Apa Ada Dengan KABEL?

Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel. Bukan kabel wayar tu ye tapi ‘orang dalam’ yang akan membantu calon temuduga dengan senang – senangnya mendapat pekerjaan yang dipohon.
Betul ke macam tu?
Kalau betul, memang tidak adil langsung! Jawatan yang sepatutnya dimiliki oleh mereka yang berkelayakan dapat kepada orang yang tak jujur.
Kalau saya, saya amat marah juga! Tapi apa boleh buat…
Sebelum kita berbincang selanjutnya mengenai ‘kabel’ ini, apakata saya berikan pandangan saya terlebih dahulu berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan kajian saya mengenai isu ‘kabel’ ini.
‘Guna Kabel’ – bermaksud seseorang calon temuduga itu cuba menggunakan pengaruh orang tertentu dalam jabatan atau kementerian tersebut yang mana tindakannya mampu merubah/mempengaruhi keputusan pemilihan calon temuduga disektor awam ini.
Apa yang boleh saya saya katakan adalah: inilah orang yang tidak jujur dan mampu merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan/kementerian/organisasi. Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan. “Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”. Disebabkan inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si Abu tu, dia pakai kabel besar punya”. Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka. Bukan salah mereka, tetapi salah orang tertentu yang tidak jujur dan tidak amanah.
Akan tetapi sejauh mana keberkesanan dengan menggunakan KABEL ini?
Adakah ianya 100% berkesan? Sama sekali tidak! Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan ‘kabel’ ini amat berkesan hanya jika permohonan jawatan sektor awam adalah bukan dari persekutuan. Bukan semua, tapi ada la…Ianya ada melibatkan jawatan untuk pihak berkuasa tempatan, di universiti, dan lain – lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya dan penceritaan orang kepada saya. Sejauh mana kebenarannya, saya sendiri tidak tahu. Dilaporkan, calon temuduga yang ada saudara – mara yang berpengaruh (orang dalam) dalam sektor awam, akan cuba menggunakan pengaruh saudara – mara mereka untuk membantu kejayaan mereka semasa temuduga. Kadang kala, saya tidak hairan jika terjumpa kakitangan yang ada hubungan saudara dalam satu pejabat. Inilah hasilnya dengan menggunakan ‘kabel’….
Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang saya katakan tadi? Sudah tentu tidak. Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat berjalan..Cuba anda fikir – fikirkan..
Sekarang saya bercerita pula mengenai penggunaan ‘kabel’ dalam temuduga bagi sektor awam di peringkat persekutuan. Anda setuju tak jika saya katakan bahawa ianya amat – amat tidak berkesan. Ya, tidak berkesan! Mengapa? Kerana pemilihan adalah dikawal dengan ketat dan telus oleh pegawai – pegawai berkenaan. Mereka amat mementingkan kualiti, kejujuran dan integriti dalam proses pemilihan calon. Jadi tidak hairanlah jika calon itu menggunakan kabel ‘besar mana’ sekalipun mereka tetap tidak berjaya. Saya pernah lihat seorang anak orang besar dalam Jabatan kerajaan yang cuba menggunakan penagaruh bapanya untuk berjaya mendapat jawatan yang diidamkannya. Adakah dia berjaya? Tidak sama sekali..Memang banyak dari tinjuan saya mereka yang menggunakan ‘ kabel’ ini di peringkat persekutuan tidak berjaya. Tapi ada juga yang berjaya dengan cara ini.
Tidak kira berjaya atau tidak, soalan saya kepada anda adalah
“sanggupkah anda memperolehi kerja dengan cara yang tidak jujur, di mana ianya akan menjadi sumber rezeki utama bagi anda sehingga masa tua anda”
Apapun jawapan anda, renung – renungkanlah…
Dalam Islam, kita dinasihatkan untuk mencari rezeki dengan cara yang halal dan tidak shubhah. Rezeki Allah ada di mana – mana saja, terpulang kepada kita untuk mencarinya.
Biarkan orang lain dengan ‘kabelnya’. Usah anda terlalu memikirkannya kerana ianya memberikan perasaan tidak puas hati dan kecewa kepada diri anda. Lapangkan hati anda untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahi pelbagai sumber rezeki melimpah ruah dari Tuhan ini.
Itu saja yang dapat saya kongsikan untuk anda.
Apapun anda boleh memberikan komen, pandangan ataupun nasihat berkenaan topik ini
supaya dapat dibaca dan dikongsikan oleh pembaca – pembaca lain.
