Latihan Jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia

Latihan Jururawat

 

 

Seisi pemilihan calon pelatih Latihan Separa Perubatan bagi latihan Jururawat akan dilangsungkan pada 02/9/2013-06/9/2013 mengikut jadual terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA. Semakan calon layak temuduga untuk latihan jururawat boleh dibuat di link berikut :

 

 

http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

 

 

Sekiranya anda terpilih sebagai calon temuduga latihan separa perubatan, admin ucapkan sekalung tahniah. Hargailah peluang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya untuk mencapai cita-cita bergelar seorang penjawat awam.

 

 
Latihan Jururawat

 

 

Jom tengok statistik pengambilan untuk latihan jururawat seperti yang dikeluarkan oleh pihak SPA.

 

 

 

 

Jumlah Permohonan : 117304
Calon Temuduga : 1205
Bilangan Kekosongan : 148

 

 

Wow..begitu ramai sekali permohonan untuk mengikuti seisi latihan ini, iaitu seramai 117,304 orang. Pihak SPA telah membuat tapisan dan menyenaraikan seramai 1205 calon bagi pengambilan pelatih seramai 148.

 

 

 

1-LATIHAN JURURAWAT

 

 

 

Jantina : Lelaki dan Perempuan

 

 

Tempoh Latihan :

 

•    3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
•    1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)

 

 

Biasiswa Semasa Latihan : RM621.21 sebulan*
*Dalam Bajet 2013, kerajaan telah mengumumkan kenaikan sehingga 88% elaun bulanan pelatih Separa Perubatan dalam bidang latihan tertentu.

 

 

=>Pelatih peringkat diploma – Elaun bulanan dinaikkan dari RM 621.21 kepada RM 1,166.58
=>Pelatih peringkat sijil – Elaun bulanan dinaikkan dari RM 517 kepada RM 835.

 

 

Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Tempat Latihan :

 

•    Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
•    Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
•    Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
•    Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
•    Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
•    Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
•    Kolej Kejururawatan Melaka
•    Kolej Kejururawatan Muar, Johor
•    Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
•    Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
•    Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
•    Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
•    Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
•    Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
•    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
•    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
•    Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

 

 

 

Syarat Latihan :

 

 

a.Warganegara Malaysia

b.Umur

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

 

c.Kelayakan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

d.Keutamaan

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

 

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

 

 

mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

 

 

lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

 

 

berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

 

 

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.

 

 

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

 

 

 

 

PROSPEK KERJAYA PELATIH LATIHAN JURURAWAT

 

 

Latihan Separa Perubatan : Diploma Kejururawatan

 

 

Buat lulusan SPM yang berumur antara 18 hingga 25 tahun, anda berpeluang membina kerjaya sebagai Jururawat Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Latihan Separa Perubatan.

 

 

Kerjaya sebagai seorang Jururawat adalah memfokuskan kepada memberi perkhidmatan perawatan kepada semua lapisan masyarakat. Untuk menceburi profesion ini, anda perlu mempunyai ciri-ciri penyayang, penyabar, berdisiplin dan boleh bekerjasama dengan ahli pasukan kesihatan.

 

 

Untuk dilantik sebagai Jururawat Gred U29 di KKM, anda perlu terpilih & menjalani latihan Separa Perubatan selama 3 tahun terlebih dahulu serta perlu LULUS mengikut syarat yang ditetapkan bagi memperolehi Diploma Kejururawatan oleh KKM.

 

 

Jika anda terpilih sebagai pelatih Separa Perubatan – Latihan Kejururawatan, anda akan menjalani latihan di institusi kejururawatan KKM selama 3 tahun sebagai persediaan & latihan sebelum dipilih menjadi staf paramedik di KKM. Sepanjang latihan anda adalah pelatih tajaan KKM.

 

Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menikmati elaun bulanan serta beberapa elaun & kemudahan lain. Selepas tamat latihan dan memperolehi Diploma Kejururawatan, anda sebagai pelatih tajaan KKM perlu berkhidmat dengan pihak KKM selama 4 tahun bermula dengan jawatan sebagai Jururawat Gred U29.

 

Selepas tamat latihan, anda akan ditawarkan pekerjaan oleh pihak KKM sekiranya menepati syarat kelayakan yang ditetapkan. Menarik bukan? Sepanjang tempoh latihan, anda menerima elaun bulanan serta lain-lain elaun & kemudahan. Selepas tamat latihan, anda berpeluang memperolehi pekerjaan di sektor awam sebagai staf paramedik KKM.

