Peperiksaan Juruaudit W-41

Peperiksaan Juruaudit W-1

Peperiksaan Juruaudit, satu peperiksaan besar yang bakal dilangsungkan pada 14 April 2012 bagi calon-calon yang memohon. Dan sudah pasti ramai ingin tahu berkenaan soalan Peperiksaan Juruaudit 2012 ini.

Anda dipanggil ke peperiksaan ini 14 April ini? Semak panggilan anda di;

[+]http://goo.gl/Vgc86

 

Peperiksaan Juruaudit W41 pasca kontroversi SBPA (jika mengikut gred SBPA adalah ianya dalam gred 1-1) akan diadakan pada 14 April 2012 ini. Ramai yang tertanya mengenai jawatan ini dan apa pula skop peperiksaan penilaian akan dilakukan.

Ianya masih mengekalkan format MyRecruitment iaitu tapisan yang harus melalui peperiksaan bertulis terlebih dahulu. Peperiksaan bertulis Juruaudit W41 kali ini hampir sama dengan peperiksaan yang lain sebelum ini iaitu Penguasa Kastam dan Pegawai Antidadah yang mana kedua-duanya mempunyai format besar yang seakan format peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Mengikut maklumbalas yang diberikan oleh calon peperiksaan, beza peperiksaan bertulis Pegawai Antidadah dan Penguasa Kastam jika dibandingkan dengan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah soalan tambahan berkaitan jawatan (Dadah dan Kastam)

Atas ‘trend’ tersebut, peperiksaan Juruaudit W41 juga bakal menyaksikan format yang sama dengan PTD dengan tambahan soalan berkaitan Juruaudit. Format asasnya adalah;

  • Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B: Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Seksyen D: Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen E: Esei Bahasa Inggeris

Persediaan harus mencakupi persediaan untuk semua seksyen, jangan fokus kepada seksyen tertentu sahaja. Jika anda lemah dalam esei Bahasa Inggeris, terus keada latihan menulis esei Bahasa Inggeris sekarang! Jangan abaikan walau satu seksyen sekalipun walaupun ada ‘ura-ura’ mengatakan hanya fokus kepada 3 seksyen sahaja, itu tidak benar!

Mengenai bidang tugas Juruaudit W41 jika anda masih tak pasti, dari sumber Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Juruaudit bertanggungjawab mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang

Untuk lebih mudah memahamkan tugas jawatan Juruaudit ini, kita lihat SKOP PENGAUDITAN yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara;

  • Pengauditan Penyata Kewangan – untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.

 

  • Pengauditan Pematuhan – untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

 

 

  • Pengauditan Prestasi – untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.

 

Bagaimana? Dapat sedikit gambaran mengenai jawatan Juruaudit W41 ini? Sekiranya anda dapat panggilan untuk peperiksaan  juruaudit pada 14 April ini, tugas anda adalah melakukan persediaan penuh untuk exam Juruaudit ini mencakupi semua seksyen yang dinyatakan di atas dan persediaan khusus mengenai jawatan ini.

Untuk rujukan penuh, dicadangkan anda memiliki pakej rujukan peperiksaan bertulis yangelarkan oleh Team Tipsptd yang telah membantu ramai calon berjaya dalam peperiksaan bertulis untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Antidadah dan Penguasa Kastam yang mana formatnya adalah lebih kurang sama. Jika mereka berjaya mengapa tidak anda kan? Terus ke link di bawah;

exam juruaudit

Harap sedikit maklumat ini membantu persediaan anda untuk peperiksaan nanti. Salam sukses untuk anda!

 

 

Soalan exam Juruaudit 2012 ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Calon-calon yang mengambil exam Juruaudit ini adalah dari beraneka jurusan dan soalan-soalan juga adalah dari berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, mungkin ada soalan-soalan yang anda tidak boleh menjawab kerana diluar bidang ilmu pengetahuan anda tetapi anda tidak perlu bimbang kerana ada pula soalan-soalan yang anda seharusnya boleh menjawab sebab perkara-perkara itu di dalam bidang ilmu pengetahuan anda. Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda. Kesimpulannya matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Juruaudit.

Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah satu daripada syarat lantikan. Peperiksaan Juruaudit ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Panduan Memasuki Peperiksaan Juruaudit

1. Di hari peperiksaan calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut :

i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan;,

ii. Kad Pengenalan;

iii. Pensil 2B atau BB, pen dan Pemadam lembut; dan

iv.Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.

