Latihan Separa Perubatan: Peperiksaan dan Temuduga

Latihan Separa Perubatan, antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak SPA bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

Anda terlibat? Terlibat atau tidak, jika nak baca boleh terus baca.

Setiap tahun, pengambilan adalah ramai dan ianya diambil 2 kali dalam setahun. Iaitu pada bulan Januari dan juga Julai.

Latihan  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan 13 latihan separa perubatan bertaraf Diploma dan Sijil kepada orang ramai bagi sesi pengambilan Julai 2011.

Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)

Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)

Latihan Jururawat

Latihan Jururawat Masyarakat

Latihan Jururawat Pergigian

Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

Latihan Juruteknologi Pergigian

Latihan Juru X-Ray

Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Latihan Penolong Pegawai Farmasi

Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Sebanyak 1688 (Julai 2011) kekosongan akan diisikan oleh calon yang layak berusia antara 17 hingga 25 tahun atau pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat perlu berusia tidak melebihi 51 tahun. Keutamaan diberikan kepada lepasan SPM baru-baru ini.

Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan 3 tahun, manakala 2 tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian

Biasiswa semasa Latihan

  • Biasiswa Bulanan (Program bertaraf diploma ) RM 621.21
  • Elaun buku (setiap tahun ) RM 250.00
  • Elaun alat perkakas (sekali sahaja) RM 25.00
  • Elaun kertas projek (setiap tahun) RM90.00
  • Penginapan dan pakaian seragam di sediakan

Selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Untuk melayakkan calon berjaya mendapat latihan separa perubatan ini, ada 2 sessi penilaian akan mereka lalui. Pertama, ujian bertulis, dan kedua, sessi temuduga “face to face”.

PANDUAN PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI LATIHAN SEPARA PERUBATAN GRED 29

ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa perkara berikut :

i. Surat Panggilan menduduki peperiksaan;

ii. Kad Pengenalan;

iii. Alat tulis; pensil 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-lain alat tulis yang difikirkan perlu;

2. Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.

3. Calon mesti berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.

4. Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.

6. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK DIBENARKAN.

7. Calon mesti mengenal pasti tempat pusat peperiksaan dijalankan.

8.  Calon wajib berpakaian kemas dan sopan.

 

PANDUAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan ini mengandungi satu (1)  bahagian iaitu:

BAHAGIAN I – PSIKOLOGI

Seksyen A – Sahsiah Diri

Ujian sahsiah bertujuan menilai sahsiah atau personaliti calon dalam proses pengambilan pelatih

separa perubatan.  Ia dibangunkan untuk menilai beberapa  gagasan personaliti untuk jawatan-jawatan separa perubatan.

Masa – 40 minit

Bilangan Soalan – 139

Seksyen B – Minat

Dalam seksyen ini dua (2) pilihan jawapan disediakan. Calon hendaklah memilih jawapan yang sesuai dengan minat.

Masa – 20 minit

Bilangan Soalan – 227

So, jawab la exam tu betul-betul ye. Jawab dengan membayangkan  anda adalah salah seorang yang sedang berkhidmat dalam bidang tersebut. Ini akan menentukan anda minat atau tidak, sesuai atau tidak dengan latihan yang bakal diberikan nanti. Jika anda minat, insyallah anda akan berjaya dalam peperiksaan bertulis ini.

SESSI TEMUDUGA

 

 

Biasalah, sessi temuduga. Anda perlu berpakaian kemas yang bersesuaian. Bertali leher buat  calon lelaki, dan berpakaian sopan buat wanita. Dan antara paling penting, kemahiran berkomunikasi antara yang menjadi ‘sasaran’ oleh panel pemilihan.

Bagaimana nak berpakaian untuk temuduga ini? Rujuk di bawah:

http://www.spa.gov.my/Portal/Etika_Pakaian_Temu_Duga

Persiapan dokumen yang nak dibawa? Rujuk di bawah:

http://www.spa.gov.my/Portal/Hadir_Temu_Duga

Bagaimana nak buat persiapan sekiranya dipanggil ke temuduga ini?

Anda boleh STUDY berkenaan topik-topik ini:

  • Bidang tugas jawatan yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga

Anda boleh rujuk di sini:

http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan

  • Bidang-bidang yang tergolong dalam jawatan yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga
  • Visi, Misi dan Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM)

Rujuk sini http://moh.gov.my/

  • Menteri Kesihatan dan juga organisasinya (timbalan menteri sudah memadai)

Rujuk sini http://moh.gov.my/

  • Dimana Kolej latihan
  • Isu – isu semasa yang melibatkan kesihatan. Contohnya yang terbaru – isu loji nuclear di Fujushima, Jepun.

