berminat nak tahu hobi aku, tanyalah pasal pengalaman kerja aku) jadi berkebun tu dah mmg hobi, so x masalah dlm part tu, panel kata berkebun basus, sunnah Rasulullah.

    2) Panel tertarik dengan markah prestasi yg saya dpt 3 thun berturut-turut dan mengucapkan tahniah pada saya. Saya pun dengan merendah diri ucapkan Terima kasih ke atas pujian tu. Panel membrtahu saya, “Awak tahu masih ramai lagi calon diluar sana yg berebut untuk jawtan ini, dan pemilhan adalah mengikut kuota” Saya pun membuka cerita graduate skrg susah nak dpt kerja kerna memilih, dan mereka ingin berkerja terus dengan kelayakn yg setimpal. Penemuduga membuka ruang untuk saya dan panel berbincang dengan lebih lagi berkaitan isu graduan memilih kerja. Panel dari JPA memberitahu saya, dulu saya pernah kerja sebagai tukang sapu sampah dan saya tidak sangka sekarang saya berada di tahap ini. Saya mengiayakan setiap cerita yang diluahkan oleh penel tersebut.

    3) Panel dari SPA tertarik dengan penampilan saya dan beliau kata, saya lihat dari perwatakan awak, awak boleh berada pd tahap yg lebih tgi lagi, bukan setakat EO saja (saya kontrol mcho, dan berterima kasih atas pujian tersebut, tetapi saya kata saya lebih suka naik bermula dari bawah kerna apabila kita berada di atas, kita akan lupa peranan orang bawah sekiranya kita sendiri tidak tahu denyut nadi orang bawah) Panel senyum tengok saya.Dari cara awak bercakap, awak adalah seorang yang nampak kesungguhannya, nampak ciri-ciri kepimpinan (Dalam hati apasal lah panel ni asyik puji aku… ni sajer lar ni nak uji aku) Saya kata, ciri kepimpinan adalah sifat yang perlu ada dalam setiap individu, kerana kita semua adalah pemimpin yang membezakannya adalah cara kepimpinan yang dibawa dan tahap penerimaan org terhadap pemimpin itu sendiri.

    4) Panel tanya saya, sekiranya awak ditempatkan di Putarajya adakah awak sanggup pergi sedangkan kos sara hidup tinggi berbanding dengan apa yang awak ada sekarang. Saya kata dengan bersemangat tak ada masalah tuan, kerana sebagai seorang penjawat awam kita perlu menurut perintah, dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tgi, penempatan bukanlah satu isu yang perlu dipertikai kerana rasa tanggungjawab dan komitmen untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara merupakan matlamat yang perlu ada dlm diri.
    Panel senyum….. saya pun senyum…. sama-sama senyum.. ha..ha..ha

    5) Sebelum sesi berkahir, panel ada memberitahu saya, dia akan mencalonkan nama saya untuk pemilhan pada persidangan nanti, tetapi apa-apa keputusan bergantung kepada mesyuarat panel tersbut. awak berdoalah banyak-banyak, kerana saya akan letakkan nama awak untuk pmilihan. Saya pun mencelah, terima kasih tuan, saya benar-benar berharap saya adalah 1 dari 100 yang dicari dan saya merupakan salah seorang warga JPA nanti. Insyaalah kata panel.

    Panel pun mengakhiri sesi temuduga dgn bersalaman dan saya melangkah keluar. Semasa memgang tombol pntu, saya terdengan mereka berbual saya adalah calon yang menonjol pada hari ini.

    Maka berakhir sesi temuduga yg dpt saya kongsi serba sedikit walaupun banyak lagi yang tak ditulis.Apapun saya nasihatkan diri saya dengan apa yg saya lalui sepanjang temuduga hari, sebagai satu pengalaman dan bukannya setiap kemanisan itu manis akhirnya.

    Nasihat saya, jadilah diri sendiri dan bersikap jujur. Insyaallah rezeki akan ada.

    • eza sunflower says:

      5zal, cerita awak menarik hati saya untuk tahu keputusan temuduga awak.. 25 Julai nanti bila result awak keluar, awak share result awak di sini ya? @_@

    • nurul says:

      akta2 kerajaan mereka tnya x? tentang piagam plggan ker

  49. resQ says:

    5zal :-o rg terengganu memang mcm tu ker..kalau dah suka pada seseorang, apa benda pun semua baik..pengalaman husband saya dulu..interview..kat putrajaya…panel org terengganu..suami saya pun lahir kat terengganu..baru tgk resume dah ckp bagus..sebabnya ruang sumbangan saya letak “AJK BLOK”.dia ckp jarang nak jumpa org muda bergiat utk rukun tetangga..tapi saya percaya panel ada cara mereka utk menilai calon…sepanjang dia temuduga hari ni tak ada resume yg bagus lagi panel tu ckp..alhamdullila husband saya dpt kerja..saya yg dah berkurun2 mintak kerja pun payah nak dpt..saya rasa awak ada harapan nak dpt..apa2 pun selamat maju jaya.

  50. resQ says:

    amane :- en.batiar yg interview awak tu saya rasa bukan org jpa.tapi pengarah jabatan pendaftaran negara..dia seorang yg stright..saya respect la, kalau sapa2 yg interview ngan dia berjaya dpt kerja.soalan yg dia tanya memang kaw-kaw.kalau calon tu dpt kerja mesti calon tu yg terbaik sekali.pernah sekali dia tanya soalan pada calon apa yg terdapat pada logo sekolah awak dulu,sapa nak ingat zaman dulu2 kala..saya dpt info dia akan interview kat alor setar pulak pertengahan bulan ni..sapa2 yg kena ngan dia semoga berjaya..

Leave a Reply