Sekian,
JaMaL
Admin kerja-kerajaan.com
Comments (20)






Mmg tdk dinafikan bkn semua yg menggunakan kabel blh berjaya. Sy dh 3x g interview SPA tp masih tidak berjaya. Mereka cuma suruh memperkenalkan diri n pengalaman keje. Selepas 2 mereka tiada soalan utk ditanya n suruh isi form semula. Sy sgt kecewa kerana sy bersemangat utk menjawab soalan yg bakal ditanya tp tiada sebarang soalan ditanya seperti jawatan tersebut sudah ada utk org lain.
bkn senang nk kerja dgn kerajaan..sebab utamanye nak dpt interview pun ssh…kenapa????sbb… ‘org dalam lah’.pernah jgk terdengar kata org…kata nye interview sekadar untuk lengkapkan syarat untuk hebahan/iklan kekosongan jawatan.sejauh mana kebenarannya itu sy tidak pasti. mungkin ada jgk seperti sy yg tamat belajar je terus mohon kerja tak kira dengan cara pos / online.Tetapi, satu pun blm dipanggil untuk interview. kekadang rasa dah malas nak mohon lagi..bkn itu saja, setiap dokumen yg dihantar mesti disahkan…bila nak bg salinan sijil untuk disahkan pun dah naik malu sbb selalu je bagi..tapi xjgk dpt-dpt….(belum ada rezeki.)
Ape pun yg pasti kalo org dalam yg handle pasti berjaya.Pengaruhnye kuat,itu satu kelebihan bg yang dapat.walaupun ia dipandang tdk baik dr segi agama.Namun itulah peluang yg di cari2 oleh semua org sebagai 1 jalan / cara untuk dptkan kerja dgn kerajaan.Akhirnya..yang beruntung tetap beruntung,yang mencari masih mencari…..
salam…semua ni kira nsib je,ader kabel ke x der sama jgk,sy ader jgak kabel tp smpai skrng sy xdapt keja gov jgk
ada pengalaman..membe dpt keje gov coz ade makcik dia tolong..siap tolong ngan adik ipar dia sekali..maknanya pengaruh KABEL tuh memang kuat..saya nih dah byk kali pegi interview gov..dari jawatan yg rendah sampai ler jawatan yg berpatutan..still xdpt..baru2 nih punye interview pun xdapat..sape la yang nak menolong org2 yang xde KABEL nih..
salam..yer, sy x nafikan ape yg en. ckp tu btul, org yg gne kabel tu tak semestinye dpt kerja kerajaan 2..mmg la, mn la thu yg kabel tu tlong bukan ade hbungan dgn die contohnya kwn kpd ank saudara die ke, ank sdra die mintak tlg jd die tlong tp tak bersunggunh2 untuk tlg bdk tu jd tak dpt la..lg pun tak semua kabel tu blh tlongkan, tgk la pulak siapa yang die nak tlong..yg sy nak mrh, walau mcm mn pun msih ade yg gune kabel untuk dptkan kerja sekarang tak kirelah sikir ke banyak tetap tak adil bg kami yg malang ni nak dpt kerja..tak kisah la kerja kerajaan persekutuan ke negeri ke ia ttp sma kerja kerajaan jugk, msti adil la utk masyarakat..kt utamakan masyarakat..
Ya betul apa yang anda semua katakan itu. Memang menarik membincangkan isu ini. Penggunaan kabel ini secara tidak langsung telah meragut peluang orang lain yang sepatutnya layak untuk jawatan tersebut…
Ada di antara kita datang temuduga, masuk bilik temuduga ditanya nama dan selepas itu terus disuruh keluar…
Mengapa?
dah ada calon la agaknya..Dah dicop oleh orang lain. Datang temuduga itu hanyalah untuk cukupkan syarat saja…
Saya banyak menerima pandangan dan pengalaman pembaca berkenaan isu ini. Ada yang bercerita yang untuk jawatan tersebut, keutamaan ada susunannya..
kabel VIP, separa VIP, Kabel biasa dan juga tiada kabel..Ini adalah yang diberitahu oleh seorang pembaca yang katanya hal ini berlaku di depan matanya..
Betul atau tidak, kita tidak tahu…
Dan saya juga ada mendapat email dari mereka yang menggunakan kabel ini. Di mana mereka memaki hamun saya kerana menyiarkan topik ini..Seolah - olah mereka terasa dengan apa yang saya sampaikan. Apapun minta maaf banyak - banyak..Bukan berniat nak menyakitkan hati mereka, tapi untuk berkongsi pandangan dan pendapat….
saya tidak salahkan mereka, kerana mereka memerlukan pekerjaan, demi untuk kehidupan mereka..
lagipun mereka sudah berjaya menjawat pekerjaan tersebut..
Saya ni memang biasa dimaki hamun kerana menyediakan http://www.kerja-kerajaan.com
Saya tidak kisah….hehehee
Kabel? dulu..zaman dulu2 lah mmg tak dinafikan pakai kabel mmg ada.tapi zaman skrg mgkn ada tp tak sesenang mcm dulu.kalau dah nasib mmg nk dpt jwtn kerajaan,tak pakai kabel pun dpt juga..betul tak?
Alhamdulillah,syukur..akhirnyer sy berjaya jgk menjawat jwtn dlm govment nih…Dan yang paling penting sy tidak menggunakan sebarang kabel pn untuk dptkan jwtn nih..nih semua atas usaha sy sndiri dan juga tip2 dr e- book yg sy beli dr En Jamal..Thanks a lot
Salam semua.betul tapi sikit. COntohnya aku yang masuk x guna kabel ni,dalam family dan keturunan aku lah org pertama masuk badan berkanun ini.Alhamdulliah,rezki,semua orang pun akan dapat,tunggu jela.