Juga boleh layari- http://www.infosihat.gov.my/

Dan juga soalan-soalan standard dari SPA seperti CONTOH di bawah:

  • Perkenalkan diri, pengalaman, kelayakan
  • Bekenaan Malaysia – 1 Malaysia, Perlembagaan, RUkun Negara dll
  • Apa PLAN akan datang anda
  • Indek KPI
  • Isu semasa – sukan, politik, ekonomi dll
  • Soalan-soalan menguji kebolehan, kejujuran dan akhlak

Itu saja yang dapat saya kongsikan kali ini. Mungkin jika anda ada pengalaman, ada pengetahuan berkenaan Latihan Separa Perubatan bolehlah share-share di sini. Share contoh-contoh soalan yang ditanya, share pengalaman hadiri temuduga, share persiapan temuduga, share berkenaan pengalaman setelah menjalani latihan atau apa saja yang berkaitan. Sekian dari sayaJ

Latihan Separa Perubatan, ramai ingin mengetahuinya…

Comments (151)

 

  1. iela93 says:

    tkot la nkg interview 9 mei nh….ya Allah,permudahkanlah prjlannku… AMIN

  2. Amiela says:

    Sape2 yg da lepas tmuduga Latihan jururawat , share2 la kat sini pgalaman n s0alan2 di beri , ^^

  3. atiqah says:

    esok 2/5/2012 , temuduga di Jalan Rasah N9 . Latihan Jururawat . Saya nak tahu , program itu habis pukul berapa ye ? sebab jadual padat lah . pada masa yang sama , saya ada pembentangan dan kuiz . agak-agak pukul 11 , habis tak ?

  4. ara says:

    kpd sesape jew yg nk jd nurse kerjaan kene ada rse minat n snggup trima tugasan klu rse2 x boleh jgn pe sb sya bnyk brtnya dgan nurse veteran bnyk antra mreka yg kate dulu mse temuduga semua nya sanggup,tp bile dh lame keje ada yg mengeluh ari2,ada jgak yg brsengkang mata x ckup tido[trutama yg dh brkhwin],ada yg nk mnangis sb mslah penjagaan ank [x de orng nk jaga ank mreka]trutama yg blik mlm.klu nurse yg udah brkahwin n ada ank kenalah cari bibik or sesape jew yg bleh jaga ank kte jika bertugas mlm.
    oleh itu,seorg jururwat prlulah mmpunyai mental n fizikal yg kuat mnghdapi cabaran berbakti utk masykt n negara,juga mnjadi ibu yg pnyayang[wanita].sya tabik dgn jiran sya [nurse]yg snggup mninggalkn ank kembarnya utk mnjlnkn tugas wlaupun terpksa mminta bantuan keluarga utk mnjga anknya semntara waktu.

  5. ara says:

    sok nk g tmduga 8 pagi dah baca skit2 pasal juruwt entah apalh sokln nye???smoga sume brjln dgn lancar n dmurahkn rezki….

  6. sheera says:

    salam,sya ada apply latihan spara prubatan ni. tapi macam mana kita nak tau yang kita dapat ya?

  7. zuzu says:

    sape dapt intrview nursing bwh suruhanjaya perkhidmatan awam..sbb kn slalu interview nursing under kementerian kesihatan.. same kew?

  8. Farah R says:

    Saya baru hadir temuduga dekat melaka bagi latihan jururawat. Alhamdulilah, everything went well sebab its my third time interview. Ha yang penting jangan putus asa. banyak kan study apa yang berkaitan tentang jururawat. kadang2 penemuduga tu cuma nak tgk tahap keyakinan kita berkomunikasi je, so jangan gentar or gemuruh. rileks kalau tak boleh jawap mintak maaf dgn sopan. Okay good luck pd semua bakal bakal calon separa perubatan :)

  9. ANONYMOUS says:

    agak2nye kalau amek sijil pembantu pembedahan pergigian boleh sambung sampai degree tak?nanti boleh jadik ape eh?tolong reply sorang>

  10. anna says:

    boleh saya cakap dalam ENGLISH semasa temuduga ? kerana saya tak berapa pandai bercakap dalam bahasa melayu ??

