Temuduga Dan Tugas Pegawai Belia Dan Sukan

Temuduga Dan Tugas Pegawai Belia Dan Sukan

Jawatan:Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

Ketika ini memang ramai yang memohon jawatan dalam kerja kerajaan. Salah satu jawatan yang popular adalah Pegawai Belia Dan Sukan. Pegawai Belia Dan Sukan adalah salah satu jawatan di sektor kerja kerajaan yang memerlukan kakitangan yang ramai pada tahun 2011 ini.Memang ramai yang memohon jawatan temuduga Pegawai Belia Dan Sukan ini adalah dari mereka yang berkelayakan Ijazah/Sarjana/PHD.Memang ramai yang berminat dengan jawatan hebat dalam sektor kerja kerajaan ini.Jom lihat statistik seperti dibawah:

Pada tahun 2011 ini sahaja,seramai

10719 orang pemohon

287 orang yang dipanggil temuduga

85 kekosongan jawatan

30 calon simpanan

Pada 27/9/2011 – 30/9/2011,seramai 287 orang calon di seluruh Malaysia dipanggil untuk temuduga.Hanya 2.6 peratus sahaja layak dipanggil temuduga!

 

Kepada anda yang berada dalam 2.6 peratus ini,saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya.Memandangkan ramai yang menanyakan tips kepada saya, saya berikan sedikit tips ini.Mungkin sedikit membantu.

 

Untuk calon(anda) yang bakal menghadirinya,apa yang perlu difokuskan adalah:

Tugas-tugas Pegawai Belia Dan Sukan – skop kerja, bidang tugas, tanggungjawab

Gred jawatan, gaji, kementerian

Soalan-soalan umum STANDARD dari SPA untuk uji kelayakan, kejujuran, keikhlasan, integrity, pengetahuan am dan semasa, pertuturan, adab, kebolehan menyelesaikan masalah dan lain-lain dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ada diterangkan dengan lengkap)

Untuk makluman, bagi jawatan Pegawai Belia Dan Sukan,info ringkas boleh dirujuk seperti dibawah:

 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan: Kementerian Belia dan Sukan

Jadual Gaji:

P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89

P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16

P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

Syarat Lantikan:     

Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

 

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3 RM1869.79]; dan

lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau

lulus Peperiksaan Khas; dan

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

Deskripsi Tugas:     

Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan.Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.

 

Informasi ini berdasarkan daripada SPA.

Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit informasi lagi berkenaan jawatan Pegawai Belia Dan Sukan seperti yang tertera di bawah:

Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

1. Penambahbaikan dalam pengurusan dan kecekapan organisasi atau dalam jabatan anda.

2. Mengetahui dan mempraktikkan tatacara dan keselamatan pejabat.

 

Penyeliaan Dan Kaunseling

1.Merancang dan mengadakan keperluan bimbingan dan kaunseling.

2.Merancang dan mengendalikan sesi kaunseling.

3.Kaedah memberikan motivasi.

 

Pengurusan Kewangan

1.Menguruskan akaun awam seperti akaun terimaan,akaun bayaran dan sistem belanjawan negara.

2.Menguruskan perolehan kerajaan seperti bekalan,perkhidmatan dan kerja.

3.Menguruskan aset inventori,tatacara hapus kira dan tatacara pelupusan.

4.Mengetahui pengurusan stor iaitu verifikasi stor dan pemeriksaan stor.

 

Pembangunan Sosial Untuk Belia

1.Perancangan dan penyelarasan program pengukuhan NGO belia.

2.Program pertukaran belia.

3.Program Integrasi Nasional.

4.Program Pembangunan Kepimpinan Belia Asean.

 

 

 

 

 

Pembangunan Rekreasi

1.Meningkatkan infrastruktur,pengerak,penggalakkan dan sukarelawan bagi membangunkan rekreasi.

2.Penyelarasan program rekreasi bersama badan-badan rekreasi dalam budaya hidup sihat.

 

Saranan saya untuk anda,buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Pegawai Belia Dan Sukan yang bakal anda hadiri.

Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.

Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:

1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga.Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

2. Tanyakan pengalaman rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.

3. Buat carian maklumat di Google berkenaan jawatan tersebut.

4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog saya di kerja-kerajaan.com/blog

5. Berbincang di ruangan komen di post ini.

 

Bahan Rujukan

Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Kementerian Belia Dan Sukan.

 

1.Perintah Am

2.Arahan Perbendaharaan

3.Tatacara Pengurusan Stor

4.Pekeliling Perkhidmatan / Surat Pekeliling Perkhidmatan

5.Pekeliling Perbendaharaan / Surat Pekeliling Perbendaharaan

6.Arahan Perkhidmatan

7.Arahan Keselamatan

 

 

 

8.Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

- PKPA Bil. 1 Tahun 1991

- PKPA Bil. 2 Tahun 1991

- PKPA Bil. 4 Tahun 1991

- PKPA Bil. 6 Tahun 1991

- PKPA Bil. 7 Tahun 1991

- PKPA Bil. 8 Tahun 1991

- PKPA Bil. 10 Tahun 1991

- PKPA Bil. 1 Tahun 1992

- PKPA Bil. 3 Tahun 1993

 

9.Buku  “Upholding The Integrity of The Malaysian Civil Service”

10.Buku Pelan Integriti Nasional

11.Perlembagaan Persekutuan

- Bahagian II (Kebebasan Asasi)

- Bahagian III (Kewarganegaraan)

- Bahagian IV (Persekutuan)

 

12.Dasar-dasar kerajaan yang berkaitan seperti di dalam sukatan peperiksaan ini.

xiii.     Dasar-dasar Pembangunan Malaysia (INTAN)

xiv.      Tonggak Dua Belas (INTAN)

xv.       Citra Karya (INTAN)

xvi.      Wawasan 2020

xvii.     Prinsip Islam Hadhari

13.Kertas Pelaksanaan Program 3 S

14.Kertas garis Panduan Anugerah Belia Negara

15.Kertas pelaksanaan Hari Belia Negara

16.Kertas-kertas maklumat aktiviti pembangunan sahsiah

17.Kertas Pelaksanaan Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi Belia

18.Kertas Pelaksanaan Program Persijilan Sains Komputer

19.Risalah Maklumat Program Rakan Muda – 2001

20.Risalah Fasa Pembangunan Rakan Muda dan Pensektoran Rakan Muda

 

21.Risalah dan Kertas Maklumat Program Pertukaran   Belia Antarabangsa

x        Laporan Persidangan/Seminar/Program Belia Antarabangsa

xi.      Kajian Belia Lepak – 1993

xii.     Tatacara Menubuhkan Pertubuhan Belia

xiii.    Lima Agenda Arus Perdana Memperkasa Persatuan Belia

xviii.   Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi Belia

xvi.     Program IT – Base

 

22.Dasar Pembangunan Belia Negara

23.Buku Wawasan Program Rakan Muda

24.Buku maklumat Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda – 2001 terbitan

25.Pusat Belia Antarabangsa dengan kerjasama KBS

iv.      Kod Amalan Program Rakan Muda

v.       Rukun Rakan Muda

vi.      Perlembagaan Majlis Perundingan Belia Negara

vii.     Pergerakan Belia di Malaysia – Dr. Fauzi B. Hj. Mohd. Basri

viii.    Persatuan  Belia  di  Malaysia  –  Perkembangan  dan  Penyerlahan

 

26.Potensi  –  Azimi  Hamzah,  Turiman  Suandi  Ezhar  Tamam,  Unit  Pengajian  Pembangunan  Belia,UPM 2002

27.Belia  dan  Masyarakat  –  Azizan  Bahari,  Belia  dan  Masyarakat,  Akedemi  Art  and Printing Services Sdn. Bhd.

28.Gerakan Belia di Malaysia – Husein Mohamad, Gateway Publishing House. Kuala Lumpur, 1992.

