Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Latihan Pembantu Kesihatan Awam

 

 

Temuduga Bagi Pengambilan Pelatih Separa Perubatan Untuk Latihan Pembantu Kesihatan Awam akan dilangsungkan pada 25 Ogos hingga 30 Ogos 2013.

 

Ianya adalah untuk calon-calon dari Semenanjung Malaysia.

 

 

Semakan calon layak di link berikut :

 

 

–>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php

 

 

 

LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM

 

 

Latihan Pembantu Kesihatan Awam

 

Jantina : Lelaki sahaja

 

 

Tempoh Latihan : 2 tahun

 

 

Biasiswa Semasa Latihan : RM517.15 sebulan*
*Dalam Bajet 2013, kerajaan telah mengumumkan kenaikan sehingga 88% elaun bulanan pelatih Separa Perubatan dalam bidang latihan tertentu.

 

 

=>Pelatih peringkat diploma – Elaun bulanan dinaikkan dari RM 621.21 kepada RM 1,166.58
=>Pelatih peringkat sijil – Elaun bulanan dinaikkan dari RM 517 kepada RM 835.

 

 

 

Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Tempat Latihan :

 

 

•    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
•    Kolej Latihan Pembantu Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu

 

 

Syarat Latihan :

 

 

a.Warganegara Malaysia
b.Umur

 

 

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

 

c.Kelayakan

 

 

Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

d.Keutamaan

 

 

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik;

 

 

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

 

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

 

mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan

 

 

berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

 

 

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17.

 

 

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

 

Latihan Pembantu Kesihatan Awam

 

 

Comments

  1. muhammad danish donie says:

    Saya merupakan pembantu perawatan kesihatan di hospital betong, sarawak ingin bertanya bagaimana sekiranya saya ingin memohon untuk mengikuti latihan pembantu kesihatan awam di kuching sahaja? Saya sudah berkhidmat di dalam jawatan ini selama lebih 7 tahun.

  2. saya telah terima email dari SPA dan saya dikehendaki menghadiri temuduga pada 23/3/2014, masalah syarat-syarat yg saya baca 17-25 tahun sahaja…sekarang umur saya sdh 34 tahun..adakah patut saya datang ke temuduga tersebut

  3. justina paihon says:

    Saya bru pemohon pembantu kesihatan awam gred u17..sya dpt krja nibp sya brminta..

Trackbacks

  1. […] Latihan Pembantu Kesihatan Awam […]

Speak Your Mind

*