 

 

Latihan Jururawat

Comments

  1. vasundra a/p abu bakar says:

    Saya nak belajar kursus ini jika diberi peluang ,tolong saya dah lama cub

  2. Sy sangat brminat nk msuk ltihan separa prubatan gred u29 ,tp kelulusan sy math n bi d peringkat lulus shaja, adakah sy brpeluang untk mgkuti latihan ni .? ..

  3. SAYA AD 7KRDT .. MENEPATI SYARAT, TAPI KNP X DPNGGIL ? ATAU SYARAT2 UTK JRRWAT SDH BERUBAH ?

  4. sy akan ditemuduga untuk kali ketiga pada 31 hb oct.berharap sangat temuduga kali ini akan berjaya.

  5. sya pon ada interview pada 31hb di mlka…ada tips x…?ini first time..

  6. chee sheau nee says:

    hello,tumpang tanya..kenapa ya saya tidak kena terima oleh spa8? sedangkan dri 2012 hinnga sekarang saya cuba memohon..tapi tidak diterima…

  7. chee sheau nee says:

    saya ingin sangat nak masuk kerja kerajaan…saya amat berminat sangat dengan kerja jururawat…saya amat harap bahawa pihak suruhanjaya persekutuan awam dapat menerima permohonan saya di spa8i laman web yang saya telah memohon …sekian terima kasih ^^

  8. Laila Kamal says:

    salam sejahtera semua…sy ingin berkongsi sedikit tntang pengalaman istimewa yg sgt bermakna sekali pd sy..mungkin sedikit sebanyak mmpu mmberi keyakinan kpd semua yg mmbacanya…

    Sy sgt gembira dan bersyukur sekali kerana tlh berjaya dlm intvw spa8 iaitu latihan jururawat bertaraf diploma ari tu..walhal itu adlh kali pertama sy pgi intvw spa8 dan mmg sy x sangka sangat terpilih..kemasukan januari 2014..syukur sgt!
    Semasa temuduga tu,sy tengok semua yg hadir masih sedang belajar lagi,kiranye ramai budak yg pandai2 yg dtg intvw tu..terasa nevess sgt!tgk mereka rileks je,terasa mcm sy sorang je yg gementar sgt..tp sy kuatkan hati dan bertawakal..ssungguhnya Tuhan yg mnntukan rezeki ssorg…jadi sy trus berdoa dan yakin dgn diri sy..turn sy utk diintvew adalah org yg ketiga..sy ketuk pintu,senyum kpd 2 org panel dlm blik tmuduga trsebut..mmg nevess,tp cube utk bertenang..alhamdulillah semua berjalan lancar wlaupun sy sgt gugup smasa mnjwb soaln dari panel pnemuduga..nasib baik tak de soalan tntang politik,menteri o ape2 la yg susah…die cuma tye tntang diri sy,knapa sy minat dgn jawatan nurse,tugas nurse(sy cume jwb 3 je),pastu die tye jgak knape diri sy perlu layak terpilih bg jwtan ni..sy cuba jwb dgn baik wlaupun ade sedikit yg merepek sbb trlalu gugup..huhu..malu juga sbb panel pndang lain mcm kat sy sbb muka sy trlalu nervous…huhu..anyway,alhmdulillah selesai semuanya..kluar je dari bilik intvw,sy trus pgi kat mak ayah sy..diorang ckp sy yg paling lama skali diinterview,adala lbih kurang 40 minit camtu..pdhal sy tgk budak sblum sy tu lbih krg 10 minit je intvw…sy mula rasa risaw,kot2 x tpilih ke,sy fikir kot2 sy ni gugup sgt sampai panel tu susah nak tye soalan ataupon sy trlalu prlahan mnjawab soalan?huhuu..mase tu sy tawakal sgt…dan akhirnya…….
    tAHNIAH ANDA BERJAYA!
    sy sgt terkejut lpas dpt jawapan temuduga ni kat spa8..Alhamdulillah byk2…
    Spnjg penantian mnunggu keputusan temuduga ni,sy slalu berdoa dan buat solat hajat agar Tuhan makbulkan hajat sy yg sgt besar ni…setelah sy kecewakan kedua org tua sy sblum ni,sy ingin mengubat smula kkecewaan mereka dgn kejayaan ini!alhamdulillah..
    Bukan ape,sblum ini sy blaja kat UM dlm kos Human Resource,tp sy x minat..jd sy tarik diri dan fmly sgt hampa sehingga orang kampung turut bercerita tntang apa yg sy buat ni..Tapi sy yakin semua ini ada hikmah…sy trus bersabar dan alhmdulillah sy berjaya temuduga spa8 ini…dalam usia 18 tahun dan masih setahun jagung dlm mncari pngalaman hidup,sy berdoa semoga sy dpt blja sunguh2 dan mmbantu kedua ibu bapa sy…itu la yg slalu sy doa smasa mnunggu kputusan spa8 ni..bila da dpt ni lega hati sy sbb x payah susahkan ibubapa sy krna kerajaan tlh menanggung spenuhnya pengajian sy nnti…tmbahan pula sy anak sulung dan masih ramai lg adik yg bersekolah..
    Jadi,kpd yg betul2 minat dgn kerjaya jururawat ini,teruskan berusaha mengisi borang di spa8…klau x dpt jugak,jgn putus asa kerana rezki ada dimana-mana..mgkin x dpt nurse,pasti ada yg lbih baik mnanti..insyaallah..sy hrp sedikit sbnyk pengalaman sy ni dpt beri manfaat kpd pmbaca..maaf la ye klau agak berterabur sikit ceritanya..tp sy ikhlas ingin kongsikannya…sy doakan agar pembaca yg lain juga berjaya dlm spa8 mahupun cita2 masing2…akhir kata,jgn putus asa terutamanya perlu sentiasa berdoa dan berharap kpd Tuhan..krna rezeki dan takdir Tuhan tentukan…(maaf ye klau ad trkasr ahasa atau sensitif kpd pmbaca..) 🙂 terima ksih mmbaca..

