Peperiksaan Penguasa Kastam

Sempena Peperiksaan Penguasa Kastam 2012 yang bakal diadakan pada 4 FEb 2012 ini, banyak yang bertanya berkenaan soalan peperiksaan penguasa kastam dalam minggu ni…Ramai yang dipanggil hadiri exam kastam 2012 ini.

Salam hormat buat semua, pembaca blog ini.

Dalam minggu ni, saya banyak menerima emel, sms, panggilan telefon dari pembaca blog, dan juga subscribers kerja-kerajaan.com yang meminta tips berkenaan peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1, gred baru SBPA (dahulunya W41). Ramai juga yang meminta saya sediakan panduan soalan penguasa kastam 2012 atau panduan peperiksaan penguasa kastam ini. Saya tiada sediakannya, tapi insyallah Admin Tips PTD akan lancarkannya dalam masa terdekat bagi membantu calon exam jawatan penguasa kastam 2012  ini.

Sebenarnya, untuk makluman anda, peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1 ni lebih kurang sama saja seperti peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang diadakan setiap tahun sebelum ini. Cuma, ianya ada sedikit perbezaan.

Untuk peperiksaan bertulis PTD, soalan-soalan terdiri daripada 5 seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

Seksyen C – Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
Seksyen F – Sahsiah Diri

Dalam peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1 ini, soalan-soalan terdiri dari 4 seksyen sahaja iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
Seksyen F – Sahsiah Diri

Soalan exam kastam 2012 ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa soalan peperiksaan penguasa kastam ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan exam jawatan penguasa kastam 2012 yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Calon-calon yang mengambil peperiksaan ini adalah dari beraneka jurusan dan soalan-soalanexam jawatan penguasa kastam 2012  juga adalah dari berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, mungkin ada soalan-soalan yang anda tidak boleh menjawab kerana diluar bidang ilmu pengetahuan anda tetapi anda tidak perlu bimbang kerana ada pula soalan-soalan yang anda seharusnya boleh menjawab sebab perkara-perkara itu di dalam bidang ilmu pengetahuan anda. Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda. Kesimpulannya matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Penguasa Kastam gred wk1-1.

Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah satu daripada syarat lantikan. Peperiksaan ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Panduan Memasuki Peperiksaan Penguasa Kastam

1. Di hari peperiksaan  calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut :

i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan;,
ii. Kad Pengenalan;
iii. Pensil 2B atau BB, pen dan Pemadam lembut; dan
iv.Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.

2. Calon-calon mestilah berada di pusat peperiksaan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

3. Calon-calon mestilah mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon-calon tidak dibenarkan bercakap atau cuba berhubung dengan lain-lain calon semasa peperiksaan sedang berjalan. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon-calon hanya boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas tiga (30) minit masa peperiksaan dimulakan

6. Semua jawapan hendaklah dibuat dalam kertas jawapan yang disediakan iaitu :
i. Kertas OMR – bagi soalan-soalan dalam seksyen A, B dan C.
ii. Kertas tulis SPA – bagi soalan-soalan esei dalam seksyen D dan E.

7. No. Kad pengenalan yang dicatat pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (6) seksyen seperti berikut :

Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
Seksyen F – Sahsiah Diri

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 60

Markah : 30

Di dalam soalan peperiksaan penguasa kastam ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Mencari panduan peperiksaan penguasa kastam?

Contoh Soalan

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :

A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.
E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
Jawapan – B 

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
E. Menjadi warganegara secara masukan.
Jawapan – D 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markah : 20

Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah dengan menggunakan :

i. Logik untuk menyelesaikan masalah;
ii. Menginterpretasi Data; dan
iii. Konsep-konsep matematik.

(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.

Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapan-jawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Calon-calon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.

Contoh Soalan 

1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :

Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.

Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.

Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.

Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.

A. Peguambela.
B. Jururawat.
C. Profesor Ekonomi.
D. Penganggur.
E. Peguambela dan Jururawat.
Jawapan – D 

Penjelasan 

Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.

Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.

Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.

Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.

2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.

Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah

A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.
B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.
D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.
Jawapan – C 

Penjelasan 

Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

(II) Kebolehan Menginterpretasi Data 

Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.

Contoh Soalan 

Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-
Kadar cukai Di Malaysia

0 – 5000 2,500 @ 6% = 150
+ 2,500 @ 9% = 225

5,000 – 7,500 5,000 = 375
+ 2,500 12% = 300

7,500 – 10,000 7,500 = 675
+ 2,500 15% = 375

10,000 – 15,000 10,000 = 1,050
+ 5,000 20% = 1,000

15,000 – 20,000 15,000 = 2,050
+ 5,000 25% = 1,250

20,000 – 25,000 20,000 = 3,350
+ 5,000 30% = 1,500

25,000 – 35,000 25,000 = 4,800
+ 10,000 35% = 3,500

35,000 – 50,000 35,000 = 8,300
+ 15,000 40% = 6,000

50,000 – 75,000 50,000 = 14,300
+ 25,000 45% = 11,250

75,000 – 100,000 75,000 = 22,500
+ 25,000 50% = 12,500

1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah

A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan – B 

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?