Cuma,sesiapa yg masuk guna kabel memang x boleh bla,dan x malu..keje macam tahi..haha
pasal kabel ni, saya pn ada mengharap ada kabel tp dah xde. berserah jek la. pada sy, kalo nk gune kabel tu, bia la tol2 kuat, kalau x. xde maknanya dapat.
kenapa kabel tu penting? sbb kdg2 organisasi 2, die x iklan pon kit mana2. kadang2 xsempat nk wat iklan, depa ni sume dah bawak anak sedara la, kakak angkat la, biras la etc. so, xsempat kita nk tau, dorg dah kebas…
tau takpe,
kadang2 jaul borang sampai 5 inggit,tapi dah ada sanak sedara depa masuk dah
geram btoi>>
klu mcm 2,x payah la iklan dalam paper
buat teruk orang ja>>
apapun aku tetap bersyukur dengan rezeki ALLAH bagi kt aku sekarang,
keja swasta,tp gji x padan ngan kelayakan aku>>>
aku tau ada hikmah disebalik apa yang kita semu lalui ni>>>
yang penting jangan tinggai solat,berdoalah>>
ALLAH sentiasa mendegar
Ayuh mari dapatkan kerja baik punya cepat jangan lambat… klik je kat ‘mail’ tu
salam. betul tu…….cari smber rezeki y halal tu plg pnting utk mdpt keberkatan hidup. So, biarla lmbat pn dpt jwtn gov…. y pnting kite dpt dgn care y halal. Kite kna usaha, bersabar n tawakkal…insyaallah, Allah S.W.T akn tlong org y sbar diiringi usaha…cme lmbt or cpat jerr k….
saya ni dah lebih tujuh kali dpt tmuduga dr lepas spm lg.. tp tk dpt2.. he2..simpan lg surat2 pgglan tmuduga tu..mgkin tk ada rezeki.. :)..tkpela nk wat cmna.. yg tk bestnya setiap kali temuduga mesti kbykn masa tgah belajar.. time menganggur cmni tk kena pggl pon…jd bila dia tnya kita tgh wat apa.. jujur saya beritahu tgh belajar walau org lain ckp jgn beritahu..tak mau la nk tipu2.. nti tk berkat.. sok ada temuduga tp bkn dr spa,kalu dpt alhamdulillah… apapun kepada semua.. dpt atau tak jgn cpt putus asa.. mgkn ada dibukakan pintu rezeki lain ntk kite.. asal niat bekerja tu ikhlas dan untuk cari wang yg halal.. tk ksh la kabel ada ke tk..dpt atau tk tawakkal shj..;)
saya penah interbiuw untuk masuk kerajaan sebanyak 4 kali..sebb pengalaman kerja yg membantu saya berjaya..sekarang saya juga pernah interbiu mereka yang memohon kerajaan.saya pon tidak kenal mereka tetapi dari riak dan attitut seseoarang tu da membuat kita suka dan pcya dia..itu based on ilmu pengalaman kerja sy dan gerak hati saya katakan dia bole buat kerja…kuota kerajaan biasanya peratusan terlalu kecil dgn jumlah berpuluh ribu pemohon!!! Perlukah kita interbiu mereka yang tidak berkelulusan dan berkemahiran? Saya pun sebolehnya tidak mahu menyusahkan sesuatu organisasi dgn pekerja yang sy tahu tidak layak
salam. alhamdulilLah semalam dapat call suruh lapor diri 13hb 5 ni. Terjawab penantian sebagai calon simpanan berbulan-bulan. Takde kabel!
salam..sy ni xpnh pn dppggil tmuduga..dah 10 kali sy apply sjak 2007 smpai skrg 2010..
salam.saya da dkt setaun xkeje pas brenti dr private.skrg ni tgh apply keje ipta.pnh jg la try pkai kabel.kebetulan kwn my mum lecturer kt situ.ble saya tunjuk cv die willing nk tolong.die siap jp registrar tny post yg suit dgn qualification saya.masa intevui vc ckp bkn kamu je yg nk keje, ramai lg org kt luar sne xde keje pastu rasanya cam jd bahan gelak je.he ’s so sarcastic tp the most sempoi vc yg saya penah jp:D.Xtaula dpt ke x job tu.tp at the end dia kata kte xpakai sgt lecturer kimia.well he’s right mmg xde pun, kimia am je offered. so saya rasa ceble skrg da xmusim..hehehe
my advice is be prepared for the interviews.jgn nk demand sgt. w/pun kte excellent in studies it does not mean that we are good at work. ingat ni, most all the times,opportunity will only knock u once.
sudah terbukti,sy ada sorang rakan yg dh dijamin kerja sblm interview.interview skadar nk cukupkn syarat je.kesian kt org2 yg dtg tu.kpd penemuduga2,cuba lah brada dlm kasut kami,baru anda tahu betapa susahnya…
lusa sy ada interview N41,harap berjaya…doakan ye semua..amin