KPLI 2011: Tips Temuduga KPLI Ambilan 2011

Temuduga KPLI Ambilan 2011 datang lagi..

Bermula semalam, 13 Disember hingga 24 Disember 2010, temuduga KPLI Ambilan Januari 2011 sedang berjalan.

Temuduga KPLI – temuduga untuk mendapatkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan seterusnya bakal menjadi GURU..atau kata mudahnya CIKGU!

Memandangkan ramai sahabat kita yang sedang prepare untuk persiapan temuduga, selamat menghadapi temuduga buat mereka. Walaupun agak lambat, saya menulis juga sedikit tips bagi menghadapi temuduga KPLI ini. (saya agak sibuk baru-baru ni, dan kurang masa untuk memberikan tips ini)

Sebelum menghadiri temuduga KPLI, calon-calon perlu ketahui bagaimana markah penilaian diberikan dalam sessi temuduga tersebut.

Markah Penilaian:

1. Sijil-sijil aktiviti

Penilaian markah diberikan berdasarkan jawatan yang anda sandang semasa di sekolah ataupun di university. Contohnya: Kelab Catur. Pengerusi : 5 markah, Timbalan  Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. Ini adalah untuk menilai anda sebagai seorang yang aktif, yang berkepimpinan dan juga bersosial. Semakin aktif anda dalam aktiviti kokurikulum, semakin tinggi markah anda. Jangan lupa bawa sijil yang lengkap semasa sessi temuduga nanti.

2. Kesesuaian kursus perguruan yang dipohon

Lihat sijil (ijazah) anda, dan adakah ianya relevan dengan kursus yang dipohon. Dinasihatkan anda memohon kursus perguruan yang berkaitan dengan sijil ijazah anda. Contohnya, anda memiliki ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam, tapi anda mohon kursus dalam bidang pendidikan jasmani. Ianya tak bersesuaian! Bidang kejuruteraan awam sesuai dengan kursus Fizik ataupun matematik. Pendidikan Jasmani sesuai untuk mereka yang memiliki Ijazah dalam Sains Sukan. Ramai calon gagal dalam temuduga disebabkan pemilihan kursus yang tidak sesuai ini.

Cara permarkahan:

– Sangat Sesuai : 50 Markah
– Kurang Sesuai : 20 Markah
– Tak sesuai Langsung : 0 Markah

Jadi, beringat semasa memohon di lain masa 🙂

3. Pengalaman Mengajar

Anda pernah memiliki pengalaman mengajar sebelum hadir temuduga? Jika ada, ianya sangat membantu. Mungkin anda pernah mengajar tuisyen? Mengajar sebagai guru ganti, guru sandaran? Nyatakan pengalaman anda..Pengalaman ini berguna semasa temuduga nanti.

4. Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi sangat penting dalam sessi temuduga. Yela kan, nak jadi cikgu kena la pandai bercakap. Tak pandai, anak murid tidur saja nantiJ Kemahiran berkomunikasi ini sangat diutamakan dalam sessi temuduga yang mana ianya melibatkan kejelasan suara, kefasihan bahasa yang digunakan, kelancaran pertuturan dan sebagainya. Jadi, bercakaplah dengan baik semasa temuduga nanti. Anggap diri anda seperti seorang guru yang sedang mengajar! Iaitu bercakap dengan lancar, jelas, dan mudah difahami. Jangan cakap saja lancar, tapi susah nak faham. Tips: Jangan bercakap dengan dialek negeri seperti dialek Jawa, Klate, Ganu dll.

Permarkahannya

– Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
– Sebutan : 10 Markah
– Kelancaran : 10 Markah
– Kejelasan Suara : 10 Markah
– Penguasaaan Bahasa : 10 Markah


Itulah yang calon perlu ketahui sebelum menghadiri temuduga. Dah tahu, ianya membantu.

Seterusnya…

Calon perlu tahu proses sessi temuduga dijalankan.

Pakaian:

Lelaki – berambur pendek dan kemas, bertali leher, kemeja lengan panjang,berseluar slackgelap, bertalipinggang kepala kecil, berstoking dan berkasut  kulit/licin gelap (hitam)

Wanita – bertudung ataupun rambut diikat rapi, berbaju kurung, berkasut dan berstoking.

NOTA: Jika anda menghadiri temuduga bagi kursus Pendidikan Jasmani, anda perlumembawa pakaian sukan yang bersesuaian yang menutup aurat dan juga jangan lupaair minum.

Semasa sampai di pusat temuduga, calon perlu mendaftarkan kehadiran mereka pada pegawai yang bertugas. Anda diminta daftarkan kehadiran anda dan juga memberikan dokumen-dokumen yang diminta oleh pegawai bertugas. Jadi, berikannya. Tips saya, datang awal ke pusat temuduga untuk mencari lokasi bilik temuduga dan seterusnya menjadi orang terawal ditemuduga.

Dalam sessi temuduga, ianya dibahagikan kepada 2 sessi.

