Kaedah Pengambilan Kakitangan Awam di SPA

KAEDAH PENGAMBILAN SECARA PROFILING (MYRECRUITMENT)

 

1. Kaedah  pengambilan  secara  profiling (MyRecruitment) merupakan transformasi kaedah pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).  MyRecruitment bertujuan  untuk  mengesan calon yang mempunyai profil yang sesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan kemahiran. Padanan antara keperibadian dan tugas serta jenis pekerjaan  adalah penting bagi menjamin kepuasan dalam menjalankan tugas, meningkatkan motivasi kerja dan pencapaian produktiviti yang tinggi.

Pelaksanaan MyRecruitment

 

2. Pelaksanaan  MyRecruitment melibatkan calon perlu melalui empat (4) proses saringan sebelum ditawar lantikan iaitu tapisan awal, peperiksaan, penilaian kompetensi dan temu duga seperti di Lampiran.   Proses saringan dalam  MyRecruitment dibuat secara berstruktur seperti berikut:

(i) Tapisan Awal

Calon yang mendaftar secara  online dengan SPA akan ditapis permohonannya sama ada memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;

(ii) Peperiksaan

Calon yang telah melepasi tapisan awal dikehendaki menduduki peperiksaan bagi menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa. Di samping peperiksaan ini, ujian sahsiah dan minat juga diadakan;

(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)

Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain; dan2

(iv) Temu duga

Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu  jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

3. Pelaksanaan MyRecruitment membolehkan proses pemprofilan calon dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e-SMSM) dan disenarai pendek mengikut syarat asas dalam sesuatu skim perkhidmatan. Setelah melepasi penyenaraian pendek tersebut, calon dikehendaki melalui peperiksaan, sesi penilaian kompetensi dan temu duga.

Melalui kaedah peperiksaan dan penilaian kompetensi ini, hanya calon-calon yang ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. Kaedah ini juga membolehkan bilangan calon dipanggil temu duga  lebih rendah dan proses temu duga dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik di kalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lantikan.

 

 

Fasa Pelaksanaan MyRecruitment

4. Pelaksanaan MyRecruitment dibuat mengikut  empat (4) fasa seperti berikut:

(i) Fasa Pertama (Tahun 2009)

Fasa ini melibatkan urusan pengambilan bagi jawatan-jawatan berikut:

(a) Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41;

(b) Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41;

(c) Akauntan Gred W41; dan

(d) Pegawai Belia dan Sukan Gred S41;

(ii) Fasa Kedua (Tahun 2010)

Fasa ini akan melibatkan urusan pengambilan bagi jawatanjawatan berikut:

(a) Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41;

(b) Pegawai Siasatan Gred P41;

(c) Penguasa Bomba Gred KB41;

(d) Pegawai Keselamatan Gred KP41;

(e) Penguasa Penjara Gred KX41;

(f) Pegawai Penguat kuasa Gred N41;3

(g) Penguasa Kastam Gred W41;

(h) Pegawai Tadbir Gred N41;

(i) Pegawai Arkib Gred S41;

(j) Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41;

(k) Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41;

(l) Pegawai Psikologi Gred S41;

(m) Pegawai Penerangan Gred S41; dan

(n) Semua jawatan di bawah klasifikasi Bakat dan Seni;

(iii) Fasa Ketiga (Tahun 2011)

Akan melibatkan skim  perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang belum melaksanakan  MyRecruitment di Fasa Pertama dan Kedua; dan

(iv) Fasa Keempat (Tahun 2012)

Akan dilaksanakan mulai Januari 2012 yang melibatkan skim perkhidmatan bagi Kumpulan Sokongan terpilih mengikut kesesuaian.

Rumusan

Transformasi kaedah pengambilan sedia ada kepada MyRecruitment oleh SPA

diharap  akan meningkatkan persepsi positif calon terhadap ketelusan Kerajaan

dalam urusan pengambilan apabila calon dinilai dan dipertimbang, bukan

berdasarkan kepada tahap kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga

kesesuaian dan kompetensi mereka terhadap jawatan yang dipohon mengikut

keperluan kementerian/jabatan.  Pelaksanaan  MyRecruitment diharap dapat

melahirkan penjawat awam yang ideal iaitu cemerlang, memiliki kemahiran yang

bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran

masa dan perubahan persekitaran.