  11. Que says:

    alhmdulillah bru2 ni sy semak spa..akhirnya sy dpt jururawat pelatih stlh 2 kali mencube..yup..kne yakin,pndg tepat pd pnemuduga,beri senyuman manis..dan pd sy kite kne timbulkn isu yg btul2 kite dh study..contoh sy study mngenai pnyakit mental,jenis ubt..paling penting kite pndai berkomunikasi..sape2 yg baru nk mencube smoga berjaya..

  12. zaki daim says:

    lagi la tkut tuk 4 oktober ni. . . .

  13. stacey gulit says:

    saya ada berapa hari lagi tuk siap2x mencari bahan2x yang berkaitan… … tuk ditemuduga pada 22/9… …. hehe ..

  14. olie says:

    terima kasih . maklumat di atas amat membantu ;)

  15. shime says:

    sye intrv 15.10 nie . . ad yg sme dgn sye x??

  16. farah says:

    sy kne tmuduge 11/10 ni. p tak tau nk stdy ape utk tmuduge ni. spe2 leh bntu.

  17. jack says:

    lh pla klna pggl temuduga latihan separa perubatan ni . .mna tw psl skt2 ni . .ape lh nk jwb klu kna tnya nt . .cian tw klu senyap jew . .

  18. Pijah says:

    saye dh dpt surat rasmi panggianl temuduga ptg tdi…huhhhhh,makin berdebar rasenye….ada sesiape yang tau tax contoh2 soalan yang kan di tanya dalam peperiksaan khas nanti???????…pleaze help me…..

  19. ain says:

    sy dpt tmu dga 9/10..ahh tkutnye..tima kaceh utk tips..

  20. azri says:

    doakan sy pada 3/10 di JB..
    #4651 LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM

  21. mima says:

    ada siapa-ii p interview Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian?

  22. maman says:

    sye kene interview 29/10 ni latihan pembantu kesihatan awam..sye dah prepare suma tpi x tau lulus ke x temuduga 2 nanti..doakan saye dapat k kawan2

  23. chris says:

    Nak tnye,kalau sijil SPM xkuar lg,bwa slip je bole x mase interview?

  24. ciputcomey says:

    kepada @mima : hari tuh i ade inteview DSA stand for Dental Surgery Assisstant, everything went well. And the important thing is u need to know what kind of uniform DSA nih pakai. Then, kene tahulah about DSA : brape tahun blaja, kolej kat mane, ape plan u for the future, kenapa u interested in this field. Ok, anyway goodluck.! Confident .! Fighting2.! :D

  25. wan says:

    kalau prgi interview tuu nanti….die org nanti tanye pakai bahase ape eh…..kalau bahasa melayu ok lah sikit saya boleh layan……kalau bahase inggeris ….adoihai….kena lah saya bawak kamus…..

  26. Nabila says:

    dapat pnggln interview nursning @HTAA, Kuantan 30/10/2012.. hopefully pass with flying colours… btw, nk study ape pasal nursing ni ?? n waktu interview face to face tu, ape antra soalan yg dia biasa tny ???

  27. gha says:

    takder k owg yang dapat MA(MEDICL ASISTANT)???besok daa tmudga nieh…takowt!!!

  28. yann says:

    err nk tnye ni ,, mase nk g temuduga 2 nnti resume kite kne buat sendiri ke ?? atau just bwk borg maklumat tmbahan yg spa da bg 2 ??
    n dokumen salinan yg kite kena bawak 2 kne ad cop pengesahan ke ??
    n last question .. –>klo kite amik stpm kite kne ckp ke dlm borg 2 ?? sbb ad org infom jgn ckp kite tgh blaja kat fm6 sbb ty susah nk dpt ..
    harap ad yg sudi menjawab kekeliruan sy ni :)

  29. abidah says:

    Saya dpt interview latihan jururawat 29/10/2012 nih. tp saya still tak dapat surat lg. ada siapa2 yg dpt sama dengan saya tak? saya interview kat putrajaya. Siapa2 yg dh pergi interview tu, share lah info sikit. sangat berharap dapat study under kkm.

