Kekosongan Kerja Kerajaan : Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17

 

 

Mengikut makluman terkini di Portal SPA [www.spa.gov.my] terdapat 7 kekosongan jawatan kerajaan iaitu Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17 (Jahitan) (Jabatan Perkhidmatan Awam). Oleh itu   dalam bulan Jan 2014, pihak SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong kerja kerajaan untuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan ini tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, calon perlu pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

 

 

KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN BARU DI PORTAL SPA

 

 

Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17 adalah sebelum atau pada 13 Januari 2014 (Isnin) jam 11.59 malam.

 

 

 

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17

 

 

 

Info Ringkas Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17

 

 

 

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17 adalah jawatan dalam Kumpulan Sokongan II dalam skim perkhidmatan awam yang memerlukan kelayakan minimum SPM.

 

 

Gaji Minimum : RM 953.00

Gaji Maksimum : RM 3,490.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 95.00

 

 

 

Syarat Lantikan Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J17
(a) (i) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,417.59 ]
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,359.47 ]
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Peperiksaan Kemahiran Jabatan yang diiktiraf oleh kerajaan bagi ketukangan yang tiada piawaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman dan kebolehan bekerja dalam perusahaan bagi ketukangan yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]

 

 

Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional

  • Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
  • Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
  • Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
  • Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
  • Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
  • Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
  • Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
  • Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

 

Bagi rakan-rakan yang berminat menceburi bidang kerjaya di sektor awam dan mempunyai kelayakan yang disyaratkan, bolehlah memohon. Admin mendoakan 1001 kejayaan buat anda.

 

 

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17

 

Comments

  1. Alamat terkini : Blok A T04 U04 P18/R12 Presint 18 62150 PUTRAJAYA
    Kelayakan saya Diploma Otomotif Politeknik Dungun 2010
    Mohon temuduga dan kerja ini….atas budi bicara…..terima kaseh.

  2. mohamad khairul anuar b.mat hussin says:

    skm tahap 2,ilp..jurusan mekanik industri

  3. mohd faizal bin mehat says:

    alamat terkini no45 Taman Seri Gading 06400 Pokok Sena Kedah..no telefon 0165518097.Saya mempunyai skm 3 dalam jurusan penyediaan makanan dan berpengalaman dalam jurusan berkenaan dalam 15tahun .Amat berminat untuk memohon jawatan pembantu pegawai latihan vokasional.terima kasih

  4. ahmad fairus bin mohd yusof says:

    assalamualaikum,saya ahmad fairus mempunyai skm tahap 1,2,3 dan mempunyai sijil pegawai latihan vokasional dalam bidang elektrik,pengalaman saya dalam bidang elektrik dalam 11 tahun.saya mempunyai sijil induksi pp-ppt,ppd dan ppl.saya berminat untuk memohon pembantu latihan vokasional atau pegawai latihan vokasional.saya harap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya.disini saya tinggalkan no telefon saya 012-6265859.

  5. Nor Hafizi Bin Ozau Suri says:

    Assalamualaikum, Saya seperti nama diatas memegang sijil SKM tahap1 dan 2 dalam bidang pramusaji/hotel/katering dan berpengalaman dalam industri perhotelan selama 18 tahun.Saya harap dapat mempertimbangkan permohonan saya.Terima Kasih

  6. nur atikah binti abu hassan says:

    Saya mempunyai sijil kemahiran malaysia bahagian teknologi seramik tahap 1&2.. saya juga mempunyai sijil kraftangan negara…

  7. mohammad alif bin zakaria says:

    assalamualaikum,saya mohammad alif mempunyai skm tahap 1,2,3 dalam bidang PENYEDIA MAKANAN dan mempunyai sijil skm 3 pegawai latihan vokasional berserta sijil induksi pp-ppd.saya berminat untuk memohon pembantu latihan vokasional atau pegawai latihan vokasional.saya harap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya.

  8. mohammad fiqri bin kauli says:

    assalamualaikum,saya mohammad fiqri bin kauli mempunyai skm tahap 1,2 dalam bidang senibina dan berpenglaman berkerja di sebuah syarikat Abdul Rahman Richerd Arkitek (ARRA) selama setahun sebagai draftsman.saya berminat untuk memohon pembantu latihan vokasional atau pegawai latihan vokasional.saya harap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya atas budi bicara tuan. 01126853104

  9. Icha Ellicia says:

    Dapat tak kalau dgn graduate spmv memohon jawatan ini?

  10. Good write-up, I am normal visitor of one’s web site, maintain up the nice operate, and It is going to be a regular visitor for a long time.

Speak Your Mind

*