29.Laporan-laporan Tahunan Bahagian Pembangunan Belia KBS

30.Pengukuhan Sinergi Belia dan Negara, Azimi Hamzah, Turiman Suandi, UPM

31.Dasar Sukan Negara

32.Risalah Malaysia Cergas

33.Gimnasium Rakyat

34.Pelancaran Tahun Sukan Untuk Semua – Risalah Sukan Untuk Semua

Jogging Untuk Anda

 

35.Abdul Rahim Ahmad, Mengimplementasikan “Prinsip Sukan Untuk Semua” dalam konteks  sosio-ekonomi  dan  kebudayaan  di  negara-negara  Asia  dan  Pasifik.

36.Laporan Tahunan Bahagian Pembangunan Sukan

37.Akta Pembangunan Sukan 1997

38.Majlis Kecergasan Kebangsaan

39.Kertas konsep dan profail projek Bahagian Pembangunan Sukan

40.Development of Instructional Learning Materials

41.Learning Guide

 

Anda ada pengalaman yang nak dikongsikan? Jom kongsi di sini. Atau nak discuss dengan pembaca lain? Berikan komen anda!

Comments (19)

 

  1. Safee Sali says:

    Thanks so much for the informative entry!
    i am one of the candidates~wish me luck guys..InsyaAllah

  2. cecomot2040 says:

    Salam…

    Saya salah seorang yg berjaya lulus interview tuhari..tapi, elok2 lulus jerk…kerajaan pulak bekukanh pengambilan sebab nk laksanakan SBPA..katanya bulan januari akan keluarkan surat tawaran…aduhh…risaunya rasa..

    ada tak sapa2 kat sini yang tau perkembangan berkenaan tu..tuhari dia kata pling lewat bulan february start kjer n trus g kursus…tp masalahnya…kalau x tau awal2,,mcmna nk bg notis kt tpt kerja sekarang…

    aduhh…ada sapa2 blh bg idea tak..

  3. khairul says:

    ada tak sapa2 yg masih lg bergelar calon simpanan untuk jawatan ni?

  4. khairul says:

    hai korang semua..tahniah sbb dpt interview..tp nk tnya korang kna panggil interview trus ke? atau exam dulu? pnah dulu kena inteview tuk jawatan ni..nk share sikit la..biasanya soalan dia tanya berkaitan peranan dan tugas2 sbg PBS S41. dan jgn lupa juga dngan tugas2 korang skg ni..tu pun akan disoal..

  5. alin says:

    Slm..nk tnya if exam salu soalan2 yg kuar bkenaan ape ek? Hope Sape yg pnh pegi bley r share.tq..

  6. Aleya says:

    sy pon dpt exam 8.2.2014 ni jgak tp blur xtaw nk baca apa.. Risau sngt.. Please share any tips..

  7. kustiana says:

    Saya pun bakal duduki exam 8.2..tak tahu nak baca ape

  8. AJ says:

    sayapun ambil exam ni 8/2…risau juga ni..

  9. yasmin says:

    kawan2 semua jom buat yg terbaik..kawan pon x thu sgt psl exam ni tp spe yg akn g exam 8.2 kt gambang, Pahang nnt?

  10. ika says:

    salam..boleh tak bagi tips2 menghadapi exam peg. belia dan sukan? thank you :)

  11. azhar says:

    saya ada tips untuk exam ni. baca kat sini:

    http://jvsecurepay.com/access/22wb/577

  12. matju says:

    salam..nak tanya,sya telah buat pembayaran ke akaun bank islam atas nama SYED MOHD FAIZ SYED JAHAYA.so,mcm mne nk attach bukti pembayaran tersebut???..sya just ambil gambar..tp x boleh nk attach..mohon pencerahan..

  13. Bulan Jun 2014 khabarnya akan diadakan peperiksaan SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan pula. Terima kasih atas kesudian tuan admin menyiarkan beberapa contoh soalan ini. Kami sudah pun update untuk sesi peperiksaan SPA 2014. Jangan lupa baca! :)

  14. kakipromo says:

    berapa pengambilan dalam setahun ye

Leave a Reply