  30. yana says:

    sy intiview latihan jururwat 5/11/2012 nie….adew sapew2 bleh kongsi…dy tnye apew erk

  31. izyan says:

    saye kne p interview 29/10/2012 nie adoii esok bru nak cri bhan-2 utk interview nie..nak tye biase temudge nie kbnyakan tye dlm nhse melayu kew english ???? tolong-33333

  32. chan says:

    salam. korangg, kan kite dpt satu borang and kena isi. if dekat offer letter tu terang2 ckp separa perubatan, then dekat borang tu nak letak apa ehh? do help meee plsss :/soalan yg ” jenis latihan yang ditemu duga mengikut keutamaan calon” <—- tak pahamm :(

  33. Madi says:

    Saya dah tmudga hritu utk 3 jwtan .,penolong pengawai kesihatan persekitaran,pembantu perubatan dan juruteknologi makmal perubatan . Antara 3 ni saya plih penolong pengawai ksihatan perskitaran sbb minat dn tugasnya yg mencabar . Hrap2 dptla , insyaALLAH . Buat yg nk inteview,hrp buat yg trbaik . Kbnyakan soalan ttg tugas jwtan,tmpat bljr,tempoh bljr,kkm dll . Saya haritu , dia ada tnya jugak dlm english, nsib fhm skit dn tau ckp english skit2 , hehe . So kna brsedia tuk itu jgak . Apa2pun goodluck ! Salam …

  34. aini says:

    Aduh bedebar giler ase nak p intview jururawat ni,thank u kwn2 bg tip2.

  35. siti says:

    salam. nak tanya sket kalu dh umur 29 thn bleh mintak lg ke utk separa perubatan?

  36. ya says:

    esok nk pegi temuduga… mcm maner laa soalannyer..
    mudah2an dipermudah kan segale urusan.. amin…

  37. nur says:

    salam,
    sy sdg blaja asasi kt uia dlm kos sains kesihatan bersekutu
    sy dpt spa dn intervew 1 nov
    sy ta tw ap y terbaik
    sy hrp sgt dpt jd pharmacist
    klu sy amik spa ,sy msih bpluang utk further ke degree???
    klu sy ta amik spa ni,,sy kna black list ke?
    mcm mne nij?????
    tolong
    tnkiu

  38. fatin says:

    salam semua, sy nk tny btl ke dokumen yg nk dibwa mase t.dge latihan jururawat kena cop dlu,, sy confuse sgt ni,, n ada x kt sini yg pnh intrview latihan jururawat, plz share ye soaln apa yg disoal t n mcmne nk jwb soaln peperiksaan t ssah ke x,,,,,,, plzzzzzzzz,,,,,

  39. nizaa says:

    sayaa interview 5/11 ni… jalan rasah. spe samaa dgn sayaa?? penolong pegawai farmasi dgn nurse mne lagi okaykayy???

  40. naimi says:

    hye..sya interview 9/11 ni..dkt penang
    latihan pembantu pegawai persekitaran..
    hrap2 sgt dpt..takot jgk ni..
    sya rasa, sya interview hari last skali..

  41. shazmie says:

    ringkas jew…pada 9/9/2012 sya tmuduga latihan jururawat sp8..pgi 2 pkul 9.00 ad ppriksa sahsiah diri soalan ye atau x..lepas 2 tmuduga face 2 face dia tnya tntang diri,solan situasi pendapat,penyakit,rkun ngara,nma raja,tugas jrurawat…okay doakan sya ye

  42. maya says:

    oh intake ye januari dan julai je??so saya yang baru mohon disember 2012 ni kena tunggu keputusan for jan next year lah ye…agak2 kalau apply juru x-ray banyak ke kekosongan and kelayakan dia berapa A ye?

  43. Very soon this website will be famous amid all blogging and site-building viewers,
    due to it’s nice content

  44. webs.com says:

    Spot on with this write-up, I seriously think this web
    site needs a lot more attention. I’ll probably be returning to read through more, thanks for the information!

  45. V3xZVQyiD says:

    925942 818995I like this website its a master peace ! Glad I detected this on google . 428592

  46. I’m really loving the theme/design of your site. Do you ever run into any web browser compatibility issues? A number of my blog readers have complained about my blog not operating correctly in Explorer but looks great in Firefox. Do you have any advice to help fix this issue?

  47. Print Free Grocery Coupons…

    Save Money with Free Grocery Coupons…

  48. Since the admin of this website is working, no doubt very quickly it will be renowned, due to
    its quality contents.

  49. Am Sai says:

    Spe yg akan masuk kolej kesihatan awam batu rakit 1/7 nie?

Leave a Reply