A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan – C 

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan – C 

(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik.  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.

Contoh Soalan 

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
E. 64
Jawapan – A 

Cara mendapatkan jawapan 

Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28

1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?

A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
E. 37
Jawapan – A 

Cara mendapat jawapan 

90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27

SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Contoh soalan:

1. Apakah cadangan anda untuk mengelakkan gejala rasuah dalam pentadbiran kerajaan?

2. Kemelesetan ekonomi menyebabkan penurunan bilangan pelancong ke Malaysia. Apakah cadangan anda untuk menarik kembali pelancong luar untuk datang ke Malaysia?

SEKSYEN E – ESEI BAHASA INGGERIS  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Di dalam seksyen E akan diberi soalan-soalan Bahasa Inggeris yang menggalakkan anda memberi pendapat terhadap sesuatu isu. Misalnya ”Electronic Government in Malaysia”. Di dalam tajuk seperti ini anda hendaklah memberikan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan anda berkaitan dengan tajuk yang diberi. Objektif utama seksyen ini adalah menguji kebolehan calon-calon di dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Tips Menjawab Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Di bawah ini disampaikan nasihat-nasihat yang perlu diambil ingatan bagi memudahkan anda berjaya di dalam  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam ini.

Soalan Objektif  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

(a) Anda harus sedar bahawa di dalam peperiksaan ini calon-calon yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada calon-calon dari pelbagai lapangan akademik. Soalan-soalan juga disediakan meliputi seluas-luasnya bidang akademik. Oleh yang demikian memang mungkin ada beberapa soalan yang anda tidak boleh menjawab langsung kerana ia diluar daripada bidang pengkhususan anda sedangkan soalan-soalan itu sesuai kepada calon-calon yang lain yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian jika anda mendapati mana-mana satu soalan yang anda tidak boleh menjawab, jangan membuang masa tetapi hendaklah terus menjawab soalan-soalan yang lain. Apabila masa mengizinkan bolehlah anda kembali kepada soalan itu. Tegasnya, jika anda tidak dapat menjawab mana-mana satu soalan, jangan bimbang kerana memang ada soalan-soalan yang lain yang seharusnya anda boleh menjawabnya kerana ia termasuk di dalam bidang pengajian anda.

(b) Soalan objektif merupakan soalan aneka pilihan di mana 5 jawapan diberi dan anda dikehendaki memilih 1. Adalah ditegaskan di sini iaitu jawapan yang dikehendaki bukanlah sahaja jawapan yang betul tetapi ialah yang paling tepat. Apabila anda membaca buat kali pertama anda mungkin akan menjumpai jawapan yang anda anggap betul daripada 5 pilihan yang diberi. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan membaca dan mengkaji kelima-lima jawapan yang diberi kerana harus diingat bahawa anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memilih jawapan yang betul dan tepat anda mungkin akan dapat mengenalpasti jawapan yang salah. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang anda agak salah, maka pemilihan anda akan berkurangan dan ini akan dapat membantu anda memilih jawapan yang lebih tepat daripada jawapan yang tinggal.

(c) Untuk memilih jawapan anda diberi kertas khas yang disediakan yang akan diproses dengan menggunakan komputer. Adalah ditegaskan bahawa anda hendaklah menggunakan pensil 2B atau BB sahaja. Jika anda menggunakan lain-lain alatulis selain daripada pensil 2B atau BB jawapan anda tidak akan dikira kerana komputer tidak akan menerimanya. Jika anda perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, anda hendaklah menggunakan kertas lain ataupun menggunakan buku soalan yang ada pada anda. Kertas yang disediakan khas untuk jawapan hendaklah digunakan semata-mata untuk jawapan dan tidak boleh digunakan untuk membuat apa-apa tulisan atau catatan yang lain kerana ini akan ditolak oleh komputer dan dengan itu merugikan anda.

Soalan Esei  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Bahagian Esei dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi tiap-tiap satu seksyen anda diberi tiga tajuk untuk anda memilih satu.

(b) Masa yang diberi iaitu 1 jam bagi satu esei adalah masa yang agak panjang kerana biasanya di dalam sesuatu peperiksaan anda diberi hanya 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan anda diberi masa yang panjang bukanlah untuk menulis esei yang panjang tetapi anda hendaklah memberi esei yang bernas, teratur, cara persembahan dan susunan yang baik. Esei hendaklah ditulis dengan tulisan yang cantik dan anda digalakkan membuat susunan perenggan yang baik dengan menggunakan tajuk-tajuk kecil dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian anda adalah dinasihatkan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membuat perancangan, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum menulis esei ini.

Seksyen F – Sahsiah Diri  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Bahagian ini bertujuan untuk mengukur kesesuaian sahsiah calon untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri. Calon dinasihatkan agar tidak berfikir terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.

