Latihan Jururawat Masyarakat

LATIHAN JURURAWAT MASYARAKAT

 

 

Tarikh Temuduga : 02/9/2013-05/9/2013

 

Link Semakan Calon Layak Temuduga :

–>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

Jantina : Perempuan sahaja

 

 

Tempoh Latihan : 2 tahun 6 bulan

 

 

Biasiswa Semasa Latihan : RM517.15 sebulan*
*Dalam Bajet 2013, kerajaan telah mengumumkan kenaikan sehingga 88% elaun bulanan pelatih Separa Perubatan dalam bidang latihan tertentu.

=>Pelatih peringkat diploma – Elaun bulanan dinaikkan dari RM 621.21 kepada RM 1,166.58
=>Pelatih peringkat sijil – Elaun bulanan dinaikkan dari RM 517 kepada RM 835.

Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan :

•    Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
•    Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
•    Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
•    Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
•    Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
•    Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
•    Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
•    Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
•    Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
•    Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah

 

 

 

Syarat Kelayakan Latihan Jururawat Masyarakat

 

a.Warganegara Malaysia

b.Umur

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

c.Kelayakan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d.Keutamaan

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

 

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

Mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan

Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19.

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

 

 

 

Deskripsi Tugas Jururawat Masyarakat Gred U19  

 

Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan / Klinik Desa/ Pusat Kesihatan

Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
Memberi pendidikan kesihatan.
Menyambut kelahiran bayi.

 

 

 

Statistik Pengambilan Pelatih Latihan Jururawat Masyarakat

 

 

Jumlah Permohonan : 95,798
Calon Temuduga : 913
Jumlah Kekosongan : 59
Calon Simpanan : 30

 

 

Bagi calon-calon yang layak ke seisi temuduga Latihan Jururawat Masyarakat, admin syorkan Pakej Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK) bagi membantu membuat persediaan menghadiri seisi temuduga tersebut. Untuk info lanjut lawati laman web www.kerja-kerajaan.com.

Comments

  1. Knpa sya blum dpggl temu duga ? Sdgkn sy memenuhi kelayakan yg dia nak… Adakah jm tiada kekosongan pda msa ini ? Comfius sngt2..and kalau bleh sy nk cpat2 dpggl tmu duga, .. Sb sy minat sngt2 nurse ..

  2. apa maksud calon simpanan? kalau keputusan temuduga ‘anda dikategorikan sebagai calon simpanan’ apa maksudnya?? adakah dikira berjaya?

  3. Saya dapat calon simpanan utk jawatan jm.. Brapa lama kah masa saya perlu tggu utk mengetahui kputusan selanjutnya??

  4. Bila pengambilan JM 2014 ? Boleh tlg jawab takkkk

  5. Sy clon smpnan jm. Iv pd nov2013. Npe skrg msih blom di panggil? Mohon pencerahan

  6. Jika i luluskan bi dan matematik sains pun dapat kepujian tetapi bm tak dapat kepujian boleh tak

Speak Your Mind

*