  9. interview saya paling cepat kurang dri 15minit 🙂 alhamdulillah saya d pilih juga.. ingt d reject hehe sbb paling cepat hbs d temuduga. org lain interview lama2 sy plak xsmpai 15minit. hehe rezeki masing2 katekan.. btw goodluck kpd yg bru nk apply yerr… 🙂 🙂 🙂

  10. alhamdulillah dapat juga

  11. ery, saye pun tak sampai 15minit.risau nye…adakah sy tak terpilih.sye interview untuk post pegawai sains forensic…oh my…macam mane lah resulnye nanti..sy rase sy tak lulus..6 jan 2014 baru keluar result. hope korang doakan rezeki sy…

  12. laila kamal:kputusan temuduga utk lthn kjurawatan dh keluar ke?sy xtau nk cek cane…

  13. Saya farina berumur 22 thun. Sya berharap agar sya di plh untk latihan jururawat. Sya nk membantu keluarga sya..di harap pihak tuan/puan dpat mempertimbangkn permohonan saya

  14. saya nak tahu adakah saya sudah layak dipilih atau tak dalam latihan jururawat.saya jg nk tahu bila temu duga..saya berharap agar dipilih utk ltihan jururawat ini.terima kasih.

  15. saya berminat untuk menyertai.

  16. sya baru lpasan smp 2014… skarag sya tgh mnuggu result spm sya..ap yg p erlu saya lakukan untk memasuku kursus jururawat ini….adkh pihak kerjaan mgntar surat atau sya perlu mgisi borang…????

  17. norshera says:

    Yuran pengajian untuk jady jururawat berapa?? Saya nak tahu sangat.. spa dalam kerajaan ke??

  18. sye plak da hampir 2 tahun menjalani latihan separa perubatan ni..tapi bukan bidang kejururawatan..sye fisioterapi..menarik gak bidang nie..cume a bit challenging..perlu ingat sume otot n tulang yg de kat bdn nie..anatomy physiology kne strong..so sape2 yg nk apply fisio ni rajin2 la google pasal anatomy physiology kat pakcik google tu..huhu..at least bley tawu overview profession ni kan..

  19. nur akhirah says:

    Mcm mna nk mohon yerw…?

  20. alhamdulilah…sy bersyukur sngt sbb dpt ikut latihan kejururawatan selama 3tahun…1Julai2015 sy lapor diri… pengalaman sy masa interview hari tu.. ada lah interview kali ke3 dalam SPA.. tapi hari tu sy relaks…pengetahuan Am kena sedia…kesungguhan kena ada..mksud sy kalau panel tnya KENAPA POHON KERJA INI..kena jawab sungguh2 dan jgn smpai nmpk merayu..biar panel trsebut yakin dgn diri anda..yg anda sungguh2 dan berminat sngt gn pekerjaan tersebut…..sy lama juga dlm bilik temuduga..tk kira lh berapa minit sy dalam..tapi mula masuk bilik tu memang gelisah sngt..tp pelan2 hilang juga tu..sempat lg sy soal tu panel balik..dan terselit sesi “KETAWA” dlm tu…lg satu..penampilan perlu memukau panel…bukn mekap tebal kh apa..tp kekemasan dan nmpk anggun atau pun dpt buat org nk pandang lg..yg penting jgn overconfident..biar cool…tmakc..tu jak..bye2..

Speak Your Mind

*