2. Calon-calon mestilah berada di pusat peperiksaan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

3. Calon-calon mestilah mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon-calon tidak dibenarkan bercakap atau cuba berhubung dengan lain-lain calon semasa peperiksaan sedang berjalan. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon-calon hanya boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas tiga (30) minit masa peperiksaan dimulakan

6. Semua jawapan hendaklah dibuat dalam kertas jawapan yang disediakan iaitu :

i. Kertas OMR – bagi soalan-soalan dalam seksyen A, B dan C.

ii. Kertas tulis SPA – bagi soalan-soalan esei dalam seksyen D dan E.

7. No. Kad pengenalan yang dicatat pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

exam juruaudit

 

Soalan Peperiksaan Juruaudit

Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (6) seksyen seperti berikut :

Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.

Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.

Seksyen F – Sahsiah Diri

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 60

Markah : 30

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

 

Contoh Soalan

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :

A. Penubuhan ASEAN.

B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.

C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.

D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.

E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.

Jawapan – B

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. Beragama Islam.

B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.

C. Keturunan Melayu.

D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.

E. Menjadi warganegara secara masukan.

Jawapan – D

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 40

Markah : 20

Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah dengan menggunakan :

i. Logik untuk menyelesaikan masalah;

ii. Menginterpretasi Data; dan

iii. Konsep-konsep matematik.

(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.

Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapan-jawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Calon-calon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.

Contoh Soalan

1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :

Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.

Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.

Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.

Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.

A. Peguambela.

B. Jururawat.

C. Profesor Ekonomi.

D. Penganggur.

E. Peguambela dan Jururawat.

Jawapan – D

Penjelasan

Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.

Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.

Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.

Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.

2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.

Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah

A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.

B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.

C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.

D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.

E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.

Jawapan – C

Penjelasan

Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

(II) Kebolehan Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.

Contoh Soalan

Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-

Kadar cukai Di Malaysia

0 – 5000 2,500 @ 6% = 150

+ 2,500 @ 9% = 225

5,000 – 7,500 5,000 = 375

+ 2,500 12% = 300

7,500 – 10,000 7,500 = 675

+ 2,500 15% = 375

10,000 – 15,000 10,000 = 1,050

+ 5,000 20% = 1,000

15,000 – 20,000 15,000 = 2,050

+ 5,000 25% = 1,250

20,000 – 25,000 20,000 = 3,350

+ 5,000 30% = 1,500

25,000 – 35,000 25,000 = 4,800

+ 10,000 35% = 3,500

35,000 – 50,000 35,000 = 8,300

+ 15,000 40% = 6,000

50,000 – 75,000 50,000 = 14,300

+ 25,000 45% = 11,250

75,000 – 100,000 75,000 = 22,500

+ 25,000 50% = 12,500

1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah

A. RM 815

B. RM 825

C. RM 820

D. RM 1,050

Jawapan – B

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?

A. RM 200

B. RM 300

C. RM 900

D. RM 1,500

E. RM 2,400

Jawapan – C

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM 3,000

B. RM 5,000

C. RM 3,500

D. RM 4,500

E. RM 4,750

Jawapan – C

(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik.

Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.

Contoh Soalan

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28

B. 49

C. 56

D. 62

E. 64

Jawapan – A

Cara mendapatkan jawapan

Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28

1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?

A. 27

B. 30

C. 33

D. 36

E. 37

Jawapan – A

Cara mendapat jawapan

90% daripada 40 = 36

3/4 daripada 36 = 27

SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

Masa : 1 jam

Markah : 20

Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Contoh soalan:

1. Apakah cadangan anda untuk mengelakkan gejala rasuah dalam pentadbiran kerajaan?

2. Kemelesetan ekonomi menyebabkan penurunan bilangan pelancong ke Malaysia. Apakah cadangan anda untuk menarik kembali pelancong luar untuk datang ke Malaysia?

