Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir Diplomatik

 

Salah satu jawatan elit yang sering menjadi tumpuan buat para lepasan ijazah adalah jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Setiap kali terdapat sejumlah kekosongan, pihak SPA akan mengadakan seisi peperiksaan bertulis khas untuk puluhan ribu calon yang memohon jawatan PTD. Untuk tahun ini pihak SPA menerima 84,963 permohonan. Lebih 30 ribu calon telah dipanggil untuk seisi exam PTD 2013 yang telah berlangsung pada awal 2013.

 

Pegawai Tadbir Diplomatik
Berdasarkan jadual temuduga yang diumumkan oleh pihak SPA, seisi temuduga jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Fasa II bakal berlangsung mulai 17.7.2013 hingga 31.7.2013.Semakan calon layak boleh dibuat di link di bawah :

 

–> http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

 

 

Masukkan no kad pengenalan anda & klik HANTAR untuk mengetahui keputusan samada anda tersenarai sebagai calon temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir Dilomatik Gred M41 atau tidak. Jika nama anda tersenarai, tahniah dari Team Kerja Kerajaan. Buat yang tiada dalam senarai calon temuduga, usah berputus asa. Teruskan berusaha untuk mencapai cita-cita menjawat jawatan dalam sektor awam suatu hari nanti.

 

Seisi temuduga ini dianggap peringkat terakhir seisi pemilihan calon sebelum calon yang benar-benar layak dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Mengikut data pengambilan dari pihak SPA seramai 570 calon dipanggil untuk seisi temuduga kali ini.

 

Buat yang dipanggil lakukanlah persediaan rapi agar mampu memberikan prestasi yang cemerlang dihadapan panel penemuduga untuk disenaraikan salah satu calon terbaik & mencerahkan peluang bergerak PTD M41.

 

Secara umumnya jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dikategorikan sebagai jawatan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dalam skim perkhidmatan awam. PTD bakal berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

Jadual Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik

 

Gaji Minimum : RM 2,252.80
Gaji Maksimum : RM 6,884.12
Jumlah Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00

 

 

Syarat Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik M41  

 

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau

 

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

 

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

 

LULUS peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan;

dan

Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

 

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

 

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

 

 

Tips Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :

 

  • Latar belakang & kelayakan calon
  • Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Dasar kerajaan
  • Isu semasa dalam & luar negara.

 

 

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon

 

=>Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.

=>Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??

=>Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

=>Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…

=>Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

 

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

 

=>Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

=>Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

 

 

Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

 

=>Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

=>Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

=>Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?

=>Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?

=>Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

=>Apakah tema bajet 2013?

 

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara

 

Isu Semasa Dalam Negara
=>Kenaikan harga ayam menjelang musim perayaan.
=>Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

=>Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?

=>Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?

=>Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.

 

 

Isu Semasa Luar Negara

 

=>Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.

=>Krisis yang berlaku di Syria.

=>Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

=>Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

=>Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah seperti Greece.
=>Pergolakan & rusuhan yang berlaku di Mesir.

 

 

Contoh Soalan Temuduga SPA yang dikongsikan oleh kami adalah pengalaman beberapa rakan yang menghadiri seisi temuduga untuk dikongsi dengan bakal-bakal calon penjawat awam. Contoh soalan yang dinyatakan adalah merupakan soalan yang pernah ditanya kepada rakan kami semasa seisi temuduga jawatan sektor awam. Tidak semestinya panel akan bertanyakan soalan yang sama untuk seisi kali ini.

 

Untuk memantapkan lagi persediaan anda menghadiri seisi temuduga jawatan kerajaan, rujukan yang disyorkan adalah Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan yang mengandungi 5 modul lengkap untuk calon temuduga.

 

Turut mengandungi koleksi 85 contoh soalan & skema jawapan temuduga kerja kerajaan.

 

 

 

Dengan persediaan yang betul, insya-allah kejayaan milik anda. Usaha dan tawakal pada-NYA. Salam kejayaan buat calon temuduga jawatan sektor awam 2013!

 

 

Pegawai Tadbir Diplomatik

Comments (1)

 

  1. ezwan says:

    assalamualaikum nk tny smda pembantu tadbir n 17 bole ke mnjd seorg PTD?

Leave a Reply