Rujukan spa.gov.my

Comments

  1. Sumber informasi ini sangat berguna kepada calon2 yg akan menghadiri temuduga kerja kerajaan. Tuan Jamal boleh tak saya pinjam artikel ini untuk dimasukkan ke dlm blog saya & sudah pastinya saya akan masukkan link kembali ke blog tuan Jamal sbg sumber artikel yg saya ambik..

  2. Tuan..bagaimana dgn pengambilan pada gred17?Apakah ianya sama juga dgn gred41?

    • bg sy Xsma….gred 41 ke atas dorg lbh strict bbnding gred17…ye la 17 tu kn utk spm level je…korg petah bckp mcm level degree…xd mknanya…da lalui da…

  3. siti aisah binti ibrahim says:

    Tuan yang dihormati,
    Bagaimana pihak JPA nak nilai Attitude-Skill-Knowledge calon temuduga, kerana kebanyakkan calon ada yang tiada pengalaman langsung dan ada yang berpengalaman tetapi bukan pengalaman sebagai penjawat awam. Klu ASK sebagai penilai saya rasa ramai lah calon yang kantoi!

    Terima kasih.

  4. masih menganggur says:

    saya amat bersetuju sekali dengan kaedah pengambilan SECARA PROFILING..ini kerana akan mewujudkan kakitangan kerajaan yang lebih berkualiti..tidak seperti yang ada sekarang..walaupun tidak semua tetapi boleh menjatuhkan nama sesebuah jabatan..sebagai contoh yang dapat saya kongsikan..masa temuduga semua kata “BOLEH”.termasuk kerja jauh daripada tempat asal..tetapi bila suda dapat jawatan tersebut,macam2 hal yang di buat.termasuk la tidak hadir kerja sampai bebulan2..alasan jauh daripada keluarga..bukan setakat itu sahaja..bila ada masalah dalam jabatan.contohnya ketiadaan parking akibat pengubah suai bangunan,mula nak mogok tak nak turun keja la,pegurusan tidak bagus la dan pelbagai tumahan lagi yang di leparkan..semua ketidak puas hatian itu di luahkan di laman fesbook..bukan kah itu memalukan jabatan tempat dia bekerja sendiri..jawatan pun tak la tinggi sangat takat gred 17 je..walaupun dia ada ijazah..dah di beri pekerjaan tapi tidak pandai bersyukur..ramai lagi yang setakat kelulusan spm kat luar sana yang bersungguh2 nak kerja dengan kerajaan,cuma takde peluang..sebab akedemi tak seberapa bagus..yang kena ambil akademi cemerlang,kerja HAMPEH!!!harapan saya dengan adanya kaedah ini dapat mencapaian produktiviti yang tinggi..

  5. Macam mana dengan saya yang telah ditawar kan sebagai calon simpanan tahun ni? Adakah ia akan terbatal?

  6. cara yang terbaik untuk pemilihan calon bg kakitangan kerajaan yang baru. tidak dikira pandai berbicara atau pun pandai dlm akademik. semuanya diambil kira. tapisan demi tapisan perlu dibuat untuk mewujudkan kakitangan yang beretika.

  7. tapi ira jika masih lagi menggunakan org dalam untuk dapat kerja susah juga walaupun kaedah pengambilan yang baru.

  8. panduan yang sangat berguna.Terima kasih kerana berkongsi

  9. useful tips

  10. salam,saya ingin bertanya dan ingin kongsi pengalaman,setakat ni saya telah menghadiri lebey kurang 15 interview selepas abis degre,interview yang saya berjaya 5,gagal 7 dan status tggu 3.saya tak de masalah dgn interview,sy ade mslh dgn kerja,biasanya bila saya sudah bekerja,sy akan dapat interview yang lagi baik,jd sy terpaksa tipu compony,amik cuti dan pergi interview,apa yang saya perasan,bila sy buat gitu,keje saya tak lama,jadi saya bertindak jujur ari tu dgn bgtau bos yang sy nak mintak cuti sbb ade interview spa,dsbbkan dia bukan org malaysia,dia tak faham ape itu spa,dia bg bagi pilihan pada saya 1)jangan pergi interview n kerja dgn saya 2)awk boleh pegi interview tapi awk kena berhenti.
    sya pilih no 2 dan pergi interview.bila saya benti je saya dapat 2 lagi interview,proton dan hikom,mgkin sbb saya jujur,Allah hadiahkan sy 2 lagi interview.sekarang saya menunggu keputusan untuk interview itu,soalan saya,bagaimanakah cara untuk saya mengetahui apakah pekerjaan yang mmg rezki untuk saya?takkan saya asiyk nak tukar keje je..harap bantu,,sekarang status saya,saya dioffer oleh sebuah syarikat dan masuk 1.7 ni

  11. saudara yg Ditemuduga..

