Latihan Separa Perubatan (Calon Sabah) 2014

PERHATIAN : Seisi temuduga bagi pengambilan pelatih Separa Perubatan peringkat diploma bagi calon Sabah akan dilangsungkan pada 28 September 2013 hingga 1 November 2013.

 

 

Semakan calon layak ke seisi temuduga Latihan Separa Perubatan (Calon Sabah) 2014boleh dibuat menggunakan link berikut :

 

http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_sp_sabah.php

 

 

Bagi yang layak TAHNIAH dari kami. Gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin untuk disenaraikan antara calon yang layak mengikuti seisi Latihan Separa Perubatan 2014 nanti.

 

 

Untuk entri kali ini, kami sediakan info ringkas berkaitan Latihan Separa Perubatan.

 

Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya separa perubatan dalam pelbagai bidang di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat 10 pilihan bidang latihan peringkat diploma dan 3 pilihan bidang latihan peringkat sijil.

 

Calon yang terpilih akan menjalani latihan selama 2 ½ tahun (sijil) atau 3 tahun (sijil) di kolej kejururawatan atau institusi yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa elaun lain.

 

 

Pelatih yang LULUS Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma bakal dilantik dalam jawatan (mengikut bidang latihan) dalam KKM untuk menyertai staf paramedik di hospital atau klinik kesihatan kerajaan. Bagi lulusan sijil akan bermula sebagai staf separa perubatan Gred U17/Gred U19, manakala lulusan latihan peringkat diploma sebagai staf separa perubatan Gred U29.

Profesion dalam bidang ini sememangnya memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai dan terlatih dalam menguruskan aspek perubatan, penjagaan diri dan kesihatan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

 

 

Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan platform terbaik untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berusia 18 hingga 25 tahun yang berminat menceburi bidang kerjaya di KKM.

 

 

Pihak SPA menawarkan Latihan Separa Perubatan untuk individu-individu yang berkelayakan dan ingin berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 2 peringkat program latihan yang ditawarkan iaitu :

 

 

Latihan Separa Perubatan Peringkat Diploma Gred U29
Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil Gred U17/U19

 

 

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun, iaitu :

Seisi Januari
Seisi Julai

 

 

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengumumkan atau mengiklankan tentang pengambilan pelatih Separa Perubatan di portal SPA.

 

 

Pelatih Separa Perubatan akan menjalani seisi latihan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

 

 

Tempoh latihan :

Latihan Separa Perubatan Peringkat Diploma : 3 tahun
Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil : 2 ½ tahun

 

 

Kesinambungan dari latihan yang ditawarkan ini, pihak KKM telah menubuhkan Bahagian Pengurusan Latihan KKM bagi pihak KKM melatih bakal anggota paramedik untuk Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma.

Comments

  1. Great article and right to the point. I don’t know if this is really the best place to ask but do you people have any ideea where to get some professional writers? Thank you 🙂

Speak Your Mind

*