SEKSYEN E – ESEI BAHASA INGGERIS

Di dalam seksyen E akan diberi soalan-soalan Bahasa Inggeris yang menggalakkan anda memberi pendapat terhadap sesuatu isu. Misalnya ”Electronic Government in Malaysia”. Di dalam tajuk seperti ini anda hendaklah memberikan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan anda berkaitan dengan tajuk yang diberi. Objektif utama seksyen ini adalah menguji kebolehan calon-calon di dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Tips Menjawab Soalan Peperiksaan Juruaudit

Di bawah ini disampaikan nasihat-nasihat yang perlu diambil ingatan bagi memudahkan anda berjaya di dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif Peperiksaan Juruaudit

(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

(a) Anda harus sedar bahawa di dalam peperiksaan ini calon-calon yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada calon-calon dari pelbagai lapangan akademik. Soalan-soalan juga disediakan meliputi seluas-luasnya bidang akademik. Oleh yang demikian memang mungkin ada beberapa soalan yang anda tidak boleh menjawab langsung kerana ia diluar daripada bidang pengkhususan anda sedangkan soalan-soalan itu sesuai kepada calon-calon yang lain yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian jika anda mendapati mana-mana satu soalan yang anda tidak boleh menjawab, jangan membuang masa tetapi hendaklah terus menjawab soalan-soalan yang lain. Apabila masa mengizinkan bolehlah anda kembali kepada soalan itu. Tegasnya, jika anda tidak dapat menjawab mana-mana satu soalan, jangan bimbang kerana memang ada soalan-soalan yang lain yang seharusnya anda boleh menjawabnya kerana ia termasuk di dalam bidang pengajian anda.

(b) Soalan objektif merupakan soalan aneka pilihan di mana 5 jawapan diberi dan anda dikehendaki memilih 1. Adalah ditegaskan di sini iaitu jawapan yang dikehendaki bukanlah sahaja jawapan yang betul tetapi ialah yang paling tepat. Apabila anda membaca buat kali pertama anda mungkin akan menjumpai jawapan yang anda anggap betul daripada 5 pilihan yang diberi. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan membaca dan mengkaji kelima-lima jawapan yang diberi kerana harus diingat bahawa anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memilih jawapan yang betul dan tepat anda mungkin akan dapat mengenalpasti jawapan yang salah. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang anda agak salah, maka pemilihan anda akan berkurangan dan ini akan dapat membantu anda memilih jawapan yang lebih tepat daripada jawapan yang tinggal.

(c) Untuk memilih jawapan anda diberi kertas khas yang disediakan yang akan diproses dengan menggunakan komputer. Adalah ditegaskan bahawa anda hendaklah menggunakan pensil 2B atau BB sahaja. Jika anda menggunakan lain-lain alatulis selain daripada pensil 2B atau BB jawapan anda tidak akan dikira kerana komputer tidak akan menerimanya. Jika anda perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, anda hendaklah menggunakan kertas lain ataupun menggunakan buku soalan yang ada pada anda. Kertas yang disediakan khas untuk jawapan hendaklah digunakan semata-mata untuk jawapan dan tidak boleh digunakan untuk membuat apa-apa tulisan atau catatan yang lain kerana ini akan ditolak oleh komputer dan dengan itu merugikan anda.

Soalan Esei Peperiksaan Juruaudit

(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Bahagian Esei dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi tiap-tiap satu seksyen anda diberi tiga tajuk untuk anda memilih satu.

(b) Masa yang diberi iaitu 1 jam bagi satu esei adalah masa yang agak panjang kerana biasanya di dalam sesuatu peperiksaan anda diberi hanya 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan anda diberi masa yang panjang bukanlah untuk menulis esei yang panjang tetapi anda hendaklah memberi esei yang bernas, teratur, cara persembahan dan susunan yang baik. Esei hendaklah ditulis dengan tulisan yang cantik dan anda digalakkan membuat susunan perenggan yang baik dengan menggunakan tajuk-tajuk kecil dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian anda adalah dinasihatkan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membuat perancangan, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum menulis esei ini.

Seksyen F – Sahsiah Diri Peperiksaan Juruaudit

Bahagian ini bertujuan untuk mengukur kesesuaian sahsiah calon untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri. Calon dinasihatkan agar tidak berfikir terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.

Masa : 40 minit

Jumlah Soalan : 200

Contoh Soalan

1. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah

2. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tidak Pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju

Kesimpulan bagi calon Peperiksaan Juruaudit

Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah setinggi-tinggi yang terdaya dalam setiap seksyen terutamanya esei. Jika anda lulus, maka anda mungkin berpeluang untuk dipanggil ke Assessment Centre. Ini bermakna peluang untuk anda dipertimbangkan ke jawatan Juruaudit. adalah lebih baik.

