Kerja Kosong Kerajaan Ogos 2013

Kerja Kosong Kerajaan

 

Kerja Kosong Kerajaan Ogos 2013

 

Kerja Kosong Kerajaan

 

Iklan kerja kosong kerajaan bulan Ogos 2013 seperti mana yang diiklankan oleh pihak SPA di Portal www.spa.gov.my. Bagi yang mencari-cari peluang kerjaya di sektor awam, entri ini khas untuk anda. Terdapat beberapa kerja kosong kerajaan yang boleh anda mohon melalui borang permohonan SPA8i. Dalam bulan Ogos ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

 

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BARU ADALAH SEBELUM ATAU PADA 11 OGOS 2013 (AHAD) JAM 11.59 MALAM.

 

 

Berikut adalah kerja kosong kerajaan yang diiklankan :

 

 

 

–>PEGAWAI SAINS GRED C41

 

Bidang Kimia, Kimia Analisa, Kimia Gunaan, Kimia Perindustrian, Kimia Perubatan & Sains Forensik.

Jabatan Kimia Malaysia

 

 

100 Kekosongan

 

 

Syarat Kelayakan Pegawai Sains Gred C41    

 

 

Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,147.45 ] dan

 

Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Pecahan Bidang :  

 

Kementerian Kesihatan Malaysia –

 

Mikrobiologi- bidang Mikrobiologi
Kimia Hayat- bidang Biokimia
Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
Embriologi – Biologi, Genetik
Forensik – Sains Forensik
Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
Biomedikal- Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
Kaji Serangga- Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
Pemakanan- Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan

 

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi –
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

 

 

–>PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17

 

Jabatan Akauntan Negara

 

21 Kekosongan

 


Syarat Kelayakan Pembantu Akauntan Gred W17

 

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM928.74 ] atau

 

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM985.13 ] atau

 

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan;
[Gaji Permulaan : RM1,154.33 ] atau

 

Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,379.92 ] dan

 

kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Deskripsi Tugas Pembantu Akauntan Gred W17

 

Menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan.

 

 

–>PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17

 

Jabatan Perpustakaan Negara

 

8 Kekosongan

 

 

Syarat Kelayakan Pembantu Perpustakaan Gred S17

 

 

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] dan

 

 

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

Deskripsi Tugas Pembantu Perpustakaan Gred S17

 

 

Berfungsi sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan;
Berfungsi sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan;
Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran; dan
Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.

 

 

–>PEMERIKSA KERETA MOTOR GRED A17

 

Jabatan Pengangkutan Jalan

 

20 Kekosongan

 

 

Syarat Kelayakan Pemeriksa Kereta Motor Gred A17

 

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik semua jenis kereta motor di jabatan-jabatan kerajaan atau firma-firma motor ternama;
[ Gaji Permulaan : RM937.28 ] atau

 

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Mekanik atau Pemasang Sistem Gas Asli Kenderaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM995.39 ] atau

 

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Mekanik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,053.51 ] atau

 

Sijil dalam bidang kejuruteraan jentera daripada politeknikpoliteknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,402.21 ] dan

 

Mempunyai Lesen Memandu Kelas B dan D yang sah dan bersih serta mempunyai pengalaman memandu selepas memiliki kedua-dua lesen tersebut selama tidak kurang daripada 1 tahun; dan

 

Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

Deskripsi Tugas Pemeriksa Kereta Motor Gred A17

 

Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

 

 

–>PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W17

 

Jabatan Perkhidmatan Awam

 

33 Kekosongan

 

 

Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

 

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM928.74 ] atau

 

SPM serta sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM985.13 ] atau

 

SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,154.33 ] atau

 

Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan Kira-kira daripada Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,379.92 ] dan

 

Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

 

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

 

Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
Mengurus dan mengawal peruntukan.
Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

 

 

–>PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J17

 

Jabatan Perkhidmatan Awam

 

16 Kekosongan

 

Syarat Kelayakan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

 

(i)Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,417.59 ]

 

(ii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]

 

(iii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,359.47 ]

 

(iv)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Peperiksaan Kemahiran Jabatan yang diiktiraf oleh kerajaan bagi ketukangan yang tiada piawaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]

 

(v)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman dan kebolehan bekerja dalam perusahaan bagi ketukangan yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]

 

 

Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional

 

Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BARU ADALAH SEBELUM ATAU PADA 11 OGOS 2013 (AHAD) JAM 11.59 MALAM.

 

 

 

 

Sumber Rujukan : www.spa.gov.my

 

 

Kerja Kosong Kerajaan

Comments

  1. Muhamad Nur says:

    Agak ye bila lah surat lapor diri nk smpi ye…bagi pemeriksa kereta motor

Speak Your Mind

*