Khas Untuk Calon Temuduga Penolong Akauntan Gred W27

Penolong Akauntan Gred W27

 

 

Mengikut semakan di laman web SPA seisi temuduga bagi jawatan kerajaan Penolong Akauntan Gred W27 bakal bermula dari 20-01-2014 hingga 12-02-2014.

 

 

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN CALON LAYAK

 

Bagi yang layak admin ucapkan tahniah & sekiranya anda benar-benar serius untuk menempatkan diri dalam sektor perkhidmatan awam, anda haruslah membuat persediaan rapi agar dapat menarik perhatian panel penemuduga untuk menyenaraikan anda bagi menjawat jawatan Penolong Akauntan Gred W27.

 

Penolong Akauntan Gred W27

 

Berikut adalah data-data berkaitan statistic pengambilan jawatan kerajaan Penolong Akauntan Gred W27 :

 

 

Jumlah permohonan : 34,627

Calon temuduga : 2,358

Bilangan kekosongan : 4

Calon simpanan : 30

 

 

Berdasarkan statistic di atas, ternyata saingan untuk merebut jawatan Penolong Akauntan Gred W27 cukup sengit. Seramai 2,358 calon bersaing untuk merebut 4 kekosongan bagi jawatan tersebut. Memang sengit !

 

 

Jadi anda haruslah membuat persediaan yang bersungguh-sungguh untuk menjadi salah seorang calon yang berjaya mengisi 4 kekosongan jawatan Penolong Akauntan Gred W27.

 

 

 

INFO RINGKAS JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

 

Penolong Akauntan Gred W27 adalah jawatan yang dikategori dalam kumpulan sokongan dalam skim perkhidmatan awam. Syarat memohon adalah sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.

 

 

Gaji minimum jawatan Penolong Akauntan Gred W27 ialah RM 1,367.00

Gaji maksimum pula RM 5,098.00

Kenaikan gaji tahunan RM 145.00

 

Penolong Akauntan Gred W27 bakal berkhidmat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

 

 

APAKAH TANGGUNGJAWAB PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 ?

 


 

Penolong akauntan Gred W27 bertanggungjawab melaksanakan, menyelia system dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah & penyediaan laporan tahunan.

 

 

 

Tips Temuduga Jawatan  Penolong Akauntan Gred W27

 

1. Dapatkan maklumat tentang jawatan apa yang kita hendak temuduga. Contohnya temuduga untuk Pegawai Kesihatan. Dapatkan maklumat tentang visi,misi,atau aktiviti-aktiviti utama Kementerian Kesihatan Malaysia dan skop tugas Pegawai Kesihatan. Secara tidak langsung,kita dapat menimbulkan minat sekaligus dapat membiasakan diri dan membuat persediaan.

 

 

2. Bersedia untuk jawab serta tanya soalan.Persiapkan diri anda dengan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan dan bersediadalah dengan jawapan-jawapan yang dapat menarik perhatian panel.Elakkan menghafal.

 

 

3. Sediakan pakain yang sesuai.Biasanya bagi lelaki pakain kemeja bertali leher dan wanita pakain yang sopan.Bagi wanita Islam,pakailah pakain yang menutup aurat.

 

 

4. Sediakan dokumen-dokumen penting yang hendak dibawa semasa temuduga.Ini dapat mengelakkan kita daripada tergopoh-gapah semasa hari temuduga.

 

 

Dengan persediaan yang betul, insya-allah kejayaan milik anda. Usaha dan tawakal pada-NYA. Bagi yang serius mahu tingkatkan peluang menjawat jawatan Penolong Akauntan Gred W27, admin syorkan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK) yang telah banyak membantu ribuan calon lulus temuduga sektor perkhidmatan awam.

 

 

Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang panduan tersebut !

 

 

Penolong Akauntan Gred W27

Comments

  1. harap2 dpt dijemput temu duga

Speak Your Mind

*