Masa : 40 minit
Jumlah Soalan : 200

Contoh Soalan 

1. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

2. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Kesimpulan bagi calon peperiksaan Penguasa Kastam

Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah setinggi-tinggi yang terdaya dalam setiap seksyen terutamanya esei. Jika anda lulus, maka anda mungkin berpeluang untuk dipanggil ke Assessment Centre. Ini bermakna peluang untuk anda dipertimbangkan ke jawatan Penguasa Kastam. adalah lebih baik.

Selamat berjaya! Buat calon peperiksaan penguasa kastam 2012. Jawab soalan peperiksaan penguasa kastam betul-betul ya!

Panduan Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam 2012.

Perlukan panduan peperiksaan penguasa kastam?

 

NOTA: Anda boleh SHARE tips ni pada rakan anda yang memerlukan tips exam jawatan penguasa kastam 2012 ini. Dan jika anda ada bahan hendak dikongsikan, boleh post di sini juga.

Comments (25)

 

  1. siti khatizah says:

    terima kasih encik jamal di atas perkongsian tips & ilmu ini. Walaupun belum menerima surat & sudah menyemak di sistem SPA, alhamdulillah bulan Februari nanti saya akan menduduki ujian ini.

  2. zara says:

    admin tahu x cara nak bli e-book tuk penguasa kastam. smpai hari ni masih belum ada mna2 admin nak jual e-book bkenaan. sebelum ni ada e-book mngenai pegawai anti dadah. sangat-sangat memerlukan.
    terima kasih di atas tips dan panduan di atas.

  3. zam says:

    Ada ebook tak En Jamal…Nak siapkan diri utk exam

  4. jensi says:

    thanks…en.Jamal

  5. ley says:

    thnks… en jamal. boleh dijadikan sebagai panduan. tp sy agak blur sikit tentg solan esei.. x taw topik ape yg mungkin keluar. huhuhuh

  6. Admin says:

    Semalam saya ada sampaikan info
    berkenaan peperiksaan bertulis penguasa
    kastam Wk1-1 bagi sesiapa yang terlibat.

    Pagi ini, dimaklumkan bahawa Admin
    TipsPTD ada lancarkan semula panduan
    soalan dan jawapan untuk exam Penguasa
    Kastam ini.

    INFO LANJUT DI SINI
    http://tinyurl.com/PeperiksaanPenguasaKastam

    Soalan exam ni sama saja dengan exam
    PTD, cuma ada bahagian yang lain sikit.

    Sekian.

  7. Rozpyan says:

    saya tak dpt nak dptkan panduan percuma d link tu

  8. Admin says:

    Buat sahabat semua, jika rasa malas nak baca post di atas kerana rasa terlalu panjang, anda semua boleh download di sini dalam format PDF

    http://www.kerja-kerajaan.com/PeperiksaanPenguasaKastam.pdf

  9. Muhamad Rafie says:

    En Jamal ada x contoh soalan peperiksaan pembantu makmal

  10. jlan says:

    harap2 lulus exam nie…..4 feb….

  11. nzamz says:

    boleh email ebook untuk panduan peperiksaan penguasa kastam pada saya… saya sgt memerlukan.. .. nzamz_jb@yahoo.co.uk

  12. pijan says:

    saya check pada slip peperiksaan kastam 4 feb nnt hanya ada 4 seksyen..A, B, C dan D..seksyen mana yg xde? bahagian sahsiah diri ke?

  13. ekin says:

    Saya juga perlukan ebook berkenaaan. This is my 1st exam utk jawatan kerajaan. Sgt takut dan berdebar.

  14. ana says:

    sy dh beli dah kat tips ptd tntang exam kastam..actually exam kastam like similar dgn exam ptd ni..cume die xde bhg c iaitu pengertian dan kefahaman terhadap esei..rs semua boleh g kat sini http://tipsptd.com/blog/ n baca detail.. hope semua berjaya..s

  15. noryani says:

    nz najib tlg r share link….leh share2 ilmu yg ada

  16. apis says:

    salam..semoga succes..ebook tu sgt bagus..xsetimpal harga, jum share ilmu bole emeil aku mhafiz.mus@gmail.com

  17. niza says:

    Salam…sy nak sgt beli ebook tu tp dh terlepas tarikh tutup…kpd sesiapa yg dh beli, boleh x share kat sy…sy sgup byr harga ebook tu…tlglah sy…ni contact no sy 017-3848842…tlglah sy…tq

  18. Sue says:

    Semoga u all lulus 4HB ni..

    Selamat ade EBOOK ni, sgt membantu
    saya pun dah sangat kesuntukan masa..

    any info nk share ngan saya boleh emeil sy tak

    sue.admi@gmail.com

  19. sharul says:

    terima kasih en.jamal…doakan kami semua berjaya dalam bidang ni ye….

  20. Cyril says:

    Bagaimana pula dengan bentuk soalan yang akan dikemukakan dalam Custom Assessment Centre (CAC) ?

Leave a Reply