    Saya setuju dengan langkah yang anda lakukan iaitu
    dengan berlaku jujur..tindakan itu menandakan kita
    yakin dengan rezki yg Allah Ta ala akan beri..Rezki dari Allah Ta ala melalui majikan yg kita bekerja..Saya pernah
    berlaku jujur dan berlaku tidak jujur ..keputusannya amat
    berbeza..ini lah dipanggil keberkatan..

  12. Tuan, ada tak kerja kerajaan yang kosong. sekarang ni saya menganggur. Jika ada boleh tak tawarkan saya pekerjaan yang sesuai.

  13. Salam En Jamal, saya akan menghadiri temuduga pembantu pendaftaran 3jan 2012 nanti… sblm ni sy telah pon menghadiri temuduga pembantu tadbir dan hanya dpt jd calon simpanan… wlpon sy dh pnh menghadiri temuduga SPA tp sy msh perlukan tips-tips supaya kali ni sy berjaya…. harap en jamal dpt membantu..

    Terima kasih…

  14. sekarang sy tengah mencuba mencari kerja kerajaan…selain jobsmalaysia apa lagi laman web untuk boleh sy daftarkan…spa8 pun sy dh mohon…tlg sy…sy x kisah kerja apa pun jnji kerajaan…sila bantu sy apabila ada kekosongan jawatan

    • try Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.. SPP.. banyak lagi laaa… cuba search kat google kerja kosong kerajaan..

  15. dealova says:

    tak faham dan tak puas ati sgt dgn SPA ini, br je lepas tgk status pemohonan dekat SPA…asyik2 tidak melepasi syarat semasa yg ditetapkn oleh suruhanjaya..ntahlh, byk kali dah bca syarat pemohonan jawatan yg bgred 17 tu…spm x la teruk sgt, smua kredit..yg gred 17 tu nak minta degree or diploma ke?..bilalh dapat keja ngan kjaan ni.

  16. shasha ayesha says:

    salam,ada siapa2 da g interview pembantu tadbir (akaun).. boleh x share…dia tanya apa..hehehe…

  17. Salam, aduan ke sPA dah dibuat cuma x faham perincian pemilihan calon.. Kalau calon yg ada Sijil yg tepat dengan jawatan yg diiklan pun masih tidak tercalon untuk temuduga, malah status tertera x melepasi syarat.. Ada sesuatu yg tidak kena dengan sistem pengambilan ini.. Kesian pada calon2 yg borang nya tidak diteliti dan disimpan begitu sahaja..

  18. assalam. apa proses untuk dptkan temuduga pegawai belia dan sukan s41???? apakah penilaian kompentensi itu sama seperti PAC???? adakah dlm penilaian kompetensi itu termasuk ujian larian 2.4 km???

  19. Kathiravan says:

    Salam,
    Saya telah dijemput untuk menghadiri sesi Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan bagi jawatan Pegawai Pertahanan Awam KP 41 pada Sabtu ini.

    Malangnya saya rabun jauh dan rabun warna.
    Ada harapan ke untuk lulus?

  20. bukankah kebanyakkan pengambilan perkerjaan mengikut situasi kalau mak ayah ada kenalan di jabatan ataupun mak ayah atau pakcik ada kerja dalam jabatan kerajaan….dlm pengalaman saya sbg kontaktor…inilah yg banyak berlaku……anak-anak yg bapanya kerja kerajaan apabila anaknya habis blajar mudah diserapkan masuk ke jabatn…kadang kadang sampai 2 ke 3 org anak dapat kerja kerajaan

  21. Bolehkah sebelum menjawat jawatan dalam penjawat awam (Penolong pegawai imegresen) memiliki tattoo?

Speak Your Mind

*