Sessi berkumpulan

Dalam  sessi pertama ini, calon akan duduk semeja dengan 4-5 calon temuduga yang lain saling menghadap antara satu sama lain. Panel penemuduga (biasanya 2 orang) yang biasanya otai dalam bidang perguruan (mungkin pengarah maktab) akan memberikan kesemua calon satu topik berkenaan bidang perguruan. Dan topik tersebut perlu dibaca, diteliti oleh calon dahulu sebelum sessi berdiskussin berkumpulan dimulakan. Contoh topikyang diberikan, kes-kes buli yang semakin meningkat di sekolah dan jalan penyelesaiannya. Jadi, kelima-lima calon dikehendaki membincangkan secara berkumpulan akan topik yang diberikan dengan cara berkhemah, professional dan realistik. Tips semasa sessi berkumpulan ini:

  • Tidak bercakap terlalu lama sehingga memakan masa calon lain
  • Tidak menyampuk apabila giliran calon lain bersuara
  • Cakap dengan jelas, terang, lancar, dengan bahasa tubuh yang baik
  • Jadikan sessi perbincangan menjadi aktif, tidak kaku dan neutral
  • Apabila bercakap, lihat pada calon-calon yang lain, bukannya melihat panel penemuduga
  • Jangan menimbulkan suasana negative dalam sessi perbincangan, contohnya ketika menidakkan idea/pandangan dari calon-calon yang lain.
  • Cuba habiskan sessi perbincangan dalam masa yang diberikan…

Dalam sessi ini, permarkahan diberikan dari segi kebernasan idea, kemahiran komunikasi, mampu untuk bekerjasama, penyelesaian masalah dan sebagainya.

Sessi Temuduga Individu

Dalam sessi temuduga individu ini, calon akan dinilai secara individu.  Calon akan dipanggil seorang demi seorang ke dalam bilik temuduga. Anda akan berhadapan dengan 2 calon penemuduga yang akan menggasak anda dengan soalan-soalan killer.

Saya tak mahu kongsi panjang dalam sessi temuduga ini, tapi saya ingin kongsikan poin penting dalam sessi temuduga ini. Iaitu…soalan paling famous, paling mudah, tapi paling susah nak dijawab…

“ Mengapa Anda Ingin Menjadi Guru?”

Ya, itulah soalan killer yang ditanya oleh panel penemuduga. Ramai calon gagal dalam sessi ini kerana gagal memberikan jawapan yang sepatutnya. Jawapan sepatutnya untuk menjadi guru adalah dengan menunjukkan anda benar-benar meminati bidang perguruan, dan bukannya kerana terpaksa (susah cari kerja lain ataupun nak kerja mudah). Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda 100% ingin menjadi guru! Minat anda, kesungguhan anda untuk menjadi guru dapat dinilai oleh panel penemuduga dengan melihat mimic muka anda, ccara bercakap, cara memberikan pandangan, gerak geri tubuh dan sebagainya. Jadi, ingat! Fokus pada soalan KILLER ini dan cuba jawab yang terbaik. Jawapan untuk soalan ini bergantung kepada diri anda sendiri. Anda tak perlu menghafal mana-mana jawapan. Luahkan suara dalaman anda! Kenapa ingin menjadi guru! Insyallah..

Contoh jawapan:

Selepas tamat pembelajaran dari university, saya membuat kajian berkenaan pekerjaan yang bakal saya pohon. Saya lihat kelayakan saya, dan apakah kejaya yang sesuai dengan keinginan dan kehendak dalaman saya. Sudah pasti saya inginkan kerjaya yang saya cinta dengannya, pekerjaan tetap, dan gajinya adalah setimpal dengan kelayakan yang saya miliki. Dan ternyata bidang perguruan adalah satu bidang terbaik dalam pemilihan kerjaya saya.

Dengan menjadi guru, saya dapat membantu anak bangsa menjadi lebih maju dalam kehidupan terutamanya berkaitan dengan mata pelajaran yang bakal saya ajarkan nanti.

Selain menyumbang kepada bangsa, agama dan Negara, bidang perguruan menjanjikan banyak kelebihannya tersendiri  yang tidak terdapat dalam bidang kerjaya yang lain.

Nota: Contoh jawapan di atas diambil dari jawapan yang diberikan oleh calon yang dah berjaya dalam temuduga KPLI

Itulah..sedikit tips dari saya yang agak terlewat kali ni. Jika anda sempat baca tips ini, tahniah saya ucapkan. Jika terlepas, tidak mengapa.

——————————————————————————————————————–

Anda ingin ketahui rahsia sebenar mereka-mereka yang dah berjaya dalam temuduga KPLI? Dapatkannya di bawah:

—————————————————————————————————————–

Comments

  1. tips terbaru untuk KPLI..semoga bermanfaat

  2. tq kerana telah memberikan maklumat yg berguna kpd sy di saat akhir nie-esk 15hb sy dipanggil temuduga KPLI..

  3. Bro kalo guna panduan nie untuk temuduga kerja lain jalan x?

  4. permaisuri says:

    tq saudara jamal atas perkongsian..saye interview 15hb ri tu.. sekarang tengah bedeba menunggu result 17hb ni.. mudah2an berjaye, insyaAllah..amin.. itu lah jugak soalan yang ditanye pade saye..’kenapa nak jadi guru’ ‘kenapa mintak skolah rendah bukan sekolah menengah’ dan jugak, ‘orang cakap jadi cikgu skolah rendah ni senang, kerje tak banyak, gaji mahal, kerja pulak sparuh hari jek..kamu mintak ni sebab tu jugak ker’.. sekadar berkongsi soalan yang ditanye pade saye.. moge sahabat2 boleh gunakan sebagai tips.. bagi yang interview kpli tu,semoge kite semua najah dan terpilih untuk kpli ambilan bulan ini, insyaAllah..amin.. 🙂

  5. iklan jawatan kosong…download borang di http://www.pendaftar.upm.edu.my

  6. trma ksih byk2,sgt2 membantu.untuk kepastian,sesi temuduga memang menggunakan 100% bahasa melayu ye?

  7. fazilah says:

    bila nak kuar iklan klpi lagi..terlepasla..

  8. It is actually a great and helpful piece of info. I am happy that you simply shared this useful information with us. Please stay us informed like this. Thank you for sharing.

  9. Clicking on one of those will

  10. Hi and thanks for building this sort of a very good online site. I think its great.

  11. lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.

Speak Your Mind

*