Selamat berjaya! Buat calon Peperiksaan Juruaudit 2012. Jawab soalan Peperiksaan Juruaudit betul-betul ya!

Panduan Soalan Peperiksaan Juruaudit 2012.

NOTA: Anda boleh SHARE tips ni pada rakan anda yang memerlukannya.

Info Penting:

Panduan Rujukan Soalan & Jawapan Peperiksaan Juruaudit 2012

Panduan yang mengandungi soalan, jawapan dan juga nota rujukan untuk Peperiksaan Juruaudit pada 14 April 2012.

exam juruaudit

 

 

Comments (56)

 

  1. [...] Also check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  2. [...] Check out our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  3. [...] Don’t miss out on our other website Peperiksaan juruaudit [...]

  4. [...] Do check our other site on Peperiksaan juruaudit [...]

  5. [...] Visit our website on Peperiksaan juruaudit [...]

  6. [...] Visit our other website about Peperiksaan juruaudit [...]

  7. [...] Also check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  8. [...] Also check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  9. [...] Do check our other site on Peperiksaan juruaudit [...]

  10. [...] Also check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  11. [...] Don’t miss out on our other website Peperiksaan juruaudit [...]

  12. [...] Don’t miss out on our other website Peperiksaan juruaudit [...]

  13. [...] Visit our other website on topic Peperiksaan juruaudit [...]

  14. [...] Do check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  15. [...] Also check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  16. [...] Check out our other site on Peperiksaan juruaudit [...]

  17. [...] Visit our other website on topic Peperiksaan juruaudit [...]

  18. [...] Visit our other website on topic Peperiksaan juruaudit [...]

  19. [...] Check out our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  20. [...] Do check our other site on Peperiksaan juruaudit [...]

  21. [...] Also check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  22. [...] Check out our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  23. [...] Do check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  24. [...] Check out our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  25. [...] Also check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  26. [...] Do check our other site on Peperiksaan juruaudit [...]

  27. [...] Also check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  28. [...] Visit our website on Peperiksaan juruaudit [...]

  29. [...] Also check our other site on Peperiksaan juruaudit [...]

  30. [...] Visit our other website on topic Peperiksaan juruaudit [...]

  31. [...] Do check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  32. [...] Check out our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  33. [...] Check out our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  34. [...] Check out our other site on Peperiksaan juruaudit [...]

  35. [...] Do check our other site on Peperiksaan juruaudit [...]

  36. [...] Visit our website on Peperiksaan juruaudit [...]

  37. [...] Do check our other website on Peperiksaan juruaudit [...]

  38. [...] Also check our other site on Peperiksaan juruaudit [...]

  39. Today, while I was at work, my cousin stole my iPad and tested to see if it can survive a thirty foot drop, just so she can be a youtube sensation. My iPad is now broken and she has 83 views. I know this is entirely off topic but I had to share it with someone!

  40. Denis Mastin says:

    in 3 completely different web browsers and I must say this

  41. Just desire to say your article is as astonishing. The clearness in your post is simply cool and i could assume you’re an expert on this subject. Fine with your permission allow me to grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the gratifying work.

  42. you are really a excellent webmaster. The web site loading speed is amazing.

  43. you made blogging look easy. The overall look of your web site is fantastic, as well as the content!

  44. Fantastic glance at, I emphatically accepted this onto a friend who was doing a insufficiently examine taking place that. Plus he actually bought me dine as I establish it for him smile As a result allow me rephrase that: Thanks for lunch!

  45. Fantastic glance at, I emphatically accepted this onto a friend who was doing a insufficiently examine taking place that. Plus he actually bought me dine as I establish it for him smile As a result allow me rephrase that: Thanks for lunch!

  46. They are really convincing and will certainly work. Nonetheless, the posts

  47. Magnificent beat ! I wish to apprentice at the same time as you amend your website, how could i subscribe for a weblog web site?
    The account helped me a appropriate deal. I were a little bit acquainted of this
    your broadcast offered vibrant clear concept

  48. Leonida says:

    constantly i used to rewd smaller content that also clear their motive, and that is also happening with this piece of writing which I am reading now.

  49. I drop a comment when I appreciate a article on a site or I have something to contribute to the discussion. Usually it’s
    a result of the passion displayed in the article I read.
    And on this post Blog Temuduga Kerja Kerajaan

  50. You need to be a part of a contest for one of the finest blogs on the web.

    I most certainly will recommend this website!

Leave a Reply